Sunday, July 12, 2009

Manek Urai: Kejutan Dari Pas Esok - Abdul Fatah Haron


KUALA KRAI, 12 Julai (Bernama) -- PAS berkata janji dan pengumuman mengenai projek pembangunan oleh Barisan Nasional (BN) kepada penduduk di Manik Urai, tidak akan mengubah keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi kawasan itu Selasa ini.

Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Haron berkata PAS juga dijadual membuat satu pengumuman penting untuk rakyat di Manik Urai esok bagaimanapun beliau enggan memberi sebarang petunjuk mengenai apa yang bakal diumumkan itu.

Bercakap pada sidang akhbar harian di Markas Induk PAS Manik Urai di sini Ahad, Abdul Fatah berkata semua pengundi parti itu yang berada di luar Kelantan telah dihubungi dan mereka berjanji untuk pulang menyokong calon parti itu Selasa ini.

Maklumat risikan oleh PAS, katanya menunjukkan bahawa sokongan pengundi Manik Urai terhadap parti itu meningkat setiap hari tetapi beliau enggan menyatakan peratusannya walaupun didesak oleh wartawan.

"Isu-isu tempatan yang diketengahkan telah berjaya menambat hati pengundi baru termasuk pengundi atas pagar berdasarkan kaji selidik yang dibuat," kata beliau yang juga Adun Bukit Tuku, Kelantan.

Pilihan raya kecil DUN Manik Urai menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, dan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah, 50. Ia diadakan berikutan kematian penyandangnya, Ismail Yaakob dari PAS pada 22 Mei lepas.

Pada pilihan raya umum 2008, Ismail menewaskan calon BN Mohamed Zulkifli Omar dengan majoriti 1,352 undi.

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost