Monday, January 26, 2009

Mati mengejut!!!...Memang terkejut!!!

.
A Kugan yang dilaporkan “mati mengejut” semasa dalam tahanan polis telah diklasifikasikan semula oleh Gani Patail sebagai bunuh.

Yang lebih menariknya bila media pada hari kejadian tertumpu kepada saranan “menyediakan CCTV” dalam bilik siasatan untuk “mengelakkan kejadian” yang serupa dari berulang. Seolah2 kejadian tahanan mati ketika disoal merupakan satu keadaan yang agak “magic”. Seolah2 seperti tiada log book dan laporan setiap kali soal siasat dijalankan. Seolah2, soal siasat dijalankan secara rawak sampai polis pun tak tau apa yang berlaku dan siapa yang terlibat dalam proses tersebut. Oleh itu kena pasang CCTV supaya kita tau sapa yang menyiasat.

Percayalah, kalau “kematian mengejut” semasa disoal siasat ini tidak ditangani dengan telus, Tanah Melayu ni berkemungkinan menjadi antara negara yang paling tinggi jumlah “kes selesai” dalam dunia!

Gani Patail telah bertindak agak kurang bangang kali ini kerana mengklasifikasikannya sebagai kes bunuh. Sebelum itu, bedah siasat membuat rumusan bahawa tahanan mati sebab “paru2 berair”. Menggambarkan seolah2 dia mati sebab sakit asal, bukannya sebab lain. Tak pulak dicerita sebab paru2 berair. Ada kemungkinan tak si mati dipaksa duduk dalam bilik sejuk atau direjam dalam air, atau sumber2 luaran yang boleh menyumbang kepada kepada kematian disebabkan oleh kondisi simati sebelum itu?

Apa2 pun, polis mengklasifikasikan pada mulanya sebagai “mati mengejut”. Ada terdetik jugak dalam benak kepala aku yang berkarat ni : ada ka orang yang mati tak mengejut? Matinya semua dah tau dan dah jangka? Pada aku, bunyi “mati mengejut” ni nak sama macam bunyi “tak boleh makan sebab kenyang”. Terlalu mengejut untuk dijadikan alasan oleh Polis. Siasat tidak, bedah siasat pun belum. Alih2 mati mengejut? Waaa… Senang kerja polis sekarang ni!

Ingat lagi kes dadah yang “dicuri oleh banduan dalam lokap”? Ingat lagi tentang laporan betapa gahnya polis kita memerangkap Bentong Kali yang cuma ada tiga empat orang pengikut, tapi sampai sekarang masih “belum dapat mengesan Ayah Pin” yang mempunyai pengikut yang begitu ramai? Ingat lagi betapa besungguhnya polis melobi gomen untuk pasang CCTV seluruh malaya, tetapi masih tergaru2 kepala tak nampak punca bila melihat imej lelaki yang meletakkan beg berisi mayat Nurin tertera jelas dalam CCTV? Imejnya nampak, motonya nampak, bagnya nampak, orangnya nampak, keputusannya haprak.

Pak polisi, terutamanya KPN, tolonglah ambik ingat bahawa tanah melayu sekarang dihuni oleh orang2 muda. Mereka ni ada astro, dan kebanyakannya tengok CSI. Yang subscribe untuk Crime and Investigation channel pun ramai. Jadi, tolonglah jangan memalukan diri sendiri dengan belagak bodoh sombong. “Mati mengejut”, “menembak mati kerana mempertahankan diri”, “CCTV”, tu semua antara benda2 yang rakyat tak akan telan bulat2. Budak2 muda ni cerdik. Sebab tu polis rekrut ramai budak2 muda sekarang, sebab tau depa ni cerdik.

Tapi apakan daya, secerdik mana pun polis yang ada, kalau yang di atas cuma kerja mengampu dan melobi untuk temolok peribadi saja, upah Einstein pun belum boleh jadi apa2.

Tulisan ini “berhenti mengejut” di sini saja.

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost