Kampung Muara Tebas yang terkenal dikalangan pengunjung berbangsa Cina kerana terdapat sebuah Tokong yang dikatakan terawal dibina di Sarawak.Tulisan kali ini tidak akan meyentuh mengenai Tokong tersebut kerana telah ditulis disini.Tapi kali ini saya akan tulis mengenai sebuah patung Buddha (gambar) yang terdapat disebuah kedai berhampiran tokong itu.
Sebenarnya tiada apa yang istimewa tentang patung ini.Saya cuma ingin berkongsi maklumat ini untuk mendapatkan pandangan pembaca mengenainya.Kalau diperhatikan betul-betul, patung ini seolah-olah, seorang tua melayu memakai baju melayu,berkain pelikat dan bersongkok putih.Yang menjadi persoalan disini kenapa patung ini dibina sedemikian rupa dan dipamerkan kepada orang ramai sedangkan ianya terletak disebuah perkampungan yang majoritinya Melayu.Walaupun dikampung ini terdapat sebuah tokong, ini tidak dapat dijadikan alasan untuk meletakkan patung seperti ini kerana ianya seolah menghina melayu dikampung ini (pandangan peribadi penulis).
Ada juga penduduk disini yang berpandangan seperti penulis tapi kebanyakannya hanya bercakap sesama mereka.Seperti juga penulis,mereka sebenarnya tak tahu apa tindakan yang harus diambil terhadap isu ini dan tindakan memparkan isu ini ke dalam blog adalah satu-satunya tindakan yang mampu penulis lakukan.
0 comments:
Post a Comment