Sunday, May 24, 2009

PRK Penanti: Malaysia aman tanpa Umno/BN


Penamaan calon semalam memang memboringkan..sebab tak ada jeritan–tak ada sorakan. Tengok bola kat TV pun lagi meriah.

Lebih memboringkan apabila pusat penamaan calon dikawal oleh polis..seolah-olah orang yang datang …macam nak bergaduh.

Apa pun..setelah selesai Penamaan Calon..Penanti kembali seperti biasa.Aman dan harmoni. Jalan-jalan tak sesak macam PRK Permatang Pauh dulu.. cuma nasi kandar tepi masjid kehabisan lauk lebih awal dari biasa.

Disebelah petang..tak ada apa-apa program..dari Guar Perahu hingga Berapit keaadaan macam biasa. Berdekatan Kg. Pelet terdapat satu SUBTEK…satu nama baru dalam pilihanraya kecil. Biasanya terdapat MASTEK…iaitu khemah-khemah nomadic kepunyaan PDRM yang digunakan semasa pilihanraya.

Kehadiran SUBTEK menunjukkan..polis tidak begitu diperlukan dalam pilihanraya ini. Tetapi mengapa SUBTEK hanya diwujudkan bila UMNO tidak bertanding? Jawapan yang diberikan oleh polis-polis tersebut ialah…bila UMNO bertanding..kena jaga sebab takut berlaku keganasan. Tapi bila Umno tak bertanding…tak perlu jaga.

Ha..ha. kalau macam tu…UMNO toksah bertanding dalam pilihanraya lagi. Dan memang tak perlu pun…kerana setiap kali Umno bertanding…jutaan ringgit wang rakyat hangus hanya untuk menjaga keselamatan.

Sebelah malam, kami pergi ke Berapit…satu kawasan majoriti orang Cina..tetapi ceramah dipenuhi oleh orang Melayu. Tak ada FRU..tak ada PGA…mungkin ada dua tiga orang SB dan hanya ada 3 orang polis trafik yang hanya memerhatikan keaadaan…kerana lalulintas dikendalikan Angkatan Muda PKR.

Tak ada kekacauan..tak ada Mat Rempit..tak ada pergaduhan. Walaupun ceramah malam tadi dihadiri oleh lebih lima ribu orang…lebih meriah dari Penamaan Calon!

Dan pagi tadi..sebelum meneruskan jelajah Penanti..kami sempat singgah makan tempek kelapa kat Padang Ibu…ada orang panggil lempeng, tepek dan macam-macam istilah lagi.

Bila adik yang menggoreng tempek ni bagitau..sehari dia boleh jual 50-60 keping tempek…itu perkara biasa.

Tapi bila dia kata..pilihanraya Penanti ini macam biasa saja..itu luar biasa. Sebab kebiasaannya…pilihanraya kecil mesti ramai orang.

Umno tak payah bertanding dalam pilihanraya lagi la.

Kehidupan rakyat tidak terganggu…perbelanjaan polis dapat dijimatkan. Duit kerajaan pun selamat dari pembaziran Umno..dan tak ada kekacauan!

Kalau nak lebih selamat..tolak Umno terus. Sebab walaupun di Penanti depa tak kacau…tapi depa kacau tempat lain. Orang pakai baju hitam depa tangkap. Orang pasang lilin depa tangkap. Orang bawa kek pun depa tangkap!!. Mungkin lepas ni orang bawa Pizza pun depa tangkap.

Kalau rakyat mahukan keamanan..hidup tanpa kekacauan..tolak terus Umno.

Anda akan berbahagia tanpanya.

MyKampungku

5 comments:

Anonymous said...

hang cakap apa ni . 50 tahun UMNO dok dlm BN , tak dak huru hara .hang pa nak ambik Kedah tak pa , nak ambik Penang ,Selangor ,Kelantan tak berperang pun . ni tup2 bila timbul PR ni terus hurahara jadinya . Jd sapa yg jadikan Malaysia ni tak aman . Hang pa ingat satu penggal berpakat bolih memerintah Malaysia ka . Org lain 50 tahun dok jaga tak mau bagi jd huruhara hang pa mai sat saja dah jadi kelamkabut . Lepas tu nanti kalau jadi apa2 dok salah kan org lain . Apa punya manusia . Kita nak buka akaun tak bulih2 ,jd kita pakai tanpanama saja - org pokok setui

PutraMerang said...

Depa kata, kepentingan melayu hanya boleh dijaga oleh Umno. Mungkin betui, sebab ramai jugak orang melayu yang dah jadi kaya raya, kerana Umno. Tapi tak sustainable (berkekalan), sebab kekeyaan yang dibina atas satu untuk hang, sepuluh untuk aku mungkin tak berkat. Aku tolak Umno pasai dia kata PAS, Parti Ajaran Sesat. Parti yang berhabis-habisan untuk meletakkan islam sebagai wadah kehidupan, di maki hamun dek tuan-tuan melayu Umno ni, ini sudah dikira retorik. Bukan pejuang melayu sebenarnya. pejuang kekayaan, atas nama melayu. Tak kira haram atau tidak. Melayu Umno sudah hilang maruah diri. OneMalaysia oleh Najib, tidak kah itu menjadi satu benda yang melayu Umno patut tentang? Melayu, bangun lah dari tidur di bawah lindungan istana dan pembesar2 kamu. Marilah berdagang dinegeri orang, untuk kemakmuran di negeri sendiri. Dunia sudah global.

Anonymous said...

yg satu untuk hang sepuluh utk aku tu memang ada bukan satu beribu , yg nak jd sepuluh utk hang ,satu utk aku pun ada juga .bukan tak dak .jd kena pandai2 buang la .tu la yg ada merajuk la ,lompat sana lompat sini . pasai tu la . memang la ada org kata PAS ni parti ajaran sesat - tak salahkan depa jg sbb kita sembelih depa kata haram , nak mandikan mayat pun tak bulih .dan ada pula yg kubur pun tak bolih bersama ,sembahyang jumaat pun 2 imam . tapi itu dulu ada la dengaq tapi la ni tak tau la . Soal nak jd kaya ni ,kita tak tau la tapi sapa jd tuan ni kalau tak kaya pun senang jadi la . jgn merempat dah le . mat memali

miaq_kpg said...

tanpanama-org pokok setui-
awat x blh bukak akaun,hang dah cuba ka?
umno/bn ni klu tanding prk mmg huruhara jadiknya,tgklah kat b.gantang,b.selambau,pnyokong2 tak blh kawal.yg kelamkabut skg bukan kerna pr tapi kerna bn yg x blh terima kekalahan!!!1

Anonymous said...

dah cuba dah .bila buat ulasan ,lepas tu pilih open id masuk wordpress bagi nama semua lepas tu terbitkan ulasan , tak dpt jg . lepas tu malas nak cuba lg . jd pakai tanpanama saja la senang sikit .depa nak kata tak dak teloq pun tak pa la nak buat lagu mana - org pokok setui

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost