Friday, July 31, 2009

Anti ISA lwn Najib Altantuya: Rahsia Scandal PKFZ & Jgn Lupa Esok Demo ISA


25 tahun lalu, MCA, rakan kongsi kedua didalam Barisan Nasional, sedang mengharungi krisis, seperti apa yang berlaku sekarang. Neo Yee Pan, Presiden baru MCA, baru saja mengambil alih kepimpinan pada March 1983. Dia datang dari “Team A”. Dan sebaik saja dia mengambil alih, dia ‘menyingkir’ lawannya dari “Team B” yang diketuai oleh Tan Koon Swan dan Ling Liong Sik. Dalam sekelip mata, Koon Swan dan Liong Sik kehilangan platform politik mereka.

Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad, yang baru saja mengambil alih kepimpinan Umno beberapa tahun sebelum itu tidak begitu gembira. Dia mahukan Koon Swan dan Liong Sik memimpin MCA, bukan orang yang dikenali sebagai ‘penjual daging babi’. Ya, itulah gelaran yang diberikan oleh Umno kepada Yee Pan, “penjual daging babi’, mungkin kerana wajahnya seperti penjual daging babi.

Perancangan dibuat untuk menyingkir Yee Pan. Koon Swan dan Liong Sik diminta bertenang untuk lebih kurang setahun sementara Dr. Mahathir memikirkan langkah-langkah yang perlu dibuat. Mereka berehat seketika di Bolton, ghairah untuk kembali kebidang politik dan menguasai kembali MCA.

Sejurus sebelum Mahathir berlepas didalam lawatannya keluar negeri, dia menghantar wakil untuk berjumpa Yee Pan dengan mesej bahawa dia mahukan Yee Pan keluar dari MCA. Dan apabila kembali dari luar negeri, dia mahu melihat surat perletakan jawatan Yee Pan diatas mejanya, sebagai satu ‘insurans’. Mesej yang disampaikan cukup jelas. Sama ada keluar secara senyap atau terpaksa menghadapi satu tentangan yang sengit..

Yee Pan tahu apa akibatnya kalau menentang Umno dan Mahathir. Dia membuat keputusan, demi menjaga keselamatan dan kesihatannya, lebih baik berundur dan keluar sebelum kepalanya berkecai.

Pada November 1985, Koon Swan dan Liong Sik mengambil alih kepimpinan MCA dan Dr. Mahathir akhirnya gembira apabila MCA dipimpin oleh orang yang boleh bekerjasama dengannya. Tanpa diketahui oleh ahli-ahli MCA, nasib parti dan masa depan MCA bukan terletak ditangan orang-orang Cina, tetapi oleh Umno dan Perdana Menteri yang menentukannya.

Kemudian, Koon Swan tiba-tiba menghadapi pelbagai tindakan undang-undang. Kemelsetan ekonomi pada tahun 1985 datang tanpa amaran dan untuk menyelesaikan masalah kewanganya, Koon Swan telah melakukan sesuatu yang salah dan kerajaan Singapura menahanya. Dr. Mahathir tidak mempunyai pilihan selain daripada merelakan Koon Swan dipenjara dan pada September 1986, Liong Sik tiba-tiba menjadi Presiden baru MCA.

Koon Swan menjadi presiden MCA hanya untuk sepuluh bulan. Dan dipenjarakan lebih lama dari itu.

Setahun kemudian, Umno juga menghadapi krisis dimana wujudnya Team A dan Team B,sama seperti MCA beberapa tahun sebelum itu. Krisis ini berpanjangan dan berakhir dimana Umno telah diisytiharkan haram oleh Pendaftar Pertubuhan dan tiba-tiba, MCA menjadi parti utama dalam Barisan Nasional dimana Liong Sik menjadi Pengerusi BN.

Umno tidak wujud selepas itu.

Dr. Mahathir dengan cepat mendaftar satu parti baru yang dipanggil Umno Baru. Tetapi umno baru bukanlah parti komponen Barisan Nasional. Kecuali Umno lama. Tetapi Umno lama sudah tidak wujud. Umno Baru perlu memohon untuk menyertai Barisan Nasional sama seperti mana-mana parti baru yang mahu menyertai Barisan Nasional..

tetapi prosedur untuk menyertai barisan nasional ialah semua komponen parti perlu bersetuju sebulat suara untuk menerima parti baru. Majoriti mudah tidak mencukupi. Walaupun hanya satu suara menentang, akan bermakna permohonan itu akan ditolak. Dan ini bermakna, Pengerusi Barisan Nasional, Liong Sik, perlu memastikan Umno diterima kedalam Barisan Nasional.

Liong Sik merupakan elemen penting kepada Umno. Tanpa MCA yang memimpin BN pada masa itu, Umno pasti tenggelam. Umno akan menjadi parti bebas dan Dr. Mahathir perlu meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri kerana dia tidak mempunyai sokongan majority didalam Parlimen. Sebenarnya, Dr. Mahathir pada masa itu merupakan Ahli PArlimen Bebas dan mengikut undang-undang, bukan lagi Perdana Menteri Malaysia.

Ya…Liong Sik merupakan penyelamat Umno. Dan dia juga merupakan penyelamat Dr. Mahathir. Tanpanya, Umno dan Dr. Mahathir menjadi sejarah sementara MCA merupakan pemimpin Barisan Nasional dan Liong Sik sebagai Perdana Menteri. Dr. Mahathir sendiri mengatakan, Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang orang Cina dari menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Terdapat satu hubungan istimewa diantar pemimpin Umno dan MCA masa lalu dimana ramai rakyat Malaysia tidak mengetahuinya. MCA dan Liong Sik merupakan talian hayat untuk Umno. Dari 20 tahun dulu hinggalah kehari ini.

Malah, lebih ketara hari ini. Umno tidak lagi mempunyai 50% kerusi di Parlimen. Tanpa MCA 15 dan sekitar 30 dari Sarawak, Umno akan hanyut. Sabah mempunyai sekitar 12 , manakala MIC, dan Gerakan menyumbang lima.Tetapi itu tidak penting seperti 15 dari MCA dan 30 dari Sarawak. 45 kerusi dari MCA dan Sarawak merupakan talian hayat untuk memastikan Umno terus berkuasa.

Pembangkang mahukan tindakan diambil terhadap mereka yang terlibat dalam PKFZ ini. Itu tidak mungkin terjadi. Sekiranya Umno membenarkan pembangkang melakukan ini semua, maka MCA dan Sarawak akan jatuh. Dan Umno turut jatuh. Kesemuanya akan dilihat seperti berkongsi sebuah bot penyelamat. Dan tiada siapa yang akan membiarkan bot tersebut tenggelam, apatahlagi apabila dia sendiri berada didalamnya. Oleh itu, Umno perlu menyelamatkan MCA dan politik Sarawak supaya Umno juga tidak jatuh.

Kaitan diantara PKFZ dan MCA sangat jelas. Ia sudah menjadi pengetahuan umum. Kaitan diantara ahli politik Sarawak dengan dengan PKFZ juga jelas sebab ianya juga pengetahuan umum. Tetapi ramai yang tidak mengetahui kaitan diantara MCA dengan ahli politik Sarawak.

Ramai yang tidak memahami mengapa Ong Tee Keat (OTK) cuba melindungi mereka dibelakang PKFZ. Tambahan pula, semua yang terbabit adalah bekas pemimpin MCA dan kejatuhan mereka tidak member kesan kepada MCA. Sebenarnya, ini bukan hanya berkaitan dengan bekas pemimpin MCA. Ianya juga berkait rapat dengan tauke korporat Cina dan pemimpin Sarawak yang juga terlibat dalam skandal PKFZ ini.

Kaitan diantara OTK dan pemimpin Sarawak mungkin satu rahsia. Tetapi apabila OTK terbang kemerata tempat menggunakan jet peribadi Tiong King Sing, bagaimana rahsia ini boleh disimpan.

Berikut adalah beberapa keterangan penerbangan yang dapat kami perolehi.

12 Feb G450 SZB/JB/KCH (ETD 11.00/12.00/17.00)
19 Feb G450 SZB/JB/SZB (ETD 7.30/22.30)
7 Mar Learjet 60 SZB/Kuantan/SZB (ETD 12.00/22.00)
24 Mar Learjet 60 SZB/JB/SZB (ETD 15.30/22.00)
20 Apr Learjet 60 SZB/JB/SZB (ETB 17.30/23.00)

“Apakah PKFZ akan menjadi “Ibu kepada skandal” bernilai RM1.5 billion, dimana tiga Menteri Pengangkutan dan empat Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kelang – semuanya dari MCA- telah menunjukkan ketidakmampuan dan kecuaian sebagai pengurus LPK dari hari pertama?” itu soalan Lim Kit Siang.

Sebenarnya, ini bukan soal ketidakmampuan . Ketidakmampuan bermaksud mereka tidak tahu apa yang mereka buat-dengan lain perkataan, bodoh. Mereka-mereka ini tahu apa yang mereka lakukan selama ini. Mereka membalun RM12.5 billion wang rakyat. Dan Umno tidak mampu berbuat apa-apa. Umno tidak mahu melakukan apa-apa. Sekiranya mereka melakukan sesuatu, MCA dan ahli politik Sarawak akan tumbang. Dan 45 kerusi Parlimen dari MCA dan Sarawak juga akan terlepas.Dan apabila 45 kerusi Parlimen tumbang, Umno juga akan turut tumbang.

Semua ini adalah ‘survival’. Dan ‘survival’ Umno bergantung kepada MCA dan Sarawak. Dan apakah Umno akan menjadi pemimpin BN hari ini kalau bukan kerana MCA dan Liong Sik? Sekarang giliran Umno untuk menjaga ponggong MCA, sebab 20 tahun dulu, Liong Sik dan MCA menyelamatkan Umno. MCA dan Liong Sik menjadikan Umno hari ini. Tanpa mereka, tidak aka nada sebuah parti bernama Umno.

Dan inilah caranya Umno mengucapkan terima kasih kepada MCA dan Liong Sik. Mereka akan memastikan PKFZ tidak menjadi isu. Dan rakyat akan terus menanggung kerugian RM12.5 billion hanya untuk memastikan Umno dan MCA terus berkuasa. Itulah harganya yang perlu dibayar oleh rakyat agar orang-orang ini terus kekal berkuasa..

Agak aneh apabila orang-orang Cina menyalahkan orang Melayu terhadap apa yang dilakukan oleh Umno dinegara ini. Kalau lah orang-orang Cina tahu, bahawa Umno wujud hari ini kerana MCA dan Liong Sik. Tetapi orang-orang Cina pun bukanlah pandai sangat. Kalaulah mereka pandai, mereka sudah tentu menghalang Umno dari menyertai Barisan Nasional 21 tahun lalu pada tahun 1988.

Bodoh punya Cina! Memang patut mereka mendapat Umno dan MCA. Dan memang patut mereka rugi RM12.5 billion hasil cukai mereka, lagi pun 90% daripada cukai negara datang dari mereka. Dan hari ini, OTK adalah sama seperti Ling Liong Sik 21 tahun lalu, orang yang memastikan Umno terus berkuasa. Adakah OTK akan membenarkan PKFZ ini terlepas dari kawalan? Lagipun, sekiranya Tiong jatuh, OTK tidak berpeluang menaiki jet peribadi Tiong King Sing lagi.

(artikel diatas adalah terjemahan oleh MSK daripada artikel asal yang bertajuk Let's go back 25 years oleh Raja Petra yang disiarkan di Malaysia Today)

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost