Semenjak kemenangan mengejut Pakatan Rakyat pada PRU ke-12, suasana kini telah berubah daripada yang mantap dan mempunyai talian silaturahim antara ahli-ahli intra maupun inter parti, ke suasana menjaga perut sendiri. Apa yang memalukan ialah perebutan jawatan dari yang kecil hinggalah ke yang besar.
Dahulunya, orang-orang ini juga yang mencemuh mereka yang memegang jawatan JKKK, ketua kampung atau ahli majlis sebagai “low standard”, tetapi kini orang-orang ini pula yang merebut untuk diberi jawatan “low standard”. Tidakkah ini menunjukkan tahap ketamakkan mereka?
Dari Pulau Pinang ke Selangor, ma chai-ma chai kecil cuba mengugut untuk keluar parti jikalau tidak diberi jawatan yang mereka idamkan. Di Pulau Pinang, seorang pemandu truk angkut mengugut untuk keluar parti kalau tidak diberi jawatan ahli majlis. Oleh kerana, beliau dan sekutu beliau diberi jawatan maka perkara rajuk-merajuk ini tidak diperbesarkan.
Sebaliknya, di Selangor, oleh kerana MBnya tidak endah kerenah orang-orang yang mabuk jawatan maka MB tersebut diserang dari pelbagai sudut. Khalifah terkemuka Umar Abd Aziz menggunakan satu lilin untuk tujuan rasminya sebagai pemerintah dan menggunakan lilin beliau sendiri untuk kegunaan keluarga dan peribadinya. Adakah cara ini salah?
MB Selangor juga cuba untuk memisahkan hubungan parti (baca: ahli-ahli parti) dari hal-hal pemerintahan negeri supaya masalah rasuah dapat dikurangkan jika tidak dapat dibendung sama sekali, akan tetapi beliau diserang bertubi-tubi baik daripada mereka yang soleh atau bukan dan juga mereka yang berpegang teguh kepada ajaran agama seperti agama Hindu & Buddha maupun Kristian. Apa sudah jadi dengan Malaysia ini? Adakah melakukan rasuah atau merebut kuasa yang akhirnya menjurus kepada penyelewengan adalah satu perbuatan yang didukung ramai termasuk mereka yang berdiri di atas platform anti rasuah ketika pemilu yang lalu? Atau adakah mereka ini secara “convenience” sahaja melaungkan slogan anti rasuah?
Manikavasagam atau Mike , dalam sidang media seperti dilaporkan mengatakan bahawa orang-orang India tidak diberi jawatan dalam GLC & agensi-agensi kerajaan negeri yang lain di Selangor.
Adakah Dr Xavier bukan orang India, atau Vembarasan a/l Vairakkannu & Pappa Raidu a/l VeramanPappa Raidu a/l Veraman, Thiruvenggadam A/Lanamuthu, Ramakrishnan A/L Suppiah , Derek John Fernandez , Cynthia Manonmani A/P Michael Gabriel, Antony Siva Balan A/L Thanasayan, Panneerselvam Varathan, Murugan @ Murugeshu a/l Arumugam, Nanto Gopalan Krishnan a/l Rajoo , Gurdip Kaur a/p Pritam Singh, Selvadurai a/l Subramaniam, Ganasan a/l Macholai, M. Sunthararajoo a/l Murugan, Maneyvannan a/l Velue, Encik Segaran a/l Ladasamy , Raju a/l Veerasamy, Supiramany A/L Sinnapayal, Sooria Narayanan A/L Shanmugam @ Shumugam, Rajo a/l Kuppan, Selvandran a/l PongudianLakshmanan a/l Subramonian, M. Raken a/l Marimuthu, Steven a/l Karulappan, S Kanasan A/L Suppiah , Batumalai A/L Malinaidu , Pulanthran A/L Munisamy , Praba Ganesan , Gunalan A/L Velayuthan, K.A.Ramu a/l Kandasamy, K.A.Ramu a/l Kandasamy, Rajoo Naidu a/l Appalasamy, Santokh Singh a/l Gurdev Singh , Rames a/l Ittan, Vellasamy a/l Kolandai, Pathmanathan a/l Perumal, Janarthani a/p Arumugam, Karunakaran a/l Annavy, & Vannirselvan a/l Ganesan juga bukan Indian? Nama-nama ini bukan dipetik dari tepi longkang tetapi dari laman kerajaan Selangor.
Mike, dimanakah orang India dipinggirkan? Atau segala apa yang berlaku tempohari hanya dilakukan oleh orang-orang yang gila talak terhadap jawatan dalam kerajaan negeri? Ia amat memilukan penyokong-penyokong PR jika MP yang berfikiran sempit seperti Mike masih ada dalam PR. Jika benar, orang India dipinggirkan, adakah jawatan-jawatan yang diminta dari kerajaan negeri dan jika dipersetujui oleh kerajaan negeri akan diberi kepada orang-orang India jalanan ataupun ia akan dibolot oleh Mike dan rakan-rakan sekutunya? Jika Mike dan sekutunya membolot segala jawatan yang diberikan, tidakkah perjuangan mereka hanya sekadar perjuangan kepentingan sendiri yang bertopengkan ketuanan Hindu sahaja?
Selain daripada wayang ala Bollywood, ada juga yang nampaknya soleh tetapi sanggup melakukan “tikam belakang” terhadap rakan seperjuangannya dan ia dilakukan lebih teruk daripada apa yang berlaku dalam umno. Orang seperti ini sudah hilang akal fikirannya dan hanya bertuankan jawatan & kemewahan !!!.
0 comments:
Post a Comment