Wednesday, June 3, 2009

Nizar vs Zambry: MANTAPKAN PAS MELALUI GANDINGAN ULAMA DAN PROFESIONAL.


Oleh: M3M@perakexpress.
Topik hangat yang menjadi labun popular di sana sini ialah pemilihan calon-calon pimpinan tertinggi PAS menjelang muktamar PAS di Shah Alam. Kategori yang paling hot ialah Timbalan Presiden PAS. 3 calon akan bertanding…… Ustaz Nasaruddin, Mat Sabu dan Husam Musa.

Pertandingan bagi jawatan Timbalan Presiden telah menimbulkan tanggapan seolah-olah dua kumpulan sedang berentap. Satu pihak mewakili golongan ulama manakala di satu pihak lagi mewakili golongan professional pro-Islam. Ini ler gambaran yang dimainkan oleh media arus perdana dan yang syiuk nyer, banyak pulak demer bagi publisiti kepada Ustaz Nasaruddin. Mengapa….???? Kerana dia pro-muzakarah/muqabalah dengan UMNO ke???? Ehem… ehem…. publisiti ada makna tu…….

Dan…. ada pulak dalam kalangan blogger yang berkempen menolak Husam secara tak langsung. Apa tujuan nyer, wallahualam.Malas teman nak campor dan ulas. Komer cari dan baca ler sendiri. Tapi tak kurang jugak yang berkempen untuk Ustaz Nasaruddin hanya semata-mata nakkan gandingan ulama dengan ulama, bagi menonjolkan lagi kepimpinan ulama dalam PAS….

Entah ler…. teman ni bukan ahli PAS, juga bukan ahli PKR…. jauh sekali ler UMNO keparat tu, tapi….. hati teman tenang dengan PAS dan seronok dengan PKR. Sebab itu, teman all out menyokong Pakatan Rakyat. Tambahan pulak teman tengok DAP pun dah ‘open’ terhadap PAS. Pada teman, this is something very refreshing…… satu fenomena politik baru di Malaysia. And, teman rasa…. we can achieve something good dalam usaha untuk mengubah lanskap politik negara ke arah sesuatu yang lebih vibrant and colourful.

50 tahun di bawah pemerintahan UMNO, apa yang kita dapat???? Habuk pun tarak!!! Sesak nafas ada…… Strategi ‘divide and rule’ yang demer ikut sejak diperkenalkan oleh penjajah dulu, semakin melemaskan kita. Strategi politik ini ler yang menghancurkan perpaduan kaum di negara kita. Dari segi luaran nyer memang ler nampak baik, tapi hakikat sebenarnyer…. jurang antara kaum masih luas dan ketara. UBN semakin bermaharala lela dalam melaksanakan pemerintahan negara….. pembaziran dan penyelewengan wang rakyat semakin ketara, dan kezaliman serta ketidakadilan semakin berleluasa!!! Apa yang jelas….. keadilan bukan untuk semua tetapi lob-sided kepada species-species UBN sahaja. Baik ke ini untuk pembinaan sebuah negara bangsa…..??? Ini ler nama nyer, cakap tak serupa bikin!!! Dan, itu ler dia….. UBN, kalor komer nak tau!!!

Apabila PAS-PKR-DAP bersepakat membentuk satu kesepakatan politik, yang kemudian dipanggil Pakatan Rakyat dan ia mula diterima oleh rakyat….. mengapa pulak kita perlu berasa curiga antara satu sama lain, sehingga mahu bekerjasama pulak dengan UMNO yang semakin ditolak oleh rakyat. Ingat….. rakyat khusus nyer di Perak, Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengundi PR dalam PRU 12 yang lalu….. kerana mereka sudah muak dan jemu dengan politik UBN. Pakatan Rakyat dan konsep politik baru ini memberikan nafas baru kepada rakyat untuk menikmati kehidupan yang adil, sejahtera dan makmur………….

Jadi PAS….. yang berslogankan “PAS for All” harus lebih terbuka dan tidak retorik semata-mata. PAS yang dulu nyer berlabelkan parti konservatif Islam mesti bersedia berubah. Ya…. berubah menjadi lebih vibrant sambil memperkukuh perjuangan Islam itu sendiri. Baru ler PAS ada umph untuk diterima oleh semua orang….. ulama dan professioanal serta muslim and non-muslim. Kan molek…… gitu???

Golongan ulama dalam PAS tidak perlu berasa curiga dengan golangan professional Islam dalam PAS yang dilabelkan sebagai kumpulan ‘Erdogan’ ini. Salahkah mereka mahu meng’vibrant’kan PAS melalui kerjasama dengan PKR dan DAP dengan menjadikan Islam teras perjuangan mereka. Ini cuma satu strategi untuk menjatuhkan UBN, agar PR dapat menguasai tampuk pemerintahan negara. Bila dapat kuasa…. pandai ler PR mengaturkan segala-gala nyer. Tapi, jangan ler menjejaskan peluang baik yang telah diberikan oleh rakyat dan yang sudah menampakkan hasil yang memberangsangkan. Ingat jangan sekali-kali jejaskan peluang PAS dan PR untuk meraih lebih banyak kejayaan dalam PRU 13 yang akan datang!!

Teman rasa gandingan ulama dan professional di peringkat pimpinan tertinggi PAS akan lebih memantapkan perjuangan PAS. Golongan ulama harus keluar daripada kepompong lama dan bersikap lebih terbuka, demi survival politik PAS dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Sikap ‘give and take’ dalam PAS/PR amat penting untuk mendapatkan a win-win situation dalam perjuangan untuk menguburkan UBN di Malaysia.

Oleh itu….. teman amat setuju dengan pandangan lain-lain orang PAS yang mahukan gandingan ulama-professional dalam menerajui kepimpinan PAS. Tak kira ler Mat Sabu ke… Husam ke… , asalkan jangan dalam kalangan mereka yang suka berkhalwat dan berkasih dengan UBN.

Sebab nyer teman udah getik….. mual….. menyampah…. loya…. wheeekkk….. dan senak perut bebenor dengan UBN dan apa yang telah mereka lakukan kepada bangsa Melayu dan bukan-Melayu, Islam dan bukan-Islam….. agama…… dan negaraku yang tercinta. Pada teman, enough is enough……..

PAS for ALL and Say tak nak to UBN!!!

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost