Tuesday, July 7, 2009

Manek Urai: Ahli Parlimen PAS berkampung di Manek Urai.Mana Ustaz Nasha?


Mohd Nor Yahya
KUALA KRAI, 7 Julai (Hrkh) - Penduduk di Dun Manek Urai berpeluang mengenali lebih dekat lagi kesemua anggota parlimen PAS apabila mereka turut berkampung di sini bagi mendekatkan hubungan dengan masyarakat setempat.

Seramai 22 anggota parlimen turut bermalam di beberapa kampung termasuk di Kampung Manek Urai Baru, Kampung Temalir dan Kampung Manjor.

Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar berkata, program seumpama itu pertama kali dianjurkan yang membabitkan hampir kesemua anggota parlimen PAS sempena kempen pilihan raya kecil Dun Manek Urai sekarang.

Katanya, pelbagai program diadakan sempena program berkenaan yang bermula semalam antaranya, demontrasi masakan muslimat, kuliah Maghrib, jamuan dan dialog dengan masyarakat kampung.

Manakala hari ini program diadakan di Kampung Temalir iaitu gotong royong membaiki rumah warga emas bersama penduduk kampung.

Selain itu pemeriksaan kesihatan dan program bertindik bagi anak-anak perempuan. Jam 3 petang program motivasi pelajar PMR dan SPM serta majlis penyampaian sumbangan peralatan sekolah.

Pada sebelah petang diadakan majlis minum petang bersama penduduk dan program demontrasi masakan anggota parlimen Muslimat PAS.

Pada malam ini pula penduduk Temalir berpeluang mengikuti ceramah tokoh utama pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Mursyidul Am PAs, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan ketua umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Esok pula anggota parlimen PAS bersama penduduk akan mengadakan gotong royong membersih masjid Kampung Manjor.

Selain itu pemeriksaan kesihatan dan bertindik dan makan tengahari bersama penduduk, motivasi pelajar PMR dan SPM serta menyampaikan sumbangan peralatan belajar, minum petang bersama penduduk dan demontrasi masakan anggota parlimen Muslimat PAS.

Turut diadakan perlawanan bolasepak persahabatan bersama penduduk.

Antara anggota parlimen yang hadir termasuk Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin, Dr Mujahir Rawa, Dr Dzulkefly Ahmad, Ir Khalid Abdul Samad, Dr Lo' Lo Mohd Ghazali dan Dr Siti Mariah Mahmud. - /harakahdaily

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost