Sunday, May 31, 2009

PRK Penanti: Polis, wartawan lebih ramai dari pengundi


Jumlah anggota polis, wartawan, jurugambar serta pekerja pilihanraya kecil DUN Penanti, lebih ramai daripada jumlah pemilih yang datang mengundi di Berapit, Kubang Ulu, Tanah Liat, Guar Perahu dan Mengkuang.

Ini berdasarkan pemerhatian Malaysiakini sehingga jam 10.45 pagi tadi.

Pengarah pilihanraya PKR, Saifuddin Nasution berkata, pihaknya berharap sekurang-kurangnya 65 hingga 70 peratus keluar mengundi hari ini.

Beliau percaya calon PKR, Mansor Othman akan memperolehi 7,000 undi dari penyokong tegar parti itu, untuk menang dengan majoriti lebih 5,000 undi.

Saifuddin juga mengakui bahawa proses pengundian hari ini agak lembap.

Sementara itu, pekerja pilihanraya PKR menjangka lebih ramai pemilih akan keluar mengundi mulai tengahari ini.-Malaysiakini


MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost