Sunday, January 18, 2009

UMNO/BN ditolak oleh rakyat Kuala Terengganu


Kemenangan pakatan Rakyat di Kuala Teregganu bukan sahaja mencabar kerajaan Barisan nasional dalam mentadbirkan negara, malahan ianya menjadi cabaran betapa Najib juga tidak di alu-alukan sebagai Perdana Menteri.Pilihanraya kecil ini menjadi satu igauan buat Umno kerana ianya bukan sahaja membelanjakan jutaan ringgit malah taktik menggula-gulakan rakyat kini sudah tidak menjadi satu "umpan' yang baik bagi membuatkan rakyat menyokong BN.


Media,terutama TV3 juga menyumbang kepada kekalahan BN.Liputan yang dibuat sepanjang tempoh kempen amat tidak bertanggungjawab.Kritikan yang dilemparkan terhadap DSAI telah menjadi senjata makan tuan.Rakyat Kuala Terengganu sememangnya telah masak dengan pembohongan yang dilakukan oleh pihak media arus perdana terutama tentang keretakan dalam hubungan Pakatan Rakyat yang setiap malam di gembar-gemburkan oleh mereka.

Kemenangan ini juga membuktikan bahawa rakyat memahami manipulasi berita yang dilakukan oleh pihak media ini.

Sikap ahli Umno dan BN dilihat bukan sahaja ditolak, namun janji-janji Umno dilihat hanya untuk memancing undi semata-mata.Maka kerana itu Umno harus berubah sehingga rakyat kembali yakin kepada ketelusan membantu orang Melayu.


MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost