Friday, June 5, 2009

Muktamar PAS ke 55: PETANG YANG DINANTIKAN - APAKAH HUSAM MAMPU MENGECEWAKAN MUSUH PAS?



Beberapa minit lagi, atau mungkin sedang berlangsung sekarang pemilihan yang begitu dinanti-nantikan oleh kita semua termasuk musuh-musuh PAS termasuk media perdana adalah bagi menentukan siapakah yang akan bergandingan dengan Tuan Guru Hj Hadi Awang untuk mengepalai PAS. Sudah tentu semua mengharapkan yang terbaik buat PAS, samada mereka golongan Ulamak atau pun tidak, samada mereka golongan yang jahil agama mahu pun yang Non Muslim. Ini kerana PAS adalah untuk semua dan PAS adalah wadah yang bakal mewarnai politik tanahair nanti, InsyAllah.

Husam Musa, sudah tentunya menjadi sasaran musuh-musuh Umno selain dari Mat Sabu, manakala golongan Ulamak di dalam PAS mungkin masih menaruh keyakinan terhadap Us Nasa. Ulamak atau tidak, kesemuanya di dalam PAS mahukan PAS menjadi bertambah kuat dan dihormati serta dipercayai oleh rakan-rakan di dalam PR. Inilah masanya untuk memilih mereka yang boleh meningkatkan imej PAS khususnya menjelang Pilihanraya Umum Ke 13 nanti. Usul Dewan Ulamak yang mahukan jawatan No 1, No 2 dan satu jawatan untuk mereka di peringkat Naib Presiden telah ditolak. Keputusan ini menambahkan lagi kerancakan pemilihan kali ini, malahan dirasakan lebih panas dari beberapa pilihanraya kecil sebelum ini.

Tidak seorang pun dikalangan pimpinan PR terdiri dari PKR dan DAP yang memberi sebarang komen menyokong atau tidak sesiapa calon dari PAS tersebut. Memang bijak mereka tidak memberikan komen kerana pemilihan ini adalah rumahtangga PAS. Cuma, mereka tentunya berminat untuk mengikuti perkembangan tersebut kerana sebarang tindakan atau perubahan di dalam pimpinan PAS sudah semestinya sedikit sebanyak memberi kesan kepada PR. Kesannya, samada PAS bertambah baik di dalam ikatan kerjasama ini atau pun PAS semakin menjauhkan diri. Menjauhkan diri dari PR sama lah juga mendekatkan diri kepada Umno/Bn. Ini mungkin mustahil dilakukan oleh PAS.

Selepas pemilihan ini nanti, diharapkan semuanya tetap memberi sokongan kepada mereka yang dipilih samada mereka golongan ulamak atau pun tidak. Segala teguran mahu pun kritikan oleh sesiapa, anggaplah sebagai pemancu semangat kepada pimpinan untuk terus membuktikan bahawa `Umno/Bn Gagal Musnahkan PAS dan PR'.
http://wfauzdin.blogspot.com/

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost