Wednesday, June 10, 2009

Nizar Vs Zambry: Hakim Mahkamah Rayuan Mungkir Janji

Pepatah Melayu mengatakan, kalau lembu dipegang pada talinya, kalau manusia dipegang pada janjinya atau kata-katanya.

Namun , apa yang dapat kita harapkan, apabila seorang Hakim gagal melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan memungkiri janjinya yang telah dibuat.

Hakim Mahkamah Rayuan Md Raus Sharif telah memungkiri janji dimana sebelum ini berkata penghakiman bertulis akan dikeluarkan pada 29 Mei.

Namun sehingga kini, pihak DS Nizar masih belum menerima penghujahan bertulis daripada Mahkamah Rayuan.

Peguam pihak DS Nizar tetap memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan pada hari Isnin 8 Jun baru lalu walaupun mereka agak sukar untuk merangka soalan berperlembagaan (dalam rayuan) tanpa melihat alasan bertulis penghakiman itu. Nizar mempunyai tempoh masa sebulan daripada tarikh keputusan secara lisan untuk memfailkan rayuan beliau.

Keputusan Mahkamah Rayuan 22 Mei lalu yang membenarkan Dr Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar hanya mengambil masa tidak sampai lima minit dalam pembentangannya berbanding dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang sebelumnya berpihak kepada DS Nizar yang mengambil masa hampir satu jam; siap dengan laporan 27 muka surat bertulis.

Amat pelik sekali apabila Mahkamah Rayuan boleh over rulled keputusan Mahkamah Tinggi hanya dalam masa yang sebegitu singkat (rekod terpantas dunia) dan tanpa laporan bertulis!

Tidakkah ini menunjukan adanya konspirasi jahat disebalik keputusan Mahkamah Rayuan tersebut?

Kita sangat berharap mahkamah di negara kita ini dapat berfungsi dengan seadil-adilnya kepada semua tanpa berpihak kepada mana-mana selain yang hak.Kembalikanlah kredibiliti kehakiman negara segera supaya negara dan bangsa ini dipandang gah dan mulia dimata dunia.
Daripada: alhusseyn51.blogspot.com

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost