Thursday, March 12, 2009

Peralihan Kuasa & PRK Parlimen Kepala Batas


Ada dua pendapat mengenai peralihan kuasa dari Pak Lah kepada Najib. Pertama, peralihan kuasa akan ditunda ke suatu masa yang lama selepas pemilihan pimpinan UMNO. Kedua, peralihan kuasa tetap seperti yang dijadualkan.

Banyak penyokong PR menyokong pandapat pertama, malah kalau boleh biarlah dibatalkan sahaja rancangan peralihan kuasa tersebut. Alasannya mudah sahaja iaitu Najib tak sesuai menjadi PM. 

Bagi golongan lama UMNO pula mereka meyakini bahawa peralihan kuasa yang dijanjikan tetap berlaku pada bila-bila masa sahaja. Setelah Najib menjadi PM, Pak Lah akan bercuti beberapa minggu; kemudian, beliau akan mengumumkan perletakan jawatan sebagai AP Kepala Batas.

Jika berlaku seperti pendapat pertama maka UMNO akan bergaduh sesama sendiri kerana berebut kuasa. Mereka juga akan menyerang Pak Lah habis-habisan. 

Kalau berlaku seperti pendapat kedua maka kerusi parlimen Kepala Batas akan kosong dan Pilihan Raya Kecil(PRK) Parlimen perlu diadakan. Insya Allah, jika Nizar bertanding di situ maka PR akan menang.

Ini bermakna, Pak Lah tersingkir dari UMNO/BN dan disingkir oleh PR.


MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost