Sunday, June 28, 2009

Nizar vs Zambry: Amaran kepada rakyat Perak


Timbalan PM mengulang amarannya kepada rakyat Perak agar tunduk dan akur kepada pemerintahan UMNO, khususnya di Perak. Selama 52 tahun ini rakyat Perak telah diperintah oleh BN dan justeru itu, rakyat Perak perlu kini menerima kepimpinan UMNO.

Kepimpinan UMNO bukanlah kepimpinan BN kerana parti komponen lain, dan suara kaum bukan Melayu langsung tidak diwakili memandangkan hanya UMNO yang menang di sana. Mari kilta lihat 3 tawaran menarik UMNO yang mungkin menarik sokongan kaum bukan Melayu.

3 TAWARAN MENARIK UMNO:

1. HAK ISTIMEWA MELAYU SUDAH DIMANSUH

UMNO sudahpun menghapuskan hak biasiswa istimewa Melayu dengan menurunkannya dari 85% yang digunapakai sejak merdeka kepada 55%. Tindakan ini telah dipertikaikan oleh PAS dan NGO seperti ABIM. Presiden Abim sebelum ini bertanyakan rasional perubahan drastik ini dan samada ia berdasarkan apa-apa perubahan drastik dalm ekonomi orang Melayu dan sebagainya. Jawapannya mudah saja. Perubahan drastik tersebut ialah sokongan kaum bukan Melayu kepada BN sudah berkurangan.

Kini, UMNO dengan 1Malaysia bercakap hendak memansuhkan DEB pula. Bila pemimpin PAS menyebut soal ini, mengamuk barua-barua UMNO tetapi bila bos sendiri yang bercakap, kecut...

2. HAK Keistimewaan orang Islam mansuh

Sebelum ini, jika ada kes murtad dan sebagainya, hak penjagaan biasanya akan dapat kepada ibu/bapa yang Muslim. Sekarang, dibawah usul UMNO, anak-anak mualaf yang bawah umur tidak boleh masuk Islam kerana anak-anak mesti kekal dengan agama ibubapa sewaktu perkahwinan. KAlau ibu/bapa yang Islam dapat hak penjagaan dan anak tu nak masuk Islam pun tak boleh jugak. Apa punya barua la UMNO nih.

3. Tanah, Bangunan, Projek, semua boleh dibolot

Rakyat maklum bahawa Singapura merupakan antara pelabur utama di Wilayah Pembangunan Iskandar yanbg menghitung hari hendak menjadi Batu Putih. Kepada UMNO Johor, ingatlah kesungguhan Sultan Johor yang membantah Jambatan baru cadangan UMNO dengan Singapura demi mempertahankan maruah Johor.

Jangan digadai maruah Johor lagi.- Oleh:dewa@tranungkite

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost