Tuesday, June 16, 2009

Nizar Vs Zambry: Kalau Nizar samseng, maka BN pengganas!!!

Akhbar arus perdana yang memihak pemerintah Barisan Nasional (BN) menyiarkan mengenai Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen semalam (15.06.2009). Dan bermula semalam juga Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin bersama-sama 6 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) digantung dari menghadiri sidang dewan selama dua hari kerana enggan mematuhi peraturan mesyuarat.

SEHUBUNGAN DENGAN APA YANG TERJADI, AHLI-AHLI PARLIMEN BN TANPA SEGAN-SILU MENGAMBIL PELUANG UNTUK MEMPERTIKAIKAN TINDAKAN YANG TELAH DIAMBIL OLEH DATUK SERI MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN DENGAN MELEMPARKAN PELBAGAI TUDUHAN SERTA TOHMAHAN.
(Jangan la nak komen-komen orang kalau diri sendiri pun tak betul. Harapnya ada di kalangan orang-orang BN ni yang boleh nasihatkan wakil rakyat mereka supaya lebih baik berdiam diri dari mengeluarkan kenyataan yang memperbodohkan diri mereka sendiri.)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz pada sidang medianya menyifatkan tindakan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sungguh memalukan dan mengecewakan wakil rakyat lain. “Mohamad Nizar mungkin masih fikir ini (Dewan Rakyat) adalah Dewan Undangan Negeri Perak. Selama empat penggal berada dalam Dewan Rakyat, saya tidak pernah melihat tindakan seperti ini,” katanya.

SEHARUSNYA TOK MAT YIE AJIS JUGA MENAMBAH DALAM KENYATAANNYA BAHAWA “SEPANJANG 4 PENGGAL DIA JADI WAKIL RAKYAT, TAK PERNAH TERJADI POLIS ‘MENERJAH’ MASUK DAN MENGHERET SPEAKER DEWAN (DUN PERAK) DEMI MEMBANTU UMNO-BN MERAMPAS KUASA DI NEGERI PERAK. Apa yang dilakukan oleh BN nyata lebih meloyakan dan mencemar sistem perundangan. BNlah punca segala kerosakan lantaran GILA KUASA DAN TAMAK HALOBA!!!

Pengerusi Kelab Penyokong Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Seri Tiong King Sing berkata Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin tidak seharusnya bertindak samseng dalam Dewan Rakyat. “Sebagai pemimpin parti politik tidak kira parti mana Mohamad Nizar wakili, beliau seharusnya menunjukkan contoh yang baik, tetapi kelakuan beliau sungguh memalukan,” katanya.

DATUK SERI TIONG KING SING, sesuai sangat dengan namanya, burung TIONG yang tak mengerti apa yang diucapkannya! Dah la tu, RAJA MENYANYI (king sing)!!! Pitching lari la Datuk Tiong!!! KALAU SEKADAR MEMAKAI LILIT KEPALA DIANGGAP SAMSENG, MAKA APA YANG DATUK NAK KOMEN KEPADA PARTI DATUK (BN) YANG MENGAMBIL TINDAKAN MENGHERET SPEAKER DUN PERAK??? NIZAR SAMSENG, SO BN APE? TENTUNYA BN LEBIH SAMSENG DARI NIZAR?!!!

AHLI-AHLI PARLIMEN BN hanya akan mempamerkan kebodohan dan kebahlulan mereka sahaja dalam setiap pandangan dan cemuhan mereka. Yang ni sorang lagi yang aku pun tak tahu kenapa la jadi bebal sangat, dulu dia jadi KATAK sekejap, elok-elok Tok Guru bagi dia peluang, dia berubah pulak jadi kacang lupakan kulit. DATUK IBRAHIM ALI menyifatkan kejadian memakai lilit kepada oleh Mohamad Nizar itu memalukan dan diibaratkan seperti ‘meludah ke langit, terpercik ke muka sendiri.’ MUNGKIN BRAHIM ALI NI KONPIUS. MAKLUM LA, DAH BIASA JADI KATAK, DAN KATAK TETAP KATAK. TAKDENYE KATAK DEGIL NI NAK TRANSFORM JADI BAIK WALAUPUN TOK GURU SENDIRI YANG MENDAKWAHNYA. MEBI TAK DAPAT HIDAYAH.

KITA LIHAT LAGI KOMEN-KOMEN HAPRAK TAHAP CIPAN BATU DARI AHLI-AHLI PARLIMEN BN YANG BUTA KAYU. KOMEN YANG LEBIH RENDAH TARAFNYA DARI BUDAK PRA-SEKOLAH :

DATUK BUNG MOKHTAR RADIN (BN-Kinabatangan) :
“Rakyat kena berfikir pada pilihanraya akan datang, jangan lagi pilih orang seperti ini, ini bukan memberi kebaikan kepada negara, sebaliknya hanya mendatangkan keburukan.

BUNG BUNG BUNG… APA BUNG INGAT KAMI (RAKYAT) TAK BERFIKIR DALAM PILIHANRAYA YANG LEPAS???!!! BUNG INGAT KAMI TAKDE OTAK UNTUK BERFIKIR? PILIHANRAYA YANG LALU BN TEWAS LIMA NEGERI DISEBABKAN KAMI BERFIKIR. DAN PILIHANRAYA SETERUSNYA BN AKAN KALAH TERUK KERANA KAMI RAKYAT JELATA AKAN ‘LEBIH BERFIKIR’!!!

DATUK DR MOHAMAD SHAHRUM OSMAN (BN-Lipis) :
“Kejadian itu menjijikkan dan tidak sepatutnya dijadikan contoh masyarakat dalam dan luar negara.”

MEMANG BETULLAH, TAK SEMUA DOKTOR TU CERDIK. MUNGKIN ALLAH ‘TUTUP’ UNTUK Dr MAT SHAH KITA NI DARI MELIHAT KEJIJIKAN DAN CONTOH MAHA TIDAK BAIK YANG DIPERTONTONKAN OLEH PARTI BNnya. Tak jijik ke heret keluar speaker DUN Perak secara paksa? Tak jijik ke rampas kerajaan pilihan rakyat Perak dengan cara yang bacul? BUBAR DUN!!!!!

DATUK TAJUDDIN ABDUL RAHMAN (BN-Pasir Salak) :
“Tindakan beliau melanggar perundangan dan perlembagaan negara.”

INI SATU LAGI KOMEN HAPRAK. DAH NYANYUK KE APE SEMUA WAKIL RAKYAT BN NI. SIAPA YANG MELANGGAR DAN MENCABUL UNDANG-UNDANG SERTA PERLEMBAGAAN? SIAPA YANG TIDAK MENGHORMATI INSTITUSI RAJA? MEMANG WAKIL RAKYAT BN NI MACAM MANTAN PEMIMPIN MEREKA TUN MAHATHIR YANG ‘MUDAH LUPA’!!!

Moral : jangan la nak komen-komen orang kalau diri sendiri pun tak betul. Harapnya ada di kalangan orang-orang BN ni yang boleh nasihatkan wakil rakyat mereka supaya lebih baik berdiam diri dari mengeluarkan kenyataan yang memperbodohkan diri mereka sendiri.
Daripada: machangsterunited.blogspot.com

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost