Blog Widget by LinkWithin

Muara Tebas "MyKampungKu"

KLIK saje-saje

Pro Nizar:- PAS Tidak Boleh Ditegur ???

Sunday, November 8, 2009


Setelah seminar selesai, pada pendapat saya hanya satu kesimpulan yang tepat dapat disimpulkan dari persepsi orang yang mengikuti perkembangannya. Yang jelas dan nyata adalah : tidak payah bersusah payah menegur PAS, PAS sudah elok dan sempurna.

Tentu sahaja akan ada pula yang menjawab, bukan tidak boleh ditegur, tetapi gunalah cara berhemah jika hendak menegur PAS. Jadi, kalau hendak menegur PAS, tanyalah Ustaz Kocik bagaimana caranya kerana Kocik sangat sentimen dengan orang yang menegur

Kenapa ramai pemimpin PAS tidak faham apa itu persepsi? Kenapa ramai pemimpin PAS tidak mengkaji apa persepsi pengundi terhadap PAS? Jika persepsi pengundi terhadap PAS adalah buruk, apakah silap persepsi tersebut atau silap pengundi?

Jika baju yang anda pakai dilihat tidak sesuai dari pandangan ramai, apakah silap persepsi tersebut ataupun anda sendiri yang silap. Rasanya dalam isu pandangan orang ramai terhadap PAS, pemimpin PAS sering menafikan pandangan tersebut. Penafian hanya dengan kata kata, tanpa membuktikan dengan langkah dan perancangan yang rapi.

Jika Islam yang dibawa PAS dipandang menggerunkan oleh pengundi, PAS sering beralasan UMNO yang merosakkan imej Islam. Segala hujah yang mengatakan UMNO yang merosakkan imej Islam dapat PAS manifestasikan dalam gerak kerja PAS dan kemesraan PAS mendekati pengundi bukan melayu. Alhamdulillah setakat ini PAS telah berjaya meyakinkan bukan Islam bahawa Islam bukanlah buruk sepertimana digambarkan oleh UMNO selama ini.

Maknanya di sini apapun persepsi buruk samada ianya benar atau tidak, fitnah atau realiti, hanya dapat dibuktikan dengan perbuatan yang menafikan persepsi itu sendiri.

Bagi saya seminar yang telah berlalu sangat berjaya. Berjaya menggambarkan bahawa PAS memang tidak boleh ditegur. Kepada pengkritik pengkritik PAS saya nasihatkan berhentilah menasihati PAS. Ternyata PAS telah 'sempurna'. Atau jika anda hendak juga menegur, mintalah panduan dari pemimpin PAS cara cara menegur PAS. Tanyalah sekali apa yang patut ditegur dan apa yang tidak patut ditegur.

Kekadang untuk mententeramkan hati, teringat saya dengan pepatah orang tua 'biarlah si luncai terjun dengan labu labunya'. Semoga PAS tidak menjadi parti 'syok sendiri'. Sama samalah kita tunggu rumusannya pada PRU13.

--DetikDaily

Baca Seterusnya......

Konspirasi Tangkapan Dr Asri - Bukan MAIS, Bukan JAIS, Bukan PAS, Bukan UMNO ?? :- Nizar vs Zambry - Najib Altantuya

Oleh DR AISAR YEE ABDULLAH

Pentadbiran agama Islam menerima tamparan buruk berikutan tindakan tidak profesional diambil Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sewaktu berusaha menangkap bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin kerana dituduh mengajar tanpa memiliki tauliah.

Lagi pelik apabila Pengarah Jais, Mohamed Khusrin menjelaskan bahawa tangkapan tidak dibuat secara semberono atau ia dibuat mengikut telunjuk mana-mana pihak. Katanya, tindakan itu diambil selepas Asri berulang kali melanggar peraturan berkaitan aktiviti memberi ceramah di Selangor.

Menurutnya, Asri kerap kali memberi kuliah agama tanpa tauliah termasuk di Hulu Klang yang dibuat hampir setiap bulan begitu juga di Masjid Seksyen 14, Petaling Jaya.

“Ini bermakna beliau tidak menghormati peraturan yang telah ditetapkan di negeri ini,” katanya. Pelik ialah kerana Mohamed Khusrin mendakwa penahanan terhadap Asri pada malam itu dibuat selepas mesyuarat Jais dengan Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Ertinya, penahanan itu dirancang dan bukannya seperti tangkapan biasa Jais berkaitan kes khalwat di mana serbuan dilakukan sebaik menerima maklumat.

Dalam kes tangkapan Asri ini, perbincangan sudah dibuat sesama Jais dan di antara Jais dan Mais. Mais semestinya berpuas hati dengan fakta kes yang diberikan Jais sebelum bersetuju dengan tindakan itu. Ertinya, Jais sudah memiliki fakta yang kukuh. Sebab itulah Mais tidak membantah.

Kalaulah begitu faktanya, tentunya apa yang terjadi pada pagi Isnin awal minggu ini di Mahkamah Syariah Gombak Timur tidak berlaku. Tuduhan sudah dapat dibuat ke atas orang yang ditangkap. Sudah banyak kali dia melakukan kesalahan dan kesalahan kali ini ada ulangan sahaja. Fakta lampau sudah cukup untuk mendakwa beliau. Kenapa tidak dibentang itu masa tersebut? Ada niat lain terselindung? Kalau ada apa niatnya? Memalukan Asri?

Asri sendiri yakin beliau adalah mangsa satu konspirasi yang didalangi oleh mereka yang tidak bersetuju dengan pandangan-pandangannya.

“Saya ditangkap sungguhpun Jais sedang menyiasat dan memikir-mikir tuduhan.”

“Saya ditangkap dan dilayan seperti ketua satu ajaran sesat. Kenapa? Mungkinkah ini konspirasi Jais atau Jais diperalatkan oleh konspirator. Saya tidak mahu menuduh tetapi saya yakin ia adalah satu konspirasi” kata Asri.

Kita hanya boleh menduga berdasarkan ‘circumstantial evidence’. Mari kita buat kiraan hisab, satu campur satu berapa jumlahnya?

Pada malam Asri ditangkap di sebuah rumah milik seorang tokoh perniagaan di Taman Sri Ukay, turut berada di rumah itu mendengar kuliah beliau ialah dua orang tokoh politik, seorang MP dari PKR dan seorang ADUN dari Pas.

Kedua-dua tokoh ini sentiasa hadir di rumah itu setiap kali Asri mengadakan kuliahnya, biasanya sebulan sekali. Beliau adalah tokoh yang cuba berunding dengan Jais dan polis untuk tidak melakukan tangkapan terhadap Asri. Mereka mengaku sanggup membawa Asri ke mana-mana esoknya, sama ada ke pejabat Jais atau polis bagi mengelakkan tangkapan pada malam itu.

Usaha mereka gagal. Jais dan polis berkeras mahu menangkap Asri pada malam itu juga. Bagi mengelak dituduh melawan, Asri bersetuju dengan kehendak Jais.

Kehadiran dua orang tokoh Pakatan Rakyat ini pada malam itu dan keesokannya, serta kehadiran MP Lo’Lo’ yang bergegas ke Mahkamah sejurus selesai menjalani rawatan di IJN boleh membuat seseorang merumus bahawa ini bukan konspirasi PR. Kehadiran Yusmadi Yusoff peguam dan MP PKR untuk membantu membela Asri memperteguhkan keyakinan ramai.

Kalau bukan PKR dan Pas, siapa? UMNO? Berita tentang lawatan Harun Taib ke rumah Asri di Mengkuang, Bukit Mertajam baru-baru ini dan pelawaan kepada beliau untuk memasuki Pas mungkin membimbangkan UMNO. Imej Asri perlu dicalarkan melalui tangkapan akan bermain-main di kepala mereka yang mahu menggagalkan kemasukan Asri ke dalam Pas.

Maka terencanalah konspirasi ini, yakin mereka. Ramai tidak tahu bahawa sebenarnya Jais tidak terletak sepenuhnya di bawah kuasa Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hasan Ali.

Jais adalah sebuah jabatan di bawah Mais. Pengarahnya ialah Mohamed Khusrin, seorang pegawai tadbir dari Perkhidmatan Awam Malaysia di bawah kelolaan Kerajaan Pusat. Hasan tidak berkuasa melantik orang mengisi jawatan ini. Khusrin pernah menjadi Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor, Muhammad Mohd Taib.

Berdasarkan kenyataan Jais sendiri, Jais sudah pun membincangkan isu penangkapan Asri ini dengan Mais. Di dalam Mais, Khusrin berjawatan sebagai Setiausaha.

Mereka yang berkhidmat dengan Kerajaan Persekutuan dan ditugaskan di Selangor yang menganggotai Mais ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Ramli Mahmud, Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor, Zauyah Be Bin Loth Khan, Pegawai Kewangan Negeri Selangor, Mohd Arif, Ketua Polis Negeri Selangor, Khalid Abu Bakar.

Beberapa orang yang lain ialah lantikan dibuat oleh Sultan Selangor terdiri dari mereka yang juga menganggotai Ahli Dewan Diraja Selangor dan pensyarah beberapa universiti di Selangor.

Mais yang dipengerusikan oleh Datuk Adzib ini juga anggotai oleh Mufti Selangor dan Hasan Ali. Hasan bertindak sebagai Timbalan Pengerusi. Tidak ada lantikan lain yang terdiri dari orang politik Pas atau PKR dalam Mais.

Adanya beberapa orang yang berkhidmat di dengan Kerajaan Pusat yang bertugas di Selangor menganggotai Mais menyebabkan orang mudah membuat andaian yang ada di antara tokoh-tokoh tadi yang bertindak mengikut kehendak UMNO/BN atau Kerajaan Pusat. Hasan hanya bertindak sebagai Timbalan Pengerusi.

Beliau sebenarnya kehilangan kuku dalam Mais ini. Sebelum ini ada arahan dititahkan oleh Sultan Selangor seperti diumumkan oleh Adzib bahawa apa-apa kenyataan umum berkaitan dengan pelaksanaan dan pentadbiran Islam di Selangor hanya boleh dibuat melalui Mais. Katanya lagi, di Selangor hanya lima badan kerajaan yang mempunyai kuasa ke atas perjalanan hal-ehwal agama yakni Tuanku Sultan, Mais, Jais, Mahkamah Syariah dan pejabat Mufti.

Nama Exco agama tidak langsung dicatat dalam senarai mereka yang diiktiraf menjaga hal ehwal agama Islam di Selangor. Adakah ini bermakna Hasan tidak lagi mempunyai hak membuat kenyataan berkaitan dengan perjalanan agama Islam di Selangor?

Adanya persepsi bahawa Jais dan Mais terletak di luar bidang kuasa Exco Pas dan ia lebih terpengaruh dengan jari telunjuk Kerajaan Pusat, orang boleh menganggap para konspirator ini terdiri dari kalangan bukan PR. Apalagi keesokannya, Jakim tumpang semangkuk mempertikaikan ijazah Asri.

Tentu ada orang yang mempertikaikan bahawa sebagai seorang profesional, kalangan pegawai kerajaan akan memberikan taat setia kepada kerajaan negeri yang ada pada masa itu.

Ini separuh benar. Ramai tahu bahawa kedudukan Kerajaan Negeri Selangor selepas kejatuhan Kerajaan Perak sudah tidak mantap lagi. Ia boleh digulingkan. Ada sebahagian pegawai kerajaan mungkin berasa adalah lebih selamat untuk berlindung di pokok yang lebih kukuh.

Ingatan masih segar kepada kejadian berlaku di Perak pada minggu terakhir April tahun lepas. Apabila kerajaan PR memerintah negeri itu bermula sebulan sebelum itu, mereka mendapati tidak dapat bekerjasama dengan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Jamry Sury.

Jamry Sury dipecat tetapi pemecatan itu tidak berkuat kuasa kerana tidak mendapat perkenan Sultan dan Jabatan Perkhidmatan Awam mahukan dia tetap di sana.

Pastinya, ada sebilangan mereka yang bertugas dengan Kerajaan Negeri tetapi jawatan itu dilantik oleh pusat memberikan taat setia kepada Kerajaan Pusat kerana majikan mereka sebenarnya adalah Kerajaan Pusat.

Maka timbullah teori bahawa konspirasi ini dicetuskan oleh mereka dalam Kerajaan Pusat. Teori ini kelihatan bertambah kukuh dengan adanya satu tuduhan untuk lebih memperlekehkan Asri datangnya dari Jakim, sebuah badan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Hakikatnya, saya berani mempertaruhkan ‘kepala’ bahawa tidak ada sesiapa dalam Jais, Mais atau Jakim yang merangka konspirasi ini. Mungkin ada hanyalah individu-individu tertentu di luar badan itu yang memperalatkan mana-mana badan tersebut untuk kepentingan peribadi mereka, Saya juga berani mempertaruhkan kepala saya bahawa tidak juga konspirasi ini datangnya dari kalangan PR, baik Pas mahupun PKR apa lgi DAP. Mereka semuanya bersih dari sebarang sangkaan buruk.

Pada peringkat awal, saya yakin ramai percaya bahawa konspirator itu datangnya dari kalangan UMNO/BN. Barangkali, atas sebab itulah Jamil Khir, menteri bertanggungjawab hal ehwal agama, meluru mendapatkan wartawan sebaik turun kereta di Hotel Putra pada tengah hari Isnin kelmarin memberitahu bahawa hal berkaitan agama adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.

Keyakinan saya itu berdasarkan kenyataan Najib yang amat tepat bahawa dia terkejut dengan penangkapan dibuat oleh Jais kerana Asri mempunyai kelayakan mencukupi memberi kuliah dan apa yang dinyatakan oleh Asri itu mengikut Najib sentiasa berlandaskan nas yang kuat.

Kepentingan mendapatkan kuliah untuk mengajar agama tidak dinafikan perlu. Kelayakan mereka hendaklah dipastikan. Cuma, apakah perlu seorang yang memiliki ijazah PhD dalam bidang al-Quran dan Hadis itu diwajibkan lagi mendapatkan tauliah. Malah, sesiapa sahaja yang memiliki ijazah pertama sepatutnya dikecualikan mendapat tauliah.

Ini seumpama keperluan mendapatkan sijil ‘Halal’ bagi peniaga makanan. Jika orang bukan Islam ingin menjual makanan Islam, dia perlu mendapatkan sijil itu. Meminta seorang makcik Melayu beragama Islam yang ke masjid hari-hari melakukan ibadah solat lima waktu mendapatkan sijil halal untuk perniagaan bubur kacangnya, adalah satu perbuatan yang kurang cerdik.

Apa pun, siasatlah tangan mana yang merancang konspirasi itu kerana bukan Mais, bukan Jakim, bukan Pas, bukan UMNO yang terlibat. Bukan, Bukan Bukan. Siasatlah siapa yang memperalatkan Jais melakukan tangkapan itu.

Sambil itu kajilah balik dasar yang seakan-akan mahukan penjual bubur kacang ini mendapatkan sijil halal bagi membolehkan mereka meneruskan perniagaan kalau mahu mengelak ditangkap pihak berwajib agama. Gunakan budi bicara.

--Sinar Harian

Baca Seterusnya......

Isu Dr Asri Dan Jais: Tangkap Tapi Tidak Didakwa :- Nizar vs Zambry - Najib Altantuya

Oleh TOK PERAK

* SEDIKIT pun saya tidak terkejut sekiranya Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menahan Dr Mohd Asri Zainul Abidin awal pagi Isnin lalu atas alasan beliau menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah.

Sebab memang menjadi peraturan di Selangor siapa sahaja yang hendak berceramah atau memberi kuliah agama perlu mempunyai tauliah. Ketika berceramah di sebuah rumah di Taman Sri Ukay malam itu memang bekas al-Fadil Mufti Perlis itu tidak mempunyai tauliah.

Tidak perlu dipersoalkan kenapa tangkap Dr pakar ilmu hadis itu, sedangkan ada sekian banyak individu – sesetengahnya tidak ada latar belakang agama dan hanya bermodalkan serban dan kopiah lembik – tidak bertauliah tetapi berceramah bebas di mana sahaja.

Peraturan tetap peraturan. Sepatah kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, kalau beliau hendak berceramah di Selangor beliau pun perlu mendapatkan tauliah itu. Jika tidak ada tauliah, beliau tetapi dikira salah, walaupun bertaraf mufti.

Soal banyak orang tidakmempunyai tauliah tetapi terus bebas berceramah, itu hak Jais untuk bertindak. Siapa yang Jais hendak saman, siapa hendak ditangkap, siapa boleh berceramah cara haram, semua itu budi bicara Jais. Tidak perlu dipersoal lagi.

Cuma satu yang mengejutkan saya ialah apabila pagi Isnin itu Dr Asri pergi ke Mahkamah Syariah Gombak, seperti yang diarahkan, tidak pula beliau didakwa. Tiga jam menunggu pegawai dari Jais tidak muncul, dan akhirnya Dr Asri dibenarkan pulang tanpa sebarang pendakwaan.

Sebelah malam berpuluh-puluh pegawai Jais dan polis mengepung rumah di mana Dr Asri berceramah. Tidak boleh langsung bertolak ansur, sepatah kata beliau sendiri “seperti hendak menangkap Nordin Mat Top” akhirnya tidak ada pendakwaan. Tidakkan itu pelik dan mengejutkan?


* APABILA usaha menangkap dilakukan begitu gah, tetapi tidak ada sebarang pendakwaan, tentu orang bertanya: apa sebenarnya muslihat Jais? Apakah tidak ada bukti untuk pendakwaan? Kalau tidak ada bukti kenapa ditangkap?

Kemudian ada kenyataan bahawa bekas Mufti Perlis yang bertugas sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia bersalah sebab menyebarkan fahaman Wahabi. Kalau itulah kesalahannya kenapa tidak didakwa pada pagi itu?

Atau, apakah Jais tidak tahu apa sebenarnya kesalahan Dr Asri? Kalau tidak tahu mengapa dikepong begitu ketat dan ditangkap? Soalan-soalan ini akhirnya menjurus kepada satu andaian, bahawa Jais mungkin melakukan tangkapan tengah malam itu atas arahan pihak tertentu. Siapa pihak tertentu itu?

Akhirnya Pengarah Jais, Datuk Mohamed Khusrin Munawi memberitahu pihaknya akan mendakwa Dr Asri atas kesalahan berceramah tanpa tauliah. Tidaklah diketahui bila itu akan dilakukan, tetapi sekurang-kurangnya Jais menyatakan pendirian dan orang ramai tidak terkeliru dengan tindakan Jais.

Persoalannya sekarang ialah apa akan terjadi pada sekian banyak ‘ustaz’ dan ‘tuan guru’ tidak bertauliah yang terus bebas berceramah tanpa tauliah. Adakah mereka akan diburu seperti Dr Asri.

Ada tuduhan bekas Mufti Perlis itu kononnya menyebarkan fahaman Wahabi. Sekiranya benar, Jais pun boleh mendakwa Dr Asri atas kesalahan tersebut. Sekurang-kurangnya ada ruang untuk Dr Asri memberi penjelasan dan membela diri.

Jais mengambil masa yang lama untuk menangkap dan mendakwa individu yang mendakwa sebagai ‘Rasul Melayu’ yang menyebarkan ajaran sesat. Dalam waktu yang sama ada perkampungan jemaah ajaran sesat yang telah sekian lama wujud, tetapi tidak pula diambil tindakan. Selangor memang terkenal dengan sekian banyak ajaran sesat.

Sementara tangkapan dan pendakwaan terhadap Dr Asri adalah dialu-alukan sekiranya beliau betul-betul bersalah, Jais patut melebarkan tindakannya kepada individu-individu lain yang juga mengajar tanpa tauliah, dan mungkin menyebarkan fahaman salah.

Jangan hukum Dr Asri sahaja, pihak lain yang menyelewengkan agama juga patut diambil tindakan. Jika tidak nanti Jais akan dituduh sebagai mengamalkan ‘pendakwaan terpilih’.


* SEJAK dulu kita memang banyak ajaran sesat. Di Selangor sahaja ada berpuluh ajaran sesat yang sehingga kini masih tidak dapat dibendung. Paling hebat ialah ada individu yang mendakwa diri sebagai ‘Rasul Melayu’. Kini telah didakwa dan dihukum.

Selangor jugalah dulu menjadi pusat perkumpulan ‘al-Arqam’ yang pemimpinnya membuat berbagai-bagai dakwaan hebat, termasuk bercakap dengan Nabi Muhammad. Ada orang percaya wajah Ashaari Muhammad muncul di bulan.

Bagi orang yang waras, tentu tidak dapat menerima bagaimana pemimpin Arqam boleh berbicara dengan Rasulullah, dalam bahasa Melayu pula! Tetapi, pengikut-pengikut kumpulan tersebut - mungkin kerana taksub kepada Ashaari - mempercayai bulat-bulat apa yang didakwa sebagai dialog dengan Rasulullah itu. Ada yang setiap malam bulan penuh akan mendongak ke langit kerana perasan pemimpin mereka ada di wajah bulan.

Di tempat-tempat lain muncul sekian banyak ajaran sesat, termasuk yang tidak mewajibkan pengikutnya menunaikan haji di Mekah, memadai melakukan haji di Pulau Pinang. Ada juga ajaran sesat yang tidak mewajibkan pengikutnya bersembahyang lima waktu. Ramai pengikut ajaran-ajaran sesat seperti ini lebih percaya kepada ketua dan tidak mempedulikan orang lain.

Tidak lama dulu kita dikejutkan dengan seorang individu yang mendakwa menubuhkan ‘Kerajaan Langit’. Ayah Pin mempengaruhi ramai pengikut termasuk dari luar negara. Dikatakan pegawai kerajaan dan kakitangan akademik universiti pun percaya pada Ayah Pin.

Kerajaan langit di Terengganu berjaya dimusnahkan, tetapi sampai sekarang Ayah Pin tidak diketahui di mana. Hairan bin ajaib, pihak berkuasa kita yang terkenal cekap dan dilengkapi peralatan canggih gagal mengesan pemimpin Kerajaan Langit.

Apakah Jais melihat kesalahan Dr Asri sama dengan Ayah Pin, ‘Rasul Melayu’ dan lain-lain penyebar ajaran sesat? Kita tunggulah sekiranya satu hari nanti bekas Mufti kelulusan ilmu hadis itu didakwa atas kesalahan menyampaikan ajaran salah. Namun, setakat ini seperti yang dibayangkan oleh Jais, pendakwaan hanya tertumpu kepada tauliah, bukan penyebar fahaman salah.


* AKHIR kalam, sementara isu Dr Asri masih hangat, timbul pula isu mengenai sejadah berdiri. Bermula dengan kejadian yang dianggap aneh di negeri Kedah, kejadian sejadah berdiri merebak ke negeri-negeri lain.

Walaupun ramai yang menganggap itu sebagai cerita kartun, tetapi ramai juga yang percaya bagai nak rak. Al-maklumlah macam-macam cerita 'kelakar' dikaitkan dengan kejadian itu. Konon ada berpuluh sejadah berdiri di sebuah surau di Kelantan, dan ada satu sejadah berdiri di hadapan menjadi imam.

Di satu surau lain pula ada cerita saksi kononnya ada sejadah yang turun dari lipatan di atas rak, lalu berdiri di barisan sejadah-sejadah lain untuk solah berjemaah. Cerita kartun seperti itu pun ada orang percaya.

Jangan terkejut sekiranya sehari dua ini ada orang mendakwa dia melihat dua tiga helai sejadah berdiri dan membongkok di tempat mengambil wuduk dan kemudian berdiri berbaris untuk solat berjemaah. Entah-entah tidak lama lagi ada yang nampak sejadah sedang mandi junub!

Sejak dulu sampai sekarang orang kita tidak habis-habis dengan cerita seperti ini. Keranda terbang, keris terbang, semua terjadi di sini. Orang percaya bulat-bulat, tanpa sedikit pun berfikir secara logik.

Pada hal sejadah berdiri bukanlah satu yang pelik. Siapa pun boleh membuat sejadah berdiri, sama seperti tikar berdiri, bantal berdiri, guni beras berdiri. Dalam zaman serba canggih ini orang boleh buat tongkat berdiri. Kalau hendak meja berdiri pun boleh. Janganlah rendahkan fikiran kita dengan mempercayai dan taasub kepada benda-benda karut itu. Kesian orang kita!

--Sinar Harian

Baca Seterusnya......

Memperbetulkan Persepsi Terhadap PAS :- Nizar vs Zambry - Najib Altantuya (PKFZ)


Oleh-Mohd Rashidi Hassan

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) sudah berada dalam arena politik negara dalam suatu jangka masa yang lama iaitu lebih 55 tahun, sejak ia ditubuhkan pada 23 November 1951.

Sepanjang pembabitannya dalam politik negara sejak sebelum merdeka lagi, PAS dikenali oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, sebagai sebuah parti Islam.

PAS memaktubkan dalam Perlembagaannya, bahawa matlamat utamanya ialah untuk mewujudkan masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah.

Sebagai sebuah parti Islam, PAS bertanggungjawab mempertahankan kesucian Islam, memelihara kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Bagi mencapai tujuan tersebut PAS menggariskan 11 usaha dalam Perlembagannya, yang antara lainnya, meletakkan prinsip Islam yang utama dalam berpolitik sebagai usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap aspek.

PAS bertanggungjawab menyuburkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum, dengan membantu memperbaiki perencanaan politik, ekonomi dan sistem sosial.

Untuk mencapai matlamat dan usahanya, PAS harus bekerjasama dengan badan politik atau lain-lain persatuan bila mana ianya mustahak dan sesuai dengan perjuangannya.

Di atas prinsip-prinsip Islam inilah PAS terus kekal dalam politik negara. Dengan prinsip ini juga PAS mengalami jatuh bangun, kalah menang, memimpin kerajaan negeri atau menjadi pembangkang.

Menyusuri sejarah politik PAS, PAS pernah beberapa kali bertahaluf atau menjalinkan kerjasama politik, sama ada dengan parti yang memerintah atau gabungan parti pembangkang.

PAS pernah bergabung dengan Perikatan (Barisan Nasional) pada tahun 1974, sebelum ditendang keluar pada tahun 1978.

Akibatnya, Kerajaan Negeri Kelantan yang diterajui PAS sejak 1955, ditumbangkan pada 1979 dengan cara yang mengaibkan hasil kegelojohan pemimpin Umno-BN.

PAS juga mengalami krisis kepimpinan apabila Yang Dipertua Agungnya, Dato' Asri Muda bersama beberapa yang lain menyertai Umno pada tahun 1982.

Kepimpinan PAS kemudiannya, diambilalih oleh al-Marhum Ustaz Yusof Rawa. PAS menjalani fasa kesuraman dalam perjuangannya. Wakil Parlimennya hanya tinggal seorang iaitu Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, beserta beberapa orang Ahli Dewan Undangan Negeri di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-7 pada tahun 1986, PAS memulakan era politik baru dengan bekerjasama dengan parti-parti pembangkang seperti Nasma, SDP, CCC dan lain-lain.

Namun kerjasama tersebut tidak mampu memberikan impak besar kepada perubahan iklim politik. Status-quo PAS dengan kerusi tunggal Parlimen dan beberapa kerusi Dun.

PAS mengalami sedikit perbalahan kecil di kalangan kepimpinan, sehingga Naib Yang Dipertua PAS Pusat, Ustaz Nakhaie Ahmad meletak jawatan dan menyertai Umno. Bagaimanapun pemergian Nakhaie, tidak langsung memberi apa-apa kesan terhadap PAS.

PAS mula mengalami perubahan selepas kepimpinannya bertukar tangan. Ustaz Yusof Rawa mengundurkan diri kerana keuzuran pada tahun 1987, maka kepimpinan diambil alih oleh Ustaz Fadzil Mohd Noor dengan gandingan Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai timbalannya.

Dalam masa yang sama Umno juga menghadapi pelbagai krisis kepimpinan, Tengku Razaleigh Hamzah bertembung dengan Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad dalam perebutan sengit jawatan Presiden Umno.

Perpecahan dalaman Umno turut mengheret krisis kehakiman dalam negara yang menyaksikan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dipecat.

Umno berpecah dan diharamkan. Mahathir menubuhkan Umno baru, manakala Tengku Razaleigh menubuhkan Parti Melayu Semangat 46.

Pada tahun 1989, PAS diajak bekerjasama dengan Tengku Razaleigh. Bertitik tolak daripada beberapa pertemuan antara kedua-dua parti maka terbentuk satu persefahaman politik baru.

PAS bergabung dengan Angkatan Perpaduan Ummah yang membariskan, Berjasa dan Hamim, manakala disebelah pihak lain dibentuk Gagasan Rakyat yang menggabungkan DAP dan PSRM.

Semangat 46 menjadi orang tengah antara parti Angkatan Perpaduan Ummah dengan Gagasan Rakyat. Idea mewujudkan dua bentuk gabungan yang berbeza ialah dengan tujuan mengelakkan pertembungan antara PAS dan DAP yang bertentangan ideologi.

Bagaimanapun, sejarah politik tidak boleh menafikan kebijaksanaan Tengku Razaleigh yang mampu meredakan ketengangan politik antara PAS dengan DAP, dengan mencapai matlamat yang satu iaitu menumbangkan Umno-BN.

Gabungan parti-parti pembangkang ini memasuki gelangang PRU ke-8 dengan jayanya walaupun tidak cukup kuat untuk memberikan impak untuk menumbangkan BN di peringkat Pusat.

Hasil dari kerjasama ini, PAS dan Semangat 46 menyapu bersih seluruh kerusi Parlimen dan Dun di Kelantan, beberapa kerusi Dun dan Parlimen di Terengganu. Hasil dari kerjasama ini juga PAS kembali menjadi parti yang dominan di Kelantan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada bulan Oktober 199), sehingga kini sudah 19 tahun PAS memerintah Kelantan.

Namun kerjasama dengan gabungan Angkatan Perpaduan Ummah tidak lama. Menjelang PRU ke-9 pada tahun 1995, Semangat 46 berpecah, beberapa orang pemimpinnya kembali kepangkuan Umno.

Gagasan Rakyat juga tidak kekal kerana DAP membuat keputusan tidak mahu bekerjasama dengan PAS yang komited dengan ideologi Islamnya.

Walaupun berlaku sedikit kesuraman dalam gabungan pembangkang, PAS berjaya mengekalkan kerajaan negeri Kelantan dan kerusi-kerusi Dun dan Parlimen di Terengganu dan Kedah.

Kepimpinan PAS terus utuh dan mantap. Di bawah kepimpinan Ustaz Fadzil, Ustaz Hadi dan Ustaz Nik Aziz, PAS menikmati era kepimpinan ulama yang gemilang di kemuncaknya.

Pada ketika itu wujud desas desus yang kuat bahawa Tengku Razaleigh mahu membubarkan Semangat 46 dan kembali kepangkuan Umno. Namun PAS tetap setia dengan kerjasama sehingga saat-saat akhir.

Selepas Tengku Razaleigh memasuki Umno, pembangkang tidak lagi bersatu. PAS dan DAP serta parti-parti lain membuat haluan sendiri.

Bermula tahun 1997 Umno-BN kembali dengan bibit perpecahan dalaman yang hebat. Akibat daripada perpecahan yang sudah sampai kekemuncak, Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim, dipecat pada September 1998.

Perpecahan dalaman Umno amat hebat sehingga Mahathir tidak menjangka waktu itu pengaruh Anwar begitu kuat di kalangan rakyat. Tiap-tiap minggu rakyat berdemonstrasi di Kuala Lumpur membantah kezaliman Mahathir terhadap Anwar.

Peluang yang terbuka itu memungkinkan satu kerjasama dibentuk menjelang PRU ke-10 tahun 1999. Ustaz Fadzil lantas bekerjasama dengan Anwar. Parti Keadilan Nasional ditubuhkan.

Ustaz Fadzil menerajui NGO yang dinamakan Gerak. Gerak berjaya menggabungkan berpuluh-puluh NGO untuk bersatu menentang kezaliman Mahathir.

Dalam masa yang sama parti-parti pembangkang menubuhkan Barisan Alternatif (BA). Hasil gabungan PAS, Keadilan, DAP dan PRM.

Gabungan BA amat unik. Masing-masing mempunyai ideologi yang jauh berbeza, namun bekerjasama atas matlamat yang sama untuk menumbangkan BN.

Gabungan ini menghasilkan impak yang kuat. Pembangkang menang 45 kerusi Parlimen, mengekalkan Kelantan, merampas Terengganu dari BN dan menguasai separuh dari Kedah.

Walaupun masih tidak mampu menumbangkan BN keseluruhannya. Tetapi gabungan pembangkang ini, menunjukkan kesatuan yang hebat. Mereka berjaya mengetepikan ideologi, sebaliknya bekerjasama erat dalam pelbagai isu nasional.

Namun takdir Allah mengatasi segala-galanya. Di kemuncak kerjaya politiknya, Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor, yang juga Ahli Parlimen Pendang dan Ketua Pembangkang, dipanggil pulang mengadap-Nya pada 23 Jun 2002.

Kehilangan Ustaz Fadzil amat dirasai sebilangan besar rakyat Malaysia, khususnya ahli-ahli dan kepimpinan PAS.

Ustaz Fadzil pergi, kepimpinan PAS bersilih ganti. Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengambilalih kepimpinan. Beliau juga Ketua Pembangkang dan Menteri Besar Terengganu.

Pada PRU ke-11 tahun 2004. BA menghadapi kesuraman yang besar, Terengganu terlepas, manakala Kelantan hampir tumbang. BN menang besar selepas Mahathir digantikan oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Kemenangan besar BN, bukan kerana BN kuat. Tetapi akibat daripada persempadanan semula kawasan pilihan raya pada tahun 2003 dan berlaku beberapa kekecohan khususnya di Selangor pada hari pengundian.

Kemenangan BN pada waktu itu dikaitkan dengan perubahan persepsi rakyat kepada Umno-BN, dan memberi peluang kepada orang baru seperti Abdullah untuk menerajui negara.

Ringkasnya, kemenangan besar BN tidak lama. Hagemoni mereka tersekat pada PRU ke-12 tahun 2008. Kepimpinan Abdullah gagal memperkukuhkan Umno-BN. Gabungan PAS, KeADILan dan DAP berjaya membuat 'comeback' yang cukup besar dalam politik negara.

Kuasa besar dua pertiga majoriti BN di Parlimen hilang. BN tewas di enam negeri termasuk Wilayah Persekutuan.

Lantas ketiga-tiga parti ini membentuk Pakatan Rakyat. Kerjasama Pakatan Rakyat lebih baik dengan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat.

Umno-BN kehilangan arah. PM Abdullah menerima tekanan yang hebat. Genap setahun selepas PRU 2008, Abdullah terpaksa melepaskan jawatan kepada Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

Selepas setahun bergelut dengan pelbagai masalah dalaman, Umno-BN kini dilihat mula membuat reform dengan PM yang baru. Sementara Pakatan Rakyat kini dilanda pelbagai kemelut dalaman.

PAS punyai kemelut dalamannya sendiri. Begitu juga KeADILan dan DAP. Kemelut-kemelut ini jika dibiarkan berpanjangan, nescaya akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.

Buat masa ini, penulis mahu memfokuskan tulisan ini kepada PAS sahaja.

Bagi kepimpinan, ahli dan penyokong PAS, mereka harus disedarkan bahawa dalam sejarah politik PAS yang disusur-galurkan dalam tulisan ini, walau apapun perseteruan atau berbezaan yang wujud di antara PAS, dengan rakan-rakan, PAS tidak pernah sama sekali mengkhianati tahaluf atau kerjasama politik yang dibina.

PAS juga harus sedar bahawa arus perubahan yang dilakukan PM Najib mungkin memberikan kesan dalam bentuk persepsi positif di kalangan rakyat.

PAS tidak seharusnya membenarkan sebarang persepsi negatif melandanya. Persepsi negatif ini hanya akan mengundang padah yang lebih buruk.

Jika PAS dan Pakatan Rakyat tersilap langkah, atau gagal menunjukkan kesepakatan yang baik, nescaya kesuraman besar yang berlaku pada PRU 2004, tidak mustahil boleh berulang pada PRU ke-13 nanti.

Fikirlah, jika rakyat boleh memberi peluang kepada Abdullah selepas persepsi buruk yang terpalit terhadap Mahathir, apakah rakyat tidak boleh memberi peluang sekali lagi kepada Umno-BN menerusi kepimpinan baru Najib?

Atau apakah PAS sanggup menunggu pusingan lain, iaitu barangkali pada PRU ke-14 atau PRU ke-15 untuk membuat 'come back' politik selepas dilanda kesuraman yang berterusan?

Sepanjang PAS membuat tahaluf atau kerjasama dengan pelbagai parti politik dan NGO, PAS sekali-kali tidak pernah menggadaikan prinsip perjuangan yang digariskan dalam Perlembagaannya. Yang berubah hanya pendekatan dan strategi.

Di atas prinsip inilah PAS dihormati, di atas kesetiaan dalam persahabatan inilah PAS dipercayai dan di atas kekuatan dan kemantapan kepimpinanlah PAS dilihat mampu menggantikan Umno sebagai parti terunggul Islam-Melayu suatu hari nanti.

Sepanjang 58 tahun penubuhan PAS (November 1951-kini), tidak ada seorangpun pemimpin yang boleh memecahbelahkan PAS. Tiada seorang pemimpinpun boleh mengheret PAS ke arah kemusnahan jika beliau keluar daripada parti.

PAS tidak boleh mengelak, kemungkinan wujud pemimpin yang mempunyai agenda peribadi. Namun, sehebatmanapun agenda peribadi seseorang pemimpin itu, nescaya dia tidak akan mampu merealisasikannya. Tiada seorangpun pemimpin yang boleh memaksa PAS menurut agenda peribadinya.

PAS bukan milik individu, PAS adalah milih jamaah keseluruhannya. Ke mana sahaja PAS pergi, sama ada bekerjasama atau berdikari sendirian, PAS tetap utuh sebagai satu pasukan dan dalam satu pasukan yang mantap.

Kemantapan PAS adalah hasil daripada tarbiah fikrah (pendidikan pemikiran) yang meletakkan Islam sebagai keutamaan perjuangan, lebih dari kepentingan diri sendiri.

Justeru untuk waktu ini, untuk menghadapi PRU ke-13 ini, PAS tidak harus menoleh kebelakang lagi. Kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat ialah kerjasama yang terbaik dalam sejarah politik negara.

PAS harus terus menjadi rakan kongsi yang strategik kepada Pakatan Rakyat. PAS harus yakin bahawa dengan kekuatan kepimpinan, kekuatan akar umbi, dengan rangkaian cawangan yang ada di setiap taman dan desa, bahawa suatu hari nanti PAS akan muncul sebagai parti yang dominan dan terunggul dalam persada politik negara.

--http://www.harakahdaily.net/

Baca Seterusnya......

DS Nizar Bakal Presiden PAS ? :- Zambry - Najib Altantuya


Mungkin ramai yang tak bersetuju. Antara hujjah yang aku pernah dengar bila Hj Nizar dicalonkan untuk lawan Timbalan Presiden Pas masa pemilihan lepas, ada yang bagi alasan "dia baru lagi", "dia belum diuji", "ramai lagi pimpinan yang lebih senior" dan ada satu dua alasan lagi yang aku pun dah tak ingat.

Aku pun kalau jadi perwakilan masa tu kemungkinan besar tak undi dia, tapi alasan aku lain sikit. Alasan aku "Perak lebih memerlukan dia". Pasainya pada aku dari segi keupayaan, keterampilan, karisma dan sebagainya, dia memang berkelayakan untuk duduk kerusi tu. Cumanya aulawiyyat dia lebih di Perak bukan di Pusat.

Yang kurang pada dia pun mungkin dari segi pengalaman sebagai pimpinan pusat. Sebelum-sebelum ni dia hanya pernah bertanding Ajk Pas Pusat kalau tak silap, tu pun kalah. Jadinya persekitaran sebagai pimpinan pusat dia belum ada pengalaman.

Yang menariknya, hasil kajian Dr. Abu Hassan Hasbullah yang dibentangkan di Seminar semalam, Hj Nizar duduk rangking no 3 dalam kalangan pimpinan PAS sekarang. Rangking pertama dah tentu TG Nik Aziz Mursyidul Am Pas merangkap Meenteri Besar Kelantan. Rangking Kedua, TG Hadi Awang, Presiden Pas dan yang ketiga Hj Nizar, Menteri Besar PR Perak.

Rangking keempat, Hj Mohd Sabu, bekas Naib Presiden dan calon Timbalan Presiden yang kalah dan rangking kelima Ust Azizan Razak, Menteri Besar Kedah.

Maksudnya, selepas TG Hj Hadi, Hj Nizar la jadi Presiden. Tapinya, keputusan kajian tu bukan dari pendapat perwakilan atau orang yang ada suara dalam Pas. Kalau ikut kaedah yang sama tentu Hj Nizar jadi Pesuuhjaya Perak pasai tentu dia rangking pertama di Perak, jauh meninggalkan pimpinan lain.

Agak-agak hangpa kalau Hj Nizar bertanding jawatan Timbalan Presiden hari tu dia boleh menang ka? Mungkin ramai yang bukan kalangan Pas terutaman rakyat Perak akan kata dia mesti menang. Tapi aku rasa dia akan kalah, tambah-tambah lagi kalau pertandingan tu jadi 4 penjuru.

Cumanya, tadi petang, lepas baca laporan dan cerita berkenaan Seminar Pas kat internet, malas fikir berat-berat, aku saja-saja membayangkan keadaan kalau la masa tu Hj Nizar bertanding jawatan Timbalan Presiden dan dia menang. Agak-agak macamana keadaan PAS hari ni..... dalam mimpi apa pun boleh. Zzzzz...

--http://cenangau.blogspot.com/

Baca Seterusnya......

Kepimpinan PAS Berpecah Tiga ?? Nizar vs Zambry

Saturday, November 7, 2009


Kononnya terdapat tiga golongan dalam kepimpinan PAS sekarang. Pertama, yang sangat kuat mempertahankan Pakatan Rakyat. Keutamaannya ialah menumbangkan Umno di Pusat. Siapa pemimpin Pakatan tidak penting, asal dapat diterima semua pihak dan kalangan rakyat jelata dari pelbagai kaum. Jadi tidaklah semestinya pemimpin dari parti sendiri yang memimpin Pakatan.

Kedua, golongan yang tidak dapat bertolak ansur dengan parti Pakatan yang lain, terutama dalam persoalan dasar parti. Dasar parti adalah Islam, masakan isu mencegah kemungkaran boleh dikendurkan demi toleransi dengan parti sepakatan.

Jika gabungan dalam Pakatan menyebabkan Islam dikesampingkan, apa salahnya bertoleransi dengan parti Melayu bukan Pakatan yang lebih dekat dengan Islam, berbanding parti sekular dalam Pakatan yang menolak dasar parti.

Ketiga, golongan yang bersetuju memperkasakan Pakatan tetapi prinsip perjuangan wajib dipertahankan dan PAS mesti dominan dalam Pakatan. Biar kalah tapi PAS tak gadai prinsip.

Ketiga-tiga golongan itu diwujudkan dalam ceritera politik tanahair, dipersembahkan berulang-ulang dalam pelbagai episod dan pentas sandiwara, sehingga akhirnya dipercayai dan diterima 'kebenarannya'.

Sekarang ia bukan setakat diterima oleh pemerhati politik di luar parti, tetapi semacam dipercayai juga oleh sebilangan pendokong parti.

Realiti politik di negara ini, kemunculan DAP dan KeADILan bukan satu gugatan buat Umno. DAP tidak bertanding di kawasan tradisi Umno, begitu juga sebaliknya. KeADILan pula adalah parti yang tiada akar umbi. Ahli-ahli KeADILan untuk satu Cabang (kawasan) kadangkala tidak melebihi satu cawangan PAS pun.

Jadi parti yang menjadi ancaman Umno ialah PAS. Maka menghancurkan PAS adalah agenda yang lebih aula bagi Umno dari menyatupadukan MCA yang berkelahi atau MIC yang bergaduh.

Kerja Umno sekarang ialah cuba sedaya upaya menghindarkan sokongan orang Melayu terhadap PAS atau menghancurkan PAS dari dalam. Ia boleh dilakukan dengan menghulurkan salam persahabatan dengan PAS.

Jika PAS menolak maka Umno boleh beritahu orang Melayu bahawa PAS menolak perpaduan, maka sebahagian Melayu akan membenci PAS. Jika sebahagian pemimpin bersikap lunak dengan 'pelawaan munafik' itu maka berpecahbelahlah kepimpinan dalam PAS.

"Petugas PAS juga katanya perlu sedar, Umno sudah menukar strategi mereka setelah melihat sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat semakin meningkat sejak PRU ke-12 dan tujuh pilihan raya kecil berikutnya," itu kata Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dalam blognya.

Umno kini, katanya, menggunakan strategi menimbulkan pergolakan dalaman parti parti dalam Pakatan Rakyat sehingga timbul pelbagai pandangan dalaman yang berbeza yang mampu menggawatkan parti masing masing.

"Strategi itu dilihat berjaya apabila disokong sepenuhnya media arus perdana dan media baru yang mengalihkan perhatian masyarakat dengan menumpukan kepada krisis dalaman Pakatan," ujarnya.

Katanya, kaedah mengalih perhatian diguna sepenuhnya oleh media perdana dan media baru sehingga kini dilihat berjaya.

"Pengalihan pandangan dan pemerhatian ini menyebabkan seluruh pemerhatian tertumpu kepada soal krisis yang diciptakan menyebabkan terlalu banyak masa, tenaga dan fikiran tertumpu kepada perkara yang tidak sepatutnya dihabiskan," tulis Naib Presiden PAS itu.

Bekas pemimpin Al-Arqam, Ustaz Ashaari Muhammad pernah menulis buku, "Jangan Salahkan Musuh". Perangai kita di mana-mana memang begitu. Setiap kelemahan dalaman dipersalahkan kepada musuh, kononnya yang mencipta dan mencetuskannya.

Mukadimah tulisan ini, saya menyorot ulasan pemerhati politik tanahair perihal kewujudan tiga golongan dalam PAS. Golongan pertama yang mengkagumi pemimpin di luar PAS memang wujud. Tetapi ia tidak dikonspirasikan oleh Umno.

Pernah sewaktu Almarhum Ustaz Fadzil Noor mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan PAS Kedah, hampir separuh wakil kawasan tidak hadir. Setelah disiasat rupanya mereka hadir di program yang dihadiri oleh Presiden Parti Melayu Semangat 46, Tengku Razaleigh Hamzah.

Sewaktu permuafakat pembangkang berlaku antara PAS-Semangat 46 dan Semangat 46-DAP, Tengku Razaleigh dianggap sebagai pemimpin utama. Siapa yang memberinya pengiktirafan? Jika sekarang, berlaku hal yang hampir sama, cuma tokohnya berbeza, maka ia cuma ulangan opera politik dua dekad lalu.

Tanpa membicarakan golongan kedua, saya lebih tertarik untuk menjadikan golongan ketiga dalam PAS sebagai golongan yang dominan. Pilihan raya adalah kaedah mendapatkan kuasa. Tapi kuasa bukan penyudah perjuangan. Ia cuma alat bukan matlamat. Apa ertinya kuasa di tangan jika prinsip tidak dapat dipertahankan.

Misalnya, separuh abad di bawah BN habis tanah orang Melayu/Islam berpindah milik. Hingga tanah rizab Melayu pun tidak dapat dipertahankan lagi. Jika kerajaan negeri Kedah pimpinan Dato' Seri Azizan Razak menterjemahkan sikap mempertahankan hak dengan menetapkan kuota perumahan 50-50, seluruh kepimpinan parti wajar mempertahankannya dengan hujah yang dapat merasionalkan semua pihak, terutama bukan Melayu.

Tetapi ia tidak berlaku. PAS Kedah dibiar terkonteng-konteng, berhempas pulas sendiri mempertahankan tindakan. Itu sekadar satu contoh.

Sebab itu ada pihak yang mempertahankan tindakan Dato' Dr. Hassan Ali membelasah rakan sepakatan berhubung isu arak kerana mempertahankan prinsip. Cuma salah beliau ialah berbicara secara terbuka, tiada etika dalam permuafakatan politik.

Maka timbul pula hujah dari golongan pertama, "Aulawiyat kita menumbangkan BN. Realiti politik tanahair undi bukan Melayu jadi penentu. Mana lebih baik, 'pertahankan prinsip' tapi gergasi jahat BN terus berkuasa di Pusat atau korbankan sedikit kepentingan (prinsip?) buat sementara tapi BN dan Umno boleh ditumbangkan untuk pertama kali?"

Pertimbangan politik selalunya berada di cabang dilema. Lakukanlah analisis dan cerapan politik demi mencari yang terbaik.

--detikdaily

Baca Seterusnya......

Landasan Berkembar Jadi Skandal besar Selepas PKFZ :- Nizar vs Zambry


Dengan bekas Menteri Pengangkutan Dato' Seri Chan Kong Choy terlibat dengan skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), apakah projek RM6 bilion landasan berkembar akan menjadi skandal besar berikutnya?

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara baru-baru ini mencadangkan Chan dan bekas pengurus besar Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang (PKA) Datin Paduka OC Phang supaya disoal-siasat kerana jenayah pecah amanah dalam skandal PKFZ.

Menurut laporan PriceWaterhouseCoopers (PwC), perbelanjaan projek sebanyak RM4.947 bilion akan meningkat sehingga RM7.453 bilion kerana bayaran faedah dan PKA mesti menstruktur semula pinjaman atau jika tidak, ia akan menggembung hingga RM12.453 bilion menjelang 2015.

Tetapi PAC juga baru-baru ini mengumumkan yang ia telah merancang untuk menyiasat projek landasan berkembar berharga RM6 bilion, selepas pendedahan baru-baru ini yang projek itu telah diurus dengan teruk, mengakibatkan kerugian berjumlah lebih RM1 bilion setakat ini.

Menurut laporan audit tahun ini, kerajaan mungkin perlu menanggung sebahagian daripada kerugian RM1.14 bilion dalam kontrak 179km rel landasan berkembar antara Rawang dan Ipoh kerana projek itu diurus dengan teruk.

Tetapi Chan memberitahu PAC bahawa projek landasan berkembar itu bersaiz tiga kali lebih besar daripada PKFZ.

"Tidak, ia bukan projek terbesar (di bawah Kementerian Pengangkutan). Projek landasan berkembar lebih besar. Ia mencecah hampir 13 bilion. Ia tiga kali saiz projek ini (PKFZ).

"Kami bercakap hanya bahagian utara, bahagian selatan hampir empat bilion," katanya dalam keterangannya kepada PAC mengenai PKFZ.

Projek landasan berkembar dan pengelektikan dari Rawang ke Ipoh (selatan) telah disiapkan pada 2008 manakala bahagian Ipoh ke Padang Besar dicadangkan pada 2002 sebagai kesinambungan jalan-jalan yang telah wujud itu.

Pada 2003, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan yang kerajaan telah membuat keputusan untuk menangguhkan projek itu dan ia dikritik keras oleh pendahulunya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, projek itu dihidupkan kembali semasa Timbalan Perdana Menteri ketika itu Dato' Seri Najib Razak mengumumkan yang jawatankuasa kabinet mengenai pengangkutan awam telah memutuskan untuk menghidupkan semula projek landasan berkembar bahagian utara yang tertunda pada 2007.

Dr Mahathir berkata pembatalan tersebut merupakan pembaziran wang rakyat.

"Bila landasan berkembar dan pengelektrikan kereta api dari Johor Baru ke Padang Besar dicadangkan, cadangan kos terendah adalah RM14 bilion dan akan mengambil enam tahun untuk disiapkan. Secara kasar kerajaan itu akan memerlukan RM2 bilion setahun untuk projek itu. Ia boleh dimulakan pada 2004.

"Tetapi apabila Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih, kerajaan memutuskan untuk menangguhkannya untuk beberapa sebab, walaupun Abdullah telah berjanji kepada bekas perdana menteri itu untuk meneruskan projek.

"Kini kerajaan mendapati bahawa terdapat keperluan untuk meneruskannya. Malangnya kos itu telah naik. Untuk membina trek berkembar dan pengelektrikan bahagian dari Ipoh ke Padang Besar sahaja akan menelan belanja RM12 bilion, satu peningkatan secara kasar 50 peratus atau secara kasar RM7 bilion jika talian dari Johor Baru ke Padang Besar dibina," kata Chan dalam blognya pada 24 Jun, 2008.

Projek itu dianugerahi kepada Gamuda Berhad dan MMC Corporation Berhad.

Pemegang-pemegang saham utama bagi Gamuda dan MMC adalah Raja Dato' Seri Sultan Eleena Azlan Shah dan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

--/detikdaily

Baca Seterusnya......

PKFZ: Rosmah Terlibat Dalam Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang ?? :- Nizar vs Zambry


Menurut sumber dalaman Umno isteri tercinta Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dilaporkan menggunakan jet peribadi milik Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), Datuk Seri Tiong King Sing yang dikaitkan dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Beliau dikatakan telah mengguna salah sebuah jet mewah kepunyaan Tiong beberapa kali untuk tujuan peribadi.

Bagaimanapun, nama Rosmah tidak diheret sepanjang isu yang menarik perhatian rakyat Malaysia itu berlangsung.

Adalah difahamkan Najib kini sedang berusaha untuk membersihkan nama Rosmah supaya tidak terkait dalam penyiasatan skandal PKFZ dengan menubuhkan berbagai jawatankuasa bertindak bagi mengaburi mata rakyat.

Sebelum ini laman web Malaysia Today juga mempersoalkan kaitan Rosmah dengan Deepak Jaikishan, salah seorang daripada lima pengarah sebuah syarikat, Carpet Raya Sdn Bhd (492434-H).

Laman web itu juga mempersoalkan kaitan Rosmah dengan sebuah syarikat, Carpet Raya Sdn Bhd (492434-H) yang dimiliki lima pengarah dengan jumlah saham yang sama banyak dan modal berbayar RM8.7 juta.

Selain Deepak, empat lagi pengarah ialah Jaikishan Rewachand a/l Rewachand Bhojumall, Tekwani Durupadi Jaikshen a/p Tulsidas, Rejesh a/l Jaikishan dan Dhanesh a/l Jaikishan Rewachand.

Dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan kesemua mereka memiliki jumlah saham yang sama banyak dengan modal berbayar RM8.7 juta.

Akaun terakhir syarikat yang didaftar 10 tahun lalu menunjukkan syarikat itu memiliki aset hampir RM90 juta dengan tanggungan keseluruhan RM67 juta dan simpanan melebihi RM12 juta.

Secara rasmi, pendapatan syarikat pada 2005 adalah RM122 juta dan keuntungannya lebih RM7 juta tapi nilai sebenarnya dijangka jauh melebihi angka berkenaan.

Keuntungan besar syarikat yang menjalankan perniagaan menjual karpet itu menimbulkan kecurigaan.

Nilai pendapatan dan keuntungan itu terlalu menjolok mata untuk sebuah perniagaan karpet.

--/zulmamakpng

Baca Seterusnya......

MyKampungKu

Followers

Footer

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP