Sunday, December 7, 2008

Shabery dan harga minyak




          Menteri Penerangan Shabery Chek berkata kerajaan akan terus menurunkan harga minyak mengikut pasaran dunia seperti yang dijanjikan. Soalnya, siapa pula kerajaan yang menjanjikan semua itu ketika pilihanraya? Malahan ketika debat "Isu Minyak: Hari Ini Perintah Esok Minyak Turun" antara beliau dengan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim beliau berkali-kali mempertahankan bahawa minyak tidak boleh diturunkan biarpun harga minyak dunia turun. Macam-macam alasan diberikan. Begitu juga dengan kenyataan Najib Razak, bahawa jika harga minyak turun maka "negara akan muflis".Maka dalam hal ini siapa sebenarnya yang mempertahankan supaya harga minyak turun ikut pasaran dunia. Bukankah ia lahir daripada pemimpin Pakatan Rakyat sendiri. Maka kini harga minyak akhirnya turun dan terus turun, gara-gara kekuatan Pakatan Rakyat di parlimen dan penampilan Anwar sebagai Ketua Pembangkang. Itu hakikatnya, maka kenapa Shabery tiba-tiba bercakap "bohong" dalam hal ini. Sepatutnya beliau perlu "letak jawatan" sekarang. Itulah yang dijanjikan jika beliau tewas dalam debat tersebut. Nah, sekarang minyak turun ikut pasaran global. Maka Shabery perlulah kotakan janjinya kepada PM dan rakyat Malaysia itu

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost