Sunday, June 21, 2009

PRK Manek Urai: Pendekatan Luar Biasa Di Manek Urai?


Polis ambil pendekatan luar biasa di Manek Urai - MI
Oleh Mohd Zuharman

MANEK URAI — Polis mengambil pendekatan luar biasa di Manek Urai. Kalau dalam pilihan raya kecil sebelum ini, polis datang dengan berpakaian seragam lengkap dan mendirikan khemah-khemah Martek mereka, tetapi kali ini mereka menyewa rumah-rumah penduduk kampung di sini dan tidak berpakaian seragam.

Di mana-mana sahaja PAS mengadakan majlis-majlisnya, mereka akan memenuhi kedai-kedai kopi berdekatan.

Menurut pemerhati, lebih 3,000 anggota polis ditempatkan di rumah-rumah yang mereka sewa di seluruh kawasan pilihan raya itu.

Malaysia For Free And Fair Election (Mafrel) yang sedang dalam proses memohon akreditasi untuk menjadi pemerhati bebas rasmi pilihan raya ini juga melahirkan rasa prihatin mereka dengan kehadiran anggota polis ini.

Ketua Misi Mafrel Manek Urai, Dr Abdul Halim Yusof menuntut pihak keselamatan khususnya supaya lebih berhemah ketika menjalankan tugas.

“Akhir-akhir ini kerahan terhadap anggota polis amat ramai boleh membazirkan wang serta menyusahkan rakyat dan penduduk tempatan,” ujarnya.

Anggota Mafrel kini sudahpun mulai bergerak dengan tugas pemantauannya menjelang

pilihan raya kecil (PRK) N41 DUN Manek Urai.

Pemantauannya merangkumi fasa prapenamaan calon, fasa kempen, hari pengundian dan fasa pasca pengundian. Sehubungan itu Mafrel sudah mula menggerakkan sukarelawan terlatih mereka dari pool seramai lebih 300 orang.

Perkara ini dinyatakan Abdul Halim dalam kenyataannya pada sidang media selepas pelancaran misi Mafrel sempena PRK DUN Manek Urai di salah sebuah hotel dekat sini.

Abdul Halim memberitahu, Mafrel sebagai badan prihatin tentang hak-hak asasi akan mengadakan sesi latihan kepada semua anggota terlibat bagi memastikan prinsip kebebasan dalam pilihan raya berjalan dengan adil.

Bagi mencapai matlamat tersebut Mafrel menyeru semua pihak menghormati undang-undang serta peraturan pilihan raya dengan jujur dan tidak membuat sebarang justifikasi atau helah melanggar undang-undang dan peraturan.

“Perkara yang kerap terjadi sebelum ini ialah penggunaan jentera kerajaan dengan sewenang-wenangnya melibatkan dana awam yang lebih kepada gimik pilihan raya.

“Paparan gambar individu bukan calon pada banner dan banting termasuk edaran berita berunsur fitnah, pembohongan yang boleh mengelirukan rakyat,” Katanya.

Beliau turut menyeru semua pihak akan memastikan penyokong masing-masing bertindak rasional demi melihat proses pilihan raya mencapai tahap demokrasi sebenar.

Pada masa sama beliau turut merakamkan rasa kurang senang Mafrel terhadap Surunjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan proses pilihan raya pada hari bekerja sebagai bertentangan dengan objektif SPR menggalakkan pengundi keluar mengundi.

“Bahkan pengundi luar kawasan mengalami kesukaran untuk pulang mengundi. Di samping itu menyebabkan tergendalanya pembelajaran di sekolah-sekolah terlibat,” ujarnya.

MyKampungku

2 comments:

zali said...

aduh...ingat ramai le orang
kampung santai kat sini...

sekalinya...

ehh mat...ni saya nasihat awak
tutup je blog ni dari tak ada
pengunjung.

orang bukak blog awak nak bukak
blog haa...ni le jadinya.

bukak kolam ikan la mat...

has@mykpgku said...

kesunyian ku terubat dek kerana kehadiranmu ZALI,terimakasih diatas kesudianmu singgah di kampungku ini.

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost