Monday, January 12, 2009

TV3 layak menjadi anggota komponan BN


Saban hari sejak hari penamaan calon sehingga malam ini saya perhatikan TV3 khasnya melalui siarana Buletin Utama jam 8.00 malamnya, telah benar-benar bertindak bagaikan ejen kempen pilihan raya Barisan Nasional untuk pilihan raya kecil Kuala Terengganu. Rupanya semakin lanjut usia TV swasta ini (25 tahun 2009 ini) semakin condong ia ke arah BN menjilat dan menjadi alat propaganda BN, bagaikan parti komponan BN pula lagaknya.


Saya menyatakan ini kerana sejak tanggal 8 Mac lalu kita saksikan TV swasta yang lain termasuklah Bernama nampaknya lebih seimbang, kalau tidak pun adil sepenuhnya, memberi juga ruang kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Kedah, Pualau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan disamping terhadap aktiviti ahli-ahli parlimen PR. Dalam kes pilihan raya kecil Kuala Terengganu ini kita lihat TV Bernama dan Astro Awani contohnya pemurah juga memberi ruang seadanya bagi PAS, tetapi TV3?

Inilah sikap mereka pra pilihan raya umum ke 12 lalu, jika mereka sudah terlupa. Kalau berita pembangkang,
pasti dimulakan dengan kononnya fitnah pembangkang, putar belit pembangkang dan lain-lain yang buruk-buruk belaka. Tetapi BN dijulang, dilambung di usung bagaikan malaikat, bersih, baik, cantik, molek tanpa sedikit pun calar atau cacat-cela.Tetapi apa berlaku, dalam pilihan raya itu rakyat kebanyakannya menolak segala propaganda liar, jahat dan berat sebelah mereka. BN terima kekalahan paling besar dalam sejarah mereka walaupun talibarut mereka seperti TV3 ini saban hari menyanyikan lagu-lagu merdu belaka bagi pihak mereka.Ini membuktikan rakyat sudah bijak memikir dan membuat perhitungan.Rakyat era PRU ke 12 adalah rakyat yang bermaklumat, pintar dan berpelajaran.

Inilah jenis rakyat yang sama kita harapkan berada di Kuala Terengganu pada hari ini. Kalau TV3 menjadi nas dan ikutan bagi membuat keputusan, niscaya tergadailah maruah agama, bangsa dan negara kerana segala kandungannya hanya layak buat mereka yang buta mata hati dan yang merela diri melacur dan dilacur oleh dakyah dan propaganda jahat dan tidak bertanggungjawab.

Cukup-cukuplah TV3 jika mahu kekal sebagai sebuah stesyen TV swasta yang bermaruah dan punya harga diri. Tetapi kalau memilih untuk menjadi anggota komponan BN, maka lebih baik memohon cepat, kerana mereka kini setaraf IPF dan parti Nallakarupan yang sedang dan pernah memohon menjadi anggota komponan BN!

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost