Tuesday, June 23, 2009

Nizar vs Zambry: Manek Urai Anak Angkat BN - PRK Manek Urai/Manohara/PKFZ



21 Jun 2009 di dalam akhbar Sinar Harian tersiar janji yang dibuat oleh ‘bekas bakal’ Menteri Besar Kelantan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin bahawa kononnya Manek Urai akan dijadikan sebagai ‘anak angkat’ jika Barisan Nasional memenangi pilihanraya kecil 14 Julai ini.

Nampaknya UMNO masih belum puas-puas untuk menaburkan janji demi janji menjelang pilihanraya umum atau kecil. Kali ini menerusi Awang Adek yang pernah satu ketika dulu dijulang sebagai bakal menteri besar Kelantan. Bahkan di seluruh pelusuk negeri Kelantan digantung sepanduk yang mengesahkan status ini. Dengan usaha agresif sepanjang kempen pilihanraya umum ke-12 tahun lepas, Awang Adek masih belum berjaya untuk menduduki kerusi Menteri Besar di pejabat SUK negeri Kelantan. Tidaklah diketahui di mana beliau menghilangkan diri selepas mengalami kekalahan 2-0 di Parlimen Bachok dan Dun Perupok tahun lepas. Apa yang jelas, keputusan pilihanraya itu memberikan pukulan yang hebat kepada UMNO Kelantan.

Hari ini, di Manek Urai sekali lagi UMNO menaburkan janji. Cuma kali ini dengan istilah‘anak angkat’.

Tidak pasti adakah status sebenar Manek Urai pada pandangan UMNO sekarang hanyalah sekadar ‘anak orang lain’ atau ‘anak tiri’? Jika hanya berstatus anak tiri, saya rasa ini benar-benar menyedihkan penduduk Manek Urai khususnya. Jika statusnya ialah anak sendiri, maka apa perlunya diisytiharkan sebagai anak angkat? Tidakkan jika anak sendiri disebut anak angkat merupakan satu penindasan dan diskriminasi?

Sepatutnya, UMNO/BN perlu sedar, mereka telah berjaya merampas Manek Urai pada tahun 2004 dan terlepasnya kembali pada tahun 2008. Sepanjang 4 tahun mereka berkuasa di situ, apakah yang mereka lakukan untuk anak angkat ini? Atau adakah pada masa itu, Manek Urai masih belum menjadi anak angkat hatta anak saudara sekalipun? Apa yang dapat dilihat usaha UMNO di situ ialah mewujudkan satu kompleks pentadbiran UMNO Manek Urai di atas tanah milik persendirian pemimpin UMNO kawasan tersebut! Adapaun yang lain, nehi!!!

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost