Sunday, March 15, 2009

Anwar, Pak Lah Dan Kerajaan Perpaduan



Semasa diwawancara oleh NTV7 baru-baru ini, Ku Li berkata bahawa PM Malaysia tidak semestinya dari Presiden sesuatu parti, tetapi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, YDP Agong boleh melantik sesiapa sahaja ahli Dewan Rakyat yang mendapat sokongan majoriti ahli Dewan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Perhimpunan Agong UMNO akan berlansung pada hujung bulan ini dan Najib hampir pasti akan menerajui UMNO menggantikan Pak Lah. Mengikut tradisi sesiapa sahaja Presiden UMNO akan dilantik menjadi PM. Maka mimpi Najib untuk menjadi PM semakin menjadi nyata.

Mengikut adat Malaysia memang begitu tetapi adat boleh berubah. Kenyataan Ku Li itu sangat bermakna bila ia seakan-akan menyokong kenyataan Presiden PAS baru-baru ini yang menyarankan supaya dibentuk sebuah Kerajaan Perpaduan di Malaysia. Mungkin kenyataan Presiden PAS tidak berapa menyengat kerana PAS mempunyai jumlah ahli Parlimen yang paling sedikit tetapi jika dilihat bahawa PAS adalah tunjang Pakatan Rakyat yang mempunyai 83 orang ahli Parlimen maka ia amat bermakna.

Sejak kebelakangan ini, telah timbul banyak pendapat dan saranan supaya Pak Lah menangguhkan peralihan kuasa kepada Najib dan meneruskan tugas sebagai PM. Saranan ini kebanyakannya datang dari pihak pembangkang. DS Anwar pernah menyatakan bahawa beliau dan ahli-ahli Parlimen PR akan menyokong Pak Lah dalam perkara-perkara tertentu.

Nah, nampak jelas bahawa semua ini adalah usaha untuk mengenepikan Najib dari menjawat jawatan PM dan mengekalkan Pak Lah sebagai PM. Apabila semua ahli Parlimen PR menyokong Pak Lah di sambing penyokong Pak Lah sendiri dan ahli-ahli Dewan yang pro-Anwar dari BN menyokong Pak Lah, maka YDP Agong tidak akan melantik Najib kerana sokongan majoriti ahli-ahli Yang Berhormat adalah kepada Pak Lah.

Teori ini dikuatkan lagi dengan pertemuan yang berlaku di antara Pak Lah dan DS Anwar di Madrasah Nurul Iman, Hulu Langat. Memanglah masing-masing menafikan ada pakatan sedang 'dimasak', tetapi rentetan peristiwa yang dinyatakan di atas sangat jelas mengatakan memang ada sesuatu yang sedang direncana.

DS Anwar mungkin sedang membuat 'political meneuvering' di mana beliau akan menyekat Najib dari menjadi PM. Pak Lah akan dikekalkan sebagai PM sementara Kerajaan Perpaduan dibentuk. DS Anwar akan mengambil alih dari Pak Lah selepas pembentukan Kerajaan Perpaduan dengan cara Pak Lah mengusulkan supaya DS Anwar diberi undi percaya untuk menjadi PM. Pak Lah kemudian meletak jawatan.

DS Anwar sebenarnya tidak perlukan ahli Parlimen BN melompat parti tetapi cuma sokongan undi percaya di Dewan Rakyat. Dengan terbentuknya Kerajaan Perpaduan kerajaan akan lebih seimbang dan stabil. Malaysia akan mempunyai Jemaah Menteri yang berwibawa, telus dan berintegriti. Usaha-usaha untuk mengemudi Malaysia di dalam keadaan huru-hara ekonomi akan lebih terjamin dan mantap.

Sama-samalah kita lihat bagaimana perkembangan selanjutnya melakarkan kesahnya.

Sheikh Sambal
http://barukabordal.blogspot.com/

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost