Monday, June 15, 2009

Nizar Vs Zambry: Kena halau, kena gantung? Apa susah bawa je ke Mahkamah.


Tapi, Ahli-Ahli Parlimen tidak perlu risau kerana sudah ada `peraturan baru' bahawa apa jua yang berlaku di dalam dewan persidangan kini boleh dibawa ke mahkamah. Bukankah sekarang ini hakim yang menentukan perjalanan demokrasi di negara ini? Jika ada sesiapa menganggap bahawa Malaysia sekarang ini sebuah Negara Hakim atau Negara Polis, siapa yang boleh menafikannya?-wfauzdin

Nizar ditendang keluar selapas angkat sumpah -perakexpress

Nizar angkat sumpat sebagai ahli parlimen (AP) dan selepas itu diarahkan keluar dewan dengan alasan enggan menanggal pengikat kepala ‘Bubar Dun’ dan berkelakuan kasar menurut speaker Dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Dan bersamanya enam orang lagi AP turut ditendang keluar. Mereka yang ditendang keluar ialah Nizar (PAS - Bukit Gantang), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) dan Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena),Dr.Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) dan Dr.Dzulkefli Ahmad (PAS-Kuala Selangor).

Ketika kekecohan tersebut Perdana Menteri Najib Razak turut hadir. Sementara itu, di luar Dewan pihak keselamatan telah mengarahkan mereka yang bukan MP untuk menanggalkan pengikat kepala ‘Bubar DUN’ tersebut.

Mahfuz Omar yang turut diusir dipetik sebagai berkata kepada The Malaysia Insider yang bekas Speaker Tun Zahir Ismail, telah membenarkan kain pengikat lengan anti-ISA ketika sesi Parlimen ke 10.

Selain daripada ditendang keluar dari dewan, mereka juga turut digantung daripada menghadiri sidang dewan selama dua hari.

Keadaan keselamatan di Bangunan Parlimen dikawal ketat dengan jumlah kehadiran polis adalah ramai. Dewan akan bersidang selama dua minggu bermula hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan dengan ‘rampasan kuasa’ di Perak, Hishamuddin Hussein (Meteri Dalam Negeri) menjawab soalan DS Anwar (ketua pembangkang) mengenai penggunaan polis mengheret keluar Speaker keluar dewan pada persidangan DUN negeri Perak 7 Mei yang lalu. Dan menurut Lim Kit Siang dalam Twitternya, “Seperti dijangka, Hishammuddin membenarkan penggunaan polis pada hari tersebut".

Drs. Khalil Idham Lim mengulas perbahasan Hishammudin yang menjawab soalan dari ketua Pembangkang mengenai salah guna kuasa polis di DUN Perak itu berkata, bahawa Hishammudin sebagai Menteri dalam Negeri telah berbohong di dalam dewan, dengan menyatakan baahawa penggunaan polis adalah sah kerana dipanggil oleh speaker BN, Ganeson. Walaupun di dalam masa yang sama terdapat speaker sah dari PakTAN, v. Sivakumar.

Beliau yang juga ADUN Perak dan hadir ketika persidangan dewan 7 Mei lepas berkata, sebagai salah seorang ADUN Perak saya mendapati percanggahan dari fakta sebenar yang berlaku dan jawapan Hishamuddin ternyata bercanggah dengan apa yang berlaku dalam Dewan dan dari itu saya dapati dia cuba berbohong.

“Apabila dia menyebut bahawa polis masuk atas arahan dan permintaanSpeaker BN, Ganesan bererti dia cuba menutup fakta mengenai bagaimana kedudukan sebenar mengenai Speaker yang sah,YB. V.Sivakumar.”

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost