Thursday, May 28, 2009

PRK Penanti: Siapa disebalik semua ini.UMNO/BN???



Dua Pemidang ini dijumpai oleh Kontijen AMK Pahang yang meronda di sekitar JDM Mengkuang. Pemidang pertama ditemui di Simpang Institut Tengku Bainun dan yang kedua ditemui di Simpang Tiga Mengkuang.

Ketua Kontijen AMK Pahang yang diketuai Sdr Kamarul Hatta, Timbalan Ketua AMK Pahang, Sdr Arman Rashid, Ketua Penerangan AMK Pahang dan Sdr Saiful Adli Sahidan, AMK Bentong meronda seluruh kawasan JDM Mengkuang menemui Pemidang-Pemidang tersebut dan mereka telah berhubung dengan saya untuk tindakan setersnya. Saya pinta mereka tanggalkan poster itu dan laporkan kepada Markas Pusat di Yayasan Aman.

Sdr. Nor Azman Hashim, Pengarah Strategik PKR Johor yang bertugas di Markas JDM 4, Mengkuang Semarak menyatakan bahawa UMNO berada di Penanti walaupun mereka tidak bertanding, dan gerakan mereka diterjemahkan melalui poster-poster dan gerak kerja secara tidak langsung. Berhubung Pemidang 1, jelas menunjukkan permainan api perkauman yang sangat bersifat prejudis kepada kaum Cina. Pihak yang berkenaan jika didakwa mesti diambil tindakan keras di bawah Akta Hasutan kerana menimbulkan rasa tidak selesa diantara kaum di Pulau Pinang khususnya di Penanti.

Sdr. Hatta, Ketua Kontijen AMK Pahang berpandangan bahawa beliau tidak menjangka perkara-perkara begini boleh berlaku di Penanti dan menganggap perkara begini terakhir berlakunya di PRK Bukit Gantang.

Puan Dasimah Zainuddin, Ketua Wanita Bentong merangakap Pengarah Pilihanraya Wanita PKR Pahang yang bertugas di Markas Mengkuang Semarak amat sedih dengan sikap pihak lawan yang begitu jijik dan berkata perkara ini sebagai tragedi sedih kerana ada puak-puak didalam pilihanraya ini menghina kaum wanita.

Puan Hendon Jaafar, Bendahari PKR Bahagian Kuala Krau menyatakan perbuatan ini mencerminkan bahawa puak-puak yang menentang PKR ini sebagai sangat terdesak. Beliau tidak yakin bahawa perkara ini dilakukan semata-mata oleh calon-calon Bebas dan yakin ada tangan-tangan lain yang berdiri dibelakang tabir.

Sdr Arman Rashid, Ketua Penerangan AMK Pahang menganggap poster-poster itu adalah perkara yang jijik dan biadap dan menunjukkan bahawa mereka kini sudah ketandusan idea untuk memenangi hati rakyat supaya terus menyokong mereka sedangkan rakyat kini telah lebih terbuka khusus didalam isu perhubungan kaum. Yang peliknya Perdana Menteri Malaysia melaungkan 1Malaysia yang ingin menggambarkan semua kaum adalah satu bangsa Malaysia tetapi laungan dan slogan serta bicara tidak selari dengan tindakan. Kita yakin kalau UMNO masih begini, UMNO membawa mereka kearah kehancuran dan rakyat akan menghukum mereka didalam Pilihanraya Umum akan datang.

Puan Zaleha Babjan selaku Ketua Bilik Gerakan JDM 4 Mengkuang Semarak menyatakan bahawa Pemidang ini merendahkan martabat wanita dan beliau menyeru semua wanita di DUN Penanti mengundi calon PKR, Dr Mansor Othman. Selepas pentadbiran PR di Pulau Pinang, masalah perkauman tidak timbul lagi kerana Kerajaan Negeri memberikan khidmat kepada semua rakyat tanpa mengira kaum. Saya mencabar sesiapa yang mengeluarkan poster ini sila tampil kedepan.

Sdr Zabidi Abas, Ketua AMK Negeri Johor yang bertugas di JDM 4 berkata: Pada pandangan saya Pemidang tersebut berniat jahat dan merupakan fitnah terbesar terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim, isu ini sudah lapuk dan tidak dapat mempengaruhi pengundi di DUN Penanti. Mengenai Pemidang perkauman itu jelas menunjukkan bahawa ianya ditaja oleh tangan yang lain yang menaja calon Bebas.

Puan Fairouze Harun, Exco Wanita Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Exco Wanita PKR Pusat yang menjadi Penyelaras JDM 4, Mengkuang Semarak menyatakan bahawa Pemidang ini sangat tidak bersopan. Manakala Puan Zainab (Kak Zah) Timbalan Ketua Wanita PKR Bentong: ” Ayat ini dari manusa yang rendah moral “.

Puan Siti Sabariah binti Haji Arshad berkata: Orang yang buat Pemidang bukan sahaja tidak bermoral tetapi singkat pemikirannya. Ingat - Memfitnah itu adalah lebih dahsyat dari membunuh.

Sdr Saiful Adli, AMK Bentong: “Ini adalah sikap kurang ajar mereka itu.”

Sdr Adnan Abu, Ahli AMK Johor: “Tindakan manusia kurang berakal”

Dimana-mana Pilihanraya Kecil yang sebelum ini diadakan berbagai-bagai Pemidang busuk dan jijik seumpama ini telah direntang oleh pihak-pihak tertentu untuk menentang calon-calon PR. Ia berlaku di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Selambau dan Bukit Gantang.

Pihak-pihak itu adalah pengecut dan tidak berani bersemuka. Dan di Penanti ini, walaupun mereka tidak bertanding, mereka berkempen secara aktif di belakang tabir, dan yang peliknya semua Pemidang-Pemidang ini diletak berhampiran dengan poster-poster seorang daripada calon Bebas itu. Adakah calon Bebas itu ditaja oleh mereka?

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost