Monday, April 6, 2009

Esok, hari akhir Najib bersihkan diri!


Esok merupakan hari terakhir bagi Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak untuk membersihkan namanya dari kaitan kes Altantuya Shariibu sebelum berdepan 'hukuman' oleh para pengundi bagi Pilihan Raya Kecil di tiga tempat iaitu Parlimen Bukit Gantang, Dun Bukit Selambau dan Batang Ai pada 7 April ini.

"Di mana esok adalah hari terakhir dia (Najib) boleh bertindak sekurang-kurangnya menyatakan saman kepada akhbar Liberation di Perancis untuk memohon maaf di atas laporan oleh akhbar tersebut," demikian ditegaskan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shahrin pada sidang media parti itu di Yayasan Aman, di sini hari ini.

Sikap berdiam diri Najib katanya, menunjukkan seolah-olah beliau akur dengan laporan akhbar tersebut.

Jelas Badrul lagi, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pernah mengemukakan saman terhadap akhbar di London kerana mengaitkan PAS dengan rangkaian Al-Qaeda di Asia Tenggara dan PAS menang dalam pendakwaan itu manakala akhbar berkenaan turut mohon maaf.

Ujar beliau, begitu juga saman fitnah yang dikemukakan Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar terhadap sebuah akhbar tempatan di mana Mahfuz turut memenangi kes itu.

"Jadi ini perlu diikuti oleh PM, jika tidak pengundi-pengundi di tiga tempat ini boleh meletakkan penghakiman terhadap PM yang gagal menjawab isu tersebut," tegasnya.

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Anonymous commented on empangan bakun tegangkan putrajaya: “electronic cigarettes, e cigarette, e cigarette, electronic…”

Anonymous commented on fahami apa itu gst: “Bro bkn harga tepung,gula benda asas x de gst ke ? Apa kena…”

Anonymous commented on nizar vs zambry kisah zambri gang kena: “Thanks in support of sharing such a fastidious opinion, piece of…”

Anonymous commented on tak sokong israel berniaga dengan: “Thanks in favor of sharing such a pleasant idea, article is…”

Anonymous commented on tak sokong israel berniaga dengan: “Heya! I know this is somewhat off-topic but I had to ask. Does…”

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost