Tidak ketinggalan media arus perdana dimaksimakan oleh BN/UMNO untuk menjadi alat propaganda mereka.
Kini, trend politik tanah air sudah berubah.Kalau dulu, pembangkang langsung tidak ada peluang dalam PRK tetapi kini, rekod 5-1 sudahpun dicacat.Kemenangan pembangkang di Permatang Pauh,Kuala Terengganu,Bukit Gantang,Bukit Selambau dan terbaru di Penanti sudahpun menjadi sejarah politik tanah air.Turut dicacatkan beberapa rekod baru politik dalam setiap PRK tersebut.
Di Permatang Pauh, rekod kembalinya seorang negarawan yang terselamat dari percubaan membunuh kehidupan politiknya, di Kuala Terengganu tercacat sejarah kejayaan pembangkang merampas kerusi yang dimiliki BN/UMNO.Sementara di Bukit Selambau tercacat sejarah dengan kehadiran calon calon bebas teramai dalam sejarah pilihanraya negara dan di Bukit Gantang, sejarah yang dilakarkan ialah keupayaan pembangkang menerusi PAS mempertahankan kerusi mereka serta kemenangan seorang MB yang disingkir dengan kejam.
Penanti mencacatkan sejarah yang lebih hebat bilamana buat julung julung kalinya, BN/UMNO tidak bertanding dan gila meroyan semasa kempen pilihanraya berjalan sambil memberi laluan yang cukup luas kepada Minah Ronggeng, calon bebas yang akhirnya hilang wang pertaruhan.Penanti turut mencacatkan peratusan pengundi terendah dalam sejarah pilihanraya negara sehingga ada pegawai yang bertugas di pusat pengundian di 'tangkap' tidur semasa bertugas.
Peratusan pengundi yang rendah ini dikaitkan dengan ketiadaan calon dari BN/UMNO di mana dikatakan penyokong mereka tidak keluar mengundi.Terdapat juga khabar yang mengatakan Penanti bebas dari gangguan "HANTU" semasa mengundi.Di anggarkan sebahagian besar jumlah yang tidak keluar mengundi itu terdiri dari "HANTU ZOMBI" yang tidak diangkut ke pusat pengundi kerana tuannya tidak masuk bertanding.
Jika anggapan ini benar, bermakna setiap PRK yang bebas dari gangguan ZOMBI bakal mencatatkan peratusan pengundi yang rendah.Ini juga bermakna daftar undi yang masih digunapakai di negara kita masih banyak mengandungi unsur unsur ZOMBI yang menyebabkan catatan peratusan tidak tepat apabila ZOMBI ini tidak keluar mengundi.
Dicatatkan juga jumlah undi yang diperolehi oleh calon PR yang diwakili oleh PKR, merosot dari PRU 12.Hal ini mungkin disebabkan ramai pengundi luar Penanti tidak pulang mengundi kerana menjangkakan kemenangan mudah untuk PR.Tetapi dalam masa yang sama ada juga kalangan pengundi Penanti dipindahkan tempat mengundi mereka tanpa pengetahuan mereka.Kerja memindahkan pengundi ini nampaknya kerja "SURUHANJAYA HANTU PILIHANRAYA" yang dijamu oleh BN/UMNO dengan pulut kuning dan telor mentah.
Kita menantikan PRK Manik Urai dan selepas itu,menunggu kalau kalau ada PRK di DUN Perak yang melibatkan kerusi BN/UMNO.Siapa tahu kalau ALLAH mengkehendaki demikian.
Daripada:tranungkite.
0 comments:
Post a Comment