Monday, June 29, 2009

Nizar Manek Urai: Zambry minta Nik Aziz jangan anggap diri sendiri hebat ?


Membaca berita dari mstar hari ini membuatkan aku rasa nak @#$@# si MB haram ni.Zambry kata Nik Aziz jangan anggap diri sendiri hebat!!! Hoi!! Zambry kalau THNA tak hebat manakan dia berani ajak si Najib tu berdebat.Kalau rasa bos UMNO tu lebih hebat dari THNA silalah bagi masa dan tempat untuk mereka berdua berdebat tentang isu semasa/ekonomi/politik Melayu masa kini.Kalau isu agama aku rasa Najib nanti tak boleh bersuara...Zambry..Zambry..Aku rasa lebih baik engkau diam la.....

Nik Aziz diminta jangan anggap diri sendiri hebat - Zambry -mstar

IPOH: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat diminta tidak menganggap dirinya sebagai seorang yang hebat apabila mempelawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat berhubung kemelut politik melibatkan Pas dan Umno.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata Nik Aziz yang dianggap sebagai seorang 'tok guru' itu sepatutnya menggunakan ilmu dan pengetahuannya dalam agama untuk bercakap.

"Beliau jangan anggap dirinya hebat sangat, kadangkala kita rasa diri hebat sangat, kita tidak rasa orang lain lagi hebat.

"Beliau sepatutnya lebih bercakap dengan ilmunya daripada ikut emosi beliau," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Dermasiswa Yayasan Perak di sini hari ini.

Zambry berkata debat terbuka bukan satu platform yang menguntungkan sebaliknya ia akan membawa kepada kesan panjang dan buruk seperti perpecahan dalam masyarakat.

"Saya juga tidak fikir Perdana Menteri tidak mampu berdebat dengan beliau tetapi saya yakin Datuk Seri Najib lebih memikirkan kesan terhadap masyarakat," katanya. BERNAMA

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost