Monday, November 2, 2009

Nizar :- JAIS Tidak Jadi Dakwa Dr. Asri


Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, setakat hari ini, tidak didakwa atas kesalahan mengajar agama tanpa tauliah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) seperti dirancang.

Beliau tiba di perkarangan mahkamah itu sejak 8.45 pagi sebelum dijadual dituduh jam 9 pagi ini.

Bagaimanapun menjelang jam 1 tengah hari, beliau dibebaskan dengan jaminan Jais selepas menunggu pihak pendakwaan hampir empat jam di situ.

Sebelumnya, ketika bercakap kepada media di luar mahkamah, Dr Asri berkata pihak berkuasa agama itu menahannya tanpa sebab dan kini sedang memikirkan apakah bentuk tindakan yang akan dikenakan.

Sementara itu ketua unit perhubungan awam Jais, Mohd Hidayat Abd Rani memberitahu Malaysiakini melalui telefon bahawa Dr Mohd Asri akan didakwa bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 atau mengajar agama tanpa tauliah.

Mohd Hidayat berkata pendakwaan itu dilakukan berdasarkan aduan-aduan orang ramai terhadap lulusan pengajian hadis itu sejak beliau mula mengadakan ceramah agama di Selangor tiga tahun lalu.

"(Tindakan) ini berdasarkan aduan orang ramai yang keliru dengan ajaran-ajaran yang dibawa (Dr Mohd Asri) dan kita bimbang ini akan memecah-belahkan masyarakat," kata Mohd Hidayat.

Dr Mohd Asri diwakili dua peguam, Zulkifli Che Yong dan Azmi Rais.

Sewaktu mereka menyemak dengan pihak pendaftar mahkamah tersebut, tiada pertuduhan difailkan terhadap anak guam mereka itu.

Aktivis NGO terkenal Datuk Marina Mahathir turut hadir di mahkamah, selain ahli parlimen PKR bagi Ampang, Zuraida Kamaruddin dan ADUN PAS bagi Hulu Kelang, Saari Sungib turut hadir.

Zuraida dan Saari berada di tempat kejadian sewaktu Dr Mohd Asri ditahan malam tadi ketika menyampaikan kuliah agama di sebuah banglo di Taman Sri Ukay, Hulu Kelang (foto kanan).

Menurut laporan Bernama tengah malam tadi, Dr Mohd Asri dilaporkan ditahan semasa berceramah kira-kira pukul 12.10 tengah malam oleh polis serta pegawai Jais dan kemudian dibawa ke balai polis Hulu Kelang.

Ceramah itu dihadiri kira-kira 100 orang, termasuk Zuraida dan Saari, lapor agensi berita itu lagi.

Selepas dibebaskan dengan ikat jamin Jais, Dr Mohd Asri merancang bertemu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Tiada butiran lanjut diperolehi tentang pertemuan itu, setakat ini.

Dalam satu sidang media kira-kira 3.30 petang tadi, Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata pendakwaan terhadap tokoh agama itu akan disegerakan selepas kertas siasatan selesai. - /malaysiakini

Sunday, November 1, 2009

Shahidan Minta Dr Asri Tolak Pelantikan YDP YADIM Dan Gesa Yayasan Itu Diaudit Segera :- Nizar News

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap memorandum fitnah yang dilemparkan terhadap bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.

Shahidan membuat kenyataan ini berikutan sidang media tergempar yang dibuat oleh Mohd Asri semalam, bagi menjelaskan mengenai tuduhan fitnah yang dilemparkan terhadapnya dalam satu memorandum yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.

Tuduhan itu menurut Mohd Asri berikutan penawaran jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terhadapnya.

Shahidan yang menghubungi mStar Online dari Nottingham, UK sebentar tadi berkata, beliau berpendapat Agong tidak mungkin akan campur tangan dalam perlantikan Mohd Asri sebagai YDP YADIM.

Kata Shahidan, sebagai raja yang adil dan bijakasana, baginda akan menapis segala maklumat dan akan cuba mendapatkan penjelasan dari semua pihak berhubung dengan agama Islam, sekiranya baginda tidak berpuas hati.

Memorandum yang merupakan serangan peribadi terhadap Mohd Asri itu juga antara lain ada menyatakan bahawa umat Islam Malaysia dan Perlis khususnya tidak berpuas hati dengan beliau.

"Ini adalah fitnah dan saya boleh ceritakan keadaan sebenarnya satu hari nanti. Fitnah puak-puak ini tidak sewajarnya mempengaruhi mana-mana pihak untuk membuat apa-apa keputusan kerana semasa di Perlis, Dr Asri tidak membuat apa-apa perkara baru. Sebaliknya, beliau hanya melaksanakan apa yang termaktub dalam undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Perlis.

"Majlis agama dan kerajaan sentiasa bersama. Mengapa pula PGSM lebih pandai dari kami membuat analisa?," tanya Shahidan.

Berhubung dengan perkembangan terbaru yang berlaku, Shahidan meminta Mohd Asri supaya tidak menerima perlantikan dalam YADIM.

"Biarlah mereka yang ada sekarang, pegang jawatan sampai mereka puas hati. Mungkin mereka saja yang terbaik di Malaysia. Walaubagaimanapun YADIM haruslah diaudit segera," katanya.

Menurut Shahidan, memorandum fitnah itu mengingatkannya tentang apa yang pernah dilaluinya sebelum ini.

"Saya juga pernah disebut untuk menjadi Pengerusi Tabung Haji tetapi didiamkan kerana kononnya saya ini dari puak 'Wahabi' dan mereka juga tidak menjelaskan apa itu 'Wahabi'," kata Shahidan yang akan kembali ke tanah air pada Selasa depan.

Shahidan juga hairan kenapa perkara pelantikan itu boleh meleret sampai ke peringkat ini.

"Apa lagi hukuman yang mereka hendak jatuhkan kepada kami, saya pun tidak tahu. Saya hanya bersabar dan berserah pada Allah jua.

"Saya juga meminta kepada semua sahabat-sahabat supaya berdoalah pada Allah dengan Doa Huzaifah di zaman Nabi S.A.W untuk percepatkanlah taubat atau azab kepada mereka yang menzalimi kami", katanya.

Kepada mereka yang hebat mendakwa, kononnya mendapat sokongan umat Islam di Malaysia jika dibandingkan dengan Mohd Asri, beliau berkata: "Eloklah media elektronik dan media cetak membuat survey berhubung hal ini." - /mStar

Nizar :- (video) Sidang Media Dr. Asri Menyangkal Tuduhan PGSM

Nizar:- Saya Difitnah !!! - Dr.Asri

Tonton video sidang Media Dr Asri disini

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin kecewa dengan fitnah yang dilemparkan terhadapnya oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dalam satu memorandum yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.

Menurut beliau tuduhan berunsur fitnah tersebut timbul atas perasaan tidak puas hati pihak-pihak tertentu berikutan penawaran jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terhadapnya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

"Sejak jawatan itu ditawarkan maka ada beberapa pihak yang barangkali tidak selesa, tapi itu tidak mengapa untuk mereka berikan pandangan.

"Mereka nak hantar (memorandum) kepada Yang di-Pertuan Agong tak ada masalah, tapi mereka mesti berikan fakta yang benar," katanya dalam sidang media tergempar di sini malam tadi.

Jelas beliau antara tuduhan fitnah yang terkandung dalam memorandum bertarikh 12 Oktober lalu yang dimuatkan dalam laman web PGSM ialah mendakwa beliau tidak mengiktiraf iktikad ahli sunnah dan keluar dari Mazhab Shafie, Hanafi, Maliki dan Hambali serta menolak hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari.

Menurut Mohd Asri lagi tuduhan lain yang dianggap melampau ialah dakwaan yang mengatakan beliau telah mencerca golongan ulama seperti Imam Nawawi dan Imam Ghazali.

Oleh yang demikian beliau menuntut supaya Presiden PGSM, Mohamad Isa Abd Ralip yang menandatangani memorandum berkenaan supaya menyatakan bukti terhadap tuduhan-tuduhan berkenaan.

"Untuk buat bantahan itu hak mereka, tapi bila beliau keluarkan beberapa tuduhan yang bagi saya membabitkan soal maruah dan keilmuan sehingga boleh menyebabkan perpecahan antara orang Islam... ini tuduhan besar.

"Saya minta beliau buktikan satu sahaja sama ada tulisan atau perkataan saya yang jadi bukti terhadap apa yang beliau sebut... saya beri tempoh selama satu minggu," katanya.

Tambah Mohd Asri, beliau menyedari salinan memorandum berkenaan dimuatkan dalam laman web PGSM pagi semalam.

Bagaimanapun hasil semakan, salinan memorandum yang diedarkan kepada media dalam sidang media itu telah dipadam daripada lawan web berkenaan.

Antara tuduhan lain yang terdapat dalam memorandum berkenaan ialah Mohd Asri didakwa sering mengambil tindakan berkonfrantasi secara terbuka tanpa menitik beratkan soal adab dan kepentingan umat Islam secara keseluruhannya.

Selain itu dalam memorandum itu juga dinyatakan pendekatan ekstrem Mohd Asri telah mengundang pelbagai akibat dan keresahan di kalangan umat Islam di seluruh negara khususnya negeri Perlis.

Juga dinyatakan bahawa cercaan beliau dan pengikutnya kepada amalan solat hajat kononnya ia satu bentuk maksiat dalam masjid telah mengundang perbalahan dan beberapa kejadian pergaduhan.

Ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan terhadap tuduhan berkenaan beliau berkata, "Cukuplah saya beritahu melalui media bahawa perkara ini adalah bohong, saya belum berfikir untuk saman."

Berhubung sama ada beliau berhasrat untuk membuat penjelasan bertulis kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung isu ini beliau berkata: "Saya harap Yang di-Pertuan Agong juga membaca penjelasan saya, tapi mungkin juga saya boleh fikirkan (untuk menulis penjelasan rasmi) jika ada ruang boleh juga."

Dalam pada itu, ditanya mengenai status tawaran jawatan YDP YADIM terhadapnya yang dibuat oleh Perdana Menteri pada September lalu, Mohd Asri berkata berdasarkan pekembangan terbaru ini, beliau tidak berminat dengan jawatan tersebut.

"Apabila melihat kepada perkembangan ini, saya tidak berminat... itu keputusan saya," katanya.

Selain itu menurutnya, beliau juga mengambil kira pandangan yang diberikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu beliau berada di pihak ketiga.

"Sebenarnya apabila jawatan ini timbul, saya bertanya pendapat Tun Dr Mahathir, beliau juga kurang bersetuju saya pergi mana-mana jawatan yang agak nampak di pihak kerajaan.

"Katanya elok saya jadi pihak ketiga, saya memang sedang menimbangkan nasihat beliau dua, tiga hari lepas... sebelum saya lihat memorandum ini," katanya.

Sementara itu Mohd Asri turut mencadangkan supaya Jabatan Audit Negara melakukan siasatan terhadap YADIM bagi menyemak tentang beberapa perkara.

"Apabila timbul isu YADIM ini, saya ada semak beberapa perkara, mungkin semakan saya ini betul ataupun salah.

"Saya mencadangkan kepada pihak audit negara supaya melakukan audit kepada YADIM sekarang, ini adalah perkara yang patut dibuat dan kita mungkin akan bertemu dengan banyak perkara," katanya tanpa mengulas lanjut.- mStar

Ezam Raja Kotak Mula Bersuara, Wan Azizah Sasaran Kali Ini :- nizar vs najib altantuya


BEGITU lama kita tidak mendengar suara raja sesumpah. Selepas suara beliau tenggelam di Permatang Pauh, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Kuala Terenganu di dalam pilihanraya kecil yang menelanjangkan Umno, suara raja sesumpah berkeramat ini terus tenggelam. Mungkin menyedari ada benarnya setiap kali beliau menjejakkan kakinya ke mana-mana kawasan pilihanraya, pastinya mendatangkan `suwey' (malang/bala) buat Umno. Ada juga betulnya kerana apabila raja sesumpah yang juga dipanggil raja kotak ini tidak melibatkan diri, Umno mampu menang sepertimana di Bagan Pinang.

Baru-baru ini teragak pula beliau untuk bersuara walaupun tiada pilihanraya. Kali ini kerana meraikan sahabat lamanya iaitu Adun Pelabuhan Kelang YB Badrul yang keluar dari PKR dan menyokong Bn. Ahli Bebas tetapi sokong Bn, samalah juga dengan `mazhab' raja katak Ibrahim Pasir Mas. Tetapi, yang buat kita rasa Badrul ini sememangnya wajar keluar dari PKR adalah kerana beliau bukan seorang yang cerdik dalam berpolitik. Cara beliau memberi alasan untuk keluar dari PKR pun jelas menunjukkan Badrul ini kurang cerdik malah setaraf Ketua Umno Cawangan sahaja. Alasannya entah mana satu yang betul, sekejap kata tidak percaya kepada kepimpinan MB Selangor Khalid yang tidak membantunya menguruskan kemajuan di kawasannya. Katanya, peruntukan di Dun nya disekat malah dilantik pula wakil khidmat masyarakat yang lain di kawasannya seolah-olah beliau tidak berfungsi. Lepas itu, dikatakan beliau keluar dari PKR kerana yakin kesalahan moral yang dilakukan oleh DS Anwar. Pulak dah!!

Ezam raja sesumpah pun terikut menjadi bebal seperti Badrul. Dahulunya Ezam ini cerdik kerana bercampur dengan orang cerdik, tetapi kini menjadi sebaliknya. Tiba-tiba sahaja Ezam raja sesumpah menyerang DS Wan Azizah. Kita faham betapa kecewanya raja sesumpah setelah berbuih mulutnya menyerang DS Anwar tidak pernah dilayan oleh Ketua Pembangkang ini, kini beliau beralih arah untuk menyerang pemimpin wanita pula. Dayusnya raja sesumpah. Mungkin itulah lawannya sekarang. Tiada terdaya raja sesumpah untuk menandingi DS Anwar bekas gurunya, kini mencari wanita pula. Jika hujahnya itu benar-benar meyakinkan tidak mengapalah juga, tetapi hujahnya sama seperti hujah Dato' Nalla kawan karibnya. Siapa Ezam yang sudah bergelumang dengan Umno ini hendak bersuara pasal moral? Ezam bukan tidak nampak masih ramai pemimpin Umno yang terbukti melakukan rasuah yang masih memegang kuasa, tetapi Ezam butakan mata sebaliknya menuduh DS Wan Azizah yang tidak pernah mengusiknya itu. Kenapa Ezam tidak bicara pasal KM Melaka yang terbukti terlibat di dalam politik wang itu yang masih menjadi KM? Bagaimana cerita Ketua Pemuda Umno, KJ yang terlibat sama masih memegang jawatan Ketua Pemuda? Jelas, Ezam dibutakan matanya setelah berada dalam kotak Umno.

Untuk bicara soal moral, Ezam langsung tidak bermoral. Berjanji tidak akan sertai mana-mana parti politik termasuk Umno sewaktu beliau memimpin GERAK, kini apa yang Ezam lakukan? Dalam blog saya masih ada ucapan Ezam yang berjanji tidak akan sertai Umno, dengarkan sendiri dari mulut raja sesumpah ini. Sekejap-sekejap kata DS Anwar perosak perjuangan bangsa. Bila ianya tidak laku, tuduh pula DS Anwar ini atas salah laku moral. Bila ianya tidak laku juga, beralih pula kepada tuduhan kononnya DS Anwar memimpin PKR hanyalah untuk kepentingan DS Wan Azizah dan Azmin. Hujah itu pun masih tidak laku, maka Ezam beralih untuk menyerang DS Wan Azizah. Entah apa asas perjuangan Ezam kita pun tidak tahu. Perjuangan untuk Melayu? Islam dan moral? Rasuah? Jika itulah perjuangan Ezam, beliau silap tempat berada dalam kotak Umno.

Sekarang semua sudah kenal raja sesumpah ini. Beliau sebenarnya kecewa kerana sepanjang beliau berada dalam PKR sebelum itu KeADILan, parti ini tidak membangun seperti sekarang. Beliau keluar dari KeADILan (PKR) dan memasuki GERAK kononnya untuk melawan rasuah, kita ingatkan ramai yang akan menurut jejak langkahnya tetapi berapa orang yang ikut? Akhirnya beliau sendiri keluar dari GERAK dan masuk parti yang masih menyimpan pemimpin rasuah ini. Orang seperti inikah untuk bercakap soal moral? Beliau dan Dato' Nalla tuduh DS Anwar bermacam-macam kemudiannya suruh DS Anwar saman beliau dan Dato' Nalla. Apa dia ingat DS Anwar melatah dan terikut dengan kerja bodoh dia? Kita tahu orang itu mencuri, kita tuduh dia kemudian kita suruh dia saman kita. Bukankah itu kerja bodoh? Mengapa jika kita tahu siapa yang mencuri, ada bukti nyata pula, kenapa kita tidak lapor sahaja?

Saya yakin selepas ini raja sesumpah akan cabar DS Azizah saman dia selepas dia menuduh DS Azizah bermacam-macam. Itulah stail Ezam yang telah ketandusan idea untuk mencari sesuap nasi dalam politik barunya. Saya harap selepas beliau gagal untuk menyerang DS Wan Azizah, beliau jangan putus asa. Cubalah pula untuk menyerang YB Nurul Izzah pula kemudian suruh YB Nurul Izzah saman beliau. Mungkin boleh dibuat cerita tentang seorang `pemuda' yang memanjat tembok untuk memikat Nurul Izzah suatu ketika dahulu. Mungkin Sdr Lokman Noor Adam tersenyum dengan cerita `pemuda panjat tembok' ini. Siapa `pemuda' itu ya?

--wfauzdin

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost