Wednesday, October 27, 2010

Audit: Kerajaan Persekutuan Terlebih Belanja RM4.83b


Kerajaan persekutuan telah terlebih belanja RM4.83 bilion tahun lalu. Ini merupakan defisit kedua tertinggi selepas tersasar bajet operasi RM5.7 bilion pada tahun sebelum itu.

“Ini menunjukkan masih terdapat kelemahan dan perancangan kewangan dan pengurusan,” petik Laporan Ketua Audit Negara 2009 sambil menekankan bahawa perbelanjaan sepatutnya hanya dilakukan selepas mendapat kelulusan.

Laporan itu juga mendedahkan 11 agensi - termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Perkhidmatan Awam dan 10 kementerian telah berbelanja melebihi bajet operasi mereka sehingga sebanyak RM3.61 bilion.

Ketua Audit Negara juga mendapati 15 kementerian dan agensi terlebih berbelanja RM3.74 bilion bagi 42 projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan.

Senarai teratas adalah Kementerian Pertahanan yang terlebih belanja RM2.03 bilion untuk tiga projek, diikuti oleh Kementerian Pelajaran ((RM927 juta untuk empat projek) dan Jabatan Perbendaharaan (RM547 juta untuk dua projek).

Sementara itu, hutang tertunggak oleh kerajaan-kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan pula terkumpul sebanyak RM4.6 bilion atau 13.3 peratus melebihi jumlah RM4.08 bilion yang dicatatkan pada 2008.

Selangor adalah pemiutang terbesar (RM829.86 juta), diikuti Johor (RM809.89 juta), Kedah (RM706.68 juta), Pahang (RM565.08 juta) dan Negri Sembilan (RM504.50 juta).

Jumlah hutang tertunggak itu terus meningkat meskipun RM204.27 juta dalam pembekalan perjanjian air kepada lapan negeri telah diserap oleh kerajaan persekutuan.

Menurut laporan itu 607 (50.5 peratus) daripada 1,203 pinjaman yang disalurkan kepada kerajaan negeri adalah hutang yang diberikan antara satu hingga 13 tahun lalu.

Bagi badan berkanun, Perbadanan Aset Keretapi (RM1.02 bilion) adalah pemiutang terbesar manakala Perwaja Terengganu Sdn Bhd menduduki senarai syarikat dengan hutang terbesar (RM1.8 bilion).Malaysiakini

Monday, October 25, 2010

Hutang Negara Pada Paras Tertinggi - Ketua Audit

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang hari ini mendedahkan bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun.

Hutang itu mencakupi 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK), kali pertama keadaan itu berlaku dalam sejarah negara, kata beliau dalam laporan tahunan terbaru yang di bentangkan di Parlimen hari ini.

Hutang RM362.39 bilion ringgit yang disebut dalam laporan audit itu juga jauh lebih tinggi daripada RM233.92 billion yang disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen Jun lalu.

Ketika itu Najib juga mendakwa hutang itu hanya mencakupi 34.3 peratus KDNK.

Dalam laporannya hari ini, Ketua Audit Negara menjelaskan hutang kerajaan meningkat dengan mendadak kerana hutang dalam negara yang semakin membesar.

Hutang kerajaan di dalam negara (domestic debt) pada tahun lalu adalah RM348.60 bilion atau 96.2 peratus keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan.-Malaysiakini

Friday, October 22, 2010

Politik PKR = 2 x 5 =10


Sebelum PRU 12 dulu, ini hujah BN terhadap BA+DAP. Masa tu Pakatan Rakyat belum ada lagi.
1. Macam mana pembangkang nak memerintah sedangkan depa tak ada pengalaman?
2. Macam mana depa nak memerintah sedangkan depa sendiri dok beramuk? Pas tak boleh duduk dengan DAP.
3. Kalau pembangkang menang, hak Melayu habih tergadai.
4. Kalau pembangkang menang, Pas jadi boneka DAP.
5. Kalau pembangkang menang, negara hancur.
6. Anwar ejen CIA, ejen Yahudi.

Apa pula manifesto BA+DAP?
1. Kita akan hapuskan rasuah dan penyelewengan.
2. Kita akan memberikan keadilan kepada semua.
3. Kita akan memberikan kebebasan bersuara dan kebebasan media.
4. Kita akan kembalikan hak rakyat.
5. Kita akan pastikan sistem yang adil, telus dan berwibawa.

Hangpa sambung la lagi. Banyak janji-janji yang dibuat oleh BA+DAP.

Itu sebelum menang. Bila dah menang?

Sekarang ramai orang-orang PKR dah mula rasa keenakan memegang kuasa. Dan bila pegang kuasa, apa yang depa cakap?

Kita kata nak bagi keadilan untuk semua tapi bila Zaid nak bertanding, kita kata dia masih baru. Kesetiaan belum teruji.

Bila umno kata Anwar ejen Yahudi dan CIA, kita melenting. Mana bukti?
Tapi bila orang kata Zaid ejen Umno…terus percaya?

Kita jadi jaguh untuk kebebasan bersuara…tapi bila ditegur, kita melenting. Ciss…kurang ajar. Kita maki Umno takpa…tapi kalau ada orang tegur kita, melenting. Kurang ajar…tak hormat pemimpin.

Kita marah Utusan kutuk kita, tapi Harakah dan suara Keadilan ada cerita yang baik tentang Umno ka? Serupa saja.

Kita kutuk SPR yang tak adil dan tak telus. Tapi bila Zaid kutuk sistem kita yang dua kali lima, kita marah.

baca lagi disini

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost