Tak perlu buat persepsi sebarangan dan melulu. Lihat, dengar dan fahamilah apa yang dilakukan oleh UMNO di Manik Urai ni melalui media arus perdana UMNO ni. Mereka juga yang mewar-warkan Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS ni maka melalui mereka juga kita rakyat akan dapat menilai niat sebenarnya UMNO dalam isu ini.
Manik Urai akan mendedahkan sejelas-jelasnya kepada rakyat bahawa apa yang ditunjukkan oleh UMNO di sini adalah niat sebenar UMNO terhadap PAS ini.
Belum lagi disahkan ada pertandingan di Manik Urai ni media UMNO sudah sibuk dan galak untuk memberi tumpuan segala gerakkerja UMNO di Manuik Urai ini. Daripada media bercetak, media arus perdana sehingga media alternatif internet sudah berkempen untuk UMNO di Manik Urai. Ini bererti UMNO sudah pasti bertanding di Manik Urai ini.
Tahniah kepada UMNO kerana bersedia bertanding di Manik Urai. Jika UMNO bertanding di Manik Urai ini bererti UMNO akan menentang PAS. Ini kerana Manik Urai adalah kerusi PAS. Ini dah boleh dijadikan kita sebagai ukuran penilaian tentang konsep Kerajaan Perpaduan yang dikatakan oleh UMNO terhadap PAS ini.
Melalui laporan-laporan yang disebarkan dan diperdengarkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO di Manik Urai sekarang ni maka rakyat dan pemimpin-pemimpin boleh menilai sendiri niat UMNO ni terhadap PAS. Terus terang saya katakan bahawa apa yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO di Manik Urai ni dijadikan oleh saya sebagai sumber penilaian terhadap isu ini.
Sekurang-kurangnya saya dapat menilai sedikit sebanyak niat UMNO. Berdasarkan maklumat-maklumat yang dipapar dan ditulis oleh wartawan-wartawan media UMNO setiaphari pada media mereka saya juga dapat sedikit maklumat untuk memahami niat media-media ini terhadap PAS.

Setakat meneliti laporan pada TV1, TV3 dan TV 9 setakat ni jelas kepada saya bahawa UMNO mahu menebus MARUAH di Manik Urai. UMNO benar-benar mahu menakluki Manik Urai. Segenap laporan pemimpin-pemimpin UMNO waktu ini bertumpu ke Manik Urai.
Lihatlah kelakuan UMNO terhadap PAS ini. Walau penamaan calon hanya akan dilakukan pada 7 Julai nanti namun mereka sudah berjuang atau dengan lain perkataan berkempen sekarang ni. Hampir setiapsaat isu dan segala pernyataan pemimpin-pemimpin UMNO di Maik Urai dijadikan tontonan rakyat. Bagi saya tak perlu rasanya pemimpin-pemimpin PAS sibuk menerangkan lagi isu Kerajaan Perpaduan ini.

Lihat saja Manik Urai pemimpin-pemimpin PAS sudah pasti menyakinkan rakyat tentang isu ni.
Sejak kebelakangan ini media BN begitu rancak mengutarakan dan membicarakan isu Kerajaan Perpaduan ni tapi dengan adanya PRK Manik Urai ini maka rakyat akan mudah mentafsir sendiri niat di hati UMNO terhadap PAS. Percayalah bahawa bila membicarakan soal Kerajaan Perpaduan UMNO no, segenap lapisan media BN akan menyatakan niat UMNO begitu ikhlas untuk bersahabat dengan PAS.

Tapi bila tiba waktunya membicarakan tentang hasrat dan kemahuan pemimpin-pemimpin UMNO di Manik Urai ni akan jelas kepada kita betapa mereka sanggup untuk memburuk-burukkan dan mencerca pimpinan PAS di Kelantan dan dasar pembangunan PAS di Manik Urai. Lihat dan bandingkanlah sendiri.
Apakah ikhlas ertinya perpaduan yang hendak dilakukan oleh UMNO terhadap PAS ini. Satu ketika mereka begitu menyanjung pemikiran pemimpin PAS dalam Kerajaan perpaduan ini dan dalam masa yang sama UMNO begitu memperkecil-kecilkan malah sanggup memburuk-burukkan pemimpin-pemimpin PAS di Manik Urai.
Jangan kata apa yang dituliskan di sini sebagai hasutan kepada pembaca. Saya hanya mahu pembaca dan pemimpin-pemimpin PAS memberi perhatian kepada laporan-laporan media BN pada PRK Manik Urai ini. Di situ akan jelas niat UMNO terhadap Kerajaan Perpaduan ini. Yang penting sekarang ialah seluruh rakyat dan pimpinan serta penyokong PAS mendapat penerangan dan mentafsir maklumat dengan tepat apa yang sebenarnya maksud UMNO dal;am isu Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS ini.
Tak percaya ? Sama-samalah kita melihat, mendengar dan mentafsir sendiri apa yang dihidangkan kepada kota oleh media BN ni. Kalau tak mampu mendapat jawapan yang jelas maka tunggulah pertentangan nyata antara UMNO dengan PAS di Manik Urai. Sesunnnguhnya Manik Urai adaklah Qada dan Qadaq Allah SWT untuk rakyat mencari kebenaran dan menolak kebathilan. Segala-galanya akan terserlah. Segala-galany akan terdedah. Dan segala-galanya akan terjawab juga.
Selamat menonton dan kemudian buatlah penilaian sendiri. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.-Detikdaily
0 comments:
Post a Comment