Thursday, December 3, 2009

Inikah Bala Yang Akan Menimpa Najib???


Siasat proksi Najib terlibat ubah akuan Bala

Isu dua akuan bersumpah yang saling bercanggahan oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam berhubung kes Altantuya Shaariibuu, yang dikaitkan dengan "proksi" perdana menteri, dilaporkan kepada polis Bukit Aman hari ini.

Dalam aduannya, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyebut bahawa penyiasat tersebut, yang asalnya mendakwa Datuk Seri Najib Razak ada hubungan sulit dengan wanita Mongolia itu, berbohong apabila menafikannya dalam tempoh 24 jam.

"Maknanya sudah tentu salah satu akuan bersumpahnya adalah palsu.

"Membuat akuan bersumpah denganmaklumat palsu adalah salah di sisi undang-undang.

"Namun tiada sebarang tindakan dikenakan ke atas Balasubramaniam," aduan polis itu dipetik.

Dalam kenyataan terbarunya, Balasubramaniam mendedahkan bagaimana wujud tekanan terhadapnya agar menukar akuan bersumpah pertamanya, 3 Julai tahun lalu, susulan pertemuan dengan beberapa individu – antaranya adik perdana menteri Datuk Mohamed Nazim Razak dan peniaga permaidani Deepak Jaikishan, yang didakwa rapat dengan Datin Seri Rosmah Mansor, isteri perdana menteri.

Nama-nama ini bagaimanapun tidak dinyatakan dalam aduan polis SAMM di ibu pejabat polis persekutuan pagi ini, sebaliknya hanya disebut "proksi" Najib.

Penyelaras SAMM Badrul Hisham Shaharin, yang membuat aduan tersebut, menambah kenyataan terbaru Balasubramaniam – bekas anggota polis Cawangan Khas – boleh didapati dalam laman web termasuk rakaman video di Youtube.

"Rakaman yang tersebar dalam Youtube dan banyak laman lagi menyatakan dengan jelas, beliau diculik, diugut dan disogok untuk menutup, (dan) menarik semula akuan bersumpahnya yang pertama dan menghilangkan diri (ke luar negara)," katanya dalam aduan itu.

"Beliau mengakui semua kegiatan tersebut melibatkan polis, tentera dan beberapa individu yang bertindak bagi pihak (proksi) Najib Razak.”

Dalam aduan sama, Badrul Hisham yang juga ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR menyebut Balasubramaniam mendakwa menerima RM750,000 dan "dijanjikan RM5 juta sebagai habuan tambahan" selepas menafikan akuan pertama dalam akuan bersumpah kedua – yang dibuat 4 Julai tahun lalu.

Laporan SAMM diserahkan kepada pegawai perhubungan awam polis Bukit Aman, Inspektor Mohd Sail Hassan di hadapan pintu masuk ibu pejabat tersebut.

Semalam, Pemuda Pakatan Rakyat membawa isu ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin, dalam satu kenyataan parti itu hari ini, diminta hadir memberikan keterangan ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya jam 9.30 pagi esok berhubung dakwaan Balasubramaniam.

Najib dan Rosmah sering kali menafikan dakwaan pembabitan mereka dengan Altantuya. Manakala Malaysiakini telah berusaha untuk mendapatkan komen Mohamed Nazim tetapi sehingga kini masih belum berjaya.-Malaysiakini

Wednesday, December 2, 2009

Isu Demo: Apa Cerita PAS Dan PKR...

Demo: Pemuda PAS, PKR tidak sehaluan

Dewan Pemuda PAS mempertahankan tindakan pemimpinnya membuat laporan polis agar mengambil tindakan menghalang demonstrasi tetapi Angkatan Muda PKR pula tidak bersetuju dengan sikap sedemikian.

Ketua dewan itu Nasrudin Hassan diminta mengulas perhimpunan mendesak Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan jawatan semalam.

Sementara ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin diminta mengulas demonstrasi Pemuda BN terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kelmarin.

Nasrudin berkata pemimpin Pemuda Kelantan berhak berbuat demikian untukmemastikan keselamatan terjamin semasa demonstrasi anjuran kumpulan Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan (JRPK) itu berlangsung di Kota Bharu.

"Kita berhak untuk buat laporan polis, tapi itu tidak bermakna kami menghalang perhimpunan. Mereka bebas untuk berhimpun selagi perhimpunan itu aman," katanya.

Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan, Hisam Fauzi dilaporkan berkata dewan itu "menggesa polis supaya mengambil tindakan pencegahan bagi mengelak perhimpunan ini" dan menyifatkan ia bertujuan "mengganggu gugat kestabilan politik" di negeri itu.

Nasrudin bagaimanapun menjelaskan, laporan itu dibuat untuk memaklumkan kepada pihak berwajib menyiasat kewajaran perhimpunan tersebut diadakan.

"Kita tidak mahu polis tidak bertindak dan lepas tangan sebab kami tidak buat laporan, sebab selalunya polis tidak akan bertindak tanpa laporan," kata Nasrudin.

Tambahnya lagi, laporan tersebut akan membolehkan polis mengambil langkah sewajarnya, termasuk membuat kawalan semasa demonstrasi itu diadakan di perkarangan Kota Darulnaim.

"Kemudian terpulanglah kepada pihak polis sama ada untuk halang perhimpunan atau tidak. Saya pun tidak setuju kalau polis buat tangkapan kalau mereka berhimpun secara aman.

"Kita tidak mahu sekiranya berlaku rusuhan, kerosakan harta awam ataupun ancaman keselamatan kepada menteri besar dan pegawai-pegawai kerajaan," tambahnya.

Katanya lagi, beliau masih menunggu maklumat lanjut daripada Pemuda PAS Kelantan untuk mendapat gambaran sebenar.

Sementara Shamsul Iskandar pula sangsi sama ada benar Angkatan Muda PKR Pulau Pinang membuat aduan polis untuk mendesak penganjur disiasat seperti dilaporkan media.

"Saya tidak yakin laporan polis yang dibuat itu bertujuan menggesa polis menahan para peserta demonstrasi. Ia tidak pernah ada dalam polisi Pakatan Rakyat," katanya.

Semalam Naib Ketua Angkatan Muda PKR negeri, Ahmad Azrizal Tahir dilaporkan membuat aduan di balai polis Lebuh Pantai, menggesa pihak berwajib itu mengambil tindakan terhadap dalang demonstrasi tersebut.

Shamsul Iskandar menambah, parti-parti dalam kerajaan Pakatan Pulau Pinang menghormati hak sebarang pihak untuk berhimpun, seperti sikap yang diambil terhadap demonstrasi anjuran BN di negeri itu.

"Sudah banyak demonstrasi yang dibuat sebelum ini ke atas kerajaan negeri, seperti di Kampung Buah Pala dan juga oleh Umno, tidak timbul masalah (seperti ini).

"Kita hormati hak semua pihak untuk adakan perhimpunan dan (sikap) ini diterjemahkan di semua negeri yang kita perintah," kata Shamsul Iskandar.

Tambahnya, beliau juga masih menunggu penjelasan lanjut Angkatan Muda PKR negeri itu berhubung aduan polis tersebut – yang dianggap tidak konsisten dengan pendirian Pakatan Rakyat yang sering menganjurkan perhimpunan.

"Tadi saya cuba hubungi mereka masih belum berjaya," katanya.-Malaysiakini

Akui Belajar Dalam Bahasa Ibunda Lebih Baik!!!

Parlimen hari ini diberitahu bahawa punca pembelajaran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SRJK) adalah lebih baik kerana mata pelajaran Sains dan Matematik diajar dalam bahasa ibunda.

Ini diakui sendiri oleh Timbalan Menteri Pelajaran Dr. Mohd. Puad Zarkashi ketika menjawab soalan tambahan daripada M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) berhubung pengajaran di sekolah Cina lebih baik dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan isu masalah beban buku teks yang terlalu banyak dibawa oleh pelajar sekolah.

Beliau sebelum itu menjawab soalan Datuk Ismail Mohamad Said (BN-Kuala Kurau) bahawa buku teks sekolah yang dikatakan tidak meransang kefahaman pelajar dan sejauh mana buku komersial lebih baik berbanding buku teks sekolah.

Sebelum itu, Ismail mendedahkan bahawa terdapat penyelidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bahawa buku teks yang digunakan di sekolah-sekolah kurang baik berbanding buku rujukan komersial yang ada di pasaran.

Menafikan kritikan itu, Puad Zarkashi berkata, buku rujukan komersial lebih berorientasikan peperiksaan semata-mata berbanding buku teks yang dipilih, ditulis, disusun dan disesuaikan selaras dengan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran.

"Penyediaan buku teks juga disusun dengan pelbagai kaedah pedagogi pengajaran dan pembelajaran bagi tujuan mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk memperkembangkan potensi individu secara holistik dan bersepadu.

"Hal ini juga untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmoni daripada segi intelek,rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Oleh itu, buku teks yang digunakan di sekolah lebih baik dari buku rujukan komersial,” katanya

Menjawab soalan tambahan Ismail, Mohd. Puad berkata untuk merangsang kefahaman pelajar ia bergantung kepada kaedah pengajaran guru dan sumber yang diperolehi oleh mereka.-HarakahDaily

Tuesday, December 1, 2009

Haji Gagal Satukan Umat?

karangan ~PakKaramu~
Salam

LAPORANG PAK KARAMU DARI MAKKAH

Ibadat haji di Makkah gagal menyatukan semangat umat islan seluruh dunia sebab setiap kumpulan suku bangsa masing-masing dengan budaya mereka bagaikan kabilah-kabilah di padang Pasir ertinya perpaduan umat islam tidak akan tercapai sampai bila-bilapun

Kehadiran umat islam di Makkah merupakan perhimpunan untuk bermuktamar ertinya untuk berkenal-kenalan dengan budaya bangsa itu sementara agama adalah menjadi dasar yang utama untuk di tonjolkan sebagai tanda perpaduan umat akan tetapi itu semua tidak berlaku

SUASANA MAKKAH SEKARANG

Suasana Makkah sekarang ersangat padat, jumlah jama'ah yang bersolat di luar masjid berlipat kali ganda dari dalam masjid, boleh di katakan jika dalam masjid satu juta maka di luar masjid adalah 4 juta jama'ah ertinya kerajaan Arab gagal menyediakan keperluan tempat ibadat untuk umat islam

Sementara cuaca pula sudah berubah kepada panas sejuk menyebabkan banyak habuk dan ramai yang batuk di samping Virus H1N1 pula menyerang jama'ah, sementara itu berita dari Madinah pula akan berlaku cuaca sejuk yang mungkin menjejaskan kesihatan para haji, demikian juga di Padang Arafah nanti akan berlaku kesejukan di sana, ini menyebabkan setiap jama'ah perlu bersiap sedia dengan baju sejuk yang tebal.

BN (Barang Naik) - Selepas Minyak, Beras Kini Giliran Gula Pulak!!!


Subsidi Gula Mungkin DiMansuh? - Malaysiakini

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang mengkaji cadangan pelbagai pihak supaya menarik balik subsidi gula dalam usaha mengurangkan kadar pengambilan bahan itu di kalangan rakyat Malaysia.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kementerian memandang serius cadangan tersebut dan keputusan sama ada mahu memansuhkan subsidi gula akan dibincangkan di peringkat kabinet tidak lama lagi.

"Kami masih membuat penelitian sama ada mahu mengurangkan atau memansuhkan terus subsidi gula yang diberi kerajaan.

"Kami akui subsidi gula yang diberi amat tinggi justeru kami sedang mengkaji cadangan beberapa pihak supaya memansuhkannya memandangkan gula bukanlah satu keperluan di negara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Kurangkan Pengambilan Gula anjuran Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata setakat ini kerajaan memperuntukkan RM720 juta setahun bagi menanggung kos subsidi gula bagi mengekalkan harga gula bertapis pada paras RM1.45 sekilogram.

Ismail Sabri bagaimanapun berkata harga gula dijangka mencecah RM2.45 sekilogram tahun depan jika kementerian mengambil keputusan untuk memansuhkan subsidi gula.

Katanya, faktor cadangan pemansuhan subsidi itu dipertimbangkan antaranya kerana Malaysia satu-satunya negara yang membekalkan subsidi gula kepada rakyat.

Selain itu, katanya, ia sebagai menyokong usaha mewujudkan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat negara ini.

Terdahulu, Presiden CAP SM Mohamed Idris turut menggesa kerajaan agar menghapuskan subsidi gula selepas beberapa persatuan pengguna lain turut mencadangkan usul yang sama baru-baru ini.-Bernama

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost