Showing posts with label PKFZ. Show all posts
Showing posts with label PKFZ. Show all posts

Friday, November 20, 2009

Skandal PKFZ: KSU Sidek Hassan Dan Penglibatan Kroni UMNO :- Nizar vs Zambry - Najib Altantuya

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mempersoal kewajaran Pengerusi Pasukan Petugas Khas Projek Pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) Tan Sri Mohd Sidek Hassan meminta ditubuhkan Jawatankuasa Ad Hoc Tabdir Korporat berkaitan PKFZ itu.

Cadangan tersebut demi memantau integriti dan proses pelantikan satu pertiga ahli bebas bukan eksekutif dalan Lembaga Pengarah Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).

"Isunya kenapa Tan Sri (Sidek) tidak cadang terus penubuhan suatu Suruhanjaya DiRaja yang bebas."

"Kenapa perlu meminta Lembaga Pengarah LPK (Lembaga Pelabuhan Klang) pertimbang syor dia (Sidek) supaya ditubuhkan suatu Jawatankuasa Ad Hoc berkaitan PKFZ itu," tegas Mahfuz.

Bagi Mahfuz, Sidek tidak berupaya menyelesaikan masalah rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam kes PKFZ itu kerana beliau sendiri merupakan Ketua Setiausaha Negara (KSU) Kerajaan.

"Pasukan (Khas) Sidek gagal dan tidak berupaya untuk kenal pasti siapa rasuah (dan) siapa eksekutif-eksekutif kerajaan yang salah guna kuasa, sebab dia sendiri KSU, sebahagian dari kerajaan."

"Kalau dia (Sidek) nak siasat, pertama sekali dia akan siasat beberapa individu dalam kabinet...dia akan minta minit kabinet tentang isu PKFZ ini disemak."

"Saya percaya dia Najib) tidak berupaya jadi seorang yang bebas sebab dia KSU, dia setiausaha yang tulis minit kabinet," ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menyifatkan syor Sidek itu, sekadar melengah-lengahkan siasatan sebenar ke atas PKFZ.

"Saya nampak kerajaan (khususnya) Sidek sengaja panjangkan kes itu entah bila (dan) sampai bila...dulu (kerajaan) tubuh PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) di bawah Parlimen, sekarang tubuh pula pasukan Khas yang orang dia sendiri (Sidek) jadi Pengerusi. Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan tubuhkan Task Force. Audit swasta juga dibentuk."

"Semua ini (jawatankuasa) hanya nak lengah-lengahkan, dari diketahui rakyat bahawa siapa yang sepatutnya bersalah dan dibawa ke muka pengadilan," jelasnya.

Semalam, Sidek bersetuju supaya Kementerian Pengangkutan meminta Lembaga Pengarah LPK menubuhkan suatu ad hoc di bawah Kementeriannya.

Cadangan itu membolehkan usaha pemantau integriti dilaksanakan, tanpa perlu melibatkan pindaan undang-undang.

Dalam perkembangan berkaitan, beberapa media arus perdana mendedahkan keterlibatan beberapa inividu penting Umno dan BN dalam kes berkaitan PKFZ tersebut.

Ketua Pemuda Umno Kapar yang juga Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kuala Dimensi Sdn. Bhd (KDSB) Datuk Faizal Abdullah dilaporkan membeli sebidang tanah secara misteri yang bernilai RM95 juta pada tahun 1999 lalu, dari Koperasi Pembangunan Pulau Lumut (KPPL).

Tanah tersebut dipercayai umum, diperoleh secara eksklusif daripada bapa mertuanya (Faizal) yang juga Pengerusi Lembaga KPPL.

Lebih misteri apabila Bendahari Umno Datuk Seri Azim Zabidi dan Ketua Kelab Penyokong Kerajaan BN Datuk Seri Tiong King Sing (MCA) masing-masing merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dalam KDSB.

Isu PKFZ yang masih tidak selesai sejak sedekad yang lalu secara tidak langsung menjadikan kerajaan sendiri dilihat terlibat dalam amalan rasuah dan salah guna kuasa.-HarakahDaily

Thursday, November 19, 2009

Nizar Mahu Siasat Segera Skandal Babitkan Pemimpin Atasan Negara :- Najib Altantuya - PKFZ - Teoh Beng Hock


Skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Rawang dan Ipoh serta skandal pita video V.K Lingam dikatakan antara kes berprofil tinggi dan kosnpirasi peringkat atasan. Sejauh mana kewibawaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyingkap dan menamatkan skandal ini? Wartawan, NYZA AYOB mendapatkan reaksi Menteri Besar Perak yang sah, Dato' Seri Nizar Jamaluddin memperkatakan isu ini. Beliau Ahli Parlimen Bukit Gantang dan juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat

Dalam isu PKFZ, mengapa siasatan oleh SPRM tidak dimulakan ke atas pengakuan Pengerusi Kuala Dimensi Tan Sri Tiong King Sing yang mengakui memberi RM10 juta kepada Presiden MCA, Dato' Seri Ong Tee Kiat?

DATO' SERI NIZAR JAMALUDDIN: Saya berpendapat isu ini melibatkan bekas pimpinan Umno dan bekas pimpinan MCA sama ada Adun-Adun atau menteri-menteri. Pada awalnya, walaupun Najib sendiri memberikan laluan supaya kes ini dibongkar sedalam-dalamnya serta didedahkan, tetapi akhirnya apabila diketahui ramai pimpinan Umno dan MCA terlibat dalam kes ini, maka terdapat usaha dalaman komponen kedua-dua parti BN ini untuk mengekang supaya jangan diteruskan siasatan itu.

Kalau dulu semangat berkobar-kobar untuk mendedahkan, kononnya Ong Tee Keat kata sampai ke lubang cacing bagi menunjukkan pentadbiran Najib ini bersih dan dapat menghapuskan rasuah. Walaupun didedahkan Ahli Parlimen Bintulu yang juga Pengerusi Kuala Dimensi, Dato' Seri Tiong King Sing, SPRM hanya mengambil tindakan sekadar temubual dan pertemuan dalam waktu yang singkat sahaja. Akhirnya ia terbantut di tengah jalan.

Mengapa agaknya siasatan tersebut terhenti di tengah jalan?

Saya berpendapat siasatan tersebut terhenti kerana terdapat ramai pimpinan Umno di peringkat negeri serta pusat terlibat. Maka itulah sebabnya SPRM barangkali diarahkan memberhentikan atau melengah-lengahkan siasatan.

Laporan tentang kegagalan PKFZ ini telah dibuat dalam Laporan Audit 2003 lagi, kenapa tiada tindakan awal diambil?

Sewaktu itu, pimpinan BN di bawah Dr Mahathir. Kemudian di bawah Abdullah Badawi. Kedua-dua mereka adalah Menteri Kewangan. Jadi, mereka mendapat surat daripada Presiden MCA yang secara kebetulan adalah Menteri Pengangkutan. Apa-apa sahaja kelulusan dan sokongan daripada menteri akan diluluskan oleh Menteri Kewangan.

Oleh kerana ia melibatkan Menteri Kewangan, ia mencemarkan identiti Perdana Menteri sendiri yang pada masa yang sama adalah Menteri Kewangan. Empat pucuk surat yang dibuat oleh Chan Kong Choy (bekas Menteri Pengangkutan) itu merupakan surat sokongan supaya diluluskan apa sahaja yang dilakukan Kuala Dimensi Sdn Bhd.

Akhirnya, yang membayar dan meluluskan ialah Menteri Kewangan. Menteri Kewangan sebagai Presiden Umno telah membuat cerminan atau persepsi yang tidak elok. Walaupun kes ini ditangguhkan dari 2003, tetapi bertentangan dengan konsep asal PKFZ tetapi akhirnya ia meningkat berbilion-bilion.

Apa sahaja tuntutan-tuntutan palsu disokongan Chan Kong Choy diluluskan oleh Kementerian Kewangan yang melibatkan Perdana Menteri serta pimpinan Umno. Dan pada ketika itu tidak diambil tindakan.

Satu lagi skandal terbesar membabitkan Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Rawang dan Ipoh. Kegagalan dikesan sejak Jun 2003 di peringkat infrastruktur. Mengapa ketika itu Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak mahu siasat kes ini?

Skandal ini juga melibatkan pemimpin Umno. Sekurang-kurangnya Dr Mahathir turut terlibat. Isu tersebut juga melibatkan Kerabat Di Raja dan ada usaha-usaha tertentu untuk memberhentikan siasatan terhadap kes ini apabila ia tidak selari dengan perbelanjaan asal.

Ia juga melibatkan Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi. Namanya dikatakan terlibat dengan syarikat Emrail Sdn Bhd, salah satu kontraktor yang terbabit dalam dalam projek tersebut.

Sebab itu saya dapati kes jambatan berkembar ini mempunyai unsur-unsur yang sama dengan PKFZ. Jika kita lihat apa yang berlaku pada landasan berkembar ini, mungkin kes ini setaraf dengan PKFZ malahan lebih dasyat lagi. Ia tidak mempunyai siasatan lanjut sebagaimana PKFZ dan tidak ada suruhanjaya bagi menyiasat kes ini. Tetapi pada asasnya, ia turut melibatkan orang tertentu dan kenamaan tertentu.

Kerajaan kerugiaan RM1.43 bilion dalam pembinaan landasan berkembar ini. Pihak mana yang harus dipertanggungjawabkan dan mengapa DRB-Hicom selaku pihak yang gagal melaksanakan projek infra tidak diheret ke SPRM dan mahkamah?

Oleh kerana ia melibatkan pihak berprofil tinggi, saya rasakan pihak SPRM gagal menyiasat penyalahgunaan kuasa ini. Projek landasan ini melibatkan kenamaan terkenal, sebab itu saya fikir isu ini cuba 'ditahan'.

Jadi Dato' Seri, apabila Pengerusi PAC, Dato' Seri Azmi Khalid mengatakan akan memanggil Menteri Pengangkutan dan semua kontraktor yang terlibat untuk disoal siasat, apakah Dato' Seri yakin PAC juga akan memanggil sama Tun Zaki Azmi?

Saya berpendirian sekiranya ada usaha menarik indiividu tertentu khususnya yang dinyatakan itu, ini mencerminkan satu usaha yang positif serta melambangkan konsep 1Malaysia yang dilaungkan Dato' Seri Najib.

Tetapi jika ia hanya satu kenyataan retorik dan tidak ada usaha yang betul-betul serius, itu mencemarkan lagi Najib Tun Razak. Dan biarlah apa yang dikatakan pihak SPRM sendiri, teruskan usaha tersebut tanpa ada gangguan dan rasa takut daripada pihak atasan.

Itu yang patut dibuat. Dan di parlimen pun, kita mahukan SPRM tidak bertanggung jawab kepada Jabatan Perdana Menteri tetapi sebaliknya kepada parlimen. Tetapi apabila ia berada di bawah Jabatan Perdana Menteri, ia boleh diperkotak-katik oleh pihak-pihak tertentu.

Dato' Seri, beralih kepada kes pita video V.K Lingam. Merujuk jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Nazri Aziz baru-baru ini terhadap isu tersebut, adakah itu menggambarkan ketelusan dalam sistem penghakiman di Malaysia?

Saya fikir ini merupakan perkara yang amat malang kepada rakyat Malaysia dan institusi kehakiman. Sejak zaman Abdullah Badawi lagi, satu Suruhanjaya Diraja telah dibentuk dan siasatan memakan wang berjuta ringgit.

Keputusan juga telah dibuat dan siapa orang yang terlibat dalam isu ini. Dan bagi isu V.K Lingam, mereka terpaksa mengambil tindakan sebagaimana disyorkan Suruhanjaya Diraja. Tetapi malangnya oleh kerana kes ini juga melibatkan individu yang berprofil tinggi di mana hari ini dapat dilihat Tun Dr Mahathir seoalah-olah bersama dengan Najib dalam isu ini.

Barangkali terdapat usaha-usaha mengatakan kes V.K Lingam ini sudah selesai dan merupakan usaha-usaha melindungi individu yang berprofil tinggi itu.

Akhir sekali, bagaimana Dato' Seri melihat Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM yang mahu meneliti semula kes ini?

Saya gembira sekiranya PPO berani membuka semula fail kes tersebut. Barangkali ada pihak tertentu berpendapat kes ini boleh mendapat laba tertentu kepada satu-satu kumpulan atau satu-satu parti.

Saya menyambut baik usaha tersebut dan janganlah separuh jalan. Oleh kerana tindakan ini dibuat, ada seorang yang berani mengaku, jadi saksi utama. Oleh kerana bukti cukup kuat dan apa yang diusahakan Ahli Parlimen Kelana Jaya tempoh hari mendapat gambaran yang cukup jelas.

Jika dibiarkan begitu, kita lihat populariti Najib sebagai Perdana Menteri agak turun khususnya di kalangan golongan intelek dan urban. Saya fikir terdapat desakan dan tekanan untuk menggunakan PPO bagi membuka semula fail ini.

Apabila Nazri mengatakan kes pita video V.K Lingam ini sudah selesai, rupanya tekanan pihak luar khususnya di rantau Asia, menyebabkan fail kes tersebut terpaksa dibuka kembali. Saksi-saksi utama yang memberikan maklumat terhadap kes ini tidak dapat dinafikan begitu sahaja. Saya menyambut baik tindakan PPO SPRM untuk membuka semula siasatan kes ini.

--DetikDaily


<s>kod untuk cancel perkataan</s>

Monday, November 9, 2009

Siasat Tun Dr Ling Berhubung Skandal PKFZ - Ahli PAC :- Nizar vs Zambry - Najib Altantuya

DAP menggesa pihak berkuasa supaya menyiasat bekas presiden MCA yang juga bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik berhubung peranannya dalam meluluskan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), ekoran pendedahan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) dalam siasatannya terhadap skandal tersebut.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua juga menggesa pihak kerajaan supaya mendeklasifikasikan semula minit mesyuarat kabinet, yang tidak diperolehi PAC ketika menjalankan siasatan tersebut.

Katanya, sewaktu dikemukakan soalan-soalan penting ketika memberi keterangannya kepada PAC, Ling menjawab 'tidak ingat' atau lebih kurang demikian, tidak kurang 11 kali, dan sekaligus menimbulkan keraguan terhadap kebenaran jawapannya.

Bercakap kepada pemberita, Tony yang juga ahli PAC berkata, Ling menafikan bahawa kementerian pengangkutan - sewaktu beliau menjadi menteri - mempunyai sebarang perananan dalam memuktamadkan perjanjian membeli tanah dengan Kuala Dimensi Sdn Bhd.

Menurut laporan PAC, Ling berkata bahawa perbendaharaan - yang diketuai oleh perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad - yang bertanggungjawab.

Bagaimanapun, Pua berkata, keterangan pegawai kerajaan dan surat-surat Jabatan Perkhidmatan Harga (JPPH), mengesahkan bahawa kementerian tersebut yang meminta nilai tanah tersebut disemak lebih tinggi, daripada RM17 sekali persegi kepada RM25 per kaki persegi.

--Malaysiakini

Saturday, November 7, 2009

Landasan Berkembar Jadi Skandal besar Selepas PKFZ :- Nizar vs Zambry


Dengan bekas Menteri Pengangkutan Dato' Seri Chan Kong Choy terlibat dengan skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), apakah projek RM6 bilion landasan berkembar akan menjadi skandal besar berikutnya?

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara baru-baru ini mencadangkan Chan dan bekas pengurus besar Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang (PKA) Datin Paduka OC Phang supaya disoal-siasat kerana jenayah pecah amanah dalam skandal PKFZ.

Menurut laporan PriceWaterhouseCoopers (PwC), perbelanjaan projek sebanyak RM4.947 bilion akan meningkat sehingga RM7.453 bilion kerana bayaran faedah dan PKA mesti menstruktur semula pinjaman atau jika tidak, ia akan menggembung hingga RM12.453 bilion menjelang 2015.

Tetapi PAC juga baru-baru ini mengumumkan yang ia telah merancang untuk menyiasat projek landasan berkembar berharga RM6 bilion, selepas pendedahan baru-baru ini yang projek itu telah diurus dengan teruk, mengakibatkan kerugian berjumlah lebih RM1 bilion setakat ini.

Menurut laporan audit tahun ini, kerajaan mungkin perlu menanggung sebahagian daripada kerugian RM1.14 bilion dalam kontrak 179km rel landasan berkembar antara Rawang dan Ipoh kerana projek itu diurus dengan teruk.

Tetapi Chan memberitahu PAC bahawa projek landasan berkembar itu bersaiz tiga kali lebih besar daripada PKFZ.

"Tidak, ia bukan projek terbesar (di bawah Kementerian Pengangkutan). Projek landasan berkembar lebih besar. Ia mencecah hampir 13 bilion. Ia tiga kali saiz projek ini (PKFZ).

"Kami bercakap hanya bahagian utara, bahagian selatan hampir empat bilion," katanya dalam keterangannya kepada PAC mengenai PKFZ.

Projek landasan berkembar dan pengelektikan dari Rawang ke Ipoh (selatan) telah disiapkan pada 2008 manakala bahagian Ipoh ke Padang Besar dicadangkan pada 2002 sebagai kesinambungan jalan-jalan yang telah wujud itu.

Pada 2003, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan yang kerajaan telah membuat keputusan untuk menangguhkan projek itu dan ia dikritik keras oleh pendahulunya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, projek itu dihidupkan kembali semasa Timbalan Perdana Menteri ketika itu Dato' Seri Najib Razak mengumumkan yang jawatankuasa kabinet mengenai pengangkutan awam telah memutuskan untuk menghidupkan semula projek landasan berkembar bahagian utara yang tertunda pada 2007.

Dr Mahathir berkata pembatalan tersebut merupakan pembaziran wang rakyat.

"Bila landasan berkembar dan pengelektrikan kereta api dari Johor Baru ke Padang Besar dicadangkan, cadangan kos terendah adalah RM14 bilion dan akan mengambil enam tahun untuk disiapkan. Secara kasar kerajaan itu akan memerlukan RM2 bilion setahun untuk projek itu. Ia boleh dimulakan pada 2004.

"Tetapi apabila Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih, kerajaan memutuskan untuk menangguhkannya untuk beberapa sebab, walaupun Abdullah telah berjanji kepada bekas perdana menteri itu untuk meneruskan projek.

"Kini kerajaan mendapati bahawa terdapat keperluan untuk meneruskannya. Malangnya kos itu telah naik. Untuk membina trek berkembar dan pengelektrikan bahagian dari Ipoh ke Padang Besar sahaja akan menelan belanja RM12 bilion, satu peningkatan secara kasar 50 peratus atau secara kasar RM7 bilion jika talian dari Johor Baru ke Padang Besar dibina," kata Chan dalam blognya pada 24 Jun, 2008.

Projek itu dianugerahi kepada Gamuda Berhad dan MMC Corporation Berhad.

Pemegang-pemegang saham utama bagi Gamuda dan MMC adalah Raja Dato' Seri Sultan Eleena Azlan Shah dan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

--/detikdaily

PKFZ: Rosmah Terlibat Dalam Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang ?? :- Nizar vs Zambry


Menurut sumber dalaman Umno isteri tercinta Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dilaporkan menggunakan jet peribadi milik Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), Datuk Seri Tiong King Sing yang dikaitkan dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Beliau dikatakan telah mengguna salah sebuah jet mewah kepunyaan Tiong beberapa kali untuk tujuan peribadi.

Bagaimanapun, nama Rosmah tidak diheret sepanjang isu yang menarik perhatian rakyat Malaysia itu berlangsung.

Adalah difahamkan Najib kini sedang berusaha untuk membersihkan nama Rosmah supaya tidak terkait dalam penyiasatan skandal PKFZ dengan menubuhkan berbagai jawatankuasa bertindak bagi mengaburi mata rakyat.

Sebelum ini laman web Malaysia Today juga mempersoalkan kaitan Rosmah dengan Deepak Jaikishan, salah seorang daripada lima pengarah sebuah syarikat, Carpet Raya Sdn Bhd (492434-H).

Laman web itu juga mempersoalkan kaitan Rosmah dengan sebuah syarikat, Carpet Raya Sdn Bhd (492434-H) yang dimiliki lima pengarah dengan jumlah saham yang sama banyak dan modal berbayar RM8.7 juta.

Selain Deepak, empat lagi pengarah ialah Jaikishan Rewachand a/l Rewachand Bhojumall, Tekwani Durupadi Jaikshen a/p Tulsidas, Rejesh a/l Jaikishan dan Dhanesh a/l Jaikishan Rewachand.

Dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan kesemua mereka memiliki jumlah saham yang sama banyak dengan modal berbayar RM8.7 juta.

Akaun terakhir syarikat yang didaftar 10 tahun lalu menunjukkan syarikat itu memiliki aset hampir RM90 juta dengan tanggungan keseluruhan RM67 juta dan simpanan melebihi RM12 juta.

Secara rasmi, pendapatan syarikat pada 2005 adalah RM122 juta dan keuntungannya lebih RM7 juta tapi nilai sebenarnya dijangka jauh melebihi angka berkenaan.

Keuntungan besar syarikat yang menjalankan perniagaan menjual karpet itu menimbulkan kecurigaan.

Nilai pendapatan dan keuntungan itu terlalu menjolok mata untuk sebuah perniagaan karpet.

--/zulmamakpng

Wednesday, November 4, 2009

PKFZ : SPRM Diminta Siasat Chan Kong Choy Dan OC Phang :- Nizar vs Zambry & Najib Altantuya

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis menyiasat bekas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Chan Kong Choy dan bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang Datuk Paduka O.C. Phang membabitkan pecah amanah berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Kedua-dua mereka harus disiasat berhubung tiga surat sokongan yang dikeluarkan Chan dan tiga surat akujanji oleh Phang, mengikut laporan PAC berhubung PKFZ yang diedarkan di Dewan Rakyat hari ini.

"Jawatankuasa dimaklumkan oleh Peguam Negara bahawa tiga surat sokongan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Chan Kong Choy, (bekas) Menteri Pengangkutan dan ketiga-tiga surat akujanji yang dikeluarkan oleh Pengurus Besar LPK (Lembaga Pelabuhan Kelang) secara tersirat atau bersifat jaminan daripada kerajaan yang meletakkan tanggungan ke atas kerajaan untuk memastikan ada peruntukan yang membolehkan LPK memenuhi obligasinya di bawah Perjanjian Pembangunan.

"Oleh itu, siasatan rapi perlu dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia/Polis Diraja Malaysia terhadap perkara ini kerana ia dikeluarkan tanpa kelulusan daripada Kementerian Kewangan sepertimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14(1) Akta Tatacara Kewangan 1957," kata laporan itu yang dipetik Bernama.

Selain itu, tindakan Chan dan Phang juga boleh disabitkan dengan kesalahan jenayah pecah amanah di bawah Seksyen 409 yang dibaca bersama Seksyen 409B Kanun Keseksaan.

Seksyen 409 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman minimum dua tahun maksimum 20 tahun, dan dengan sebat, dan boleh juga dikenakan hukuman denda jika sabit kesalahan.

Laporan PAC yang diketuai Datuk Seri Azmi Khalid juga berpendapat surat akujanji yang dikeluarkan oleh Phang adalah bertentangan dengan keputusan kerajaan kerana semasa meluluskan projek PKFZ, kerajaan telah memutuskan supaya ia dibiayai sendiri oleh LPK.

Sehubungan itu, Phang dan Kementerian Pengangkutan didapati gagal memaklumkan kabinet dengan awal mengenai ketidakupayaan LPK untuk membiayai sendiri projek itu walaupun perkara tersebut telah dibangkitkan dalam laporan-laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan LPK bagi tahun 2003, 2004, 2005, 2006 dan 2007.

Selain itu, mereka juga didapati gagal berunding dengan Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi bagi mendapatkan peruntukan bagi membiayai projek itu.

Pengurus besar LPK itu juga didapati telah melakukan "gambaran yang salah" apabila mengeluarkan surat akujanji kepada pemegang amanah PDS iaitu OSK Securities Berhad yang menyatakan bahawa LPK akan meminta kerajaan untuk meremit dana daripada peruntukan bajet ke "akaun rizab khas" atau "kod khas akaun" yang diuruskan oleh LPK memandangkan LPK tidak mendapat kelulusan daripada Kementerian Pengangkutan atau Kementerian Kewangan berhubung perkara itu.-/harakahdaily

Thursday, October 15, 2009

Mahfuz Ajak Tee Keat Sokong Usul PKFZ :- Nizar vs Najib Altantuya

Naib Presiden PAS, Datuk Haji Mahfuz Omar menjemput Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat bersama-sama beliau menghantar memorandum menggesa agar ditubuhkan segera suruhanjaya di raja menyiasat skandal Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ).

"Saya juga akan bangkitkan perkara tersebut dalam sidang Dewan Rakyat yang akan bermula 19 Oktober ini melalui usul supaya ditubuhkan suruhanjaya tersebut dan saya berharap Ong menyokongnya jika usul tersebut diterima untuk dibahaskan.

"Jika usul tersebut tidak diterima, saya akan membangkitkannya melalui ucapan saya dan saya berharap Menteri Pengangkutan itu akan menyokong gesaan saya supaya ditubuhkan suruhanjaya itu," kata beliau.

Mahfuz yakin, Ong sendiri tahu bahawa pasukan petugas khas yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh diharapkan untuk mendedahkan mereka yang terlibat dalam skandal PKFZ.

Mengambilkira perkara tersebut dan kaitan krisis di dalam MCA dengan PKFZ, Ahli Parlimen Pokok Sena itu yakin Ong tidak ada masalah untuk menyokong gesaannya itu.

"Semua orang tahu, pihak yang mendapat untung paling besar dari krisis MCA kini ialah mereka yang terlibat dengan skandal PKFZ.

"Menghambat Ong dari kedudukannya sebagai Presiden MCA amat penting untuk memastikan beliau boleh digugurkan dari jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan dan sebab itulah dengan begitu pantas Najib membuat kenyataan yang memperjelaskan keinginannya supaya Ong berundur sebaik sahaja undi tidak percaya dikemukakan terhadap Presiden MCA itu dalam mesyuarat agung luar biasa (EGM) partinya Sabtu lalu," katanya.

Ong dilihat menyusahkan Najib dan kerajaannya apabila dilihat begitu bersungguh-sungguh cuba membongkar isu PKFZ.

"Undi tidak percaya terhadap Ong dalam EGM MCA Sabtu lalu sebenarnya adalah penentangan terhadap cara Menteri Pengangkutan itu mengendalikan isu PKFZ.

"Tindakan Ong mengambil PricewaterhouseCoopers Advisory Services Sdn Bhd (PwC) untuk mengaudit projek PKFZ akhirnya mendedahkan kaitan para pemimpin Umno dengan projek itu. Sebab itulah beliau mesti disingkirkan," kata beliau.

Ong juga kelihatan bersungguh-sungguh berusaha menyelesaikan skandal tersebut, termasuk menubuhkan sebuah pasukan khas dan dua jawatankuasa untuk mengemukakan cadangan mengenai skandal PKFZ berdasarkan laporan audit PwC dan melantik Datuk Lee Hwa Beng yang disebut-sebut sebagai tokoh yang bersih dan berterus terang menerajui Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK).

Mahfuz tidak menolak kemungkinan wujudnya tangan-tangan gelap Umno di sebalik undi tidak percaya terhadap Ong itu.

"Jangan lupa (Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk) Tee Lian Ker menyatakan bahawa ramai tokoh Umno dan MCA berada dalam "payroll" (Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd -KDSB - Datuk Seri) Tiong King Sing," katanya.

Projek PKFZ mencetuskan kontroversi apabila timbulnya pendedahan bahawa kos pembangunannya melambung daripada RM2.5 bilion kepada lebih RM4.6 bilion.

Siasatan awal keatas projek PKFZ mendapati ia terpaksa diselamatkan dengan pinjaman dari kerajaan.

Selain itu juga, siasatan juga mengesahkan kerajaan melalui Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membeli 404 hektar tanah dari KDSB pada RM25 setiap kaki persegi walaupun harga sebenar dianggarkan RM10 sahaja setiap kaki persegi. KDSB juga dilantik sebagai pemaju PKFZ.

KDSB pula membeli tanah tersebut dari Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Bhd (KPPLB) pada harga RM1.9 hingga RM2.9 sekaki persegi. Pengerusi koperasi tersebut ketika transaksi itu ialah Adun Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil.

Beliau juga adalah ahli lembaga pengarah LPK dari 1997 sehingga 2003.

Laporan audit yang dikeluarkan pada akhir Mei oleh PriceWaterhouseCoopers (PwC), syarikat yang dilantik LPK bagi tujuan itu, menyebut tentang pembabitan beberapa ahli politik dalam projek berkenaan, yang menurutnya, mungkin menimbulkan percanggahan kepentingan.

--Harakahdaily

Friday, September 25, 2009

Skandal PKFZ: KDSB Saman, LPK Saman. Lawan Tetap Lawan!!! :- Nizar vs Najib Altantuya

Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) memfailkan saman RM920 juta terhadap kontraktor siap guna untuk Zon Pelabuhan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan konsultan yang dilantik bagi projek itu BTA Architect, dalam aspek pembangunan utama dan perjanjian tambahan yang ditandatangani antara Februari 2003 dan November 2006.

Pengerusi LPK Datuk Lee Hwa Beng memfailkan saman itu sendiri di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini pagi ini. Bagaimanapun beliau enggan memberikan salinan kedua-dua saman itu kepada media.

Dalam kenyataan media beliau, Lee berkata saman itu difailkan untuk relief termasuk antara lain pembatalan semua perjanjian pembangunan dan satu pengisytiharan bahawa KDSB hanya layak dibayar dengan nilai kerja yang munasabah dilakukan dengan sewajarnya

Alternatif, beliau meminta satu pengisytiharan bahawa semua notis pembayaran yang dikeluarkan oleh KDSB adalah batal dan tidak sah.

Lee juga secara alternatif meminta satu pengisytiharan bahawa KDSB tidak layak, dan bahawa PKA tidak diwajibkan membayar KDSB tuntutan berjumlah RM836,758,459.92 di mana KDSB telah lakukan untuk kerja-kerja perparitan dan membekalkan air, permulaan bayaran profesional, masing-masing bagi pelbagai kerja di bawah perjanjian pembangunan itu.

Alternatif, beliau meminta satu perintah bahawa kerja-kerja yang dijalankan oleh KDSB dikaji semula oleh sebuah konsultan bebas yang dilantik mahkamah dan bayaran permulaan dan profesional dinilai oleh mahkamah berkenaan.

Lee juga meminta faedah, ganti rugi umum dan kos mengenai satu asas indemniti dan ganti rugi kerana penipuan dan salah tafsiran kecuaian, faedah, kos, ganti rugi disebabkan bersubahat dan relief lain yang difikirkan sesuai dan wajar oleh mahkamah.

Menurut kenyataan media, Lee berkata LPK juga memfailkan satu saman permulaan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini, meminta satu pengisytiharan bahawa kenaikan dalam kadar faedah dari lima peratus kepada 7.5 peratus setahun berkaitan perjanjian tambahan untuk kerja-kerja tambahan pembangunan yang ditandatangani pada April 2006 adalah batal dan tidak sah.

Beliau berkata jumlah amaun yang dipertikaikan kini kira-kira RM1.64 bilion termasuk RM720 juta saman yang difailkan oleh LPK di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini pada 18 Sept.

"Lembaga LPK sedar dengan tugasnya untuk melakukan apa yang betul untuk lembaga pelabuhan itu dan menjalankan tugasnya dalam cara yang sesuai dan wajar," menurut kenyataan itu.

KDSB dilantik oleh LPK pada 2003 bagi membangunkan PKFZ di tapak seluas 405 hektar bersebelahan dengan Pelabuhan Utara di Klang.

Syarikat itu menjadi tumpuan baru-baru ini berikutan dakwaan mengenakan caj berlebihan terhadap LPK bagi projek PKFZ, menyebabkan lembaga tersebut dan projek berkenaan menanggung kerugian.

-- BERNAMA

Thursday, September 24, 2009

Dokumen PKFZ: KPN, Sekejap Ada, Sekejap Tak Ada :- Nizar vs Najib Altantuya

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan malam tadi menafikan laporan berita yang memetik beliau sebagai berkata bahawa ada menteri akan dipanggil bagi membantu siasatan kes penyiaran dan penyebaran Kertas Kabinet mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Bukit Aman dalam satu kenyataan di sini menjelaskan bahawa Musa tidak pernah menyatakan bahawa menteri akan dipanggil bagi tujuan itu ketika menghadiri satu majlis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pagi semalam.

"Apa yang beliau (Musa) katakan adalah saksi atau individu akan dipanggil bagi membantu siasatan dan kenyataan mereka diambil," kata Penolong Pengarah Pengurusan bagi Hal Ehwal Awam, ACP Lai Yong Heng dalam kenyataan itu.

Polis dijangka mengesan mereka yang dipercayai terlibat dalam kes penyiaran dan penyebaran Kertas Kabinet itu yang melibatkan isu PKFZ.

Penyiaran Kertas Kabinet itu di sebuah laman web, yang berkaitan projek PKFZ bernilai RM12.5 bilion telah mengundang kemarahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengecam tindakan itu, kerana dokumen berkenaan membabitkan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Kertas Kabinet 18 muka surat itu didakwa sebagai memorandum daripada Kementerian Kewangan pada Jun 2007, untuk mendapatkan persetujuan kabinet bagi memikirkan semula untuk meluluskan pinjaman mudah sebanyak RM4.6 bilion bagi membiayai projek PKFZ. -/mStar
Berita terdahulu di sini

Wednesday, September 23, 2009

Dokumen PKFZ: KPN, Siapa Menteri Kabinet Itu? Nizar vs Najib Altantuya

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata Menteri Kabinet adalah antara individu yang akan dipanggil bagi memberi keterangan berhubung kes penyiaran dan penyebaran Kertas Kabinet mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di sebuah laman web baru-baru ini.

Bagimanapun, beliau enggan mendedahkan siapa atau berapa menteri yang akan disoal untuk mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab mendedahkan dokumen sulit itu yang membabitkan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Polis akan memanggil mereka yang dipercayai terlibat termasuklah menteri," katanya kepada pemberita selepas selesai melawat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini pada Rabu.

Kertas Kabinet mengenai PKFZ itu disiarkan di sebuah laman web didakwa sebagai Memorandum Daripada Menteri Kewangan berhubung PKFZ yang tertakluk kepada OSA.

Musa bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai isu itu kerana bimbang ia akan menganggu siasatan.

Sementara itu, Musa berkata anggota polis berpakaian preman dan rondaan menggunakan kenderaan tanpa logo polis akan diperluaskan untuk mencegah jenayah dengan dengan lebih efektif.

Beliau berkata strategi itu akan terus diperluaskan dan dipraktikkan secara berperingkat di seluruh negara bagi mengekang pelbagai kejadian jenayah.

"Saya dah bincang untuk wujudkan pegawai serta anggota polis tanpa uniform dan ia telah dilaksanakan secara berperingkat. Separuh tempat sudah ada anggota yang ditugaskan untuk berkawal," kata Musa.

Anggota-anggota polis terbabit akan ditempatkan di semua kawasan dan tidak tertumpu kepada kawasan panas semata-mata.

"Kawasan hot spot (panas), kita sudah ada anggota kita sendiri dan anggota Rela (Ikatan Relawan Rakyat), bila ada pihak berkuasa... jenayah kurang berlaku di kawasan terbabit sebab mereka (penjenayah) lari ke kawasan lain dan kerana itu rondaan perlu dijalankan di semua tempat," katanya.

"Bila tiba musim perayaan berlaku juga kes-kes seperti samun dan rompak. Ini kerana pada waktu itu orang tidak ramai dan ini memberi kesempatan kepada suspek untuk melakukan jenayah.

"Kita berharap peniaga seperti pengusaha kedai emas agar lebih berwaspada ketika menjalankan perniagaan pada waktu ini (hari raya)," katanya.

-- BERNAMA

Monday, September 21, 2009

SPRM, Siasat Segera !!! :- Nizar vs Najib Altantuya

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hendaklah menyiasat dengan segera bagaimana kerajaan Selangor boleh makan besar semalam:

1. Dari mana wang diperolehi.
2. Bagaimana wang diperolehi.
3. Siapa terlibat mengeluarkan wang tersebut.
4. Siapa yang mendapat tender untuk menyediakan makan besar itu.
5. Siapa dan berapa orang yang mendapat manfaat dari makan besar itu.

Mungkin ia lebih dasat dari kes Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ).

Saturday, September 19, 2009

Dokumen PKFZ: Malaysia Today Sukar Diakses Selepas Dedah Maklumat :- Nizar vs Najib Altantuya

Laman blog Malaysia Today sukar diakses dan sekaligus mencetuskan persoalan sama ada ianya ada kaitan dengan pendedahan satu kertas kabinet yang 'diklasifikasi' mengenai skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Sejak tiga hari lalu, blog tersebut telah memuatkan beberapa bahagian daripada kertas kabinet tersebut.

Dokumen yang disiarkan itu mendedahkan bagaimana projek RM12.5 bilion itu dilanda masalah.

Malaysia Today tidak dapat diakses langsung pagi ini tetapi dapat diakses semula tidak lama kemudiannya.

Bagaimanapun semakan Malaysiakini pada jam 3.45 petang tadi menunjukkan blog tersebut sekali lagi tidak dapat diakses.
Ketika dihubungi, Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi menafikan mereka menyekat blog tersebut.

"Kita tidak ada kuasa untuk menyekat mana-mana lamanweb," tambahnya.

Sumber dalaman mendedahkan bahawa Malaysia Today menghadapi serangan DDOS dan percubaan menggodam blog tersebut.

Blog tersebut tidak disekat, kata sumber itu yang tidak mahu disebut namanya.

Walaupun ia kemungkinan disebabkan oleh ramai yang cuba mengakses blog berkenaan tetapi pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang juga menimbul persoalan sama ada masalah teknikal itu ada kaitan dengan pendedahan dokumen tersebut.-/malaysiakini

Friday, September 18, 2009

Dokumen PKFZ: OSA Kepada Mereka Yang Bocorkan Laporan :- Nizar vs Najib Altantuya


Perdana Menteri Najib Abdul RAzak memberi amaran kerajaan akan mendakwa mana-mana pihak yang membocorkan dokumen Kabinet di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Najib membuat amaran itu ketika diminta mengulas pendedahan dokumen Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) oleh blogger sensasi Raja Petra Kamaruddin di laman sesawang Malaysia-Today.

Skandal RM12.5 bilion ini mencemar pentadbiran Perdana Menteri Najib Abdul Razak selepas siasatan mendapati wujudnya komplot rasuah dan salahguna kuasa membabitkan pegawai-pegawai kerajaan dan menteri.

Dokumen di Malaysia-Today mendedahkan permohonan dari Kementerian Kewangan untuk kenaikan berkala kos pembinaan projek PKFZ dari RM1 bilion kepada RM5 bilion.

Najib berkata mereka yang mendedahkan dokumen tersebut akan diburu siasatan polis dan tindakan OSA akan dikenakan bergantung kepada siasatan.-TVA

PKFZ: KDSB Disaman RM270 Juta :- Nizar vs Najib Altantuya


Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) memfailkan saman RM720 juta ringgit terhadap pemaju Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Kuala Dimensi Sdn Bhd milik Pengerusi Kelab Penyokong BN, Tiong King Sing.

Saman difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini, dan disahkan oleh Pengerusi PKA Datuk Lee Hwa Beng di laman sesawang PKA.

Tanah yang dibeli dengan tujuan pembinaan projek PKFZ dijual kepada PKA pada "nilai istimewa" RM1.088 bilion ringgit, bersamaan RM25 per kaki persegi.

Lee berkata oleh kerana penjualan dibuat atas dasar "nilai istimewa", maka riba' dalam urusniaga ini tidak sepatutnya dikenakan berbeza atau keatas kadar RM25 kaki persegi ini.

PKA berkata adanya percanggahan kepentingan dalam urusniaga ini dan badan mencari pengesahan keatas jadual pembayaran supaya faedah dari urusniaga ini dapat diketepikan.

PKA juga menuntut kembali riba' yang telah dibayar kepada KDSB setakat ini.-TVA

Thursday, September 17, 2009

Dokumen PKFZ: Najib Dan Kabinetnya Perlu Letak Jawatan Sekiranya Tulen :- Nizar vs Najib Altantuya

Perdana Menteri, timbalannya dan semua menteri yang terlibat mesti meletakkan jawatan jika dokumen kerajaan yang didedahkan oleh Malaysia Today (MT) hari ini dalam artikelnya yang bertajuk "What the Cabinet hid from the Malaysian public" adalah tulen, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Dokumen yang didedahkan itu menunjukkan apa yang didakwa sebagai memorandum dari Menteri Kewangan supaya memberikan kelulusan secara retrospektif berhubung dengan peningkatan kos projek Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) dari RM1.088 bilion kepada RM4,632,732,000.00.

"(Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) perlu membuktikan tanpa sebarang keraguan yang munasabah kepada rakyat bahawa dokumen itu adalah dokumen palsu.

"Jika beliau gagal berbuat demikian dan dokumen tersebut memang benar dokumen kerajaan yang tulen, beliau dan semua anggota kabinetnya kini yang terlibat dalam memberikan kelulusan retrospektif itu mesti meletakkan jawatan serta merta," tegas Mahfuz.

Jika dokumen itu adalah dokumen kerajaan yang tulen, beliau mempersoalkan bagaimana Najib dan anggota kabinet pada masa itu boleh mempersetujui kelulusan retrospektif itu sedangkan banyak peraturan kewangan telah dilanggar termasuk dalam apa yang didakwa sebagai tindakan Menteri Pengangkutan memberikan surat jaminan kepada beberapa penerbitan bon yang boleh dianggap tidak sah.

Mengikut peraturan, surat jaminan sedemikian perlu mendapat kelulusan Jemaah Menteri terlebih dahulu dan surat tersebut hanya boleh dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan sahaja.

Mahfuz juga menuntut kerajaan menjelaskan adakah benar keseluruhan projek PKFZ dilaksanakan hanya dengan kelulusan dasar Perdana Menteri sahaja tanpa mematuhi prosedur yang sepatutnya?

Beliau juga mempersoalkan, mengapa kelulusan retrospektif yang dicadangkan oleh Menteri Kewangan itu diluluskan jika benar projek tersebut setelah dilaksanakan didapati tidak berdaya maju dan kos projek telah meningkat kepada lebih RM4.6 bilion.

"Jika dokumen yang didedahkan oleh MT itu adalah dokumen tulen kerajaan, rakyat kini boleh melihat dengan jelas mengapa Najib dan kabinetnya menubuhkan pasukan petugas khas serta-merta bagi menyediakan laporan berkaitan isu PKFZ.

"Saya telah nyatakan sebelum ini bahawa penubuhan pasukan itu sebenarnya bermotif politik iaitu untuk melindungi pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional dari disiasat atas dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan yang berlaku dalam skandal PKFZ," kata beliau.

"Dan, sebab itulah juga Najib dan kerajaan pimpinannya begitu takut untuk menubuhkan suruhanjaya di raja bagi menyiasat skandal PKFZ itu.

"Jika disiasat dan jika terdedah lebih banyak lagi dokumen dan hakikat yang disembunyikan dari pengetahuan rakyat, ia mungkin membuktikan lagi jenayah peringkat tertinggi dalam skandal PKFZ itu," katanya.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena sekali lagi menuntut sidang khas parlimen diadakan bagi membentangkan kertas putih menjelaskan keenganan kerajaan menubuhkan suruhanjaya di raja bagi menyiasat skandal PKFZ.

"Jika kerajaan enggan mengadakan sidang parlimen khas itu, kita yakin sidang parlimen yang dijangka bermula 19 Oktober ini hingga 15 Disember akan 'dibanjirkan' dengan isu PKFZ hinggalah Perdana Menteri, timbalannya dan semua menteri dalam kabinetnya kini yang terlibat memberikan kelulusan retrospektif kepada peningkatan kos projek PKFZ itu meletakkan jawatan," kata beliau.

Beliau juga mengulangi kenyataannya bahawa satu pasukan peguam PAS ditubuhkan bagi mengkaji peruntukan undang-undang untuk memastikan kerajaan menubuhkan suruhan jaya di raja bagi menyiasat skandal tersebut.

Projek PKFZ mencetuskan kontroversi apabila timbulnya pendedahan bahawa kos pembangunannya melambung daripada RM2.5 bilion kepada lebih RM4.6 bilion.

Siasatan awal keatas projek PKFZ mendapati ia terpaksa diselamatkan dengan pinjaman dari kerajaan.

Selain itu juga, siasatan juga mengesahkan kerajaan melalui Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membeli 404 hektar tanah dari KDSB pada RM25 setiap kaki persegi walaupun harga sebenar dianggarkan RM10 sahaja setiap kaki persegi. KDSB juga dilantik sebagai pemaju PKFZ.

KDSB pula membeli tanah tersebut dari Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Bhd (KPPLB) pada harga RM1.9 hingga RM2.9 sekaki persegi. Pengerusi koperasi tersebut ketika transaksi itu ialah Adun Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil.

Beliau juga adalah ahli lembaga pengarah LPK dari 1997 sehingga 2003

Laporan audit yang dikeluarkan pada akhir Mei oleh PriceWaterhouseCoopers (PwC), syarikat yang dilantik LPK bagi tujuan itu, menyebut tentang pembabitan beberapa ahli politik dalam projek berkenaan, yang menurutnya, mungkin menimbulkan percanggahan kepentingan.-HarakahDaily

Monday, September 14, 2009

PKFZ: RM Berlegar Antara Syarikat KDSB/Tiong King Sing :-Nizar vs Najib Altantuya


Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) sarat dengan misteri. Pada Disember tahun 1997, Tiong King Sing telah membeli sebahagian saham Pacific Chemicals Sdn Bhd daripada Nova Atlantic Sdn Bhd yang dikuasai Ting Pek Khiing, tycoon Cina Sarawak yang terkemuka.

Tiong (gambar kiri) kemudian membeli sepenuhnya saham Pacific Chemicals pada tahun 1999, dan menukar nama syarikat tersebut kepada Wijaya Baru Global pada tahun 2000.

Pada masa yang sama, setelah kabinet mengumumkan kelulusan projek PKFZ pada tahun 1999, Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) yang dilantik Lembaga Pelabuhan Klang sebagai turkey developer, mengumumkan Wijaya Baru Sdn Bhd sebagai kontraktor utama PKFZ, dan Wijaya Baru Global sebagai sub-kontraktor. Kontraktor bertanggungjawab kepada pembinaan infrastruktur dan pembangunan. Jelas, wang PKFZ telah mengalir dari kocek kiri ke kocek kanan, memasuki akaun Wijaya Baru Global.

Menurut Laporan Tahunan Wijaya Baru Global tahun 2006, keuntungan sebelum cukai syarikat tersebut telah bertambah sebanyak RM 10,576,000. Daripada angka tersebut, WBSB telah menyumbang sebanyak RM19,342,000 yang kebanyakannya dari projek PKFZ. Selain daripada itu, Laporan Tahunan 2003 menunjukkan daripada keuntungan RM 54,480,000 (sebelum cukai), penjualan tapak tanah Pulau Indah kepada PKFZ merupakan penyumbang utama.

Satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian, iaitu KDSB telah menjual 753.1 ekar daripada 1000 ekar tanah kepada Great Profile Sdn Bhd pada tahun 24 November 1997. Pada Jun 1999, Tiong King Sing melalui Wijaya Baru Global (Pacific Chemicals ketika itu), telah membeli Great Profile Sdn Bhd. Great Profile Sdn Bhd telah ditukar nama kepada Wijaya Baru Development Sdn Bhd kemudiannya.

Selepas persetujuan dicapai antara KDSB dengan Lembaga Pelabuhan Klang untuk transaksi tapak tanah dengan nilai RM 1,088,000,000 (RM 1.088 billion), Wijaya Baru Development Sdn Bhd telah menjual tanah yang seluas 753.1 ekar kepada Lembaga Pelabuhan Klang melalui KDSB.
Dengan kata lain, hampir 75% pendapatan daripada transaksi tanah tersebut telah memasuki akaun syarikat tersenarai milik Tiong King Sing-- Wijaya Baru Global, melalui Wijaya Baru Development Sdn Bhd.

Persoalannya, apakah Tiong King Sing telah bercita-cita untuk mencipta kekayaan sejak tahun 1997 lagi?

Kontrak dengan jumlah nilai 1 billion

13 kontrak penting yang ditandatangani Lembaga Pelabuhan Klang antara November 2002 hingga Oktober 2007, tidak pernah dirujuk kepada Lembaga Pengarahnya. Lapan daripada 13 kontrak ini ditandatangani dengan KDSB. Di samping itu, semua kontrak yang diberikan Lembaga Pelabuhan Klang kepada KDSB sejak tahun 2004, tidak dibincang dalam kabinet.

Misalnya, satu kontrak pembangunan bernilai RM 1 billion yang belum pun plan pembangunan disempurnakan, telah diberikan kepada KDSB. Tiada kandungan terperinci berkenaan kontrak pembinaan tersebut. Pembangunan yang berakhir pada tahun 2008 ini telah menelan kos sebanyak RM 1.216 billion, ditambah dengan kadar faedah dan kos penasihat pakar, jumlah kos telah mencecah RM 1.850 billion.

Lembaga Pelabuhan Klang telah memberikan kontrak hotel, infrastruktur elektriciti yang bernilai RM 510,380,000 dan kontrak kejuruteraan awam dan elektronik dan jalan raya yang bernilai RM 335,800,000 kepada KDSB, masing-masing pada tahun 2005 dan 2006. Ini bermakna, wang PKFZ telah mengalir ke akaun KDSB tanpa dipantau oleh mana-mana unit.

Lebih penting lagi, Tiong King Sing tidak perlu mengeluarkan wang dari koceknya sendiri dalam PKFZ. Persoalannya, dari mana datangnya dana untuk membangunkan PKFZ? Jawapannya KDSB. KDSB telah menubuhkan Special Port Vehicle Berhad pada 30 Julai 2003, menjual private bond sebanyak RM 1.310 billion, sebagai dana pembangunan PKFZ.

Private Bond ini membayar faedahnya dengan pendapatan yang diperolehinya daripada penjualan tanah KDSB kepada Lembaga Pelabuhan Klang. Dalam transaksi ini, Lembaga Pelabuhan Klang membeli tanah ini dengan RM1.088 billion, membayar secara ansuran dengan kadar faedah 7.5% setiap tahun. Pendek kata, jumlah pokok ditambah kadar faedah mencecah ke RM1.800 billion.

Tiong tidak perlu keluarkan wang

Kemudiannya, antara tahun 2004 hingga 2008, KDSB telah menubuhkan tiga lagi syarikat Special Port Vehicle yang serupa, menjual private bond masing-masing pada RM1,420,000,000 (1.420 billion), RM 545,000,000 dan RM 410,000,000 sebagai dana pembangunan PKFZ. Kadar faedah ke atas bond ini dibayar dengan dana yang diberikan oleh Lembaga Pelabuhan Klang kepada KDSB.

Dengan kata lain, KDSB berjaya memperolehi dana pembangunan PKFZ tanpa perlu mengeluarkan satu sen pun. Keempat-empat private bond ini bernilai RM3.685 billion. Lebih mengejutkan, KDSB seolah-olah tidak terlibat dalam proses bond issuing, hinggakan beban hutang ini jatuh ke bahu Lembaga Pelabuhan Klang.

Menurut rancangan asal, jangkaan kos tapak tanah dan pembinaan PKFZ ialah RM1.957 billion. Namun, selepas KDSB menyelaras semula kos projek tersebut, kos pembangunan PKFZ telah melonjak sehingga RM 3.522 billion, buat setakat akhir tahun 2008. Ditambah pula kelewatan pembayaran yang menjadi hutang kepada KDSB sebanyak RM1.425 billion, membawa kos keseluruhan PKFZ mencecah RM4.947 billion.

Akibatnya, Lembaga Pelabuhan Klang gagal menanggung kos tersebut, lantas meminta bantuan Kementerian Kewangan untuk pinjaman RM4.6 billion. Kadar faedah pinjaman yang dikenakan Kementerian Kewangan ialah 4% , bersamaan dengan nilai RM 2.506 billion, menjadikan jumlah kos PKFZ kepada RM7.465 billion.

Menurut laporan audit PricewaterhouseCoopers (PWC), KDSB mengeruhkan lagi keadaan pada saat-saat ini. Misalnya, KDSB mengenakan kadar faedah yang terlampau tinggi dalam transaksi tanah tersebut, dianggar antara RM51 million hingga RM309 millon. Selain itu, KDSB dan syarikat penasihat yang lain mengenakan professional consultation fee setinggi RM203 million, walaupun KDSB tidak berhak berbuat demikian.

Pada keseluruhannya, KDSB hanyalah sebuah syarikat tidak berisi (shell corp). Kemunculannya sebagai saluran untuk memunggah wang dari PKFZ. Syarikat seperti KDSB hanyalah satu butiran pasir di pantai. Biarpun KDSB berjaya dihapuskan pada kali ini, namun masih lagi ribuan KDSB yang sedang "mencari rezeki" sedemikian. Selagi kuasa politik bersubahat dengan kuasa ekonomi, kesilapan yang sama tetap akan berulang. (Bahagian kedua, tamat)

Bahagian Pertama: PKFZ: Kemunculan KDSB Dan Kebangkitan Tiong King Sing

Dari: MerdekaReview
*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting Lim Hong Siang.

Skandal PKFZ: PAS Gesa Adakan Sidang Khas Parlimen :- Nizar vs Najib Altantuya


PAS menggesa kerajaan memanggil sidang khas parlimen bagi membentangkan kertas putih menjelaskan keenganan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang(PKFZ).

Naib Presidennya, Dato' Mahfuz Omar berkata, PAS mahu persidangan khas itu diadakan sebelum pembentangan bajet Oktober ini bagi membolehkan ahli parlimen berbahas mengenai tindakan kerajaan menubuhkan satu pasukan petugas khas, bukan Suruhanjaya Diraja seperti yang diminta Pakatan Rakyat.

"PAS tetap bertegas bahawa sidang khas itu perlu diadakan bagi mendapatkan satu kesepakatan di kalangan ahli parlimen untuk menuntut Suruhanjaya Diraja ditubuhkan dalam mengendalikan isu ini."Katanya pada satu sidang media di pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini pagi tadi.

Mahfuz juga mengarahkan pasukan peguamnya untuk meneliti segala peruntukan dalam undang-undang di Malaysia yang membolehkan beliau sebagai rakyat mengambil tindakan ke atas kerajaan bagi memastikan Suruhanjaya Diraja ditubuhkan.

"Saya melihat sekarang ini kerajaan seolah-olah tidak mengendahkan tuntutan rakyat. Sebab itu saya arahkan peguam saya menyemak peruntukan yang ada(dalam undang-undang) agar kerajaan akur untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja."Jelasnya.

PAS turut menyifatkan penubuhan pasukan khas yang diketuai Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan itu bermotif politik iaitu untuk melindungi pemimpin-pemimpin Umno Barisan Nasional dari disiasat atas dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan yang berlaku dalam skandal PKFZ.

Turut dipersoalkan PAS keperluan penubuhan pasukan khas itu yang dilihat sama dengan fungsi pasukan khas yang ditubuhkan oleh Kementerian Pengangkutan dan Port Klang Authority(PKA) sebelum ini.

Ujar Mahfuz, apa yang lebih menimbulkan kesangsian apabila Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak tidak meletakkan satu jangka masa khusus kepada pasukan khas untuk menyiapkan laporan siasatan mereka dan menyerahkannya kepada kabinet.

"Perdana Menteri cakap pasal KPI(petunjuk prestasi utama) tapi dalam isu pasukan khas tidak ditetapkan jangka masa untuk laporan itu disiapkan, menunjukkan Najib sendiri tidak ada KPI."

"Ini jelas menunjukkan kerajaan sengaja melengah-lengahkan siasatan ke atas isu ini supaya rakyat lupa dan imej pemimpin BN dapat dijaga."Ujarnya.

Penubuhan pasukan khas itu juga tidak benar-benar bebas kerana masih dipantau kabinet. Segala hasil siasatan juga perlu diserahkan kepada kabinet dan kabinet berkuasa membuat sebarang keputusan.

"Apa perlunya pasukan khas ini kalau segala tindakan perlu mendapat lampu hijau daripada kabinet?Soalnya.

9 September lalu, kerajaan membuat keputusan menubuhkan satu pasukan petugas, yang terdiri daripada Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Peguam Negara, para pegawai Kementerian Pengangkutan dan Kewangan, bagi mengkaji skandal PKFZ.

Namun Pakatan Rakyat melihat ianya bukan satu usaha serius kerajaan untuk menyelesaikan isu yang tertangguh sejak 2003 itu.

Julai lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Seri Azmi Khalid berjanji untuk menyerahkan laporan lengkap berhubung skandal PKFZ sebelum sidang Parlimen depan.

Dalam kenyataannya, Azmi mengakui 405 ektar tanah yang menempatkan gudang, blok, pejabat dan hotel bertaraf empat bintang itu menjadi pertikaian khalayak sejak 2003, apabila kos pembangunannya RM2.5 billion telah melambung pada RM4.6 billion secara misteri.

Disebabkan itu, Azmi sendiri meminta Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail tidak membuat apa-apa penjelasan, sehinggalah siasatannya selesai.- HarakahDaily

Sunday, September 13, 2009

PKFZ: Kemunculan KDSB Dan Kebangkitan Tiong King Seng :- Nizar vs Najib Altantuya

Seandainya skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) tidak terbongkar, maka Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) yang dikuasai "orang kuat" Barisan Nasional, Tiong King Sing akan terus berselindung di dalam ribuan syarikat pembinaan, memeras kekayaan negara tanpa disedari ramai.

KDSB kini menjadi isu hangat dalam media. Polis telah membekukan akaun KDSB menggunakan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001, setelah meneliti hasil siasatan isu PKFZ daripada Kementerian Pengangkutan.

Apakah wajah sebenar KDSB? Jelas, KDSB hanyalah salah satu catur dalam permainan politik Barisan Nasional untuk memunggah kekayaan ekonomi negara. Skandal ini memperlihatkan bagaimana Tiong berkongsi kek PKFZ bersama UMNO, dan MCA sebagai catur yang penting, turut merasai sebahagian kek ini melalui Kementerian Pengangkutan yang dikuasainya.

Dari zaman Mahathir...

KDSB ialah anak syarikat milik sepenuh Wijaya Baru Holdings Sdn Bhd (WBHSB), sementara Tiong adalah pemegang saham terbesar WBHSB dengan 70% saham dalam genggamannya. KDSB ditubuhkan pada 22 April 1994, dengan tujuan utamanya--PKFZ.

Di samping itu, Wijaya Baru Sdn Bhd (WBSB) yang merupakan kontraktor utama PKFZ, ditubuhkan pada 9 Oktober 1990, berkecimpung dalam bidang pembalakan, pembinaan, pembangunan infrastruktur (seperti lebuh raya), jalan raya dan perparitan, pembinaan, turkey contract, financing project developement, perumahan serta hartanah komersial dan sebagainya. Selain Tiong King Sing, antara pemegang saham terbesarnya ialah Omar bin Abdul Latip dan Idris bin Jani. WBSB ialah anak syarikat kepada WIJAYA, 4022 Main Board Industrial Product.

Mengapa Tiong yang bangkit dengan bidang pembalakan, melibatkan diri pula dalam bidang pembinaan? Sekali imbas, Malaysia berada dalam zaman peralihan ke ekonomi perindustrian ketika itu, di bawah pimpinan PM ke-4, Mahathir Mohamed. Ditambah pula Asia didodoi dengan pujian "Alaf ke-20 milikan Asia" ketika itu, Malaysia berada di puncak kegemilangan ekonomi dalam sejarah.

Pasaran saham dan hartanah mula berbuih dalam kepesatan ekonomi. Malah, kerajaan giat memperkembangkan bidang pembinaan, dengan meluluskan "projek gajah putih" yang "mega".

Pada ketika itu, projek pembinaan dan hartanah adalah kerjaya "cepat kaya", selain pasaran saham. Kocek mereka yang berhubung rapat dengan kerajaan BN (khususnya UMNO), disarat penuh dengan kepentingan. Lantaran itu, syarikat pembinaan berkongsi antara bumiputera dengan Cina tumbuh bagai cendawan selepas hujan, dan WBSB adalah salah satu daripadanya.

Perniagaan tanpa modal

Projek PKFZ bermula sejak tahun 1993. Kerajaan berniat menukarkan pelabuhan Klang kepada national load hub, malah sebagai pusat transshipment di rantau ini. Dalam Rancangan Malaysia ke-7, beberapa strategi diterapkan, melakar lengkuk projek PKFZ.

Mereka yang memiliki "otak berniaga" semestinya faham, apabila projek PKFZ terjana, maka projek mega pembinaan akan bertapak, sementara nilai tanah kawasan di sekitar pelabuhan Klang akan melonjak.

Tapak tanah yang mengundang kontroversi dalam PKFZ ini, telah diperuntukkan oleh kerajaan negeri Selangor kepada Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Berhad, yang mempunyai hubungan rapat dengan UMNO. Maka, UMNO-BN dipercayai berniat untuk membangunkan PKFZ sejak tahun 1992 lagi.

Tiong (gambar kanan) melalui KDSB, anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh WBSB, membeli tapak tanah tersebut dengan harga RM 95,000,000 atau RM3/kaki persegi daripada Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Berhad. Untuk pemimpin kanan UMNO dalam Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Berhad, ini perniagaan tanpa modal kerana tanah ini diperuntukkan oleh kerajaan negeri Selangor kepada Koperasi. Dengan kata lain, RM 95,000,000 telah dimasukkan ke kocek dengan mudah, hanya melalui pertukaran hak milik tapak tanah.

Onn Ismail, Pengerusi Tetap Umno merangkap Ketua UMNO Bahagian Klang ketika itu adalah Pengerusi Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Berhad. Malah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif KDSB, Faizal Abdullah bukan sahaja Bendahari BN Selangor dan Timbalan Ketua UMNO Umno Kapar, tetapi yang lebih penting, beliau ialah menantu Onn Ismail.

Tiong masuk gelanggang

Ini mungkin menjelaskan mengapa Faizal Abdullah (gambar kiri) yang berumur 30 tahun ketika tahun 2000 telah menduduki kerusi nombor dua dalam syarikat di bawah Tiong--termasuk Wijaya Baru Holdings Sdn Bhd, KDSB dan lain-lain, sebagai Timbalan Ketua Eksekutif. Hanya melalui perkongsian kepentingan, barulah Tiong boleh menempah satu-satunya tiket untuk masuk ke gelanggang.

KDSB telah menjual tanah tersebut kepada Lembaga Pelabuhan Klang pada tahun 2002, dengan RM 1,088,000,000 (1 billion 88 juta), atau RM25/kaki persegi dan bayaran ansuran berkadar interest 7.5%, atau bersamaan RM1.8 billion secara keseluruhannya. Pertukaran tangan ini membawa keuntungan bersih hampir RM 993 juta.

Belum lagi dikira keuntungan yang diperolehi KDSB yang mendapat "turkey contract" dari projek PKFZ. Pada ketika itu, ADUN UMNO Abdul Rahman Palil merangkap jawatan Pengerusi bersama Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Berhad dan Pengarah Lembaga Pelabuhan Klang.

Dari perkiraan masa, Tiong mungkin telah mula mengatur langkahnya ke dalam PKFZ sejak tahun 1993. Sekiranya krisis ekonomi tidak meledak pada tahun 1997/98, lantas mencelarukan projek ini, PKFZ mungkin dijalankan lebih awal, dan bukannya diluluskan kabinet hanya pada 24 Mac 1999, selepas kemelut ekonomi. (Bahagian pertama, bersambung)

Dari MerdekaReview
*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting Lim Hong Siang.

Monday, September 7, 2009

Skandal PKFZ, Penglibatan UMNO Cuba Ditutup :- Nizar vs Najib Altantuya

Demi menyelamatkan banyak lagi jerung besar Umno dan BN dari terdedah, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa mempercepatkan drama siasatan kes skandal PKFZ dari terus mendapat perhatian rakyat Malaysia.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar tengahari tadi mendakwa tidak mustahil Umno mengaut rasuah yang lebih besar dari MCA di sebalik skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

"Sebelum ini, kita banyak membincangkan watak-watak pemimpin MCA, sehingga menenggelamkan watak sebenar (serta) kepentingan politik Umno itu sendiri. Keyakinan saya, Umno lebih banyak mendapat faedah dari skandal PKFZ terbabit berdasarkan beberapa pendedahan sebelum ini.

"(Antaranya) membabitkan Datuk Abdul Rahman Palil (bekas exco Selangor) iaitu Pengerusi Koperasi Pembangunan Pulau Lumut (KPPL) menjual tanah hanya RM3 sekaki persegi kepada Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB). Kemudian, beliau (Rahman) juga selaku ahli Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) bersetuju untuk membeli (semula) tanah tersebut daripada KDSB dengan harga RM25 sekaki persegi.

Ini bermakna dia (Rahman) dapat keuntungan lapan kali ganda (lebih kurang RM1.8 billion, termasuk faedah) dari skandal pembelian tanah tersebut," jelasnya.

Bercakap pada sidang media di Pejabat Agong PAS, Mahfuz turut menjelaskan, Bekas Bendahari Umno Tan Sri Abdul Azim Mohamad Zabidi merupakan orang kepercayaan kepada (Pengerusi Kelab Anggota Parlimen BN) Datuk Seri Tiong King Sing yang juga merupakan Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) KDSB. Azim Zabidi ini sebenarnya Pengarah syarikat Wiramaju Sdn. Bhd, (iaitu) anak syarikat KDSB.

"Timbalan CEO KDSB ini, Haji Faizal Abdullah dahulunya merupakan Ketua Pemuda Umno; dan sekarang ini merupaka Timbalan Pengerusi Umno Bahagian Kapar. Saya difahamkan sekarang ini Faizal menjawat jawatan Bendahari Barisan Nasional Selangor," kata Mahfuz.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mempersoal kengganan Perdana Menteri Malaysia itu menubuhkan suruhanjaya diraja yang bebas demi membongkar penyelengan serta rasuah di PKFZ itu.

"Kita (rakyat) tidak ada satu jaminan bahawa badan siasatan sedia ada (iaitu) Polis dan Suruhanjaya Penjegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mampu menyiasat kes ini (PKFZ); kerana berasaskan pada beberapa insiden sebelum ini; Polis dan SPRM terus dipersoalkan semua pihak.

"Walaupun baru-baru ini (Ketua Polis Negara) Tan Sri Musa Hassan sendiri membekukan akaun KDSB, kerana ada kaitan dengan beberapa kes dalam tangannya, tetapi saya masih meragui tindakan-tindakan ini kerana penyambungan kontrak Musa sendiri yang dipertikai.

"Bagaimana Musa boleh menyesaikan kes skandal PKFZ yang dikatakan bahawa dilindungi beberapa kongsi gelap, sedangkan dia sendiri dikaitan dengan beberapa peribadi misteri seperti BK Tan dan (Tengku) Goh Cheng Poh. Sebab itu, di Parlimen kita (Pakatan Rakyat) cadangan ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja yang bebas," kata Mahfuz lagi.

Dakwa Mahfuz, kerajaan sebenarnya cuba melindungi beberapa pemimpin Umno yang lain, dengan menyuruh Menteri Pengangkutan, Ong dan Ahli Parlimen Bintulu Tiong tidak menggunakan media massa untuk menyelesaikan masalah dalaman MCA sebelum ini.

"Seperti laporan media yang mendakwa Presiden MCA Ong (Tee Keat) menerima RM10juta dari Pengarah KDSB Tiong serta saman balik (oleh Ong) RM500 juta sebelum ini (24 Ogos) hanyalah sebahagian dakwaan rasuah yang melibatkan pemimpin-pemimpin MCA (dan) Barisan Nasional. Sebenarnya banyak lagi yang terlibat di kalangan Umno, cuba dilindungi," dakwanya.

Beliau juga mempertikai keputusan Najib yang mengarahkan Pasukan Khas yang dibentuk PKA sendiri supaya membentangkan laporan lengkap skandal PKFZ itu dalam Kabinet Rabu ini.

"Kalau Najib serius, seharusnya ia mendahulukan laporan PAC dalam sidang Parlimen depan seterusnya membentuk sebuah suruhanjaya diraja yang bebas. Skandal rasuah itu melibatkan beberapa individu dalam Lembaga (PKA) sendiri, bagaimana sebuah jawatan kuasa di bawahnya boleh melaporkan sesuatu tentang 'Tuan Lembaga'nya sendiri. Ia sesuatu yang mustahil dan diragui," katanya.

Turut menyertai Mahfuz, Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salehuddin Ayub.

Julai lepas, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Seri Azmi Khalid berjanji untuk menyerahkan laporan lengkap berhubung skandal PKFZ sebelum sidang Parlimen depan.

Dalam kenyataannya, Azmi mengakui 405 ektar tanah yang menempatkan gudang, blok, pejabat dan hotel bertaraf empat bintang itu menjadi pertikaian khalayak sejak 2003, apabila kos pembangunannya RM2.5 billion telah melambung pada RM4.6 billion secara misteri.

Disebabkan itu, Azmi sendiri meminta Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail tidak membuat apa-apa penjelasan, sehinggalah siasatannya selesai.

Dalam pada itu, Azmi bersama-sama Abdul Ghani memanggil dua bekas Menteri Pengakutan Tun Dr. Ling Liong Sik (berjawatan 1986-2003) dan Datuk Chan Kong Choy (berjawatan 1 Julai 2003 18 Mac 2008) untuk melengkapkan siasatan skandal tersebut, tetapi menafikan keterlibatan kedua-dua menteri terbabit dalam skandal itu.

Dalam pra laporan, Azmi telah memanggil lima syarikat yang disyaki, termasuk PricewaterhouseCoopers (PwC) yang dikatakan khalayak mendalangi skandal rasuah PKFZ tersebut.

Timbalan PAC yang juga Ahli Parlimen Kepong/Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr. Tan Seng Giaw pula sebelum ini turun mendapatkan keterangan daripada beberapa pemimpin Barisan Nasional terbabit yang lain; seperti Pengerusi Tetap Umno Tan Sri Onn Ismail, Bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Chor Chee Heung (MCA) dan sebagainya.

Sumber lain melaporkan bekas Menteri Pengangkutan sebelum ini, Tun Dr. Ling Leong Sik (mantan Presiden MCA) dan Tan Sri Chan Kong Choy juga pernah dikatakan terbabit melindungi watak-watak misteri di sebalik skandal PKFZ dari tahun 2003 hingga 2006.

Isu skandal PKFZ yang berleluasa sejak penghujung 1990an lalu kembali menggamit perhatian khalayak apabila Najib sedaya upaya cuba menutup dakwaan berani Tiong ke atas Presiden MCA Ong Tee Kiat baru-baru ini; bahawa MCA mendapat kepentingan RM10 juta dari faedah PKFZ.- Harakah

Friday, September 4, 2009

PKFZ / SPRM: RM10j Cuma 2 jam, RM2,400 10 jam dan mati :- Nizar nt Najib Altantuya


Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiat hanya disiasat dua jam oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran dakwaan menerima RM10 juta dari Ketua Eksekutif Kuala Dimensi, Datuk Seri Tiong King Sing.

Padahal Setiausaha Politik seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock disoalsiasat lebih 10 jam oleh SPRM dan kemudiannya didapati meninggal hanya kerana isu RM2,400 sahaja.

Inilah dilema yang dihadapi oleh rakyat negara ini. Tokoh politik kerajaan yang memerintah mendapat layanan baik manakala pihak yang berbeza dengan kerajaan akan mendapat layanan sebaliknya.

Semalam pegawai SPRM mengambil masa lebih dua jam sahaja untuk menyoalsiasat Ong Tee Kiat ekoran dakwaan rasuah sebanyak RM10 juta.

Siasatan ini ekoran dakwaan Tiong King Sing yang juga Pengerusi Kelab Penyokong BN serta anggota Parlimen Bintulu, Sarawak kononnya dia memberikan wang sebanyak RM10 juta kepada Ong Tee Kiat untuk keperluan kempen dalam mesyuarat agung bahagian MCA.

Teoh Beng Hock pula disiasat selama lebih 10 jam dan pada waktu malam hingga pagi ekoran dakwaan yang melibatkan wang RM2,400 sahaja.

Beliau kemudiannya ditemui mati di sebelah bangunan Plaza Masalam yang menempatkan pejabat SPRM Selangor. Kes itu kini sedang dibicarakan melalui prosedur Inkues.

Ketika mengulas isu ini, Ahli Jawatankuasa Khas SPRM, Salahudin Ayub akan mendesak segera pengerusi JK itu, Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad untuk bermesyuarat segera.

"Saya akan minta SPRM menjelaskan isu ini kepada kami segera," kata Salahudin yang juga Naib Presiden PAS kepada Harakahdaily.

Beliau juga meminta SPRM mendedahkan segera hasil siasatan dua jam mereka terhadap Ong Tee Kiat yang merupakan isu yang sangat kontroversi ini.

"Apakah masa dua jam itu cukup? Kenapa pendek sangat sedangkan Teoh Beng Hock disiasat 10 jam dengan pelbagai jenis tekanan.

"Adakah modus operandi SPRM berbeza antara tokoh dari kerajaan BN dengan orang dari kerajaan Pakatan Rakyat," tanya Salahudin yang dilantik sebagai ahli JK Khas SPRM itu apabila SPRM bertukar dari Badan Pencegah Rasuah (BPR) tahun lalu.

Anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali pula mempersoalkan, "Apakah SPRM ini benar-benar colour blind iaitu tidak membezakan status dan kedudukan mereka yang didakwa terlibat dalam kegiatan rasuah."

Bagi beliau, apa yang berlaku terlalu jelas di mata rakyat, mereka mempunyai kedudukan berbeza pada mata SPRM.
/harakahdaily

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost