Wednesday, June 23, 2010

Kerajaan Belanja RM37.7 Juta Semasa PRK Sibu - Najib

Sejumlah RM37.7 juta dana dibelanjakan pada pilihan raya kecil Sibu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat hari ini.“Bagi pilihan raya kecil Sibu, kerajaan meluluskan 107 program atau rancangan yang bernilai RM37.7 juta untuk dilaksanakan di seluruh kawasan parlimen itu,” kata Najib.Dana itu untuk dibelanjakan bagi infrastruktur fizikal, sumbangan dan bantuan tunai sertai program sosial.Menurut carta yang dibekalkan oleh Najib sejumlah RM28.7 juta dibelanjakan bagi sumbangan dan bantuan tunai semata-mata.“Kerajaan tidak pernah menjanjikan program atau projek kepada rakyat semasa kempen pilihan raya di seluruh negara termasuk di Sibu,” katanya.“Program dan projek yang dilaksanakan semasa pilihan raya kecil dirancang sebelum pilihan raya berkenaan...

Monday, June 21, 2010

Pakatan Rakyat Boleh Tawan Sarawak !!!

Ahli parlimen Sibu Wong Ho Leng begitu yakin bahawa Pakatan Rakyat mempunyai apa yang diperlukan untuk menawan Sarawak dalam pilihan raya umum akan datang.Pengerusi DAP Sarawak - yang berjaya menumpaskan calon BN untuk merampas kerusi parlimen Sibu dalam pilihan raya kecil 16 Mei lalu, percaya 'keajaiban Sibu' akan terserlah ke seluruh negeri itu."Kami amat yakin untuk menghadapi pilihan raya negeri," katanya dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.Wong yang juga ADUN Bukit Assek berkata, Matlamatnya ialah untuk memenangi 36 kerusi - lebih separuh daripada 70 kerusi DUN di Sarawak."Kita mensasarkan untuk menguasai negeri ini, tetapi saya harus mengakui ada kesulitan tertentu," katanya."Sekiranya kita tidak berjaya menawan negeri ini,...

Thursday, June 17, 2010

Kes Enjin Jet: Tertuduh Diseksa Supaya Mengaku Curi Enjin Pesawat Pejuang?

Bapa sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) N Tharmendran mendakwa anaknya itu diseksa dan dipaksa mengaku mencuri enjin dua jet pejuang yang dilaporkan hilang ketika dalam tahanan reman.“Mereka memukulnya seperti seekor lembu,” kata N Nagarajah (kiri), 71, selepas membuat laporan polis berhubung perkara itu di ibupejabat polis di Brickfieds, Kuala Lumpur hari ini.Nagarajah mendakwa dua pegawai TUDM, yang hanya dikenali sebagai Mejar Azam dan Mejar Ismail membelasah anaknya sepanjang tiga minggu bermula 2 Julai lalu sehingga 17 Julai tahun lalu.Dia juga mendakwa Mejar Ismail memaksa Tharmendran memakai topi keledar, yang kemudiannya berulang-kali dipukul oleh pegawai berkenaan dengan kayu golf dan bat kriket.Nagarajah berkata Mejar Ismail...

Thursday, June 10, 2010

Demam WORLD CUP Bermula: Jadual Perlawanan Piala Dunia Waktu Malaysia

...

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Anonymous commented on empangan bakun tegangkan putrajaya: “electronic cigarettes, e cigarette, e cigarette, electronic…”

Anonymous commented on fahami apa itu gst: “Bro bkn harga tepung,gula benda asas x de gst ke ? Apa kena…”

Anonymous commented on nizar vs zambry kisah zambri gang kena: “Thanks in support of sharing such a fastidious opinion, piece of…”

Anonymous commented on tak sokong israel berniaga dengan: “Thanks in favor of sharing such a pleasant idea, article is…”

Anonymous commented on tak sokong israel berniaga dengan: “Heya! I know this is somewhat off-topic but I had to ask. Does…”

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost