Dari: wfauzdin
Kawasan Dun Penanti sekarang ini masih lagi dalam pertarungan bagi menentukan Wakil Rakyat pilihan pengundi Dun Penanti. Hanya beberapa jam lagi kita akan dapat mengetahui siapakah yang ditabalkan oleh pengundi Dun Penanti untuk mewakili mereka. Umno tidak menghantar calon. namun pilihanraya tetap berjalan kerana itu adalah kehendak demokrasi, biar rakyat yang membuat pilihan bukan pemimpin Umno. Dun Penanti bukan Perak, dan pengundi-pengundi di kawasan ini tidak mahu menjadi seperti di Perak. Demokrasi mesti diserahkan kepada rakyat biarpun betapa gerunnya Umno menghadapi kuasa rakyat.
PR yang diwakili oleh PKR sudah tentunya fokus untuk mempertahankan kerusi tersebut. Bagi PKR, sasaran untuk mendapat majoriti yang bertambah adalah matlamat penting. PKR boleh dikatakan berjaya dengan bergaya sekiranya memperolehi majoriti atau undi yang bertambah. Manakala bagi Umno pula, walaupun parti tersebut tidak bertanding tetapi Umno anggap parti tersebut berjaya sekiranya peratusan keluar mengundi jauh merosot dan ahli-ahli Umno tidak keluar mengundi. Itulah dia di antara erti yang tersirat daripada slogan `Rakyat Diutamakan'.
Kini, terserah kepada pengundi-pengundi di Dun Penanti untuk membuat pilihan yang bijak. Kesal dikemudian hari tidak berguna lagi. Sekiranya PKR diumumkan sebagai pemenang di dalam pilihanraya ini dengan majoriti atau undi yang merosot, kita tetap bersyukur dan bergembira kerana kita telah berjaya menegakkan kuasa rakyat. Umno pula, parti ini tetap akan bergembira walaupun PKR menang sekiranya undi yang diperolehi oleh parti tersebut merosot. Inilah yang dikatakan situasi `Win-Win' antara Umno dan PKR.
2 comments:
Alhamdulillah Perak sekarang ini aman damai diperintah oleh UMNO/BN. Nizar barua dap serta konco-konconya telah terjelepok keletihan kerana mogok lapar tapi melantak di belakang orang. Ini sikap hipokrit dan munafik. Kami rakyat Perak bersyukur negeri kami bebas dari jajahan dap kafir harbi. ALLAHU AKBAR!
Alhamdulillah, Zambry baru2 ni kena halau oleh rakyat Perak semasa datang melawat ke kampong. Rakyat Perak tidak buta dan kenal siapa MB mereka yang sah, bukan MB Mahkamah.
Post a Comment