Monday, August 10, 2009

H1N1: PAS Cadang Sidang Khas Parlimen, Bincang Wabak SELSEMA BABI :- Nizar vs Najib Altantuya


Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar hari ini mencadangkan agar Parlimen mengadakan satu persidangan khas bagi membincangkan wabak Influenza A(H1N1) yang disifatkannya sudah menjadi satu ancaman kepada keselamatan negara berikutan kematian 32 orang setakat ini.

Katanya, satu kertas putih mengenai pelan tindakan menangani serangan penyakit itu perlu dibentangkan di Parlimen.

Bercakap kepada pemberita di sini, Mahfuz berkata, sebuah jawatankuasa keselamatan negara hendaklah diwujudkan dengan segera agar langkahlangkah pencegahan yang lebih serius dapat diambil. Katanya pemeriksaan dan kawalan ketat perlu dilakukan terhadap pelancong asing yang masuk ke negara ini selain rakyat negara ini yang baru pulang dari luar negara, khususnya mereka yang datang dari negara yang dikenal pasti menjadi punca wabak merebak.

"Kuarantin harus diperketatkan seperti di Mexico di mana seseorang yang dijangkiti penyakit itu dikuarantinkan dengan ketat, dan mereka berjaya mengawal situasi ini daripada menjadi lebih teruk," katanya.-/mstar

MyKampungku

1 comments:

org memali said...

kamu bersidanglah siangmalampagipetang tapi dgn otak kosong dan penuh dgn kedangkalan , usaha tidak kemana : senang saja , kurangkan aktiviti luar dlm kelompok yg ramai bagi mencegah penularan . tak lama krn virus ini kekal hanya lebihkurang 7-10 hari shj . lepas tu kembali kpd aktiviti kegemaran masing2 dgn pemerhatian . sekiranya faham macammana virus ini tersebar maka senang ditangani . ini tidak , masing2 nak tunjukkan kebodohan dan wailol masing2

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost