Thursday, March 1, 2012

Tak Sokong Israel, Berniaga Dengan Israel OK...


Kenyataan Datuk Mukhriz Mahathir Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (klik sini)

Mukhriz Hipokrit Tentang Hubungan Malaysia-Israel

Aktivis Politik, Jingga 13 menyifatkan kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir sebagai hipokrit apabila menafikan kewujudan hubungan diplomatik antara kerajaan Malaysia dengan Israel.

Koordinatornya, Fariz Musa turut mempersoalkan bagaimana urus niaga dan dagangan besar boleh dijalankan secara import dan eksport tanpa sebarang jalinan interaksi daripada dua buah negara.

"Isu rakyat Isreal yang memegang pasport Isreal tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke dalam negara adalah bukan isu utama. Isunya ialah wujud hubungan dagang antara Malaysia - Israel.

"Kenyataan beliau sebagai Timbalan Menteri cukup dangkal dan melucukan seolah-olah beliau dilantik kejawatan tersebut bagi meneruskan legasi hubungan yang telah dibuat antara bapa beliau, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Israel," katanya dalam satu kenyataan media kepada TVSelangor.

Semalam, secara rasminya Mukhriz mengeluarkan kenyataan bahawa tidak menjadi satu kesalahan keatas mana-mana syarikat negara ini untuk berurusan dan berdagang dengan syarikat Israel.

Justeru, katanya, kapal-kapal yang dimiliki oleh Israel juga dibenarkan berlabuh di pelabuhan Malaysia untuk tujuan perdagangan tetapi dengan syarat bahawa anak kapal yang memegang pasport Israel dilarang daripada turun ke darat.

Jingga13 dan beberapa kumpulan lain telah mengadakan sebuah demonstrasi di Pelabuhan Klang bagi membantah kehadiran kapal Israel daripada Zim Integrated Shipping Service Ltd (Zim Integrated).

Fariz berkata kenyataan Mukhriz itu bukan sahaja tidak berasas malah bertentangan dengan kenyataan pengurusan Westports, Pelabuhan Klang yang mengakui kehadiran kapal-kapal daripada Israel hanya untuk singgah sahaja.

Mengulas lanjut, Fariz berkata kenyataan tersebut jelas membuktikan pengiktirafan terhadap negara haram Isreal sekaligus menguatkan lagi dakwaan kerajaan Malaysia mempunyai hubungan 'diplomatik' yang sudah sekian lama terjalin tanpa sebarang halangan.

"Mukhriz adalah Penyelaras Aman Malaysia yang pernah mengetuai Pasukan Misi Kemanusiaan Gaza Aman Malaysia adakah turut bersifat hipokrit untuk kepentingan politik , sedangkan dalam masa yang sama membantu Israel meningkatkan ekonomi dengan mengizinkan kapal-kapal Israel berdagang dan berniaga di Malaysia.

"Sikap hipokrit kerajaan Malaysia ternyata bertujuan untuk membohongi rakyat negara ini yang mengutuk keras keganasan dan kezaliman Isreal membunuh tanpa perikemanusiaan terhadap umat Palestin.

"Pengikhtirafan Kerajaan terhadap negara Isreal terlalu melampau dan keterlaluan."

Jingga 13 turut mencabar Mukhiz untuk membuktikan dasar kerajaan yang membenarkan kapal milik Israel yang berpangkalan di Haifa berdagang dan berurusniaga sama ada dengan firma swasta di Malaysia, sedangkan tidak wujud hubungan diplomatik dengan Israel. -tvs

MyKampungku

3 comments:

Anonymous said...

There is certainly a lot to learn about this issue. I like all of the points you have made.
Also visit my site - best diet plan

Anonymous said...

Heya! I know this is somewhat off-topic
but I had to ask. Does running a well-established website like yours take a lot of work?
I'm completely new to operating a blog but I do write in my journal daily. I'd like
to start a blog so I can easily share my own experience and feelings
online. Please let me know if you have any recommendations or tips for
brand new aspiring blog owners. Appreciate it!

Stop by my webpage: frances ha release date

Anonymous said...

Thanks in favor of sharing such a pleasant idea, article is nice, thats why i have read it entirely

Feel free to visit my webpage huis huren frankrijk

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost