Friday, February 5, 2010

Prosiding Kes Liwat 2: Anwar vs Saifool...

Saiful perlu memahami setiap perkataan yang diucapkan di mahkamah. Jika beliau tersilap bicara maka buruk padahnya. Saiful sebelum ini telah beberapa kali memutar belitkan fakta kes liwatnya. Sekejap mengatakan diliwat beberapan kali oleh Anwar sekejap sekali. Kemudian sekejap suka sama suka kemudian dipaksa. Ini jelas membuktikan yang beliau tidak konsisten dengan apa yang diucapkannya itu.

Oleh itu kita harus melihat semua ini sebagai petanda awal yang perancangan mereka bakal menemui jalan buntu sebenarnya.

Saiful boleh bercerita apa sahaja di mahkamah tentang kejadian liwat tersebut, namun beliau harussedar bahawa yang menyokongnya hanyalah seorang peguam "kelas tiga" bernama Zamri Idrus, ayah dan pakciknya sejak dulu kini dan pasti buat selamanya. Anwar dibela oleh barisan peguam yang cukup terkenal dan "highclass", dimana ia membuktikan mereka yakin untuk membela anak guamnya itu.

Dalam masa yang sama juga beliau harus sedar bahawa Anwar disokong oleh ribuan rakyat dan umat Islam seluruh dunia. Bukan itu sahaja, Anwar disokong juga oleh ulamak tempatan seperti Tuan Guru Nik Aziz serta ramai lagi.

Tidak cukup dengan itu, Anwar juga disokong oleh tokoh ulamak tersohor Syeikh Yusuf Al-Qaradawi dan yang lainnya. Bukankah ini bukti jelas bahawa dunia melihat kes liwat ini hanyalah satu konspirasi politik jahat yang digunakan untuk menghancurkan serta menjahamkan kerjaya politik Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sebenarnya.

Thursday, February 4, 2010

Prosiding Kes Liwat: Anwar Yakin Kemampuan Peguambelanya...


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau yakin pasukan peguam belanya akan mampu menguruskan kes pertuduhan liwat yang dilemparkan oleh bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, dengan baik.

Anwar berkata, beliau tidak terkejut dengan apa yang didedahkan di mahkamah semalam.

"Saya tidak terkejut, tapi tentunya tiada siapa mahu perkara seperti ini berlaku tetapi saya perlu berdepan dengannya.

"Saya percaya para peguam bela saya mampu menguruskannya," kata Anwar kepada pemberita selepas prosiding mahkamah pada hari pertama perbicaraan kes liwatnya berakhir.

Anwar diwakili tujuh peguam yang diketuai Karpal Singh.

Beliau yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh dituduh meliwat Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Tuesday, February 2, 2010

Kaum Cina & India Adalah Pendatang - Pegawai Khas Najib

Kenyataan berbau perkauman yang diluahkan oleh seorang pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika berucap pada seminar '1Malaysia' di Melaka hari ini, menyaksikan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan.

Menurut sumber, pegawai khas Najib, Datuk Nasir Safar (kanan, bertali leher) menimbulkan kemarahan hadirin apabila dia melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang.

Selain itu, Nasir juga didakwa mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM.

Pemuda MIC dijadual membuat laporan polis lewat hari ini dan satu memorandum bantahan akan juga dikemukakan kepada Najib apabila beliau dijadualkan melawat Melaka pada 4 Feb.

Sementara itu, presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu melahirkan rasa marahnya berhubung insiden berkenaan.

Beliau yang menyifatkan insiden itu sebagai isu perkauman yang melampau menggesa perdana menteri mengambil tindakan sewajarnya ke atas pembantunya.-Malaysiakini

Perbicaraan Kes Liwat Anwar: Najib, Rosmah Akan Di Sapina Jadi Saksi !!!


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah meminta peguamnya, Karpal Singh supaya mensapena Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Rosmah Mansor untuk menjadi saksi dalam kes liwat terhadapnya.

Anwar yang juga ketua umum PKR berkata, beliau mempunyai bukti untuk menunjukkan bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan, telah menemui Rosmah dan kemudian Najib, dua hari sebelum membuat laporan polis.

"Kita mahu tahu pembabitan Rosmah dan Najib dalam hal ini.

"Mereka tidak menafikan pertemuan tersebut dan kita mahu tahu," katanya.

Kemudiannya, ketika berucap kepada penyokongnya, Anwar berkata: "Biar mereka datang buat penjelasan apa yang sebenarnya berlaku.

"Mereka mesti hadir jelaskan keadaan," katanya.

Anwar mengakhiri ucapannya dengan laungan bersama penyokongnya "lawan tetap lawan".

Pada Julai 2008, Najib yang ketika itu timbalan perdana menteri, mengakui bahawa Mohd Saiful adalah menemuinya di kediamannya beberapa hari sebelum membuat laporan polis.

Najib mendakwa beliau telah menasihatkan Mohd Saiful supaya membuat laporan polis tetapi menafikan beliau terbabit dalam konspirasi terhadap Anwar.

Sebelum itu, Najib telah mengakui bahawa beliau juga telah bertemu dengan Mohd Saiful di pejabatnya di Putrajaya.

Mohd Saiful, bekas pelajar Universiti Tenaga (UNITEN), ketika itu mahu mendapatkan bantuan Najib untuk memperolehi biasiswa kerajaan. - Malaysiakini

Monday, February 1, 2010

Rakyat Masih & Sedang Menilai Pakatan Rakyat !!!

Pilihan raya Umum mungkin akan berlaku dalam masa setahun atau lebih. Pilihan raya kecil di Perak juga tidak mustahil akan berlaku dalam masa terdekat. Adakah gelombang perubahan rakyat akan berlaku lagi jika pilihan raya diadakan? Adakah rakyat di sesetengah tempat masih setia menyokong PAS dan PR?

Kepimpinan dan penyokong PAS serta PR perlu tahu dan faham bahawa rakyat sedang menilai kemampuan parti dokongan mereka. Parti yang mahu menggantikan Umno mestilah lebih mantap dan kuat. Begitu jugalah jika Pakatan Rakyat (PR) mahu menggantikan Barisan Nasional.

Kekalutan beberapa pemimpin PR yang dihadapkan ke Lembaga Disiplin Parti menunjukkan PR sendiri tidak mantap dan mudah goyah. Pemimpin pusat dilihat tidak mampu mentarbiah pemimpin dan ahli bawahannya. Dengan kata lain, beberapa ahli parti gagal memahami konsep serta gagasan parti dan Pakatan Rakyat itu sendiri.

Tuduh-menuduh, menyaman serta mengeluarkan kenyataan media di kalangan ahli parti dan Pakatan sepatutnya tidak berlaku. Media arus perdana memang telah berjaya memainkan isu bagi kepentingan Umno.

Begitu juga kenyataan umum seperti penggunaan kalimah Allah, keagamaan serta isu-isu nasional perlu dikeluarkan melalui saluran pusat. Komen yang didedahkan kepada media tanpa melalui saluran pusat boleh menjejaskan imej parti.

Untuk semua ahli dan penyokong PAS serta PR, kembalilah kepada konsep berparti. Apa hebatnya jika niat yang disangka baik boleh merosakkan parti itu sendiri? Parti yang mantap sudah tentu mempunyai saluran tertentu bagi meluahkan ketidakpuasan hati ahlinya. Persoalannya, mengapa saluran berkenaan tidak digunakan?

Adakah kita mahu tujuan murni Pakatan Rakyat menggantikan Kerajaan Barisan Nasional berkubur begitu sahaja disebabkan kerenah beberapa pemimpinnya. Justeru itu tindakan Lembaga Disiplin dilihat sangat wajar.

Ketahuilah, kelemahan Umno tiada memberikan apa-apa makna jika PAS dan Pakatan semakin lemah. Jangan kerana kepentingan peribadi, kepercayaan dan harapan rakyat dilupakan begitu sahaja. Semoga apa yang terjadi akan lebih mematangkan PAS dan PR.

--HarakahDaily

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost