Nasha bersemuka Nik Aziz petang ini - Malaysiakini
Ia merupakan usaha untuk meredakan konflik antara mereka berdua berhubung isu tersebut.
Pertemuan tersebut disahkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada pemberita di Parlimen petang ini.
Minggu lalu, Nik Aziz menggesa Nasharuddin meninggalkan PAS dan menyertai Umno sekiranya masih menyokong cadangan kerajaan campuran dengan Umno.
Menurut Abdul Hadi lagi, ketegangan hubungan antara Nasharuddin dan Nik Abdul akan diselesaikan malam ini.
PAS akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa pusatnya malam ini di mana perkara tersebut,
termasuk isu kerajaan perpaduan dengan Umno, dijangka menjadi agenda utamanya.
Sebelum itu, Abdul Hadi menghadiri mesyuarat Kepimpinan Pakatan Rakyat yang berlangsung hampir dua jam di bangunan Parlimen.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat tersebut, kepimpinan tertinggi Pakatan sebulat suara menolak penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno atau BN.
Sebaliknya, pemimpin PKR, DAP dan PAS mengulangi komitmen mereka terhadap pakatan pembangkang dengan matlamat untuk menubuhkan kerajaan pusat pada masa akan datang.
Kenyataan tersebut ditandatangani oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Abdul Hadi.
Ini diikuti oleh sidang akhbar selama enam minit untuk mengumumkan keputusan tersebut.
Hadir sama ialah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Timbalannya, Syed Husin Ali dan Naib Presiden PKR, Azmin Ali dan R Sivarasa.
Yang lainnya ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; ahli parlimen DAP Cheras, Tan Kok Wai; Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali; Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan anggota AJK PAS pusat yang juga ahli parlimen Bukit Ganting, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
0 comments:
Post a Comment