Rakyat berhak untuk menyaman Sultan, soal benar tak benar saman tersebut serahkan kepada pihak berkuasa dan mahkamah. Contoh kalau seseorang kena lempang dengan Sultan adakah orang itu tidak mempunyai hak untuk menyaman?
Sejak mutakhir ini terdapat sesetengah pihak cuba berselindung di sabalik Sultan untuk memenuhi kehendaknya. Adalah tidak munasabah semuanya nak melalui Sultan. Sultan sepatutnya langkah yang terakhir bukan langkah awal.
Dalam kes Perak sebagai contoh, UMNO mempunyai ruang membawa undi tak percaya kepada Nizar dalam sidang DUN. Setelah undi di buat dan ternyata Nizar sudah tidak dipercayai majoriti ahli DUN, barulah bawa keputusan itu ke Istana. Saya rasa langkah itu lebih terhormat daripada menggunakan Sultan secara terus.
Oleh kerana itu pihak tersebut harus sedar kesan daripada terlalu meletakkan pergantungan kepada Sultan telah menyebabkan hubungan rakyat dengan Sultan telah keruh. Meraka inilah sebenarnya harus bertanggungjawab terhadap segala yang berlaku.
0 comments:
Post a Comment