Tuesday, November 22, 2011

Cukai 6% Prepaid : Telco Belum Muktamad

Kerajaan belum memutuskan sama ada membatalkan atau tidak cukai enam peratus terhadap pengguna talian pra-bayar seperti yang diumumkan Syarikat telekomunikasi (telco) sebelum ini.

Menyatakan demikian di Dewan Rakyat hari ini, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) Datuk Joseph Salang berkata cukai tersebut merupakan salah satu daripada cukai pendapatan utama negara.

"Keputusan yang akan dibuat juga mungkin bergantung kepada syarikat Telco sendiri," katanya ketika menjawab soalan tambahan dari Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) mengenai status penangguhan caj tersebut seperti yang diumumkan KPKK baru-baru ini. - Malaysiakini

aku cakap -
menteri cakap saja kt media..nk suruh rakyat kata..oooo menteri ni perihatin...ooo menteri tk bg astro naik...tk bg TELCO caj 6%...pahtu dalam diam2...bila dah ada dalam bil...nk tk nk..pengguna kena bayar..tk bayar...servis kena suspend...tu je tektik sekarang...dia akan naik dlm senyap2 jer..bila rakyat bising lg..kuar TV sana sini...menteri ni pun akan ckp lagi...kita akan bawa isu ini dalam kabinet...dan kita akan panggil kesemua CEO TELCO untuk berbincang...begitu laa sterusnya...

Wednesday, September 14, 2011

Bila Lagi Rais Yatim Nak Ambil Tindakan Terhadap ASTRO ???

Semasa telco umumkan nak kenakan cukai 6% terhadap pelanggan prepaid... banyak bantahan telah disuarakan rakyat.. dan.. kerajaan pun ambil kesempatan dan jadi hero dalam isu ini dengan mengumumkan bahawa telco telah bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan cukai tersebut.

Tapi.. ingat tak semasa ASTRO nak menaikkan yuran langganan bulanan dulu..?

Menaikkan harga, bercanggah undang-undang, Astro akan dikenakan denda jika terus juga naikkan, kabinet tak benarkan, bla bla bla...

Bila menteri nak kenakan kompoun dan denda kepada Astro? Jika menteri dan semua pihak yang terlibat terus buat bodoh!!!

Perkara pokok yang dibangkitkan di sini ialah, mengenai harga pakej yuran bulanan Astro yang sudah dinaikkan serta cukai yang dikenakan.

Apa yang jelas penipuan dan sandiwara RAIS YATIM.

Lihat laporan berita di bawah ini baik-baik, apa yang telah dikatakan oleh menteri, dan apa pula yang telah berlaku?(Kabinet Larang ASTRO naik yuran - UTUSAN)

Wednesday, September 7, 2011

Komunis, Mat Indera & Mat Sabu

kalau nak tau & memahami isu panas yang sedang hangat dimainkan oleh UMNO skrg iaitu isu komunis, mat indera & mat sabu, tolong baca artikel oleh Tukar Tiub.

FAKTA SEJARAH HINGGA HARI KIAMAT - Hishamudin Rais

UNTUK MEREKA YANG MASIH KURANG SEDAR

British telah berjaya dihambat keluar dari Tanah Melayu kerana anak semua bangsa telah bangun mengangkat senjata melawan mereka. Perjuangan angkat senjata ini adalah fakta sejarah. Fakta yang selama ini telah cuba ditenggelamkan oleh United Malay National Organisation. Niat busuk menenggelamkan fakta ini bertujuan untuk menipu orang ramai agar percaya bahawa gerombolan United Malay National Organisation ini sahaja yang berhak menjadi 'raja’ memerintah Tanah Melayu/Malaysia sampai hari kiamat.

Semenjak tahun 1958 United Malay National Organisation telah ke hulu ke hilir menjajakan ikan busuk – Merdeka dicapai tanpa tumpah darah. Setiap bulan Ogos United Malay National Organsation jadi mamai dengan kesah-kesah dongeng tentang bagaimana mereka menentang gerila Pembebasan Rakyat Malaya yang dipimpin oleh Parti Komunis Malaya (PKM). United Malay National Organisation ini agak bebal kerana kesah kesah dongeng ini membuktikan bahawa mereka - dalam Bahasa Inggerisnya menjadi British’s running dog atau anjing suruhan British. Rakyat Tanah Melayu bangun menentang British tetapi United Malaya National Organisation menentang orang yang menentang British. Jelas ini perbuatan dan kerja barua British.

Perjuangan mengangkat senjata melawan Brtish bermula pada 20 Jun 1948. Sebelum angkat senjata melawan British ini dilancarkan, Parti Komunis Malaya telah juga melancarkan gerakan gerila bersenjata menentang kuasa fascist Jepun. Ini adalah jawapan anak semua bangsa terhadap fascist Jepun yang telah menawan Tanah Melayu pada tahun 1941-1945. Ini fakta sejarah.

Babak-babak sejarah sejarah gilang gemilang bermandi darah ini cuba dilupuskan kerana dalam sejarah ini nama United Malay National Organisation tidak pernah muncul. Bau bau kentut mereka pun tidak terdengar dalam babak-babak sejarah ini. Gerombolan United Malay National Organisation tidak pernah wujud dalam perjuangan anti-imperialis.

Kuasa imperialis Kulit Puteh ( White Colonial Power) – Portugis, Belanda dan British – datang ke Tanah Melayu ini kerana mencari harta kekayan. Kuasa imperial ini datang untuk mengambil hasil bumi – bijeh, emas, getah dan rempah rampai. Buktinya: gerombolan yang datang awal untuk menjarah harta kekayaan di Kepulauan Nusantara adalah lanun seperti Raffles dari East India Company.

Semenjak kuasa imperialis ini - Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun - menjejakkan kaki ke Tanah Melayu – mereka terus diserang. Nama seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Jaggut, Maharaja Lela, Haji Abdul Rahman Limbong – adalah pemula gerakan anti-imperialis di Tanah Melayu. Ini fakta yang tidak mungkin luput hingga hari kiamat.

Mari saya cerahkan para pembaca dengan beberapa fakta-fakta sejarah yang juga tidak mungkin akan berubah hingga hari kiamat. Para pembaca yang budiman : Sila buka minda dan pakukan ke dalam otak kita semua bahawa parti dan pertubuhan politik Melayu yang tertua di Tanah Melayu ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuhkan pada tahun 1938 dibawah pimpinan Ibrahim Yacoob. Ini diikuti pula dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945 dengan sayap mudanya Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS).

United Malay National Organisation hanya ditubuhkan pada tahun 1946. Sila baca betul betul. Buka mata dan buka kepala: KMM 1938, PKMM, API dan AWAS pada tahun 1945. United Malay National Organisation ditubuh pada tahun 1946. Baca sekali lagi : sembilan belas empat puluh enam United Malay National Organisation ditubuhkan dan bukan sembilan belas tiga puluh lapan. Tarikh 1946 ini pun untuk United Malay National Organisation telah ditalkinkan. United Malaya National Organisation yang baru ini ditubuhkan pada tahun 1988. Ini fakta sejarah yang tidak akan berubah hingga hari kiamat.

Kemudian mari kita lihat garis-garis perjuangan parti-parti ini. Kesatuan Melayu Muda dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya telah memekikkan slogan – MERDEKA! Laungan ini telah menghantui kuasa imperial British. Tuntutan kemerdekaan ini telah mengampoh dan ini menakutkan kuasa kolonial British.

United Malay National Organisation bukan sahaja TIDAK berani melaungkan – merdeka – malah gerombolan ini telah mengeluarkan slogan lawak seram yang berbunyi: Hidup Melayu! Slogan lawak seram ini seolah-olah orang Melayu 'kurang oxygen’. Masih tidak jelas - apakah pada tahun 1946 dahulu orang Melayu sedang nyawa-nyawa ikan atau kurang oxygen untuk bernafas sehinggakan perlu dilaungkan ‘hidup Melayu’. Atau kerana hakikatnya United Malay National Organisation ini satu gerombolan yang bebal dan tidak dapat memikirkan slogan yang masuk akal.

Lawak seram – Hidup Melayu – masih ditakbirkan ke hulu ke hilir hingga ke hari ini. Adalah satu fakta bahawa yang masih lantang melaungkan Hidup Melayu hari ini adalah kaum Mamak Kimma dan kumpulan Awang Hitam yang semakin di sangsikan teromba dan salasilah kerurunan mereka. Kenapa Awang Hitam ini suka melaungkan Hidup Melayu ini memerlukan satu kajian yang lebih rapi.

Adalah juga fakta sejarah bahawa United Malay National Organisation tidak - diulangi sekali lagi dengan huruf besar – T-I-D-A-K - berjuang untuk mendapat kemerdekaan. Apabila kuasa imperial British merasa tekanan senjata dan gerakan massa politik di Tanah Melayu semakin melonjak dan mengampoh maka kuasa imperial memerlukan budak suruhan yang setia. Justeru, diwujudkan satu gerombolan yang dipanggil United Malay National Organisation. Nama Inggeris kumpulaan ini masih dipakai hingga ke hari ini. Nama Inggeris ini sahaja sudah memadai sebagai bukti bahawa gerombolan ini ditelor, dieram dan dinetaskan oleh British.

Pada 20 Jun 1948 kuasa kolonial Britsih telah mengistiharkan apa yang dipanggil ‘darurat’. Perkataan ‘darurat’ ini adalah kelentong besar dari pihak British. British dengan licik telah menggunakan perkataan ‘darurat’ agar orang Melayu tidak sedar bahawa apa yang sedang berlaku pada tahun 1948 sebenarnya ialah perjuangan bersenjata untuk menghalau British. Tidak ada warga Tanah Melayu dalam darurat. Yang darurat ialah kuasa kolonial dan soldadu British yang telah diserang oleh gerila Pembebasan Rakyat Malaya.

Apabila darurat diistiharkan – kuasa kolonial British telah mengharamkan KMM, PKMM, PKM, API, AWAS, Hisbul Musliman dari bergerak bebas di Tanah Melayu. Ramai pemimpin parti , kader politik dan aktivis dalam gerakan nasionalis ini telah di tangkap oleh soldadu British. Nama-nama seperti Burhanuddin al- Helmy , Ishak Haji Muhamad, Chen Peng, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh, S.A. Ganapathy, Ustaz Abu Kabar al- Bakir, Ahmad Boestaman, Kamaruzaman Teh, Abdullah Sidi adalah nama-nama nasionalis yang dikhendaki oleh British.

Apabila pemimpin dan kader dari gerakan nasionalis ini ditangkap, diburu atau dibunuh maka barulah United Malay National Organisation dapat berkembang. Gerombolan United Malay National Organisation dapat bernafas dengan slogan Hidup Melayunya kerana ramai pemimpin-pemimpin rakyat telah memulakan kerja dibawah tanah atau masuk ke hutan mengangkat senjata untuk menjadi gerila Pembebasan Rakyat Malaya.

British dengan licik telah lebih awal merancang satu strateji untuk memastikan United Malaya National Organisation dapat mara ke hadapan. Strateji ini cukup senang: Dua tahun sebelum darurat diistiharkan kuasa kolonial British telah menimbulkan konsep politik yang dinamakan Malayan Union. Ini adalah taktik Britsih untuk mematahkan gerakan nasionalis Melayu yang anti- British. Dengan mencadangkan konsep Malayan Union ini British telah memberi nafas kepada United Malay National Organisation untuk mengumpulkan orang-orang Melayu.

Justeru apabila darurat diistiharkan dua tahun kemudian - pada tahun 1948 – pucuk pimpinan nasionalis Melayu dari KMM, PKMM, PKM telah dipatahkan. Gerakan yang tidak diganggu gugat malah mendapat sokongan British hanyalah United Malaya National Organisation, Malayan Indian Congress dan Malayan Chinese Association – semuanya menggunakan nama Inggeris. Ketika pemimpin gerakan nasionalis dalam penjara atau kini di hutan bergerila maka ketika inilah United Malay National Organisation mencelah masuk menawarkan diri untuk menjadi barua British yang setia. Ini fakta sejarah yang sampai kiamat pun tidak akan berubah.

Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman – dua bengolan ini bukan – B-U-K-A-N - dieja dengan huruf besar - bukan perjuang menentang Britsih. Mereka berebut-rebut menawarkan diri untuk menjadi barua Brtisih yang setia. Pada ketika itu penjajah British memasang dua kuda. Justeru, kuasa kolonial British memiliki dua pilihan. British akan memilih kuda yang lebih setia dan yang boleh menipu orang Melayu dengan bijak bistari. Akhirnya Tunku menjadi kuda pilihan British.

Dengan kemunculan budaya internet segala pembohongan United Malay National Organisation telah diketahui umum. Satu demi satu tipu helah dan fakta songsang tentang perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu telah mula dibongkar. Anak-anak muda semakin sedar kenapa pada ketika ini United Malay National Organisation sedang bermati-matian cuba memesongkankan fakta perjuangan bersenjata melawan British.

Hari ini – pada 5 haribulan September 2011 – United Malay National Organisation sedang bernafas dalam lumpur untuk mempertahankan babak serangan gerila Pembebasan Rakyat Malaya keatas Rumah Pasong Bukit Kepong. United Malay National Organisation melihat serangan ini sebagai detik sejarah perjuangan mereka.

Serangan gerila ini telah dipimpin oleh Mat Indra – seorang guru agama, seorang kader dari Parti Komunis Malaya dan aktivis API. Kemunculan Mat Indera pada tahun 2011 telah meledakkan mitos bahawa Parti Komunis hanya dianggotai oleh orang China. Roh Mat Indra juga telah meledakkan mitos bahawa kaum komunis tidak ada agama. Roh Mat Indra yang muncul tahun ini telah juga mensahehkan bahawa United Malay National Organistaion adalah barua setia British. Ini kerana Sarjan Ketua Rumah Pasong Bukit Kepong pada malam serangan itu ialah Ray Dancey. Sila baca namanya sekali lagi. Namanya bukan Mat Rais bin Lebai Dasi tetapi Ray Dancey – seorang Mat Salleh yang sebelum ini kerjanya ialah mengharu birukan rakyat Palestin.

United Malay National Organsation ini bukan sahaja barua yang setia malah telah menjadi barua yang amat bebal. Tidakkah mereka sedar bahawa serangan keatas Rumah Pasong Bukit Kepong ini berlaku pada 23 Februari 1950. Tahun seribu sembilan ratus lima puluh Tanah Melayu masih dibawah British. Bendera yang berkibar di rumah pasong Bukit Kepong ialah bendera Union Jack. Lagu yang dinyanyikan ialah lagu God Save the Quen dan bukan lagu Memula Moon atau Terang Bulan.(TT)

Tuesday, August 23, 2011

Photobucket

Monday, June 27, 2011

TAHNIAH SUHAKAM!!! U Memang Best BRO

Suhakam: Hak ada perhimpunan aman mesti dilindungi - Malaysiakini

Merujuk kepada perhimpunan BERSIH, PERKASA dan Pemuda Umno pada 9 Julai ini, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengulangi pendiriannya bahawa orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman.

Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata ia termaktub di dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

Suruhanjaya mengulangi syor-syor yang telah dikemukakan sebelum ini kepada kerajaan untuk menghormati kebebasan berhimpun.

Hasmy berkata, ianya terkandung dalam, antara lain, Laporan Tahunannya kepada Parlimen, serta permintaan bagi pemansuhan sub-seksyen (2), (2A) - (2D), (4), (4A), (5), (5A) - (5C), (7) dan (8) Seksyen 27 dan Seksyen 27A Akta Polis 1967.

Suhakam juga, tambahnya, mengesyorkan agar pihak polis menggunakan cara yang bersesuaian dan tanpa keganasan sekiranya mereka mendapati ianya perlu untuk mengawal atau menyuraikan orang ramai semasa perhimpunan.

Sehubungan itu, Suhakam menyeru pihak berkuasa untuk membenarkan perhimpunan aman tersebut dijalankan.

"Dan kepada pihak-pihak lain yang merancang perhimpunan berkenaan agar melaksanakan hak mereka dalam keadaan terancang dan penuh tanggungjawab.

"Suruhanjaya akan memantau perhimpunan itu sewajarnya," tambahnya

Sunday, June 26, 2011

Bersih 2.0 - 090711


"Saya dapati ramai rakan-rakan dan jiran serta orang kebanyakan tidak tahu apa tujuan DEMO BERSIH dan mengapa DEMO BERSIH perlu dilakukan, Publisiti dan penerangan mengenainya belum sampai ke akar umbi, mungkin hanya berlegar dalam Internet. Di dalam media elektronik, DEMO BERSIH disebut berulang-ulang sebagai menggugat keselamatan awam dan dirancang oleh kumpulan pengacau.

Semua media UMNO cuba memaku kepala rakyat dengan gambaran negatif terhadap DEMO BERSIH. Dan rakyat tidak tahu apa dan mengapa BERSIH mahu dilakukan.

Tektik propaganda iaitu memaku kepada rakyat berulang-ulang ini adalah tektik al-Hitler. Bila dibuat berulang-ulang, akhirnya rakyat akan akur dan percaya atau termakan dengan propaganda itu walaupun hal atau berita yang disebut itu tidak betul. Itulah yang dilakukan ke atas Anwar Ibrahim, Al-Maunah, Ibrahim Libya, dan JI.

Media BN-UMNO mengatakan bahawa kerajaan bersedia mendengar apa saja cadangan atau kritikan terhadap kelemahan SPR dan semua itu boleh dibuat melalui saluran perbincangan dan tidak perlu kepada DEMO. Katanya Malaysia negara aman (aman? tapi tidak sejahtera kerana penyelewengan, kepincangan, kes buang anak, kes dadah, kes AIDS/HIV dan kes rasuah yang tinggi)

Orang ramai perlu diberi maklumat bahawa DEMO ini dibuat sebagai kemuncak bantahan kepada kerajaan khususnya SPR yang masih mengekalkan penipuan dan penyelewengan dalam pilihanraya semata-mata untuk memastikan BN-UMNO terus menang.

Perbicangan demi perbincangan dengan SPR telah dijalankan, berhelai-helai memo bantahan telah dihantar, puluhan cadangan dan kritikan telah diberikan kepada SPR, tetapi SPR terus melakukan penipuan dalam senarai daftar pemilih dan penipuan dalam pelbagai prosidur melalui proses pelaksanaan pilihanraya. INILAH YANG RAKYAT dan ORANG KEBANYAKAN PERLU DIFAHAMKAN.

Berikan info kepada rakyat apa sebenarnya kritikan dan cadangan BERSIH.

Berikan sebab mengapa DEMO ini TERPAKSA dibuat dan bukannya BERSIH tidak pernah berdialog atau duduk semeja dengan SPR dan kerajaan. Semuanya pernah dibuat.

Berikan sebab mengapa rakyat harus sokong ketelusan proses pilihanraya.

Berikan inspirasi kepada rakyat mengapa kita sebagai rakyat harus bersama membetulkan urusan negara yang milik kita bersama dan bukan milik BN-UMNO!

Edarkan risalah di seluruh negara, masjid, surau, pasaraya, pasar basah, sekolah, stesen bus, stesen keretapi, stesen teksi, stesen bas, pantai-pantai peranginan, padang-padang permainan, kawasan rekreasi, dan di sepanjang jalan di seluruh negara. Banjirkan maklumat mengenai BESRIH dalam negara supaya rakyat faham mengapa BERSIH perlu di lakukan dan di sokong!

Tidak cukup dengan bercakap dalam Internet sahaja! Mulakan dengan mencetak dan mengedar info apa dan mengapa DEMO BERSIH itu. Kepada rakyat yang sayang pada negara, ayuh didik rakyat, inform rakyat apa dan mengapa BERSIH.

JK BERSIH perlu segera lakukan pecutan akhir dalam seminggu ini. Kalau pun tidak jadi DEMO BERSIH kerana arahan DYMM atau sekatan Polis, mesej BERSIH tetap sampai kepada rakyat seluruhnya.-TKO

Sunday, June 12, 2011

Hanya Kerajaan PAKATAN RAKYAT Boleh Pastikan Taib Mahmud Didakwa


Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian tidak percaya bahawa Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan didakwa selagi BN menguasai kerajaan pusat.

"Dia akan didakwa atas tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa hanya apabila Pakatan Rakyat membentuk kerajaan pusat selepas pilihan raya umum akan datang," katanya di majlis makan malam sempena sambutan Hari Gawai di Batu Kawah, dekat Kuching, malam tadi

"Itulah sebabnya mengapa saya mengatakan bahawa ia penting bagi Pakatan memenangi pilihan raya umum jika kita mahu lihat Taib didakwa atas tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa," katanya, merujuk kepada pengesahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ia sedang menyiasat laporan yang dibuat terhadap Taib.

Baru (kanan), yang juga ADUN Ba'Kelalan kerajaan, adalah salah
seorang daripada individu yang membuat laporan terhadap ketua menteri yang paling lama berkhidmat itu.

Katanya, adalah sukar untuk mendakwa Taib selagi BN terus memegang kuasa di peringkat pusat disebabkan mereka terhutang budi kepadanya.

Baru berkata, ketua menteri tersebut akan kekal bebas sekalipun Pembangkang memenangi pilihan raya negeri Sarawak baru-baru.

Oleh itu, beliau menyeru rakyat Sarawak supaya memberi sokongan kepada PKR dan rakan-rakannya dalam Pakatannya - DAP dan PAS - dalam pilihan raya umum akan datang, jika mereka mahu lihat Taib didakwa di mahkamah.

Katanya, jika Pakatan boleh memenangi kerusi parlimen yang mencukupi di Sarawak, maka kemungkinan Pakatan membentuk kerajaan pusat, tidak boleh diketepikan.

"Lantaran itu, PKR perlu memperkuat dan menggilap jentera pilihan rayanya di semua peringkat parti di negeri itu supaya kita boleh memenangi.

"Post-mortem kita mengenai prestasi PKR dalam pilihan raya negeri baru-baru ini menunjukkan jentera kita lemah kerana kita tidak membuka cabang baru dan gagal mendaftar pengundi baru," katanya.-Malaysiakini

Saturday, June 11, 2011

RASUAH BALAK: Taib Mahmud Perlu Ambil Cuti Hingga Siasatan SPRM Selasai


Penasihat DAP Lim Kit Siang menasihatkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud “mengambil cuti” sehingga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai menyiasat tuduhan rasuah balak yang dikaitkan dengan pemimpin veteran itu.

Lim berkata tuduhan rasuah yang dikenakan terhadap Taib disifatkan beliau sebagai “rasuah luar biasa” berhubung perkara itu.

Kelmarin, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed mengesahkan pihaknya sedang menyiasat Taib (gambar) berhubung dakwaan rasuah balak.

Beliau berkata, SPRM kini dalam proses mengumpul maklumat berhubung perkara itu.

Abu Kassim menjawab pertanyaan sama ada SPRM akan mengambil tindakan sebagaimana dilakukan Agensi Pencegahan Rasuah Switzerland, yang baru-baru ini membekukan aset Taib atas dakwaan rasuah balak.

Menurut sumber berita asing, Ketua Jabatan Hal Ehwal Luar Switzerland Micheline Calmy-Rey dilaporkan menyedari tentang dakwaan itu dan telah mengemukakan maklumat mengenai aset Taib di Switzerland kepada badan kawal selia Finma iaitu Lembaga Penyelia Pasaran Kewangan Switzerland untuk siasatan lanjut.

Jelas Lim, ekoran pendedahan SPRM itu, Taib perlu mengambil cuti selaku ketua menteri Sarawak sehingga siasatan itu selesai.

“SPRM mengesahkan mereka kini menyiasat Tan Sri Abdul Taib Mahmud atas dakwaan terlibat dalam rasuah balak, Ketua Pesuruhjaya SPRM berkata mereka dalam proses untuk mengumpul lebih banyak maklumat.

“Adakah mengumpul lebih banyak maklumat bagi siasatan atau menyiasat dakwaan itu? Walaupun Abu Kassim berkata akan menyiasat, namun rakyat Sarawak dan Malaysia berhak mengetahui dakwaan yang dikaitkan dengan ketua menteri Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan itu.

Tambah Ahli Parlimen Ipoh Timur itu, tuduhan yang dikenakan terhadap Taib itu memalukan imej negeri dan negara.

“Sejak bila SPRM memulakan siasatan ini terhadap Taib dan mengapa mesti SPRM bertindak selepas mendapat tekanan antarabangsa?

“Jadi Taib seharusnya perlu terus mengambil cuti sehingga SPRM selesai menyiasat tuduhan-tuduhan itu dan membersihkan nama beliau,” katanya. - MI

Tuesday, May 31, 2011

Mengapa Harga Gula, Letrik Dan Minyak Naik???


Soalan menarik untuk diketahui mengapa akhir-akhir ini harga-harga yang dikaitkan dengan subsidi seperti minyak, gula dan elektrik asyik naik, naik, naik? Di sini Tok Non ingin menyenaraikan akan sebab musababnya agar rakyat dapat buka mata.

1) Cara mudah kerajaan BN cari duit. Depa mana reti pikiag nak menjana pendapatan negara melalui hasil lain selain dari 'seluk poket rakyat' ambik duit sebagai sumber pendapatan. Rakyat bawahan merah bijik mata pulun cari duit, depa senang-senang tadah kantung.

2) Untuk menggunakan duit tersebut membiayai BN hadapi pilihanraya umum ke 13. Umumnya jentera BN tak boleh bergerak tanpa duit. Biaya bilik gerakan, makan minum, kempen, merasuah pengundi semua perlu duit. Nak bawak masuk pengundi Sabah mai tukar alamat, nak cetak VCD lucah untuk diedarkan kepada rakyat perlu duit, upah Datuk SK buah sumpah laknat bukan free tu saja habis berjuta-juta, nak upah pelakon mirip Anwar.. semua perlu duit. bagi BN biar rakyat marah sekejab tarif lektrik naik, lepas tu rakyat suka balik dapat rasuah sepuluh dua dekat pilihanraya.

3) Untuk kroni BN makan besar. Harga barang naik macam mana pun, kroni BN dan suku sakat mereka tetap kaya raya, senang lenang. Rosmah Mansor masih dapat keluar negara saban waktu, boleh shopping kat mana-mana dunia pun tanpa had belanja, sebab yang biaya dia semua duit rakyat.

Ada satu soalan/alasan yang dicipta oleh agent propaganda BN, bagi merasionalisasikan kenaikan harga minyak, gula dan tarif elektrik iaitu: Kerajaan perlukan duit untuk kebajikan rakyat, kalau semua duit diguna untuk subsidi harga barang, macam mana nak buat pembangunan untuk rakyat?

Jawapannya: Boleh sebenarnya jika kerajaan BN menguruskan negara dengan kos sebenar. Maksudnya berbelanja tanpa 'mark up' dari harga sebenar. Mengikut Laporan Audit 2009 kerajaan BN telah membazir sebanyak RM40 Billion apabila kos projek yang dibuat kerajaan tidak seperti harga sepatutnya.

Nak cerita mudah kat orang kampung macam ni... kalau kata kos sebenar sebuah jambatan yang dibuat dalam kampung cuma RM100 ribu, tapi harga depa letak ialah RM1 juta. Maknanya RM900 ribu lagi puak-puak tu sapu sama ada untuk peribadi, kroni, parti politik, beli undi pemilihan UMNO dan sebagainya. Itu yang dipanggil ketirisan.

Inilah punca duit negara tak pernah cukup, penyamun tarbus BN dok sapu. Kalangan rakyat yang tak tau apa-apa simpati bukan main dekat kerajaan, walhal depa tarik subsidi tu 'demi tembolok' mereka dan kroni. Tiada kena mengena dengan kebajikan rakyat. -Kedah La

Wednesday, May 25, 2011

Kerajaan Tidak Bagi Subsidi Kepada IPP - Peter Chin

DAP melahirkan rasa kurang senang dengan kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui bahawa RM19 bilion yang dinikmati oleh pengeluar tenaga bebas (IPP) dan Tenaga Nasional Berhad setiap tahun bukan satu bentuk subsidi.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng menganggap kenyataan itu satu lagi bentuk 'pendayaan dan penipuan besar-besaran' oleh BN.

“Jika untung RM19 bilion terpaksa dilupuskan oleh Petronas setiap tahun bagi membantu IPP dan TNB bukan satu bentuk subsidi, apakah istillah yang betul bagi menggambarkan kerugian ini?” soal Lim dalam satu kenyataan.

“Kuasa yang dijanakan oleh IPP memenuhi 60 peratus daripada keperluan tenaga negara manakala TNB membekalkan 40 peratus. Ini tanda jelas bahawa IPP mendapat manfaat paling besar daripada RM19 bilion yang diperuntukan itu,” katanya.

Dua hari lalu, Chin menafikan IPP menikmati subsidi gas bernilai RM19 bilion setiap tahun daripada kerajaan.

Katanya RM19 bilion adalah “keuntungan” yang terpaksa "dilepaskan" oleh Petronas kerana terpaksa menjual gas di bawah harga pasaran, iaitu pada RM10.70 bagi setiap Juta Unit Termal British (MMBtu), yang ditetapkan kerajaan kepada Petronas kepada IPP dan TNB untuk menjana kuasa serta sekaligus memastikan tarif elektrik yang rendah.

Menurut Lim, perkara itu hampir sama dengan kejadian sebelum ini - di mana kerajaan berkeras mempertahankan bahawa RM540 juta yang diberikan kepada Perimekar Sdn Bhd bukan komisyen kerana mengaturkan pembelian dua kapal selam bernilai US$972 juta (RM3.68 bilion) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia.

Saturday, May 21, 2011

BUKU JINGGA: UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA!

Setelah 53 tahun Merdeka negara kini berada dalam krisis. Cita-cita untuk membina sebuah bangsa yang bersatu padu dan negara yang makmur telah gagal.

Demokrasi dan hak asasi rakyat terus dinodai oleh pemerintah UMNO/BN. Rasuah dan penyalahgunaan kuasa membarah. Kekayaan negara telah dibolot oleh segelintir elit berkuasa. UMNO/BN tidak mempedulikan rakyat terbanyak yang dihimpit oleh kos sara hidup yang tinggi. Pendapatan rakyat tidak meningkat kerana dikekang oleh pemerintah. Daya saing negara dan rakyat terhakis akibat dasar yang lemah, pelaksanaan yang tidak berkesan dan kebijakan (dasar) yang tidak berjiwa rakyat.

Krisis parah sebegini memerlukan tekad dan azam politik untuk diatasi. Malaysia memerlukan dasar-dasar baru dengan membuat anjakan paradigma. Maka, Pakatan Rakyat sebagai permuafakatan politik (tahalluf siyasi) mengangkat suatu rencana dasar dan kebijakan yang menyeluruh untuk membela rakyat melalui Dasar Bersama yang dimeterai.


Dasar Bersama adalah berlandaskan empat kerangka asas iaitu:

.Demokrasi yang telus dan tulen untuk memperkasakan ketuanan rakyat;
.Memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mampan untuk menjana kemakmuran dan kebajikan kepada semua secara adil;
.Keadilan sosial bagi menjamin pembangunan insan secara menyeluruh; dan
.Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara yang adil-setara.

Dasar Bersama ini menggariskan iltizam kami untuk mengalih hala tuju negara dan bangsa ke landasan yang betul setelah berdekad diruntun salah guna kuasa, rasuah dan politik perkauman.

Muafakat asas yang membentuk Dasar Bersama adalah ketulusan parti-parti Pakatan Rakyat meletakkan Perlembagaan Persekutuan sebagai kompas perjuangannya. Tiga perkara pertama yang diangkat dalam Dasar Bersama adalah komitmen Pakatan Rakyat untuk:

Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.

UNTUK MEMBACA KANDUNGAN PENUH BUKU JINGGA sila klik link dibawah..

BUKU JINGGA UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA!

Saturday, May 7, 2011

Inilah Yang Dikatakan 'RAKYAT DIDAHULUKAN'... WTF

(Gambar)DAIF: Keadaan rumah Bahan yang terletak di pinggir Sungai Samarahan.

Adui..... dah 48 tahun Sarawak merdeka dalam Malaysia, tengoklah apa yang rakyat dapat.Dalam PRN Sarawak lepas aku pasti pemilik rumah dalam gambar kat atas tu mengundi BN!!.DUN Muara Tuang diwakili oleh Ali Mahmud adik kepada Pehin Seri Taib!!!Kenapa masa berkempen dulu tak nampak kesusahan hidup saudara Bahan ni?

Lepas tersiar kat akhbar ni pasti wakil-wakil dari kerajaan akan berpusu-pusu datang untuk menghulurkan bantuan dan pasti bantuan dari mereka ini akan dijadikan modal politik untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan amat perihatin terhadap kesusahan rakyat.Apa ni.. mengapa sebelum ni sorang pun wakil dari kerajaan tidak nampak?WTF BN...

Berita penuh di SINI

Wednesday, May 4, 2011

Pembelian Pesawat RM86 Juta Untuk Kegunaan Taib Mahmud Penuh Rasuah?


Seorang bekas pengurus besar syarikat penerbangan milik kerajaan negeri - Hornbill Skyways Sdn Bhd - memberitahu mahkamah bahawa pembelian pesawat jet bernilai RM86 juta untuk kegunaan menteri besar Tan Sri Abdul Taib Mahmud penuh dengan kepinccangan, rasuah dan salah guna kuasa.

Mohamed Asharat Ramzan Ali (kiri), 48, yang mendakwa beliau dipecat secara tidak sah pada 2005 selepas mendapati terdapat beberapa perkara yang tidak kena dengan syarikat tersebut.

Menurut keterangan 34 muka surat Asharat kepada Mahkamah Industri di Kuala Lumpur, syarikatnya itu telah membeli pesawat jet bisnes Cessna Citation X yang dibina oleh Cessna Aircraft Company yang berpangkalan di Amerika Syarikat sebagai "aset negeri", sebelum menyertai syarikat itu pada 15 Mac 2005.

Dakwanya, pembelian itu juga membabitkan komisyen yang dihuraikannya berjumlah "US$250,000 sebagai elaun jualan" dalam dokumen yang berkaitan.

"(Harga pembelian) kira-kira RM74 juta. Jika faedah ditambah bagi pinjaman RM45 juta dari Ambank, jumlah kos adalah kira-kira RM86 juta," kata Asharat.

Pengarah eksekutif syarikat berkenaan Aidan Wing (kanan) yang juga bekas ADUN Lambir menafikan sebarang salah laku dalam pembelian pesawat itu dan berkata elaun jualan yang diberikan itu sebenarnya diskaun pembelian.

Namun Asharat menolak hujah Wing itu.

"Dalam perjanjian jual-beli yang awal, ia menunjukkan elaun jualan US$250,000 telah diterima. Namun angka itu muncul lagi pada harga muktamad pembelian pesawat itu,” katanya kepada mahkamah ketika disoal-balas oleh peguamnya Atan Mustaffa Yussof Ahmad.

Asharat juga berkata pengurus kewangan Shirley Wee, yang terbabit secara langsung dalam pembelian itu mendesak agar pesawat dihantar lebih cepat daripada 28 Julai 2005, meskipun ia perlu melalui beberapa prosedur pentadbiran. - Malaysiakini

Sunday, May 1, 2011

Dari Sarawak Report:: Sulaiman Rahman Taib Mengalami Jangkitan AIDS?


Sulaiman Rahman Taib dimana sekarang? : sarawak report

Ianya telah menjadi buah mulut kebanyakan orang di Sarawak sejak selama lebih setahun. Kini, kaum keluarga yang rapat dengannya telah mengesahkan kepada Sarawak Report bahawa anak lelaki Ketua Menteri, Rahman Sulaiman, sedang mengalami jangkitan AIDS.

Seperti kebanyakan orang yang berfikiran waras kami juga berasa bersimpati terhadapnya dan kaum keluarganya. Seseorang yang waras pemikirannya juga, pada masa kini, tidak akan memandang ringan terhadap jangkitan ini sebagai suatu stigma, dan ramai orang dari pelbagai gaya dan cara hidup berusaha memerangi situasi ini

Namun, kewujudan ilmu sains perubatan moden dapat digunakan untuk menangani jangkitan dan serangan virus maut ini, dengan adanya perawatan yang betul, para pesakit akan dapat menjalani kehidupan normal tanpa risau akan kematian awal.

Namun, inilah suatu sebab yang jelas mengapa Rahman Sulaiman telah mengambil keputusan untuk meninggalkan Sarawak dan tinggal di Britain, di mana pada suatu ketika dahulu kami berkesempatan mengambil gambarnya ketika dia sedang memasuki kediaman mewah bapanya. Ahli-ahli keluarganya telah menceritakan kepada kami bahawa Sulaiman sering mengalami tekanan dan berfikiran negatif terhadap keadaan dirinya, tetapi, sebenarnya, dengan kaedah perubatan serba moden, dia didapati sihat dan sejahtera.

Pada pendedahan yang kami buat suatu ketika dahulu di mana laman-laman Facebook Sulaiman memaparkan dia menikmati kehidupan yang sangat ceria, sambil menjelajah pusat-pusat luncur salji terkemuka di dunia. Dia telah mengumumkan bahawa dia sihat dan segar, sambil mengadu mengenai kritikan-kritikan mengenai dirinya kerana gagal ditemui atau tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya sebagai seorang Ahli Parlimen.

Namun, bagaimanakah nasib para pengidap AIDS yang lain di Sarawak?

Namun, apa yang menjadi kerisauan bagi kami adalah skandal sebenar mengenai AIDS di bumi Sarawak dan Malaysia, keseluruhannya. Sebenarnya, terdapat beribu-ribu pengidap penyakit ini yang lainnya kurang berpengetahuan mengenai jangkitan ini, yang, sama ada diabaikan atau diberikan kaedah perawatan yang termurah dan lapuk.

Berdasarkan kajian kami, negara yang kaya dengan minyak ini sering memperuntukkan perbelanjaan yang paling kecil bagi menjaga kesihatan dan kebajikan para pengidap AIDS di kalangan penduduknya, berbanding dengan negara-negara Afrika yang, antaranya, termiskin di dunia ini.

Tanpa kita sedari, peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan, para doktor di Malaysia hanya dibenarkan memberikan ubat-ubatan yang dikenali sebagai ubat mono-teraphy (agen tunggal) kepada kebanyakan pesakit mereka. Di seluruh dunia, rawatan sebegini dianggap sebagai tidak berkesan dan bersifat sub-standard. Namun, ianya berharga seminima RM20-30 untuk seorang pengidap sebulan, iaitu di bawah peruntukan perbelanjaan terkawal yang ditetapkan oleh kerajaan. Secara kontranya, negara Malawi dan Thailand yang tinggi paras kemiskinannya sedang berusaha memperuntukkan dana untuk mendapatkan ubatan jenis triple-therapy (yang juga dikenali sebagai ubatan “Highly Active Antiretroviral” atau HAART), yang terbukti lebih berkesan tetapi kos perubatannya adalah kira-kira RM320 sebulan, atau RM3840 seorang pengidap setahun .

Ianya di luar kemampuan orang-orang asal yang tinggal ti pedalaman Sarawak, dan mungkin di luar kemampuan ramai orang biasa di Sarawak (perangkaan 2008 menunjukkan terdapat lebih 50% mangsa HIV yang baru dijangkiti merupakan kaum surirumah) untuk mendapatkan perawatan HAART.

Jika perangkaan rasmi kes-kes HIV boleh diperolehi dengan mudah (walaupun para pakar yakin perangkaannya lebih tinggi), usaha memberikan perawatantriple therapy secara percuma, selamat dan berkesan kepada pengidap-pengidap di kalangan orang Sarawak, kosnya hanya melibatkan perbelanjaan kerajaan negeri sebanyak RM430,080 setahun. Jumlah ini jauh lebih murah berbanding membiayai sewa salah sebuah dari 27 buah helicopter yang diarahkan Ketua Menteri Taib Mahmud semasa pilihanraya kali ini! Sebenarnya, keuntungan RM1.2 billion yang diperolehi oleh bank UBG milik keluarga Taib setelah mereka menjualkan saham-saham mereka dalam RHB kepada KWSP dalam tahun 2007, mampu untuk membiayai program perawatan HIV di Sarawak dalam masa dua setengah ribu tahun lagi!

Adakah ahli-ahli politik BN menganggap kos rawatan pengidap AIDS sebagai suatu yang membazir wang kerajaan, dan menganggap kehilangan nyawa para pengidap itu jauh lebih murah? Adakah mereka yang telah menjadi kaya itu, dan dikira sebagai individu berjaya itu, bersikap kejam dengan menafikan peluang mendapatkan rawatan yang baik untuk orang yang senegeri dengan mereka – termasuk kawasan pilihanraya mereka sendiri?

Maka, tidak hairanlah bagi kita setelah kita mengetahui bahawa Rahman Sulaiman bin Abdul Taib telah meninggalkan Sarawak untuk ke UK bagi mendapatkan rawatan yang paling berkesan mampu dibayar dengan wang mereka sekeluarga. Namun, apa yang menyedihkan adalah, tidak seorangpun di kalangan ahli keluarga mereka yang kaya-raya itu telah membuktikan bahawa mereka mengambil berat mengenai pengidap-pengidap lain di Sarawak yang senasib dengan Rahman Sulaiman!

http://www.sarawakreport.org/ms/2011/04/skandal-mengenai-jangkitan-aids-di-sarawak/

Tuesday, April 26, 2011

Halal @ Haram: Harussani Terkejut Pendirian Majlis Fatwa???

Berita seperti ini lah yg kita nak dengar sgt.Kita mesti hidupkan cerita ini sampai kita dapat tahu sape yg bercakap benar dan sape yg bohong.Ini bukan isu halal haram,tp isu sape yg bohong dr kalangan org yg boleh bagi fatwa diMalaysia ni.Semua org tahu bercakap bohong tu berdosa,aper lagi mufti.Sorng kata dah bincang,sorng kata belom bincang.Yg bengong ialah rakyat mcm kite ni...tak tau ujung pangkal samada boleh buat atau tidak.


Harussani: Poco-poco tak dibincang, saya terkejut pendirian Majlis Fatwa

KUALA LUMPUR, 26 April — Tan Sri Harussani Zakaria mempertikaikan laporan media minggu lalu bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan sudah memutuskan untuk membenarkan umat Islam menyertai tarian poco-poco di negeri-negeri lain kecuali Perak yang sudah pun membuat fatwa mengharamkannya.

Justeru, tegas Mufti Perak ini, isu tarian poco-poco tidak pernah dibincang pada muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang berakhir Jumaat lalu.

Kata Harussani, beliau hanya memberi penerangan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung pengharaman tarian poco-poco di Perak dan tiada keputusan rasmi dibuat ketika itu.

“Dalam mesyuarat kita tidak bincangkan langsung pasal tarian poco-poco, apa yang berlaku saya hanya memberikan penerangan kenapa ia diharamkan . . . kita tidak bincangkan secara umum isu ini.

“Sebab itu saya terkejut apabila dalam akhbar kata Majlis Fatwa Kebangsaan benarkan tarian poco-poco di negeri lain, kita tidak bincangkan pun perkara ini . . . jadi bagaimana boleh kata macam itu,” katanya.

Harussani (gambar) juga berkata, beliau sudah mendapatkan penjelasan daripada Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin dan dimaklumkan media telah salah faham.

“Saya percaya Abdul Shukor tidak bermaksud seperti itu, tapi media tidak faham dan macam nak hentam saya,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Kata Harussani, Abdul Shukor hanya mengatakan mana-mana tarian yang diamalkan tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan Majlis Fatwa Kebangsaan.

“Abdul Shukor hanya kata mana-mana tarian kena ikut garis panduan yang ditetapkan pada 2007 termasuk etika berpakaian, tiada lelaki dan perempuan, tahyul dan khurafat yang boleh jejaskan akidah.

“Dan, Abdul Shukor juga kata mufti-mufti boleh ikut garis panduan itu dan mana-mana tarian yang menjurus kepada pemujaan adalah haram... macam tarian poco-poco ia sudah jelas haram,” katanya.-Malayinsider

Saturday, April 23, 2011

Hormati Hak Mereka Sebagai Pengundi - Saifuddin


Pertama kali dengar komen dari pimpinan tertinggi UMNO/BN yang menyebelahi mereka yang mengundi Pakatan Rakyat.

Ahli majlis teringgi Umno Datuk Saifuddin Abdullah menyeru rakan-rakannya dalam BN supaya henti melabelkan penyokong pembangkang sebagai golongan yang tidak tahu bersyukur atau berterima kasih.

Saifuddin yang juga timbalan menteri pengajian tinggi berkata BN sebaliknya mesti menghormati hak pengundi.

“Dengan segala hormatnya, saya minta rakan-rakan di BN jangan menyalahkan atau menuduh mereka yang tidak undi kita sebagai tidak tahu bersyukur.

“Dalam demokrasi, kita mesti hormat hak pengundi untuk memilih mana-mana parti yang disukai mereka. Nanti kita nak jumpa merka lagi dalam pilihan raya akan datang.

“Kalau mereka tempelak kita, apa macam?” soalnya dalam satu kenyataan.-Malaysiakini

Komen oleh YB Saifudin ni memang amat tepat dalam keadaan politik Malaysia hari ini.Tapi, diharap YB ni akan dicalonkan semula oleh UMNO/BN dalam PRU 13 nanti atau kerana komen beliau ini menyebabkan penggal ini merupakan penggal terakhir beliau menjadi YB dan Timbalan Menteri???

Friday, April 22, 2011

Pasca PRN Sarawak: SPR Didesak Gantung Keputusan DUN Tamin

Seorang penduduk di sebuah Rumah Panjang dikawasan DUM Tamin telah membuat pengakuan menerima rasuah dari calon BN sebanyak RM10000.Namun satu cek RM5000 adalah cek tendang.Hahaha.. SPR apa tunggu lagi...

Baca laporan penuh diSINI

Friday, April 15, 2011

PRN Sarawak: 'Gegaran' Turut Dirasai Di Demak Laut

Kalau sebelum ini kita menyaksikan ceramah-ceramah anjuran DAP telah banyak menggegarkan bandar-bandar seperti Miri, Sibu dan Kuching tetapi kini 'gegaran' yang berlaku hampir diseluruh kawasan pilihanraya di Sarawak tak kira kawasan Cina, Dayak mahupun Melayu.Memang tidak dinafikan ceramah DAP paling mendapat sambutan dari rakyat, malah melihat pada skala kehadiran orang ramai diceramah-ceramah DAP tidak keterlaluan jika dikatakan DAP mampu menyapu bersih kesemua kerusi yang mereka tandingi.

Ceramah PKR terutama dikawasan Dayak juga mendapat sambutan hangat oleh orang ramai.Isu tanah NCR terus mendapat perhatian dikawasan Dayak walaupun BN cuba dan berjanji untuk menyelesaikan isu tersebut, namun tekad kaum Dayak untuk berubah dari BN kepada PR sukar dihalang lagi.Ini memberi keyakinan kepada PR untuk menafikan majoriti 2/3 BN pada PRN Sarawak kali ini semakin jelas untuk dicapai.

Bagi kawasan Melayu terutama kawasan yang ditandingi oleh PAS dan PKR, 'gegaran' juga telah mula dirasakan.PAS yang meletakkan calon dienam kawasan pilihanraya,juga mampu meraih sokongan rakyat pada ceramah mereka.Bukan sahaja orang Melayu, malah masyarakat Cina juga sudah tidak malu-malu lagi untuk memakai baju berlambangkan PAS sebagai tanda sokongan mereka kepada perjuangan PAS serta PR.Tidak pernah berlaku dalam mana-mana PRN Sarawak sebelum ini dimana pemimpin PAS iaitu TGNA berceramah diatas pentas DAP dan mendapat sambutan yang diluar jangkaan dari masyarakat cina.Perkara seperti inilah yang amat menakutkan pemimpin BN kerana ianya mampu untuk meledakan 'tsunami politik' seperti yang berlaku semasa PRU 13 lalu.

Malam semalam, PKR kawasan N5 Demak Laut telah mengadakan program 'Malam Puisi Demak Laut'.Program yang disertai oleh calon PKR Demak Laut saudara Ali Hossen bersama Naib Presiden PKR YB Nurul Izzah telah mendapat sambutan diluar jangkaan kerana hampir 2000 orang telah hadir pada program tersebut.Bukan sahaja melayu tetapi cina juga datang untuk memberi sokongan.Seperti ceramah PKR lain sebelum ini yang sentiasa mendapat gangguan dari BN, program tersebut juga menerima gangguan dari belia BN bermotosikal.Kalau ceramah atau program anjuran BN belum tentu mendapat sambutan seperti itu walaupun BN membawa artis-artis terkenal bersama mereka untuk menari perhatian.

Untuk pengundi di N5 Demak Laut, marilah kita bersam-sama dengan Dayak dan Cina untuk berubah dan seterusnya menumbangkan kerajaan BN pinpinan Taib yang hanya mementingkan kekayaan kroni-kroni sendiri sahaja.Isu-isu seperti peluang pekerjaan,gaji yang rendah,lot rumah yang hanya diberi status TOL serta isu masjid baharu bagi penduduk kpg Muara Tebas adalah isu-isu lama dan hanya akan disuarakan semasa pilihanraya sahaja.Isu masjid baharu yang diminta oleh penduduk kpg Muara Tebas sebenarnya sudah terlalu lama disuarakan dan YB sebelum ini telah berjanji untuk membina masjid baharu itu sejak dua PRN lalu.Kini setelah hampir 10 tahun penduduk Muara Tebas dijanjikan sekali lagi oleh pemimpin BN untuk membina masjid jika BN kekal memerintah.Puki...asam punya BN...

Sekarang adalah masa paling sesuai untuk menukar kerajaan kerana kaum cina dan dayak telah menunjukan kesungguhan mereka dan bagi kita kaum melayu, marilah kita bersama-sama mereka untuk 'mempukimak'kan BN seterusnya menumbangkan Taib Mahmud.Terjemahkan kehadiran kita diceramah-ceramah kepada undi yang mampu menyumbang kemenangan calon PKR dan Pakatan Rakyat.Bagi kaum pemuda yang banyak mendapat meklumat dari ceramah, bagitahu kepada ibubapa atau mereka yang tidak hadir keceramah bahawa mereka telah dibodohkan oleh TV3 dan Utusan Sarawak, minta dan rayu mereka agar mengubdi calon Pakatan Rakyat.

Selamat mengundi kepada warga N5 Demak Laut serta seluruh warga Sarawak yang layak mengundi.UNDILAH PAKATAN RAKYAT!!!

Wednesday, April 13, 2011

PRN Sarawak: Amaran Tsunami Di Keluarkan


Media diarah tidak lagi siarkan perhimpunan Pakatan

BN yang kini dilihat semakin goyah menjelang pilihan raya negeri Sarawak 16 April ini, terus memperkuatkan cengkamannya ke atas media arus perdana .

Dengan portal berita, termasuk Malaysiakini dan Sarawak Report, yang telah menerbitkan laporan kritikal mengenai ketua menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, tidak dapat diakses akibat serangan siber, rangkaian televisyen telah diarahkan jangan menyiarkan rali dan ceramah-ceramah Pakatan Rakyat.

Sumber yang rapat dengan gergasi media yang dikaitkan dengan Umno itu - Media Prima - memberitahu Malaysiakini bahawa semua rangkaian televisyen miliknya telah diarahkan supaya tidak menyiarkan ceramah harian Pakatan yang berjaya menarik kehadiran ribuan orang.

“Visual rali mega tidak sama sekali boleh disiarkan meskipun ia berkaitan dengan pilihan raya,” kata sumber dalaman itu.

Media Prima memiliki semua rangkaian televisyen swasta percuma di negara ini -TV3, ntv7, 8TV and TV9.

Selain televisyen, akhbar Cina juga diberi tekanan selepas BN dikatakan mungkin tumbang di beberapa kawasan yang mempunyai pengundi majoriti masyarakat Cina.

“Walaupun belum diberi arahan, kita mesti berhati-hati dengan laporan berita. Saya tidak fikir, kita mampu lagi memberi liputan pada ratio 60:40 bagi BN dan Pakatan, kita sekarang terpaksa menukarnya kepada 70:30,” kata seorang editor akhbar harian Cina.

“Sejak dua atau tiga hari lalu, liputan ke atas kami telah berkurangan dengan begitu ketara sekali,” kata seorang pekerja kempen DAP. - Malaysiakini

Sunday, April 10, 2011

Najib Datang Lagi? Sah BN Dalam Bahaya!!!

Perdana Menteri dijadualkan akan tiba sekali lagi di Sarawak malam ini.TPM pun masih berada disini dan sedang berkempen disebelah utara Sarawak.Tumpuan kempen Najib kini adalah dibandar-bandar besar khususnya di Miri,Bintulu,Sibu dan semestinya bandar Kuching yang sedang ditawan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Manakala di Miri, kawasan-kawasan kubu kuat BN khususnya kawasan majoriti pengundi Cina sedang hebat diserang oleh Lim Kit Siang serta Anuar Ibrahim.Berdasarkan kehadiran ceramah yang dianjurkan PR, semestinya PM risau dan boleh dikatakan Najib tidak boleh mengharapkan Taib dan George Chan sahaja untuk mempertahankan serangan PR.Mungkin juga Najib melihat kehadiran TPM juga belum mampu untuk memperkuatkan BN untuk berdepan PR.

Oleh itu, Najib sendiri merasakan beliau harus berada di Sarawak untuk membantu BN dalam membalas serangan oleh PR.Dalam pilihanraya terdahulu, misalnya pada 2006, Pak Lah hanya mengharapkan Najib yang ketika itu TPM untuk berkempen di PRN Sarawak. Semasa era Mahathir pun iaitu 2001, Mahathir hanya sekali sahaja datang ke Sarawak untuk berkempen dan menyerahkan tugas itu kepada Pak Lah.

Mengapa pada PRN Sarawak kali ini Najib sanggup berkampung disini semata-mata untuk berkempen.Najib dikatakan akan berada disini sehingga sehari sebelum hari pengundian.Apakah BN benar-benar dalam bahaya?Harapan untuk melihat pemerintahan PR di Sarawak makin jelas sekarang dan kepada rakyat Sarawak yang akan mengundi, marilah sama-sama kita memberi satu lagi tsunami politik kepada kerajaan BN pimpinan Taib Mahmud.

REFORMASI DAHULU BARU KITA BOLEH BUAT TRANFORMASI !!!

Thursday, April 7, 2011

Datin Seri Presiden Di Kampung Muara Tebas DUN N5 Demak Laut


Kampung Muara Tebas iaitu salah sebuah kampung yang terletak dalam kawasan pilihanraya DUN N5 Demak Laut telah menerima kunjungan Presiden PKR Datin Sri Wan Azizah Ismail bersama rombongan sempena kempen PKR untuk kawasan Demak Laut.Ketibaan rmbongan Presiden ke bilik gerakan pilihanraya ranting Muara Tebas disambut Pengerusi Ranting Tuan Haji Yussuf bersama AJK Ranting serta penduduk kampung.

Turut serta mengiringi beliau adalah calon PKR iaitu saudara Ali Hossen.Dalam ucapan ringkas, Presiden sempat menerangkan isu-isu yang berkaitan dengan tuduhan liwat dan isu video yang melibatkan Ketua Umum PKR DSAI.Penduduk yang nampak berpuas hati dengan penjelasan tersebut memberi tepukan berserta laungan REFORMASI.

Sementara itu ucapan ringkas calon PKR untuk kawasan Demak Laut lebih banyak menyentuh isu-isu tempatan yang disuarakan penduduk seperti isu masjid baharu yang telah lama dijanjikan kerajaan BN serta geran tanah bagi penduduk yang tinggal dikawasan lot baharu di kampung tersebut.

Kehadiran rombongan Presiden PKR kesini, berjaya memberi semangat untuk ranting dan penduduk kampung bekerja lebih kuat untuk menumbangkan rejim Taib Mahmud.

TERIMA KASIH PRESIDEN....
Lagi gambar sempena lawatan itu DISINI atau disini

Tuesday, April 5, 2011

PKR Tolong Jangan Lawan Taib Di Balingian


Jika benar Datuk Salleh Jafaruddin hendak bertanding di Balingian seperti yang disiar di Malaysiakini,PKR rasanya patut memberi peluang kepada beliau untuk pertandingan satu lawan satu di situ.Lagipun calun dari PKR dilihat hanya pelengkap kepada proses pilihanraya atau sekadar diletakkan disitu supaya Taib tidak menang tanpa bertanding.

Seperti pilihanraya lepas, calun PKR Ibrahim Bayau hanya mendapat 667 undi sahaja.Apakah Suriati Abdullah mampu untuk menambah undi tersebut?Dengan latar pendidikan cuma setakat sekolah menengah, apakah beliau mampu untuk meraih undi untuk PKR?

Bukan hendak menidakkan kemampuan Suriati, tapi jika ada calon yang lebih berkeliber dan popular serta berpengaruh seperti Dt Salleh, kenapa tidak dibiarkan beliau bertanding disitu.Malah, PKR seharusnya memujuk beliau untuk bertanding melalui tiket PKR.Tapi sebelum itu pastikan keikhlasan beliau untuk berjuang bersama Pakatan Rakyat untuk menumbangkan kerajaan Taib di Sarawak.Kalau beliau masih berkeras untuk bertanding sebagai calun bebas, biarkan.. dan pastikan beliau betul-betul sudah menghantar borang pencalunannya esok, dan jadikan Suriati sebagai calun simpanan sehingga pengesahan calun-calun yang bertanding.

Suriati yang hanya berkelulusan sekolah menengah dan Datuk Salleh adalah bekas timbalan menteri dan ADUN serta Ahli Parlimen untuk beberapa penggal siapa lebih layak untuk melawan Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak?

Salleh, 67, yang merupakan dua pupu dengan Taib, telah memberitahu Malaysiakini dalam satu temubual eksklusif tahun lepas bahawa beliau merancang untuk kembali aktif dalam politik Sarawak. Salleh adalah keturunan Melanau dari Oya, yang pernah berkhidmat dengan kerajaan dan pembangkang.

Anak emas Tun Rahman Yaakob ketika menjadi ketua menteri dan gabenor dalam tahun 70-an dan80-an itu, turut bersama Rahman dalam insiden Ming Court 1987 untuk menjatuhkan Taib.

Salleh pernah menjadi ahli parlimen dan ADUN di Sarawak untuk banyak penggal. Salleh juga pernah menjadi timbalan menteri pelajaran.
-Malaysiakini

Video Seks: Kenyataan Media Wan Azizah, Nurul Izzah & Keluarga Anwar Ibrahim

KENYATAAN MEDIA
UNTUK SEBARAN SEGERA
5hb APRIL 2011

Semalam, video seks yang mula-mula disiarkan di Carcosa Seri Negara baru-baru ini telah ditayangkan sebahagiannya di laman web-laman web tukang sorak UMNO.

Keluarga kami telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998. Pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi Datuk Seri Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik.

Namun jika disenaraikan semua tuduhan tersebut, nyata sekali tidak masuk akal bagaimana Datuk Seri Anwar dapat melakukan kesemuanya yang bertentangan antara satu sama lain.

Dalam kes video terbaru ini, kami sekeluarga memutuskan untuk menonton sendiri rakaman tersebut.

Video tersebut adalah bukti paling kukuh bagi sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar bahawa tuduhan terbaru ini satu lagi fitnah zalim dan palsu.

Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila beliau dibebaskan daripada penjara.

Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk badan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hal ini diperkukuh lagi memandangkan sejak lebih setahun yang lalu, anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menemani beliau setiap kali beliau pergi melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi selaku sebahagian daripada aktiviti pemuliharaan kesihatan tulang belakang.

Oleh itu, kami sekeluarga berpendirian bahawa keluarnya video ini adalah satu lagi contoh taktik politik lucah yang diangkat dan dijulang UMNO-Barisan Nasional. Kami menolak sekeras-kerasnya politik sebegini dan mengajak rakyat Malaysia dalam bersama menegakkan keadilan dan menolak politik kotor. Kembalikan agenda perjuangan menuntut reformasi menyeluruh dalam sistem politik, ekonomi dan sosial negara.

Kami ingat firman Allah s.w.t dalam surah Al-Buruj, ayat 10: “Sesungguhnya orang-orang yang memfitnah (membuat keburukan) kepada lelaki beriman dan perempuan beriman, kemudian (daripada kedurjanaan itu) mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab neraka, dan bagi mereka azab yang membakar.”

Dalam menghadapi dugaan ini, kami yakin ada hikmah di sebaliknya. Pendedahan sedutan video ini dibuat pada 4 April 2011 – ulangtahun ke-12 Parti Keadilan Nasional yang lahir daripada kegawatan politik negara.

Fitnah dan tohmahan ini berpunca daripada ketamakan terhadap kuasa dan politik yang sudah hilang nilai moralnya. Kita sewajarnya berbincang secara kritis perbezaan pandangan kita, bukan dengan serangan peribadi yang kotor dan hina.

Kami berharap semua rakyat tidak terperangkap dengan permainan UMNO-Barisan Nasional ini, sebaliknya meneruskan usaha menegakkan keadilan dan memperjuangkan kebenaran.

DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden Parti Keadilan Rakyat

NURUL IZZAH ANWAR
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Lembah Pantai

Ahli-ahli Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim

Monday, April 4, 2011

N5 Demak Laut:: Dr Rauf Lebih Baik Dari Dr Hazaland?

"Daripada Dr Azlan(panggilan org kpg utk DR Hazaland) jadi calon lebih baik kekalkan Dr Rauf.."
Sudah kedengaran cakap-cakap seperti diatas oleh sebahagian penduduk di kawasan DUN Demak Laut terhadap calon baru PBB untuk menggantikan Dr Rauf yang diketahui lebih mesra terhadap penduduk kawasan itu.

Seorang kenalan dari Kampung Senari memberitahu Dr Azlan ni sombong (eksyen kata org Sarawak).Penduduk sekitar mungkin kenal dengan DrAzlan melalui perkhidmatan 'on call doktornya'.Penduduk boleh panggil beliau untuk datang kerumah pesakit untuk memberi perkhidmatan beliau, tapi apa yang dikesalkan penduduk ialah bayaran yang melampau untuk perkhidmatan itu.Pernah seorang penduduk sebuah kampung meminta untuk memeriksa seorang pesakit yang hampir pasti tak dapat diselamatkan, diminta bayaran hampir RM400 hanya untuk pemeriksaan perubatan.

Kenapa Dr Rauf diganti?Inilah yang menjadi persoalan penduduk dikawasan Demak Laut.Kalau dilihat pada umur, beliau sebenarnya masih mampu untuk berkhidmat untuk kawaasan tersebut.Kenapa Adenan Satem masih dikekalkan di DUN Tanjung Datu sedangkan beliau dilihat sudah tidak mampu untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat, Taib Mahmud sendiri pun dah tua bangka masih jadi calon dan mungkin akan jadi CM untuk sepenggal lagi.

Semasa menjadi YB dikawasan ini, DrRauf dapat atau senang untuk ditemui dikawasan.Beliau akan menyertai apa-apa aktiviti penduduk, malah beliau masih mampu untuk bermain bola bersama belia dikawasan N5.

Dr Azlan akan berdepan dengan masalah untuk mempertahankan kerusi N5 Demak Laut untuk PBB.Beliau harus menunjukan bahawa tanggapan sombong oleh penduduk kampung dikawasan tersebut tidak benar.Tapi kalau dilihat pada air muka beliau, memang 'sombong'(eksyen) akan terkeluar dari mulut mereka yang bertemu dengan beliau.

Kerusi N5 Demak Laut mungkin akan menghadapi pertandingan tiga penjuru.PKR sudah pasti menurunkan calon anak tempatan yang berasal dari Kampung Bako iaitu saudara Alli Hossen yang merupakan Pengurus disebuah syarikat insurans.Seorang calon Bebas juga dikatan berminat untuk mencuba nasib.Calon ini dikatakan telah ditaja oleh sebuah parti besar dari semenanjung.Mungkin parti ini sudah nampak akan kekalahan PBB lalu mencari peluang untuk bertapak di Sarawak.

Apa pun Ali Hossen dari PKR dilihat mampu untuk memberi cabaran kepada calon dari PBB dan tidak keterlaluan dikatakan beliau mampu menyumbang kerusi untuk Pakatan Rakyat di Sarawak.

Sunday, April 3, 2011

'BUAYA-BUAYA' Di Sarawak Harus Ditangkap! - LGE


Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng mengibaratkan pembabitan Pakatan Rakayt pada pilihan raya ke-10 Sarawak 'pertarung terbesar abad ini'.

Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata, Sarawak yang kaya dengan hasil balak, minyak dan gas tapi negeri Sarawak terus kekal antara negeri termiskin di Malaysia.Negeri yang kaya dengan hasil alam semulajadi tetapi kekayaan itu tidak dapat dinikmati oleh kebabyakan rakyat, sebaliknya dibaham oleh 'buaya-buaya' yang merupakan krono-kroni Taib dan George Chan.

“Sarawak ada balak, minyak, gas dan tanah. Malangnya, ia juga ada banyak 'buaya',”

“Sebab inilah kita perlu pilih calon yang berani untuk tangkap buaya-buaya itu,” kata Lim sambil disambut tepukan gemuruh oleh hadirin.

Lim turut mempersoalkan keikhlasan Taib untuk bersara selepas pilihanraya.

Orang ramai menjerit “Tidak!” apabila ditanya sama ada mereka mempercayai Taib. Lim kemudian mengingatkan mereka bahawa ketua Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr George Chan juga pernah membuat janji yang sama pada 2006.

NONEKetiaka itu, Chan yang juga timbalan ketua menteri berjanji akan bersara dalam tempoh setahun dan menurut Lim sehingga saat ini tiada tanda-tanda bahawa beliau akan berbuat demikian.

“Lagipun, mereka (Taib and Chan) adalah menantu. Jika Chan tidak berundur, adakah awak fikir Taib akan berundur?” soal Lim.

Menurutnya, rakyat Sarawak tidak sepatutnya membenarkan BN terus menang pada pilihan raya 16 April ini atau tidak Taib akan menjadikannya sebagai isyarat untuk beliau terus kekal berkuasa.

“Jika awak mahu Taib pergi, awak mesti pastikan BN ditewaskan,” katanya.

Friday, April 1, 2011

Baca Berita Tu Pakai Otak Bukan Pakai Kaki!!!

Inilah mentaliti otak blogger PBB/BN dalam mengulas isu video sex yg melibatkan pemimpin pembangkang.IGP sendiri pun belum mengesahkan pelakon dlm video tu siapa, tapi si kucing ni telahpun berani mengesahkankan bahawa pelakon tu Anuar.

Tu lah.. orang suruh baca news tu pakai otak, bukan pakai kaki...

Memanglah video tu tulen, tapi yang kita nak tahu, siapa si pelaku dalam video tersebut.

IGP pun satu, sengaja nak buat gempak.. buat sidang media cakap video ni tulen tapi tak bagitau siapa si perut boroi tu..Bebudak macam Kucingitam ni apa lagi.. terus nak terkam berita ni macamlah IGP tu cakap Anuar dalam video tu.. dasar otak kontot!!!

Bawah ni aku pastekan tulisan dari si Kucingitam.Rasa-rasa kucing ni dapat geran 5000 sebulan dari YB Karem kot...

Sah anwar dalam video kata pakar
Ketua polis negara berkata rakaman video seks yg memaparkan seorang pemimpin pembangkang adalah tulen. Ini adalah hasil laporan pakar yg menyiasat kes itu. Kata KPN kepada pemberita.

Beliau berkata kertas siasatan akan diserah kepada Peguam Negara dalam masa terdekat untuk siasatan lanjut.

Alamak mungkin ini juga konspirasi nak menjatuhkan Anwar.

Thursday, March 31, 2011

Blogger UMNO/BN Bercakap Pasal Moral?

Perhatikan gambar ini.. layakkah orang seperti ini bercakap tentang isu moral???


Baca sendiri ulasan House PK(dlm gambar atas) tentang Majlis Sembahyang Hajat di stadium Melawati Shah Alam. MEMANG PADAN BETUL LAH SLOGAN 'TAKEBEER' dgn si BEAR nii...GAMBAR dari Topeng Perak

Friday, March 18, 2011

Rauf Undur Diri??? Ha..Ha..Ha.. Lawak...lawak...

DR Rauf ADUN N5 Demak Laut menyatakan beliau akan menarik diri dari menjadi calon PBB pada PRU Sarawak akan datang.

Mengulas penarikan itu, beliau menyatakan Hanya calon yang boleh menang sahaja akan mendapat restu daripada Ketua Menteri untuk bertanding.

“Ini adalah sangat penting untuk parti, saya melihat ba-nyak kes yang terjadi sebelum hari penamaan calon di mana poster calon sudah dicetak namun kemudian kita melihat calon yang dipertandingkan adalah calon yang bukan boleh menang.


Adakah ini bermaksud beliau akan kalah jika bertanding mempertahankan kerusi itu dan Taib pula sudah nampak kekalahan jika Rauf menjadi calon.

Kepada YB Rauf, statement menarik diri hanyalah statement untuk menyedapkan hati(pakey nyenang ati dirikpun).Kalau Tok Uban dah tak suka tu cakap jelah... mun nak jadi YB lamak2.. ekot stail YB Karim.. pandei angkat pelir Taib... hahaha...


Rauf umum undur - Utusan Borneo

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Datuk Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen semalam mengumumkan beliau tidak akan ber-tanding dalam pilihan raya negeri pada tahun ini.

Walaupun begitu beliau memberitahu berundur daripada pilihan raya negeri tidak bermakna beliau meninggalkan dunia politik sebaliknya masih mahu terus berkhidmat dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

“Ya, saya tidak akan ber-tanding tetapi ia bukan bermakna saya akan bersara (daripada politik) kerana tugas saya untuk membawa pembangunan ke kawasan ini masih belum selesai dan saya akan meneruskannya demi meningkatkan taraf hidup masyarakat di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Seminar Pendidikan Gerak Bumi yang diadakan dengan kerjasama Sekolah vokasional, sekolah menengah dan sekolah rendah di Kawasan Demak Laut semalam.

Sementara itu Dr Rauf yang juga Menteri Muda Pemba-ngunan Perindustrian memberitahu bahawa Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud telah meminta beliau untuk terlibat dalam melatih calon baru di dalam parti.

Menurut Dr Rauf, tujuan pembabitan beliau itu adalah untuk bersama-sama dalam melatih muka baru atau ‘YB Muda’ di dalam parti.

“Orang lama perlu diganti, kerana kami tidak mahu se-perti parti lain di mana orang yang sudah lama tidak mahu memberi peluang kepada ge-nerasi baru,” katanya

Rauf memberitahu, walaupun genarsi baru ini amat penting untuk parti pada masa hadapan, pemimpin lama masih diperlukan untuk me-mastikan pergerakkan parti berjalan dengan lancar.

Dalam masa sama, Rauf juga memberitahu pembentukan dan latihan akan dijalankan oleh parti.

“Hanya calon yang boleh menang sahaja akan mendapat restu daripada Ketua Menteri untuk bertanding.

“Ini adalah sangat penting untuk parti, saya melihat ba-nyak kes yang terjadi sebelum hari penamaan calon di mana poster calon sudah dicetak namun kemudian kita melihat calon yang dipertandingkan adalah calon yang bukan boleh menang.

“Disebabkan itu kita di-minta untuk membentuk calon bagi membolehkan mereka layak untuk terus mencipta kejayaan jangka masa panjuang bagi parti,” katanya lagi.

Sunday, March 13, 2011

Laporan Polis Terhadap Taib Mahmud


Pergerakan untuk Perubahan Sarawak (MoCS), pimpinan Francis Siah telah membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud atas dakwaan rasuah, pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa.

MoCS leader Francis SiahBagaimanapun, pelawaannya pada 4 Mac kepada Taib supaya hadir di balai polis pusat (CPS), tempat Francis membuat laporan polis, tidak disambut - di mana Taib ataupun wakilnya tidak datang.

Siah (kiri - tengah) mahu Taib datang ke CPS jam 1 tengahari supaya mereka sama-sama membuat laporan polis.

Siah secara rasmi membuat laporan itu pada jam 1.15 tengahnya kepada Koperal Norsiti Raffidah. Beliau juga mengemukakan kompilasi siri laporan yang dipetik dari Sarawak Report, Bruno Manser Fund dan portal berita.

Siah berkata, kenyataannya akan diambil oleh pegawai penyiasat Inspektor Mohd Enzry, minggu depan.

“Saya membuat laporan polis jenayah pengubahan wang haram, rasuah dan penyalahgunaan kuasa,” katanya.-Malaysiakini

Sunday, February 27, 2011

Taib Mahmud Lebih Kaya Dari Sultan Brunei ???



Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Mohd Taib Mahmud adalah antara orang terkaya di dunia, melebihi Sultan Brunei, kata Clare Rewcastle Brown, adik ipar bekas Perdana Menteri United Kingdom, Gordon Brown.

Clare, pengendali laman web Sarawak Report dan stesen radio bebas – Radio Free Sarawak, berkata demikian dalam artikel yang diterbitkan London Evening Standard pada 22 Februari lalu.

“Siasatan saya mendapati sebahagian harta kekayaan Taib terdapat di London melibatkan perusahaan hotel di tengah-tengah bandar ini,” katanya dalam artikel akhbar tabloid itu.

Mengikut artikel itu, beliau turut membongkar harta kekayaan Taib melibatkan Kanada, Amerika Syarikat dan United Kingdom yang diperoleh hasil penjualan kawasan hutan di Sarawak melalui British Virgin Islands.

Dipetik artikel sama, Clare dilapor berkata, Sarawak yang dikelilingi 95 peratus hutan hujan dengan aktiviti pembalakan dan dipenuhi ladang kelapa sawit, sebenarnya mengkayakan Taib selama 30 tahun berkuasa di negeri itu.

“Kira-kira 2.5 juta penduduk Sarawak selama ini ditindas Taib. Rakyat inginkan perubahan dalam pilihan raya akan datang, tetapi akibat amalan rasuah menjadikan beliau semakin kaya,” katanya dipetik.

Mengikut artikel itu, Clare dan rakannya, Peter John Jaban, seorang Dayak Sarawak mengendalikan siaran Radio Free Sarawak walaupun bimbang akan keselamatan mereka selepas Sarawak Report menerima ancaman bunuh.

Apatah lagi, artikel berkenaan turut menyatakan, seorang bekas pekerja Taib yang didakwa mendedahkan maklumat, dijumpai mati Oktober lalu dan kes itu masih dalam siasatan polis.

Berusia 51 tahun, Clare adalah seorang wartawan penyiasat yang memulakan kerjaya dengan BBC World Service pada 1983, berkahwin dengan adik Brown – Andrew – juga bekas wartawan dan kini seorang ahli strategi media.

Artikel itu menyatakan, Clare sebenarnya dilahirkan di Sarawak sebelum bekas tanah jajahan Inggeris itu diserahkan kepada Malaysia dan mendiami Bumi Kenyayang sehingga berusia lapan tahun.-KeadilanDaily

Monday, February 21, 2011

BMF Senarai 49 Firma Berkaitan Taib Mahmud Diseluruh Dunia


NGO yang berpangkalan di Switzerland - Tabung Bruno Manser (BMF) hari ini mengeluarkan senarai 49 firma di empat benua di seluruh negara yang didakwanya berkaitan dengan ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya.

Senarai itu termasuk 13 syarikat di Malaysia, 10 di Australia, sembilan di Kanada, tujuh di Hong Kong, empat di Amerika Syarikat, tiga di British Virgin Islands, satu di pulau Jersey dan dua lagi di United Kingdom.

"Tujuan senarai ini adalah untuk membantu pihak berkuasa pencegahan rasuah dan pengubahan wang haram di negara-negara berkenaan mengenal-pasti dan membekukan aset Taib,” kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan.

Senarai itu disiarkan di laman sesawang anti rasuah barunya dan dikemas-kini dari semasa ke semasa.

BMF juga melancarkan petisyen di sesawangnya mendesak pihak berkuasa di negara-negara berkenaan bagi menyiasat kedudukan kewangan Taib dan keluarganya serta membekukan aset mereka.

Petisyen itu juga akan dihantar ke pihak berkuasa di Australia, the British Virgin Islands, Kanada, Hong Kong, Jersey, Malaysia, United Kingdom dan Amerika Syarikat serta Kumpulan Pengubahan Wang Haram Asia Pasifik yang mempunyai keahlian 139 negara.

Antara syarikat Malaysia yang disenaraikan itu termasuk Borsarmulu Resort Sdn Bhd, Cahya Mata Sarawak Sdn Bhd, K&N Kenanga, Kumpulan Parabena Sdn Bhd, Mesti Bersatu Sdn Bhd, Sarawak Energy Bhd, Naim Holdings dan Kumpulan Ta Ann.

Sesetengah syarikat berkenaan dimiliki sebahagiannya oleh kerajaan negeri dan terbabit dengan projek yang disokong oleh kerajaan negeri seperti Royal Mulu Resort dan empangan Murum.

Sebahagian besar firma yang disenaraikan itu membabitkan syarikat yang terbabit dalam hartanah, termasuk Sakti International Corporation Incorporated, yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Negara-negara UNCAC

Dokumen yang disiarkan oleh laman sesawang Sarawak Report menunjukkan syarikat itu bernilai lebih kurang RM250 juta.

Juga disenaraikan adalah kumpulan syarikat-syarikat di Kanada, Sakto yang didakwa Sarawak Report mempunyai hartanah bernilai lebih RM300 juta.

Gesaan yang sama dibuat oleh BMF ke pelbagai pertubuhan di Kesatuan Eropah untuk membekukan aset milik bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak yang telah melarikan diri ke luar negara.

Semua negara, termasuk Malaysia - di mana syarikat-syarikat yang disenaraikan oleh BMF itu terletak telah menandatangani dan mengesahkan perjanjian Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai pencegahan rasuah (UNCAC).

Semua negara-negara UNCAC diwajibkan untuk menyelaras dengan satu sama lain dan membekalkan bantuan perundangan di mana kes dana-dana tertentu dikaitkan dengan jenayah, termasuk mendapatkan perintah ekstradisi ke atas orang yang dituduh.-Malaysiakini

Tuesday, February 15, 2011

DUN Sarawak Mungkin DiBubar Minggu Ini?


KUALA LUMPUR 14 FEB : Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dijangka mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri Jumaat ini untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri, kata sumber-sumber.

Sumber Astana Sarawak memberitah bahawa pejabat ketua menteri telah pun menghubungi minggu lalu untuk mendapatkan tarikh pertemuan dengan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng bagi pembubaran, yang akan membuka laluan kepada pilihan raya negeri lapor The Malaysian Insider.

Pilihan raya negeri terakhir diadakan pada 2006.

Satu lagi sumber kerajaan negeri berkata pegawai-pegawai daerah juga telah diminta agar membekukan cuti kakitangan mereka mulai 19 Februari ini iaitu kemungkinan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Jika Dewan Undangan Negeri dibubarkan bulan ini, kemungkinan pilihan raya akan diadakan akhir Mac atau awal April.

Mandat semasa kerajaan negeri sepatutnya berakhir Julai ini dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari jika pembubaran diputuskan.

The Malaysian Insider semalam membawa laporan bahawa BN dilihat tidak cenderung untuk mengadakan kedua-dua pilihan raya umum nasional dan negeri Sarawak secara serentak meskipun beberapa pemimpin negeri itu membawa idea tersebut pada mesyuarat perikatan itu Jumaat lalu.

Sehubungan itu, difahamkan pilihan raya negeri Sarawak akan didahulukan dan dijangka berlangsung awal April ini atau kemungkinan akhir Mac.

Mesyuarat Dewan Tertinggi BN Jumaat lalu turut membincangkan beberapa persediaan sebelum parti itu mengadakan Konvensyen BN Sarawak di Kuching pada 5 Mac ini.

Konvensyen itu nanti akan membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan pilihan raya negeri Sarawak.

Najib juga memberitahu wartawan Taib sudah mendapat "inspirasi" untuk memanggil pilihan raya negeri.

Mengambil kira perkembangan terbaru ini tarikh pilihan raya negeri sudah semakin dekat.

Taib pula akan menyambut ulang tahun ke-30 mengetuai kerajaan negeri pada 26 Mac ini dan kemenangan kali ini akan menjadikan beliau ketua menteri paling lama berkhidmat.

Ada pihak yang beranggapan bahawa beliau mahu melengkapkan tiga dekad itu dengan kemenangan dan mandat baru.

Taib yang juga Pengerusi BN Sarawak dan Presiden komponen terbesar periktan itu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) terus meletakkan pemerhati-pemerhati politik dalam situasi terus meneka dan membuat spekulasi mengenai tarikh pilihan raya negeri.

Selepas kembali dari menunaikan haji akhir tahun lalu, pemimpin berusia 74 tahun membayangkan bahawa beliau sudah menerima inspirasi bila perlu memanggil pilihan raya.

"Saya sudah ada inspirasi tetapi saya tidak akan memberitahu (tarikhnya)," kata beliau kepada pemberita November lalu.

Taib dikatakan berhadapan dengan tekanan daripada rakan-rakan dalam BN agar berundur ekoran kemerosotan popularitinya di sebalik dakwaan salah guna kuasa.

Kemenangan DAP dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu Mei lalu - dilihat sebagai referendum ke atas kepimpinan Taib - telah menyebabkan BN mula bimbang mengenai tapak pengaruhnya di Sarawak, negeri yang selama ini dilihat sebagai deposit hayat perikatan itu.

BN Sarawak mempunyai 63 wakil di Dewan Undangan Negeri yang mempunyai 71 kerusi dengan 35 dimenangi PBB, 12 dipegang Parti Rakyat Bersatu Sarawak dan lapan masing-masing oleh Parti Rakyat Sarawak dan Parti Demokratk Progresif Sarawak.

Daripada baki lama kerusi, DAP mempunyai enam, PKR satu dan Bebas satu.

SPR mengumumkan kesediaan negeri itu mengadakan pilihan raya negeri Sarawak bila-bila masa dengan berkata pihaknya sudah lama membuat persediaan.

BN dijangka mengekalkan negeri itu dengan majoriti selesa meskipun ada yang mengatakan DAP kemungkinan boleh memperoleh lebih banyak kerusi di kawasan-kawasan bandar.

Seorang pemimpin DAP memberitahu bahawa mereka juga mendengar kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri hujung minggu ini dan telah membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya negeri.

"Kami sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya negeri," kata seorang pemimpin DAP negeri.-tvs

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost