Thursday, December 31, 2009

Ambang 2010 Disambut Dengan Kenaikan Harga Gula!!!

Ambang 2010 disambut dengan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen mulai jam 12 malam ini.Walaupun sebelum ini ada ura2 untuk menaikan harga gula tapi selepas itu diyakinkan oleh pak menteri 1 Malaysia bahawa harga gula tak akan dinaikkan! Tapi sekarang apa dah jadi...

Ini lah kepimpinan 1 Malaysia Pencapaian Diutamakan, Rakyat DiHULUkan...

Harga Gula Naik 20 Sen
PUTRAJAYA, 31 Dis (Bernama) -- Harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 12 tengah malam ini berikutan kenaikan harga gula mentah dunia, demikian diumumkan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Mohd Zain Mohd Dom di sini Khamis.


Gerhana Bulan Separa Warnai Permulaan Tahun Baru 2010


Fenomena gerhana bulan separa dijangka berlaku Jumaat ini, 1 Jan 2010 (15 Muharam 1431H) bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi waktu tempatan. Menurut kenyataan Jakim hari ini, gerhana bermula dengan fasa penumbra pukul 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pukul 3.24 pagi. “Gerhana ini dijangka berakhir pukul 5.28 pagi. Gerhana jelas hanya dapat dilihat apabila bulan memasuki bayang umbra bumi dari pukul 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum,” kata kenyataan itu.

Rasa-rasa saya sepanjang 2009 ini acapkali gerhana berlaku-bulan atau matahari. Banyaknya berlaku gerhana menjadi petanda akhir zaman. Bahkan hampir semua tanda kecil Kiamat sudah berlaku. Hanya menunggu tanda besar sahaja. Mat Saleh lagi cepat mahukan Kiamat, 2012 dah berlaku. Dengan teknologi canggih cuba digambarkan peristiwa Kiamat. Tapi hanya di bumi? Sedangkan Kiamat berlaku melibatkan seluruh alam. Dan hakikat Kiamat dengan kedahsyatannya hanya Allah yang tahu.

Kita tak tahu tarikh Kiamat sebenar. Sepuluh tahun lagi, seribu tahun lagi, sejuta tahun lagi. Disebut man maata faqad qaamat qiamatuhu (sesiapa yang mati berlakulah kiamat dirinya). Kematian cukup hampir. Tragedi pengantin sekejap, kemalangan bas ekspres 2 tingkat, seorang lelaki tua Cina meninggal di restoran sebelum order minuman dan lain-lain membuktikan kematian sangat hampir.

Gerhana adalah fenomena alam ciptaan Tuhan, tetapi bukan sebarang fenomena. Ia tanda kebesaran Tuhan, tetapi bukan sebarang tanda.

Manusia berfikir akan berjaga-jaga dan sentiasa insaf sementara yang fasiq terus lalai dengan kefasiqannya. KeFASIQan mereka bermula dengan sambutan di ambang 2010 malam ini. - TKO

Wednesday, December 30, 2009

Gus Dur, Bekas Presiden Indonesia Meninggal Dunia


JAKARTA 30 Dis. - Bekas Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid meninggal dunia 6.45 petang ini (waktu Indonesia barat) ketika menerima rawatan di Hospital Cipto Mangunkusumo di sini.

Adik kandung Abdurrahman, KH Sholahudin Wahid mengesahkan Abdurrahman yang lebih dikenali sebagai Gus Dur dan merupakan Presiden Indonesia keempat telah meninggal dunia.

"Saya mendapat khabar beliau meninggal. Khabar yang saya terima beliau meninggal pada pukul 6.45 petang," kata Gus Sholah dipetik detikcom. - Utusan


1 Malaysia Miliki Tenaga Pakar Dalam Bidang "ROMPAKAN"

Oleh DAP Melayu

(I) KEHILANGAN ENJIN PESAWAT TERBANG

SEMUA macam tak percaya, macamana enjin pesawat terbang seberat 600 paun boleh lolos dari kawalan keselamatan. Macamana perkara ini boleh berlaku. Siapa Menteri Pertahanan ketika itu ?

Khabarnya enjin itu sudah diseludup ke Argentina, malah ada laporan yang mengatakan enjin tersebut sudah berada di sebuah negara Asia barat yang anti Amerika. Macamana boleh lolos ?

(II) KEHILANGAN GERABAK KERETAPI.

Pada tahun 80an dahulu negara digemparkan dengan kehilangan sebuah gerabak keretapi di Stesen Tapah Road, Perak. Semua macam tak percaya bagaimana sebuah gerabak keretapi yang begitu besar sangat berat dicuri.

Dari segi logiknya kerja mencuri gerabak bukan kerja mudah. Paling kurang memerlukan sebuah treler panjang dan 2 buah kren untuk mengangkat gerabak itu, sebelum diangkat ke atas treler dan di bawa lari. Macam mana boleh lolos ?

(III) KEHILANGAN DANDANG

Seperti juga gerabak keretapi, sebuah dandang yang begitu besar dan berat perlu kepada kren dan treler untuk diangkut. Dandang iaitu satu peralatan mekanikal, didapati telah dicuri dari kawasan kampus Universiti Malaya Kuala Lumpur beberapa tahun lalu. Kejadian berlaku pada waktu siang hari malah pada hari berkerja.

Dandang tersebut telah dibawa keluar dan melalui pemeriksaan keselamatan di pintu keluar universiti itu. Macamana boleh lolos ? Bolos ?

(IV) BESI BURUK

Tayar terpakai boleh tak boleh dipakai tetapi boleh diimpot dan dijual. Alat ganti kereta terpakai tidak boleh dipakai tetapi boleh diimpot dan dijual di pasaran dalam negara.

Kebanyakan alatganti kenderaan yang terdapat di kedai potong atau kedai alatganti terpakai adalah dibawa masuk dari negara luar terutama dari Jepun. Ianya dibawa masuk ke Negara ini dan diikrarkan oleh pengimpot sebagi besi buruk atau barang lusuh.

Cukai yang dibayar kepada Kerajaan ialah ‘cukai besi buruk’ bukannya cukai alatganti. Harga jualan satu enjin kereta terpakai sudah mencukupi untuk membayar cukai besi buruk satu kontena !

Tidak menghairan dan tidak mustahil jika enjin pesawat yang hilang itu dibawa keluar melalui pemeriksaan Kastam dan diikrarkan sebagai besi buruk. Lalu lolos ketika Najib jadi Menteri Pertahanan !

Pepatah Melayu berbunyi “Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi pencuri”.

Tuesday, December 29, 2009

Isu MIG-29: BENARKAH KJ & ZAHID BERPAKAT UNTUK JATUHKAN NAJIB?


Jika kita rajin membaca blog-blog yang menyokong Umno, khususnya blog-blog yang Pro-Mahathir, kelihatan sudah ada suara-suara yang mahu menyatakan; Khairy dan Zahid sedang berpakat untuk menjatuhkan Najib.

Menurut pendapat mereka, KJ & Zahid sedang berusaha untuk memusnahkan imej Najib agar penyokong Umno bangkit menolak kepimpinan Najib sebagaimana yang berlaku ke atas Pak Lah dahulu.

“Sifirnya mudah. Jika jatuh Datuk Seri Najib, secara automatiknya Zahid akan menjadi Timbalan Presiden UMNO kalau mengikut senioritinya sebagai Naib Presiden UMNO yang paling kanan. Setelah menjadi Timbalan Presiden UMNO, secara automatik Zahid akan menjadi Timbalan Perdana Menteri.” demikian kata pemilik blog Anti Khairy.

Kononnya, KJ dan Zahid tidak ‘berdendam’ dengan Najib tapi mereka berdendam dengan Mahathir.

KJ berdendam dengan Mahathir kerana Mahathir yang membuatkan dirinya tersisih dari kabinet Najib dan Khairy juga tidak akan lupa bagaimana dirinya dan bapa mertuanya (Pak Lah) dihina sebegitu teruk oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya. Manakala Zahid pula pernah dipenjarakan Mahathir kerana menyokong Anwar pada era reformasi 1998.

Atas alasan itu maka blog-blog yang pro-Mahathir mula membuat andaian bahawa memang benar terdapat pakatan antara KJ dan Zahid untuk menjatuhkan Najib kerana Najib adalah penyambung legasi Mahathirisme dalam Umno dan kerajaan Malaysia.

Andaian itu semakin kukuh bila Zahid membocorkan rahsia kehilangan enjin pesawat TUDM kepada umum walhal perkara itu sudah lama berlaku dan sedang disiasat polis.

Apa motif Zahid mendedahkan perkara itu kepada umum? Adakah kerana dia mahu menunjukkan dirinya amat telus di mata umum? Atau adakah kerana dia mahu menunjukkan kerajaan sekarang lebih telus dari dulu?

Samada Zahid sedar atau tidak, pendedahan itu telah pun mencalarkan imej Najib di mata umum. Biar apapun penerangan yang Zahid cuba berikan untuk membela Najib, namun ianya sudah tidak berguna lagi.

Lihat sahaja bagaimana Pakatan Rakyat memainkan isu ini untuk menggambarkan kelemahan Najib dan menuntut agar Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menyiasat kes yang melibatkan kedaulatan dan pertahanan negara ini.

Teryata Najib hanya berdiam diri dengan desakan itu kerana mungkin beliau sudah dapat membaca kesan yang bakal berlaku terhadap kedudukan dirinya.

Manakala Mahathir pula cuba membantu Najib untuk mengalihkan isu jet ini dengan meminta Najib menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (SSD) bagi menyiasat dakwaan yang dibuat oleh Barry Wain melalui bukunya ‘Malaysian Maverick’.

Taktik Mahathir ini sudah dapat dibaca. Dengan tertubuhnya SSD kes penyelewengannya, maka perhatian akan lebih tertumpu kepada kesnya sahaja sehingga SSD untuk menyiasat kes kehilangan enjin TUDM akan dipinggirkan rakyat.

Sungguhpun Najib lebih selesa dengan jawapan ‘no comment’nya, namun rakyat sudah dapat melihat dengan jelas apa yang telah berlaku sewaktu era pentadbirannya sebagai Menteri Pertahanan.

Bom C4 yang digunakan untuk mengebom Altantuya dipercayai datangnya dari pihak tentera. Pembunuhan Altantuya pula dikaitkan dengan komisyen kapal selam. Pembelian helikopter Cougar dibatalkan kerana harganya tidak masuk akal dan yang terkini, enjin pesawat yang besar itu pun boleh hilang sewaktu Najib memegang kementerian itu.

Kini Najib memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan. Apa lagi yang boleh 'hilang' selepas ini?

Baru-baru ini, UMNO Pulau Pinang yang diterajui Zahid menggesa Gerakan menyerahkan teraju kepimpinan BN kepada Umno. Mengapa perlu Zahid menaikkan isu kepimpinan BN Pulau Pinang sedangkan tuntutan itu sememangnya tidak memberikan apa-apa kredit kepada BN Pulau Pinang? Adakah Zahid sengaja mahu menjerat Najib?

Jika benar Zahid mahu menjerat Najib, jerat itu sudah mengena bilamana Najib membuat keputusan untuk tidak menyokong atau menolak tuntutan itu. Semua pihak hanya disuruh ‘tutup mulut’.

Keputusan seperti itu telah mengecewakan segelintir penyokong Umno dan secara tidak langsung, Zahid pula yang dilihat lebih berani dari Najib untuk memperjuangkan hak orang Melayu di Pulau Pinang.

Daripada - http://nuraflah.blogspot.com/

Nota: Konspirasi dalaman Umno ini nampaknya semakin menarik untuk diteliti. Kebanyakan blog-blog yang pro Pakatan masih lagi tidak mengutarakan perkara ini. Mungkin kerana mereka sedang sibuk untuk menjatuhkan pemimpin mereka sendiri.

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost