Tuesday, May 31, 2011

Mengapa Harga Gula, Letrik Dan Minyak Naik???


Soalan menarik untuk diketahui mengapa akhir-akhir ini harga-harga yang dikaitkan dengan subsidi seperti minyak, gula dan elektrik asyik naik, naik, naik? Di sini Tok Non ingin menyenaraikan akan sebab musababnya agar rakyat dapat buka mata.

1) Cara mudah kerajaan BN cari duit. Depa mana reti pikiag nak menjana pendapatan negara melalui hasil lain selain dari 'seluk poket rakyat' ambik duit sebagai sumber pendapatan. Rakyat bawahan merah bijik mata pulun cari duit, depa senang-senang tadah kantung.

2) Untuk menggunakan duit tersebut membiayai BN hadapi pilihanraya umum ke 13. Umumnya jentera BN tak boleh bergerak tanpa duit. Biaya bilik gerakan, makan minum, kempen, merasuah pengundi semua perlu duit. Nak bawak masuk pengundi Sabah mai tukar alamat, nak cetak VCD lucah untuk diedarkan kepada rakyat perlu duit, upah Datuk SK buah sumpah laknat bukan free tu saja habis berjuta-juta, nak upah pelakon mirip Anwar.. semua perlu duit. bagi BN biar rakyat marah sekejab tarif lektrik naik, lepas tu rakyat suka balik dapat rasuah sepuluh dua dekat pilihanraya.

3) Untuk kroni BN makan besar. Harga barang naik macam mana pun, kroni BN dan suku sakat mereka tetap kaya raya, senang lenang. Rosmah Mansor masih dapat keluar negara saban waktu, boleh shopping kat mana-mana dunia pun tanpa had belanja, sebab yang biaya dia semua duit rakyat.

Ada satu soalan/alasan yang dicipta oleh agent propaganda BN, bagi merasionalisasikan kenaikan harga minyak, gula dan tarif elektrik iaitu: Kerajaan perlukan duit untuk kebajikan rakyat, kalau semua duit diguna untuk subsidi harga barang, macam mana nak buat pembangunan untuk rakyat?

Jawapannya: Boleh sebenarnya jika kerajaan BN menguruskan negara dengan kos sebenar. Maksudnya berbelanja tanpa 'mark up' dari harga sebenar. Mengikut Laporan Audit 2009 kerajaan BN telah membazir sebanyak RM40 Billion apabila kos projek yang dibuat kerajaan tidak seperti harga sepatutnya.

Nak cerita mudah kat orang kampung macam ni... kalau kata kos sebenar sebuah jambatan yang dibuat dalam kampung cuma RM100 ribu, tapi harga depa letak ialah RM1 juta. Maknanya RM900 ribu lagi puak-puak tu sapu sama ada untuk peribadi, kroni, parti politik, beli undi pemilihan UMNO dan sebagainya. Itu yang dipanggil ketirisan.

Inilah punca duit negara tak pernah cukup, penyamun tarbus BN dok sapu. Kalangan rakyat yang tak tau apa-apa simpati bukan main dekat kerajaan, walhal depa tarik subsidi tu 'demi tembolok' mereka dan kroni. Tiada kena mengena dengan kebajikan rakyat. -Kedah La

Wednesday, May 25, 2011

Kerajaan Tidak Bagi Subsidi Kepada IPP - Peter Chin

DAP melahirkan rasa kurang senang dengan kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui bahawa RM19 bilion yang dinikmati oleh pengeluar tenaga bebas (IPP) dan Tenaga Nasional Berhad setiap tahun bukan satu bentuk subsidi.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng menganggap kenyataan itu satu lagi bentuk 'pendayaan dan penipuan besar-besaran' oleh BN.

“Jika untung RM19 bilion terpaksa dilupuskan oleh Petronas setiap tahun bagi membantu IPP dan TNB bukan satu bentuk subsidi, apakah istillah yang betul bagi menggambarkan kerugian ini?” soal Lim dalam satu kenyataan.

“Kuasa yang dijanakan oleh IPP memenuhi 60 peratus daripada keperluan tenaga negara manakala TNB membekalkan 40 peratus. Ini tanda jelas bahawa IPP mendapat manfaat paling besar daripada RM19 bilion yang diperuntukan itu,” katanya.

Dua hari lalu, Chin menafikan IPP menikmati subsidi gas bernilai RM19 bilion setiap tahun daripada kerajaan.

Katanya RM19 bilion adalah “keuntungan” yang terpaksa "dilepaskan" oleh Petronas kerana terpaksa menjual gas di bawah harga pasaran, iaitu pada RM10.70 bagi setiap Juta Unit Termal British (MMBtu), yang ditetapkan kerajaan kepada Petronas kepada IPP dan TNB untuk menjana kuasa serta sekaligus memastikan tarif elektrik yang rendah.

Menurut Lim, perkara itu hampir sama dengan kejadian sebelum ini - di mana kerajaan berkeras mempertahankan bahawa RM540 juta yang diberikan kepada Perimekar Sdn Bhd bukan komisyen kerana mengaturkan pembelian dua kapal selam bernilai US$972 juta (RM3.68 bilion) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia.

Saturday, May 21, 2011

BUKU JINGGA: UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA!

Setelah 53 tahun Merdeka negara kini berada dalam krisis. Cita-cita untuk membina sebuah bangsa yang bersatu padu dan negara yang makmur telah gagal.

Demokrasi dan hak asasi rakyat terus dinodai oleh pemerintah UMNO/BN. Rasuah dan penyalahgunaan kuasa membarah. Kekayaan negara telah dibolot oleh segelintir elit berkuasa. UMNO/BN tidak mempedulikan rakyat terbanyak yang dihimpit oleh kos sara hidup yang tinggi. Pendapatan rakyat tidak meningkat kerana dikekang oleh pemerintah. Daya saing negara dan rakyat terhakis akibat dasar yang lemah, pelaksanaan yang tidak berkesan dan kebijakan (dasar) yang tidak berjiwa rakyat.

Krisis parah sebegini memerlukan tekad dan azam politik untuk diatasi. Malaysia memerlukan dasar-dasar baru dengan membuat anjakan paradigma. Maka, Pakatan Rakyat sebagai permuafakatan politik (tahalluf siyasi) mengangkat suatu rencana dasar dan kebijakan yang menyeluruh untuk membela rakyat melalui Dasar Bersama yang dimeterai.


Dasar Bersama adalah berlandaskan empat kerangka asas iaitu:

.Demokrasi yang telus dan tulen untuk memperkasakan ketuanan rakyat;
.Memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mampan untuk menjana kemakmuran dan kebajikan kepada semua secara adil;
.Keadilan sosial bagi menjamin pembangunan insan secara menyeluruh; dan
.Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara yang adil-setara.

Dasar Bersama ini menggariskan iltizam kami untuk mengalih hala tuju negara dan bangsa ke landasan yang betul setelah berdekad diruntun salah guna kuasa, rasuah dan politik perkauman.

Muafakat asas yang membentuk Dasar Bersama adalah ketulusan parti-parti Pakatan Rakyat meletakkan Perlembagaan Persekutuan sebagai kompas perjuangannya. Tiga perkara pertama yang diangkat dalam Dasar Bersama adalah komitmen Pakatan Rakyat untuk:

Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.

UNTUK MEMBACA KANDUNGAN PENUH BUKU JINGGA sila klik link dibawah..

BUKU JINGGA UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA!

Saturday, May 7, 2011

Inilah Yang Dikatakan 'RAKYAT DIDAHULUKAN'... WTF

(Gambar)DAIF: Keadaan rumah Bahan yang terletak di pinggir Sungai Samarahan.

Adui..... dah 48 tahun Sarawak merdeka dalam Malaysia, tengoklah apa yang rakyat dapat.Dalam PRN Sarawak lepas aku pasti pemilik rumah dalam gambar kat atas tu mengundi BN!!.DUN Muara Tuang diwakili oleh Ali Mahmud adik kepada Pehin Seri Taib!!!Kenapa masa berkempen dulu tak nampak kesusahan hidup saudara Bahan ni?

Lepas tersiar kat akhbar ni pasti wakil-wakil dari kerajaan akan berpusu-pusu datang untuk menghulurkan bantuan dan pasti bantuan dari mereka ini akan dijadikan modal politik untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan amat perihatin terhadap kesusahan rakyat.Apa ni.. mengapa sebelum ni sorang pun wakil dari kerajaan tidak nampak?WTF BN...

Berita penuh di SINI

Wednesday, May 4, 2011

Pembelian Pesawat RM86 Juta Untuk Kegunaan Taib Mahmud Penuh Rasuah?


Seorang bekas pengurus besar syarikat penerbangan milik kerajaan negeri - Hornbill Skyways Sdn Bhd - memberitahu mahkamah bahawa pembelian pesawat jet bernilai RM86 juta untuk kegunaan menteri besar Tan Sri Abdul Taib Mahmud penuh dengan kepinccangan, rasuah dan salah guna kuasa.

Mohamed Asharat Ramzan Ali (kiri), 48, yang mendakwa beliau dipecat secara tidak sah pada 2005 selepas mendapati terdapat beberapa perkara yang tidak kena dengan syarikat tersebut.

Menurut keterangan 34 muka surat Asharat kepada Mahkamah Industri di Kuala Lumpur, syarikatnya itu telah membeli pesawat jet bisnes Cessna Citation X yang dibina oleh Cessna Aircraft Company yang berpangkalan di Amerika Syarikat sebagai "aset negeri", sebelum menyertai syarikat itu pada 15 Mac 2005.

Dakwanya, pembelian itu juga membabitkan komisyen yang dihuraikannya berjumlah "US$250,000 sebagai elaun jualan" dalam dokumen yang berkaitan.

"(Harga pembelian) kira-kira RM74 juta. Jika faedah ditambah bagi pinjaman RM45 juta dari Ambank, jumlah kos adalah kira-kira RM86 juta," kata Asharat.

Pengarah eksekutif syarikat berkenaan Aidan Wing (kanan) yang juga bekas ADUN Lambir menafikan sebarang salah laku dalam pembelian pesawat itu dan berkata elaun jualan yang diberikan itu sebenarnya diskaun pembelian.

Namun Asharat menolak hujah Wing itu.

"Dalam perjanjian jual-beli yang awal, ia menunjukkan elaun jualan US$250,000 telah diterima. Namun angka itu muncul lagi pada harga muktamad pembelian pesawat itu,” katanya kepada mahkamah ketika disoal-balas oleh peguamnya Atan Mustaffa Yussof Ahmad.

Asharat juga berkata pengurus kewangan Shirley Wee, yang terbabit secara langsung dalam pembelian itu mendesak agar pesawat dihantar lebih cepat daripada 28 Julai 2005, meskipun ia perlu melalui beberapa prosedur pentadbiran. - Malaysiakini

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost