Thursday, May 21, 2009

Universiti Terbuka Perak


Apa yang ditulis oleh Amin dan Isham itu adalah dasar. Dasar-dasar untuk mematangkan pemikiran politik rakyat Perak. Dan benar kata Isham…Perak memulakan sekolah politik yang tidak diajar dimana-mana universiti.

DiPerak…kita diajar bagaimana hendak merampas kuasa dengan menggunakan pelbagai cara yang tak terfikir oleh kita. Dan semuanya ini terjadi akibat kegilaan kuasa.

Dan kita juga diajar..bagaimana menggunakan akal kita untuk kekal waras. Tidak berlaku huru-hara macam di Thailand atau Indonesia..seperti yang diharapkan oleh UBN…supaya senang mereka mengisytiharkan darurat.

Bagaimana kita masih boleh bertahan? Dan terus berjuang. Apa yang menyatukan kita? Apakah azimat yang terikat dilengan kita hinggakan kita enggan berundur walau selangkah?

Kita rungkaikan apa yang diperkatakan oleh Amin. “PKR, PAS dan DAP ada lemahnya tapi penyatuan ideologinya jelas - rentas kaum.”

Dalam pilihanraya ke12 lalu, Perak mempunyai 1.2 juta pengundi. Dari jumlah ini, 871,000 telah keluar mengundi, (72.88%). Dari jumlah yang keluar mengundi..seramai 54% (470,000) telah memilih Pakatan Rakyat. Dari 54% yang mengundi PR..150,000 adalah ahli-ahli parti Pas, PKR, DAP. Manakala seramai 320,000 lagi (68%) terdiri daripada mereka yang tidak berparti.

Wow!!! mengapa mereka memilih Pakatan Rakyat? Adakah mereka sudah menerima perjuangan PAS? Adakah mereka sudah memahami idealisma PKR? Atau mereka sudah bersetuju dengan wawasan DAP?

Jangan cepat besar kepala. Jangan cepat melatah bahawa rakyat sudah menerima kita.

Hakikatnya…rakyat sudah putus harap, sudah bosan, sudah kecewa dengan Umno dan Barisan Nasional.

Dan Pakatan Rakyat memberikan harapan baru kepada rakyat negeri Perak. Dan rakyat Perak menaruh harapan, bahawa Pakatan Rakyat akan membawa rakyat Perak keluar dari politik sempit perkauman, politik adudomba, politik ugut mengugut, penyalahgunaankuasa, rasuah dan kukubesi.

Dan Pakatan Rakyat memberikan harapan…bahawa mereka mampu melaksanakan janji-janji mereka.

Setelah hampir setahun..Pakatan Rakyat masih belum mampu berdiri kukuh apatahlagi membimbing rakyat keluar dari politik lama. Bukan bermaksud mereka gagal…dan kita juga tidak mengharapkan sesuatu yang luar biasa. Kalau Umno yang memerintah selama 50 tahun gagal menyediakan keperluan asas untuk membina masyarakat madani (civil society)…tak kan kita berharap Pakatan Rakyat mampu melakukannya dalamr setahun!

Krisis Perak mematangkan kita. Kerakusan Umno banyak membantu kita. Kita menghafal Undang-Undang Tubuh…bukan kerana disuruh oleh PKR. Kita menolak politik adudomba dan ugut mengugut…bukan kerana ia terdapat dalam manifesto Pas. Dan kita menolak penyalahgunaankuasa bukan kerana ia wawasan DAP. Semuanya kerana kita benci dan meluat dengan Umno dan Barisan Nasional. Kita menerima Pakatan Rakyat dan menolak Umno kerana emosi.

Emosi tidak akan bertahan lama. Ia perlu diganti dengan ideologi. Dan persamaan yang terdapat dikalangan ialah rentas kaum.

Kita sudah tidak peduli..kalau Ngeh itu Cina. Kita tak peduli ..kalau Jamal itu Melayu. Kita tak peduli kalau Siva itu India. Persetankan dengan kaum.

Kalau Ngeh itu adil…kita terima. Kalau dia tak adil kita tolak. Kalau Jamal itu bersih…kita terima. Kalau Jamal itu korup…kita tolak. Kalau Siva itu betul…kita terima. Kalau Siva itu salah…kita tolak. Kita menerima dan menolak atas dasar ideologi…bukan kerana dia kaum kita atau tidak.

Dan krisis Perak merupakan pemecah kepada halangan yang sekian lama dibentuk oleh Umno dan Barisan Nasional. Lagi lama UBN enggan berundur..semakin kuat ikatan itu.

Tetapi ideologi rentas kaum ini perlu dipupuk dan dibelai sepanjang masa. Dan ini tanggungjawab siapa?

Apakah kita..yang merupakan sebahagian daripada 470,000 pengundi yang menyokong Pakatan Rakyat mahu menyerahkan tanggungjawab itu kepada hanya 31 Ahli Dewan Undangan Negeri untuk mencartakan masa depan kita? Tiga sudah cabut…dan apakah baki seramai 28 ADUN ini mampu memikul tanggungjawab itu?

Kita tidak boleh membiarkan hanya AJK parti yang menguruskannya. Kita tidak boleh membiarkan hanya PKR, Pas dan DAP menguruskannya. Ia sudah menjadi tanggungjawab kita semua.

Apa yang boleh kita lakukan?

Rakyat perlu disedarkan. Kalau UBN mampu membuat 50,000 CD tentang versi mereka mengenai apa yang berlaku di sidang DUN 7 Mei lalu, kita mesti mampu menyediakan 470,000 keping CD tentang bagaimana Siva diheret ketika rampasan kuasa DUN berlaku.

Dan kalau UBN mampu memutarbelitkan berita melalui media-media mereka, kita juga mesti mampu memberikan maklumat dan fakta melalui blog-blog kita.

Akan kami usahakan sebagai sebahagian kecil dari tanggungjawab yang kita semua pikul. Dengan team baru dalam Perakexpress.com, kami akan mencuba untuk memulakan semester pertama dalam kursus kesedaran politik kepada rakyat Perak.

Dan kursus ini terbuka kepada semua blogger yang berminat untuk mendapat maklumat terus…tanpa perlu menampalcuri dari blog-blog lain.

Kita akan mendengar terus dari mulut Nizar, Ngeh, Nga, Hj. Zainudin, Tai, Siva, Kesavan, Yunus dan lain-lainya. Dan kita akan sampaikan terus kepada mereka apa yang ingin kita sampaikan…tanpa melalui birokrasi YDP, Ketua Bahagian atau Pengerusi Cawangan.

Satu sekolah politik akan dimulakan..dalam masa terdekat ini. Tidak ada sijil atau ijazah. Hanya kesedaran politik.

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost