Wednesday, September 30, 2009

Hassan Ali, Jangan Sesuka Hati Buka Mulut !!! :- Nizar vs Najib Altantuya

Oleh Huzaifah Ahmad YamaniHasan Ali oh Hasan Ali. Tiap kali kamu membuka mulut, pasti je jadi bahan perdebatan. Memang le Tuhan dah berikan kamu kelebihan kat mulut tu…boleh berpot-pet-pot-pet tanpa henti berjam-jam…tapi jagalah sikit. Jangan dok bawak lagi gaya motivator kamu tu. Motivator lain yeob, kamu dah jadi exco kerajaan negeri…Setiap kali saya menulis mengenai Hasan Ali juga, pasti ada orang kata saya tak patut kata begitu dan begini, Hasan Ali dah buat terbaiklah dan macam-macam lagi. Rupe-rupenya, masih ramai juga yang sayang kat Hasan Ali ni…hu…hu…betuah engko ye Hasan Ali!Orait, tanpa melengahkan bicara, saya menyarankan agar PAS PUSAT mengambil satu ketetapan kepada Hasan Ali. Jika tidak, orang akan lihat PAS PUSAT tidak konsisten dengan keputusan, tidak komitted dengan keputusan...

PRK Bagan Pinang: Zulkefly Mohd Omar Calon PR/PAS :- Nizar vs Najib Altantuya

Pakatan Rakyat mengumumkan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Bin Omar, 45, sebagai calon mewakili PAS bagi Pilihan Raya Kecil N31 Bagan Pinang. Pengumuman dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, pada majlis pengumuman calon julung kalinya diadakan di Pusat Gerakan Induk DAP di Batu 9 Teluk Kemang sebentar tadi.Zulkefly bakal berdepan calon Barisan Nasional dari Umno, Tan Sri Isa Samad yang diumum Umno petang tadi.Dengan pengumuman itu, Isa yang terpalit dengan beberapa kes rasuah dan salah guna kuasa dilihat berdepan laluan sukar menentang Zulkefly yang dilihat serba serbi bersih rekodnya.Presiden PAS, dalam pada itu menyifatkan pemilihan Zulkefly adalah calon yang tepat mewakili rakyat Malaysia, rakyat Negeri...

Tuesday, September 29, 2009

Selcat Dan Krisis PAS Selangor: Khalid Sedia Hadapi Jawatankuasa Disiplin PAS :- Nizar vs Najib Altantuya

Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad bersedia untuk dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib pusat parti itu sambil menegaskan bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan apabila membuat kenyataan bahawa Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali patut meletakkan jawatannya sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor.Khalid juga berkata, beliau tidak tahu bahawa adanya usaha PAS Selangor yang dilaporkan mahu merujuknya kepada Jawatankuasa Tatatertib."Saya tidak tahu adanya langkah sedemikian. Jika ada, mereka sepatutnya memaklumkan kepada saya ketika mesyuarat Badan Perhubungan Negeri semalam tetapi hakikatnya saya tidak dimaklumkan."Tak mengapa, saya akan tunggu dan melihat. Saya sedia dihadapkan ke ke jawatankuasa ini," kata Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam ketika dihubungi oleh Mstar Online.Minggu...

Selcat: Pergolakan PAS Selangor Semakin Panas? :- Nizar vs Najib Altantuya

PAS Selangor mahu Khalid Samad dikenakan tindakan disiplin kerana desak Hasan Ali letak jawatanPETALING JAYA: Suasana 'panas' politik PAS Selangor kini beralih kepada ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Abdul Samad pula apabila Jawatankuasa Pengurusan PAS Selangor mahukan beliau dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin kerana menggesa Datuk Dr Hasan Mohamed Ali meletak jawatan.Sumber-sumber memberitahu The Star, keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Pengurusan PAS Selangor, Sabtu lalu.Dr Hasan adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor.Difahamkan, jawatankuasa tersebut akan menulis surat kepada Setiausaha Agung parti, Datuk Mustafa Ali supaya mengambil tindakan disiplin terhadap Khalid.Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, Khairuddin Othman ketika dihubungi bagaimanapun enggan mengesahkan perkara itu."Tapi,...

Bagan Pinang: Sah, Isa Samad Calon UMNO, Calon PR ... :- Nizar vs Najib Altantuya

Sebagaimana yang dijangka, Perdana Menteri Najib Razak memilih Tan Sri Isa Samad sebagai calon BN pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.Ramai pihak termasuk mantan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sebelum ini menggesa Najib memilih seorang calon yang bersih dari rasuah politik bagi mengembalikan kredibiliti parti itu di mata rakyat.Isa disabit atas kesalahan merasuah perwakilan untuk pemilihan Umno pada tahun 2004 dengan menganjurkan pertemuan dengan perwakilan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi.Beliau dilucutkan jawatan naib presiden dan digantung selama tiga tahun. Tempoh itu berakhir pada Jun tahun lalu.Isa adalah Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang dan dicalonkan untuk Bagan Pinang atas reputasinya...

Monday, September 28, 2009

Bagan Pinang: Peluang Isa Samad Menang Di N31 Cukup Besar !!! :- Nizar vs Najib Altantuya

Kurang 24 jam dari sekarang, Umno-BN akan mengumumkan calon muktamad mereka untuk mewakili BN di N31. Biarpun BN Teluk Kemang terbelah menjadi 3 puak kini, perkara itu tidak menjadi 'barah' yg berbahaya kepada undi Umno-BN di sana. BN pasti akan terus 'gemilang'.Tidak akan berlaku undi 'protes' di Bagan Pinang. Jangan samakan N31 dengan siri-siri PRK sebelum ini. Ini tempatnya Isa Samad. Jangan ada sesiapa yg menyangkal perkara ini. Siapa yang tidak tahu ? kerusi N.31 sebelum ini milik siapa ? Sudah tentu bukan dari Pakatan Rakyat. Malah tiada siapa dapat menyangkal betapa berpengaruhnya Isa Samad di sana.Jika 3 minggu lalu, terlalu kuat spekulasi, untuk menolak beliau untuk dicalonkan, tapi siapa mereka ? Yang suka-suka menolak beliau di Bagan...

Bagan Pinang: Mafrel Mahu SPR Kaji Pemberian Status Undi Pos :- Nizar vs Najib Altantuya

Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia (Mafrel) mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengkaji semula status pengundi pos di kalangan anggota tentera dan polis supaya lebih relevan dengan perkembangan semasa.Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata sudah tiba masanya SPR meneliti pemberian status undi pos terutamanya dikalangan anggota keselamatan berkenaan kerana keperluannya sudah berbeza sejak ia diperkenalkan."Kami akan mencadangkan kepada SPR supaya undi pos dikaji semula terutamanya pemberian status kepada anggota tentera dan juga polis."Kalau dulu memang benar anggota tentera bekerja di sempadan, sukar untuk mereka membuang undi seperti pengundi biasa."Tapi kini situasinya sudah agak berubah kerana kebanyakkan mereka hanya berada di kem masing-masing dan mereka mempunyai kesempatan...

Ganesan, Speaker Haram!!! - PAS Perak :- Nizar vs Najib Altantuya

PAS Perak tetap berpendirian, tindakan Adun Pakatan Rakyat untuk tidak menghadiri sidang DUN yang dipanggil Speaker yang dilantik Barisan Nasional (BN) Ganesan adalah langkah yang tepat. Ini kerana, bagi mereka V. Sivakumar adalah speaker yang sah, manakala Ganesan adalah speaker yang tidak sah kerana cara Ganesan dilantik sebagai speaker adalah tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.Demikian kata Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain dalam kenyataannya.Beliau menegaskan bahawa Kedudukan Ganesan hingga kini masih lagi tidak sah dan tidak jelas. Dan beliau telah melanggar Perlembagaan Negeri yang melarang seseorang memegang dua jawatan dalam satu masa."Beliau masih jadi peguam sewaktu dilantik jadi Speaker Dewan. Sebenarnya yang bermasalah...

Isu Selcat: Dr. Asri Pertahankan Tindakan Hassan Ali? :- Nizar vs Najib Altantuya

Kritikan Pesuruhjaya PAS Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali terhadap tatacara Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat) turut mendapat reaksi dari mantan Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin.“Saya berpendapat YB Dato Dr Hasan Ali mestilah terus bertegas menyatakan sikap yang telus dan pendiriannya yang Islamik walaupun mungkin bertentangan dengan Kerajaan Negeri. Itu sebagai tanggungjawab ‘hisbah’ atau membetulkan perjalanan pemerintahan," jelas beliau pagi tadi.Menurut Dr Asri, kerajaan-kerajaan yang baru diberi mandat oleh rakyat jangan dibiarkan merasa begitu 'complacent' dan berani untuk buat apa sahaja yang akhirnya penyakit-penyakit lama dalam politik dulu akan diwarisi oleh kerajaan-kerajaan...

Selcat: MB Selangor Dengar Penjelasan Hassan Ali Hari Ini :- Nizar vs Najib Altantuya

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan bertemu Exco Kerajaan Selangor, Dr Hassan Ali dan 9 pegawai daerah di Selangor bagi mendapatkan penjelasan mereka berhubung kritikan terhadap perlaksanaan pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT).Mesyuarat tertutup itu akan dipengerusikan menteri besar sendiri bagi meredakan krisis yang menurut Khalid akibat salah faham itu, pada jam 8.45 malam, Isnin ini.Hassan Ali diarah menjelaskan kenyataannya yang menyelar operasi Selcat, manakala kesemua 9 pegawai daerah termasuk Bakhtiar Husin yang mengadu diaibkan juga dipanggil untuk memberi penjelasan.Khalid Ibrahim yakin isu ini dapat ditangani sebaik sahaja mendengar penjelasan...

Sunday, September 27, 2009

Selcat: Hassan Ali Patut Keluar PAS & Letak Jawatan!!! :- Nizar vs Najib Altantuya

Baru-baru ini kita terpaksa menangani "krisis jadian" sekali lagi di Selangor. Krisis kali ini berhubung persoalan kaedah sesi soal siasat terbuka yang berlangsung melalui SELCAT, khususnya terhadap pegawai-pegawai kerajaan. Mereka dikatakan telah "dibuli", "diperbudak-budakkan" dan "dihina" semasa perjalanan sesi tersebut. Di atas alasan ini maka dikeluarkan kenyataan mengkritik perjalanan sesi soal siasat tersebut di dalam media.Seperti yang boleh dijangkakan, kritikan terbuka sebegini oleh Hassan Ali (gambar kanan), sebagai seorang Ahli Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor merangkap Pesuruhjaya PAS Selangor memang dimanfaatkan sepenuhnya oleh media arus perdana. Kritikan-kritikannya digunakan untuk menyatakan kononnya wujud perbalahan...

Makkal Sakhti: Menamatkan Dominasi MIC Dalam BN :- Nizar vs Najib Altantuya

Oleh Zulkiflee BakarSebuah parti baru yang akan mewakili kaum India, Makkal Sakhti akan dilancarkan secara rasmi penubuhannya pada 10 Oktober ini dan pada masa yang sama buat kali keenam Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) akan mengulangi permintaan untuk menyertai Barisan Nasional (BN).Selain itu kita juga tidak harus melupakan Parti Progresif India (IPF) yang sebelum ini sememangnya berhasrat untuk menjadi ahli komponen kepada parti pemerintah tersebut. Berdasarkan kepada senario ini dan berikutan perkembangan politik semasa adalah jelas masanya sudah tiba untuk BN mengkaji menambah parti komponen yang mewakili kaum India.Sama ada hendak diakui atau tidak, MIC kini bukan lagi menjadi taruhan BN bagi meraih sokongan kaum itu. Pencapaian yang merosot dalam pilihan raya umum lalu dan sokongan...

Selcat: Tiada Tindakan Keatas Hassan Ali? Memang F#@$K... :- Nizar vs Najib Altantuya

PAS pusat yang akan mengadakan mesyuarat khas Selasa ini tidak bercadang untuk mengambil tindakan disiplin ke atas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali berhubung isu Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat).Sebaliknya, pucuk kepimpinan parti itu hanya akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada Hasan iaitu Exco kanan Kerajaan Negeri Selangor, yang terus dengan pendiriannya mempertikaikan tatacara Selcat yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat tahun lalu.Pendirian ini dinyatakan oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa ketika ditemui di sini sebentar tadi.Malah Nasharudin juga berkata, pandangan beberapa pihak bahawa Hasan harus dikenakan tindakan...

Bagan Pinang: Si Saiful Celaka Muncul Lagi? Nizar vs Najib Altantuya

Mohd Saiful Bukhari Azlan yang telah menjadi watak utama dalam kes yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelangnya pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh bulan Ogos yang lalu dijangka akan mengulangi watak utama menjelangnya PRK di Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang tidak lama lagi. Jika dalam PRK di Parlimen Permatang Pauh isu Saiful telah dimainkan secara meluas termasuk oleh media arus perdana maka sekali lagi dalam PRK Bagan Pinang beliau akan dijadikan ikon sekali lagi bagi pemuda-pemuda untuk menjadi contoh bagaimana seorang anak muda yang rela untuk mendedahkan kejelekan dan keburukan yang ada pada dirinya bagi kepentingan politik sesetengah pihak.Dalam konteks ini, Saiful dalam blognya telah melahirkan rasa bimbang diatas keselamatan...

Bagan Pinang: UMNO/BN Jangan Eksploitasi Undi Pos - Nik Aziz :- Nizar vs Najib Altantuya

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengingatkan Umno Barisan Nasional (BN) tidak mengeksploitasi pengundi pos di pilihan raya kecil Bagan Pinang yang akan berlangsung pada 11 Oktober ini.Beliau berkata dengan jumlah undi pos yang berjumlah 4,604 orang bagi mempertahankan kerusi berkenaan dilihat boleh menjadi penentu kepada kemenangan parti pada pilihan raya kecil itu.Pilihan raya kecil tersebut akan menggunakan Daftar Pemilih Induk 2008 yang digabungkan dengan daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2009 dan daftar pemilih tambahan suku tahun kedua 2009 yang telah dikemas kini sehingga 4 September lalu.Daftar pemilih ini mengandungi 13,664 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos.“Nampak gayanya...

Selcat: Hassan Ali Meroyan Nak Jadi MB Selangor... :- Nizar vs Najib Altantuya

PAS Pusat dipercayai sedang mempertimbangkan 'tindakan lebih keras' kali ini terhadap Pesuruhjaya PAS, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali ekoran pendirian terbuka beliau mempertikaikan perjalanan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat) - negeri diterajui Pakatan Rakyat.mStar Online difahamkan Hasan akan berhadapan dengan tindakan keras itu ekoran pendirian terus-menerus beliau membelakangi semangat dan kesetiakawanan Pakatan Rakyat buat kali ketiga dalam tempoh 18 bulan yang lalu.Malah, mStar Online juga difahamkan Jawatankuasa Kerja pusat PAS telah memberi 'amaran' secara lisan kepada Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, dua kali sebelum ini termasuk berhubung soal pengharaman jualan arak di Shah Alam baru-baru ini.Salah lagi...

Saturday, September 26, 2009

Lagi Isu Selcat / PAS Selangor: Dato' Hassan Ali Bengap !!! :- Nizar vs Najib Altantuya

Inilah dia Dato Hasan, bila dia ambil penasihat2 yang hanya tahu membodek padahal penasihat2 beliau itu semuanya tidak cerdik dan dangkal pemikiran. Tidakkah penasihat-penasihat Dato Hasan ini sedar bahawa ada wakil PAS dalam SELCAT? Wakil PAS dalam SELCAT adalah YB Saari Sungip.berhentilah buat kenyataan2 yang dangkal dan bodoh. Masaalah Dato Hasan adalah penasihat2 beliau adalah dunggu dan bengap. Jadi, Dato Hasan pun jadi dunggu juga. Itulah masaalahnya.Jawapan kepada Kenyataan Dato’ Hasan AliDato Hasan Ali dalam kenyataan terbaru beliau (yang saya rasa disediakan oleh Roslan SMS yang tak berapa bijak tu) Dato Hasan mengatakan:“Sesi penyiasatan yang menggunakan kaedah menghina serta menjatuhkan maruah disamping lahirnya unsur tekanan sehingga...

MIC Bergolak Lagi! Ayo-yo Samy Vellu.... Apa Critaaa..... :- Nizar vs Najib Altantuya

Barisan Nasional berdepan dengan satu lagi kemelut dalaman setelah parti komponen MIC kembali bergolak walaupun pemilihan parti berkenaan selesai 12 September lalu.Terbaru, tujuh calon yang bertanding termasuk seorang calon jawatan Naib Presiden mahu keputusan pemilihan MIC diisytihar sebagai tidak sah.Mereka mengemukakan empat surat aduan kepada Jawatankuasa Pemilihan sejak 18 September lalu dan mahu satu pemilihan baru diadakan.Untuk rekod aduan sebegini pernah dikemukakan pada masa lalu namun tiada pemilihan baru diadakan.Kumpulan berkenaan menggariskan sekurang-kurangnya enam pelanggaran utama peraturan pemilihan termasuk campur tangan Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu.Samy Vellu dikatakan mengatasi keputusan Jawatankuasa Pemilihan...

Mansuhkan ISA Atau Dr. Mahathir Keluar UMNO Lagi :- Nizar vs Najib Altantuya

Akhir-akhir ini kenyataan-kenyataan Tun Dr. Mahathir seolah-olah beliau masih presiden Umno. Terbaru berkaitan dengan siapa calon Umno di pilihanraya kecil Bagan Pinang. Berita dan ulasan yang berkaitan dengan Dr. Mahathir kebelakangan ini seperti mengulangi episod 'perang dingin' Dr. Mahathir-Pak Lah tidak lama dulu yang membawa kepada keluarnya beliau dari Umno.Umno masih lagi terkial-kial dan berteka-teki siapa calon di Bagan Pinang. Sebelum ini Umno Bahagian Telok Kemang hanya mencalonkan Ketua bahagiannya Tan Sri Isa Samadsebagai calon tunggal. Tak semena-mena hari ini Umno bahagian dalam satu kenyataan akhbar semalam mengumumkan mereka sudah mempunyai tiga nama.Bermakna Umno Telok Kemang mula berdiplomasi kerana penolakan massa kepada...

Isu Selcat: Hassan Ali Layak Dapat Anugerah Penyapu Khir Toyo :- Nizar vs Najib Altantuya

PAS Selangor nampaknya masih mempunyai agenda sendiri di dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Badan Perhubungannya, Mohd. Khairuddin Othman yang menyatakan bahawa Pas Selangor sedia mengkaji secara terperinci cadangan mana-mana wakil rakyat yang mahu parti itu melihat semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang di negeri ini.Beliau juga menyatakan pihaknya akan mengadakan satu menyuarat tergempar dalam masa terdekat ini untuk membincangkan perkara tersebut.Beliau turut berkata, pihaknya juga amat kesal, kecewa dan terkilan dengan kenyataan yang dikeluarkan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali terhadap Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali berikutan tegurannya...

Tun Mahathir Anti I.S.A ? :- Nizar vs Najib Altantuya

Bekas perdana menteri itu berkata imej Umno akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon."Tan Sri Isa sudah didapati bersalah, kalau Umno letak dia juga bermakna bahawa Umno tak ambil berat tentang keskes macam ini."Kalau pun dia (Isa) boleh menang di situ, kena fikir seluruh Malaysia fikir apa terhadap Umno," katanya dalam temuramah dengan Bernama.Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas ura-ura Isa turut disenarai sebagai calon bagi pilihan raya kecil itu.Dr Mahathir berkata walaupun Umno bahagian Teluk Kemang yang diterajui Isa sendiri mahukan dirinya bertanding, mereka perlu ingat bahawa pilihan raya kecil...

Friday, September 25, 2009

Zambry MB Haram!!!, Ganesan Speaker Haram Jadah!!! :- Nizar vs Najib Altantuya

KENYATAAN MEDIA : ADUN Pakatan Rakyat tidak akan hadir sidang yang dipanggil Speaker Haram.Sebagaimana yang telah disahkan oleh YAB. Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, DS. Mohamaad Nizar Jamaluddin dan Pengerusi DAP Negeri, Dato' Ngeh Khoo Ham bahawa semua 28 orang ADUN Pakatan Rakyat tidak akan hadir dalam Sidang DUN Perak yang dipanggil oleh Speaker Haram,Ganesan.Dengan ini saya sebagai Pengerusi Kelab penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat Perak dengan ini juga mengesahkan semua ADUN Pakatan Rakyat tidak akan hadir dalam sidang yang dipanggil oleh Ganesan dengan alasan seperti berikut :-1. Ganesan adalah Speaker yang dilantik secara tidak sah mengikut undang-undang , malah perlantikannya dalam keadaan yang saya anggap menghina Pemangku Raja Perak dan DUN Perak pada 7 Mei yang lepas. Semua sudah...

Bagan Pinang: Biarkan Isa Samad Jadi Calon UMNO/BN :- Nizar vs Najib Altantuya

Umno menunjukkan kepada dunia bahawa ahli-ahlinya tidak belajar dari pengalaman apabila terus mendesak supaya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dicalonkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Kritikan Dr Mahathir yang semakin lantang menjadikan laluan Isa semakin sukar untuk menjadi calon BN di Bagan Pinang walaupun percubaan demi percubaan dibuat untuk mencalonkan bekas Naib Presiden Umno itu dalam pilihan raya kecil tersebut yang akan diadakan 11 Oktober ini."Kita tak banyak belajar, sebelum ini kita meletakkan seorang pembohong menjadi calon, yang dipecat oleh Majlis Peguam, yang menggunakan duit pelanggannya."Jika kita...

PAS Tetap Komited Bersama Pakatan Rakyat! - Salahudin Ayub :- Nizar vs Najib Altantuya

PAS tidak pernah membuat keputusan untuk mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat (PR) di semua peringkat, tegas Naib Presidennya, Salahuddin Ayub."Oleh kerana PAS tidak pernah membuat keputusan sedemikian, perkara itu tidak timbul sama sekali dan tidak harus ditimbulkan sama sekali," tegas beliau.PAS, kata beliau, tetap dengan komitmen untuk bersama-sama PR."Jika ada masalah yang berlaku, ia adalah perkara biasa. Dalam keluarga dua tiga orang pun ada masalah, apa lagi pakatan yang besar," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.Sebarang masalah yang berlaku, katanya lagi, boleh diselesaikan dengan semangat setiakawan serta musyawarah dan bukannya melalui media.Salahuddin bagaimanapun yakin rakyat tidak akan terpengaruh dengan sebarang...

Skandal PKFZ: KDSB Saman, LPK Saman. Lawan Tetap Lawan!!! :- Nizar vs Najib Altantuya

Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) memfailkan saman RM920 juta terhadap kontraktor siap guna untuk Zon Pelabuhan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan konsultan yang dilantik bagi projek itu BTA Architect, dalam aspek pembangunan utama dan perjanjian tambahan yang ditandatangani antara Februari 2003 dan November 2006.Pengerusi LPK Datuk Lee Hwa Beng memfailkan saman itu sendiri di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini pagi ini. Bagaimanapun beliau enggan memberikan salinan kedua-dua saman itu kepada media.Dalam kenyataan media beliau, Lee berkata saman itu difailkan untuk relief termasuk antara lain pembatalan semua perjanjian pembangunan dan satu pengisytiharan bahawa KDSB hanya layak dibayar dengan nilai kerja yang munasabah dilakukan dengan sewajarnyaAlternatif,...

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Anonymous commented on empangan bakun tegangkan putrajaya: “electronic cigarettes, e cigarette, e cigarette, electronic…”

Anonymous commented on fahami apa itu gst: “Bro bkn harga tepung,gula benda asas x de gst ke ? Apa kena…”

Anonymous commented on nizar vs zambry kisah zambri gang kena: “Thanks in support of sharing such a fastidious opinion, piece of…”

Anonymous commented on tak sokong israel berniaga dengan: “Thanks in favor of sharing such a pleasant idea, article is…”

Anonymous commented on tak sokong israel berniaga dengan: “Heya! I know this is somewhat off-topic but I had to ask. Does…”

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost