Monday, October 26, 2009

Zambry Haram !!! Apabila PM 1 Malaysia Jadi Jurucakap PAS !! :- Nizar vs Najib Altantuya

EGM, Muktamar Khas, Mesyuarat Khas! Itulah topik hangat media kita akhir-akhir ini. Bunyi berbeza, sebutan berbeza, tapi maksud hampir dua kali lima.

Yang hendak buat EGM, Muktamar Khas atau Mesyuarat Khas atau apa-apa lagi yang namanya macam-macam itu ialah Pas. Yang melucukan, tiba-tiba saja ramai kepimpinan tertinggi Umno berebut-rebut bercakap mengenai EGM, Muktamar Khas atau Mesyuarat Khas Pas itu. Dari Naib Presiden, Timbalan Presiden dan hari ini, Presiden Umno sendiri tidak berkecuali bercakap mengenai Pas. Bukan sekali, bukan dua kali, bukan tiga kali, ribut dalam gelas pernah membadai kerabat Umno dalam BN. MCA, Gerakan, MIC, PPP dan entah apa-apa parti lagi termasuk di Sabah dan Sarawak pernah dilanda ribut. taufan dan puting beliung. Tapi biasanya Umno buat endah tak endah saja dengan ribut yang berlaku dengan kerabat-kerabatnya. Sampai MCA yang hampir pecah berderai itu, Umno cuma campur tangan di saat-saat akhir.

Peliknya bab Pas ini, belum pun EGM, Muktamar Khas atau Mesyuarat Khas berlangsung, pemimpin-pemimpin Umno tiba-tiba berebut-rebut hendak bercakap mengenai Pas. Wah, hebatnya Pas, bertuahnya Pas, tidak sangka begitu ramai pemimpin Umno yang begitu meminati Umno, hingga sakit demam Pas, batuk-batuk kecil Pas, merisaukan Umno; sedangkan jika kaum kerabat sendiri yang nazak, mereka buat-buat tidak tahu sampai dekat hendak mati baru cari ubat, itu pun macam hendak tak hendak saja.

Harap pemimpin-pemimpin Pas, tidak kiralah yang pakai serban, yang berjubah, yang berkot atau yang berkemeja tidak gundah gulana dengan pemimpin-pemimpin Umno yang tiba-tiba begitu hendak ambil berat mengenai Pas. Mereka patut rasa bersyukur kerana tidak sangka begitu ramai pemimpin Umno yang meminati Pas, ingin menjadi jurucakap Pas, hingga PM 1Malaysia itupun tumpang sekaki hendak jadi jurucakap Pas.

Kepada parti-parti kerabat BN, jangan cemburu kepada Umno yang bagitu tersentuh dengan batuk-batuk kecil Pas, tetapi kurang menghiraukan sakit dan sembelit mereka!!


--pendikargunung

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost