Jika di Behrang dan Changkat Jering, kedua-dua Adun itu diperangkap dengan menggunakan SPRM atas tuduhan rasuah wang dan rasuah sex sehinggakan puak-puak Umno berapi tanpa henti mendesak kedua-dua Adun tersebut meletakan jawatan sebagai Exco dan sebagai Adun serta disokong oleh Pengarah BPR Perak ketika itu yang mendakwa mempunyai saksi dan bukti yang terlalu kukuh untuk mendakwa kedua-dua mereka itu, tetapi setelah mereka melompat menyokong Umno, kes itu sudah hilang dan seolah-olah tidak wujud lagi.
Begitulah hebatnya Umno, sesiapa yang bermasalah dan punya kedudukan yang membolehkan Umno terus berkuasa, mereka pasti akan selamat di bawah Umno walau sebesar mana pun kesalahan mereka samada rasuah, menculik hatta meletup dan membunuh sekali pun kecuali yang melawan Umno dan pemimpin atasan mereka, pasti akan kecundang.
SPR pula digunakan untuk mengenepikan keputusan Speaker supaya di adakan pilihanraya kecil di kedua-dua kawasan itu walaupun majoriti rakyat tahu bahawa SPR tidak punya kuasa untuk menolak kekosongan yang diisytiharkan oleh Speaker itu. Tapi itulah Umno.
Kini di Penanti, sejarah akan berulang cuma caranya agak berbeza. Semua pihak yakin bahawa Aminah adalah proksi tajaan Umno dan digunakan Umno untuk memporak-porandakan pilihan raya kecil itu. Sekiranya sebelum ini Perak dalam keadaan aman dan makmur, tetapi dengan gangguan Umno, Perak kini jadi tunggang-langgang dan berserabut. Ini juga akan dilakukan di Penanti.
Umno mengatakan Penanti terpakasa diadakan pilihanraya kecil kerana Adun yang dipilih tidak amanah dan meletakan jawatan. Siapa sebenarnya yang tidak amanah dan menipu rakyat? Mana ada seorang pun puak Umno yang saja-saja menjadi calon untuk menjadi wakil rakyat?
Semuanya ada muslihat dan rakyat (pengundi) dijadikan alat. Mereka ini ada tujuan, iaitu senang dapat projek, dapat balak dan mengaut harta rakyat. Mana ada wakil rakyat Umno yang miskin? Semuanya rumah besar dan kereta mewah yang di impot dari luar Negara. Pengerusi JKKK pun hidup mewah, apatahlagi wakil rakyat biasa.
Oleh itu, Pakatan Rakyat jangan terpedaya dengan Umno yang kononya tidak bertanding di situ. Percayalah, Umno tidak sekali-kali akan membiarkan pembangkang rehat dan aman. Tuduhan umpan rasuah yang didedahkan oleh calon bebas sudah membuktikan Umno merancang sesuatu yang buruk di Penanti. Mana mungkin satu perjumpaan boleh dirakam dan diambil gambar?
Kecuali ianya telah dirancang. Itu sebabnya SPR mengambil masa yang lama untuk mengumumkan tarikh pilihanraya di Penanti ini kerana memberi peluang pada Umno untuk merancang sesuatu.
Kali ini SPRM dan SPR akan digunakan lagi. SPRM akan diarahkan membuktikan bahawa memang terdapat unsur rasuah dan SPR akan berperanan untuk membatalkan kemenangan Pakatan Rakyat (sekiranya menang). Dengan itu jika Aminah itu pemenang kedua, maka beliau akan diistiharkan menang dan terus masuk Umno. Maka ketika itu Umno akan bersorak dan berkata ?lawan bebas pun kalah, ni nak lawan Umno pula?.
Kita lihat saja permainan mahkamah dalam isu Perak. Orang jahil pun dapat membaca bagaimana mahkamah seratus peratus digunakan oleh Umno. Mengapa apabila Mahkamah Tinggi isytiharkan YB Nizar sebagai Menteri Besar yang sah, Umno tak boleh terima? Apakah keputusan ini hanya lakunan saja untuk menunjukan pada rakyat bahawa mahkamah tak ikut telunjuk Umno? Tapi mengapa apabila mahkamah rayuan buat keputusan memihak kepada Zambri, Umno mendesak Pakatan Rakyat supaya menerima keputusan itu?
Penipuan dan kezaliman Umno ini tidak ada bezanya dengan Yahudi dan Komunis. Lebih kurang sama saja. Kini rakyat boleh lihat sendiri, dengan kezaliman Umno ini semua ajensi kerajaan samada Polis, Mahkamah, Pendakwaraya, SPRM, SPR turut menjadi zalim dan menipu.
Mengapa terjadi begini? Punca utamanya ialah kerana apabila kerajaan yang memerintah serta dipimpin oleh golongan yang zalim, penipu dan mengenepikan ajaran Islam, maka semua ajensi-ajensi di bawahnya yang sepatutnya berkhidmat pada rakyat dengan adil dan bertimbangrasa sudah menjadi rosak dan turut menjadi zalim dan penipu. Mereka ini terpaksa tunduk pada arahan Umno demi menjaga perut, poket dan kuasa. Bagi mereka rakyat tidak ada nilai dan tidak boleh memberikan apa-apa pada mereka.
Maka dengan itu selagi Umno berkuasa, semua ini tidak akan berubah dan rakyat akan terus menjadi mangsa dan Negara menjadi huru-hara dan harta Negara menjadi milik mereka. Penipuan, rasuah, rompakan harta Negara, kemungkaran dan kezaliman akan terus bermaharajalela tanpa siapa berani menegur, menghalang apatah lagi untuk bertindak kerana semua agensi-agensi yang terlibat berada dibawa kekuasaan dan telunjuk Umno.
Fikir-fikirkanlah wahai rakyat Malaysia pada Pilihanraya Umum akan datang ini. Siapa yang masih menyokong Umno bermakna mereka rela melihat kezaliman, penipuan, kemungkaran dan penindasan terus berlaku dan jawablah di depan Allah kelak. Anda akan didakwa di mahsyar kelak.
http://www.detikdaily.net
0 comments:
Post a Comment