"..Unity Goverment menerjah parah, blogger media riuh rendah, ahli jamaah tak tentu arah, segala fitnah membawa rebah, yang berkuasa tunjuk gagah, UBN juga yang meriah, menunggu kita rebah, tak tahulah bila nak sudah, dibiar jangan kudis menjadi nanah,cukuplah kita bertelagah, rapatkan saf perkasakan jamaah,tunaikan tanggungjawab jalankan amanah,selesaikan masalah dengan hikmah, kepada ALLAH mohon Hidayah.."
Nik Aziz vs. Nasha: Mencari penawar dalam telaga dipenuhi racun ! -Albanjari
Hari ni wak nak ke Kuala Kangsar, ada sahabat lama dan jauh nak berjumpa wak. Alhamdulillah, wak harap dimudahkan oleh Allah hendaknya perjalanan wak nanti.
Apapun sebelum wak meninggalkan sahabat yg lain di ruang maya, ada beberapa nukilan ikhlas dari para sahabat jamaah yg telah ditinggalkan,maka dgn izin wak publishkan di posting wak buat tatapan yg lain pula. Mungkin tersirat kebaikan disitu, dalam usaha mencari perdamaian dalam isu yg kian keruh dan mulai berbau.
Agletek ....
salam wak. Kat area aku dah kuar pita rakaman suara TGHH pasal UG ni. Kat tempat wak dah kuar ker ? Dah ramai kawan2 aku dengar n resultnya, DIAORANG DAH BENCI DGN TGHH dan NASHA.
Wak, agak-agak lah kan..siapa yg edarkan pita rakaman suara tu? UMNO ker? MCA ker? MIC ker? Rasanya mudah saja nak teka kan. Persoalannya kenapa sampai begitu sekali menyemarakkan kebencian kepada PRESIDEN dan TIMBALAN PRESIDEN serta S/U? Apakah dgn taktik ini jawatan2 tersebut akan diberikan kepada orang2 berkenaan ?
Wak, perasan tak Abg Mat Sabu x kuar statement pun pasal ni. Sikap spt ini lah sepatutnya, kalau wak perhatikan blog2 yg menyokong pemimpin tertentu dah mula citer pasal amalan untung atas angin oleh Nasha dlm projek kerajaan Kelantan, tidak mustahil citer pasal Ustaz Mat Iraq pun akan dijaja juga. Malah ramai lagi citer pasal pemimpin dan projek akan ditelanjangi oleh bloggers tertentu.
Peringatan kepada diri sendiri...jgn buka pekung pemimpin lain...kelak pemimpin yg kita sanjungi juga ter'buka' pekungnya, disebabkan oleh kesilapan kita..kenyataan TGNA ni baru pertengahan jalan cerita yg diskripkan...jgn salahkan TGNA...bila ditekan dan diasak oleh media dari segala arah. Kita kena siasat siapakah yg untung disebalik kemelut TGHH vs TGNA. Jangan sampai TGNA ugut letak jawatan MB KELANTAN kalau Nasha tak mahu lepaskan kerusi Parlimen Bachok sudah, tapi skripnya hampir menjurus ke arah itu. So sama-sama kita fikirkan,
mcm mana usaha mahu mendamaikan keadaan skrg...jgn disimbah lagi petrol dlm isu ini.
Dan dibawah ini , mungkin solusi kepada lontaran komen agletek, mungkin saja...iatau mungkin sebahagian dari penawarnya..InsyaAllah !
Bismillahirahmanirahim,
Suka dan gembirakah kita bila melihat dan membaca peristiwa yang dikategorikan paling dahsyat dalam PAS hari ini? Tentu ada pihak yang suka dan ada pihak yang duka bila TGNA menghalau Timbalan Presiden dari jawatanya dan minta kembalikan kerusi Parlimen Bachok dari Ust Nasharuddin Mat Isa.
Apapun yang berlaku dewasa ini yang memperlihatkan kepada kita adalah satu ujian yang sangat berat kepada ahli dan pendokong PAS. Kita terlalu cepat melatah dan terlalu cepat untuk menunding jari salahnya kepada orang itu dan orang ini. Terlalu banyak komentar yang diutarakan dalam pelbagai versi maya sejak tengahari tadi yang memperlihatkan rasa marah dan suka dan ada yang tidak merasa apa-apa. Bagi saya semuanya berlaku kerana kurang cermatnya mereka mengutarakan pendapat dan hujah dalam isu UG ini dan membuka ruang ia disalah ertikan oleh pihak-pihak yang berkepentingan.
Untuk dipersalahkan kepada TGHH,Ust Nasha, Cikgu Pa dan sebagainya terlalu mudah dan pantas dengan pelbagai hujah dan teori hanya dihujung jari, begitu jugalah jika kita hendak persalahkan TGNA dan teamnya juga mudah dan pantas. Bak kata pepatah " terlajak perahu boleh undur, terlajak bicara celaka padahnya".
Saya cuba untuk tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini kerana ia sudah semakin parah dan KERJA BERAT yang menanti kita adalah untuk menjernihkanya kembali keadaan. Inilah satu fitah yang wajib kita jauhi kerana peringatan Nabi SAW " Fitnah itu tidur dan Allah melaknat orang yang mengejutkan dari tidurnya" Katalah TGHH dan Ust Nasha mengambil tanggungjawab ini dan meletakkan jawatanya sebagai Presiden dan Tim. Presiden apakah ia cukup untuk memuaskan hati para penasihat yang bertenggong dibelakang TGNA. Apakah orang yang berbaju petak-petak merah ( istilah dari MSO ) akan gembira dan berpesta ria menyambut keputusan ini ? dan adakah anda juga gembira dan berpuas hati !
Begitulah sebaliknya jika TGNA dan orang berbaju kotak-kotak merah dan para penyokong dan penasihatnya meletakan jawatan dan keluar dari saf Jamaah PAS, apakah orang-orang yang dikatakan menyokong idea UG ni akan merayakanya sebagai satu kemenangan? Dimana untungnya mereka? dan siapakah pula yang akan mendapat untung dan manfaat besar darinya? UBN? Orang berbaju kotak-kotak merah? Kelompok Syiah? Roket ? Mata? Saya ? Anda ? atau Siapa? Jangan pula selepas ini keluar pula parti baru dalam segala nama, dulu wujud Hamim, Berjasa, mungkin lepas ni Hamun kot.
Kepada kedua-dua kelompok ni bersabarlah dalam menghadapi ujian ini, berlapang dadalah untuk mencari jalan penyelesaianya. Dengan UMNO kita membuka ruang untuk bermuzakarah, tak kan lah perkara yang sebegini penting kepada PAS anda tidak boleh duduk semeja bermuzakarah dan berbincang, tak kanlah nak harapkan para wartawan dan blogger yang menjadi orang tengah untuk selesaikan kemelut ini? lain diungkap lain ditulis lain dilapor dan lain pula yang difahami. " Taatlah kamu kepada Allah, Taatlah kamu kepada Rasul dan pemimpin dari kalangan kamu, sekiranya kamu bertelingkah dalam sesuatu perkara, kembali rujuklah kepada Allah dan RasulNya...." maksud ketegasan dari Firman Allah SWT.
Semua pihak perlu berlapang dada menghadapi ujian ini dan diharapkan apabila kepulangan TGHH dari luar negara nanti akan dapat mencari jalan penyelesaian untuk menjernihkan keadaan dan kepada teman-teman blogger dan media berbudi-bahasalah dalam mengeluarkan komen-komen, Gunakanlah bahasa yang sopan dan berakhlak, BENAR TGNA dan TGHH bukan maksum tetapi mereka adalah pemimpin kita dan bukan setakat itu mereka juga bergelar Tok Guru. Siapa saya dan siapa anda boleh berbahasa kesat terhadap mereka.
Katakan apa sahaja kelakuan dan tindakan buruk UMNO dan BN tentu 2 Tok Guru ni lebih kenal dan mengerti dari kita. Yakinlah ada perkara-perkara yang lebih dahsyat dan penting yang sengaja mereka rahsiakan demi menjaga survival PAS dan para pendokongnya yang terpaksa mereka telan sediri. Pilihanraya kecil Manek Urai menyimpan segala rahsia yang tersurat dan tersirat.
"..Unity Goverment menerjah parah, blogger media riuh rendah, ahli jamaah tak tentu arah, segala fitnah membawa rebah, yang berkuasa tunjuk gagah, UBN juga yang meriah, menunggu kita rebah, tak tahulah bila nak sudah, dibiar jangan kudis menjadi nanah,cukuplah kita bertelagah, rapatkan saf perkasakan jamaah,tunaikan tanggungjawab jalankan amanah,selesaikan masalah dengan hikmah, kepada ALLAH mohon Hidayah.."
Oleh: MRK albanjari
0 comments:
Post a Comment