
Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Sarawak, Baru Bian mempersoalkan kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bahawa gagasan Pakatan Rakyat iri hati dengan kekayaan negeri itu, lapor TV Selangor.NONESebelum ini ketua menteri Sarawak itu menyifatkan kekayaan dan kemajuan yang dicapai negeri berkenaan mengakibatkan banyak pihak dengki sehingga ada yang bertindak cuba merampas kuasa daripada kerajaan sekarang."Kalau kita memperkatakan kekayaan, ketua menteri dan kroni-kroninya yang terkaya di Malaysia, mereka yang kaya di Sarawak tetapi rakyat biasa tidak," kata Baru Bian.Pada tahun 2009, pendapatan Sarawak mencecah hampir RM3.726 bilion. Namun sekitar 70 peratus penduduk rumah panjang masih tidak menikmati bekalan air bersih,...