Dalam Buletin Utama TV3 Suku malam ini, sibuk mereka membuat laporan mengenai Muktamar Dewan Ulamak PAS yang telah berlangsung hari ini. Ada usul yang telah diketengahkan hari ini iaitu tempat NO 1, NO 2 dan NO 3 haruslah dipimpin oleh golongan ulamak.
Aku pun teringin nak komen nih.., pasal aku tengok MSO begitu mendapat tempat kat TV3 Suku malam ini. Begitu banyak ruang masa yang telah diberikan kepada beliau yang bagi aku tak lebih daripada ada agenda yang terselindung. Naik menyampah aku dibuatnya.
Cuba tengok semasa mereka (TV3 Suku) menemuramah Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat, YB Dr Hj Dzulkefly Ahmad. Yang aku sempat dengar hanyalah 'inilah masanya....', lepas tu terus dipotong. Kalau tak silap aku tak sampai pun seminit. Bagi aku, komen yang sebegini kira best... Apakah ini juga kerana Dr Dzul merupakan golongan profesional?
Sambung cerita, tempat Presiden dah sah tidak dipertandingkan. Sekarang yang tinggal hanya calon Timbalan Presiden dan Naib Presiden. Aku hanya nak tumpukan perhatian pada jawatan NO 2 (timbalan presiden). Mereka mengatakan Nasaruddin Mat Isa mewakili ulamak, manakala Dato' Husam dan Abang Mat Sabu mewakili golongan 'ERDOGAN' (siapa yang mula2 ilhamkan gelaran ini aku pun tak tahu).
Aku malas nak ulas sangat sebab Tuan Guru Nik Aziz (TGNA), Mursyidul Am PAS (tokguru yang paling aku sanjung) telah mengulas mengenai istilah 'ERDOGAN' ini. Yang aku nak bagi tahu ringkas sahaja iaitu TGNA mengatakan lebih kurang berbunyi, 'kewujudan golongan ERDOGAN dalam PAS adalah satu kebaikan'.
Bagi aku yang penting disini ialah, golongan mana yang dilihat sudah beberapa kali yang begitu berminat untuk 'bersama dengan UMNO', samada golongan ulamak ataupun erdogan?. Tidak kiralah dengan ungkapan nama apa sekali pun. Yang jelas..., kearah untuk bersama dengan UMNO.....
Dari: perisik-rakyat.
0 comments:
Post a Comment