Monday, July 13, 2009

Manek Urai: Menjelang Saat Akhir Kempen, Peluang PAS-UMNO 50-50



Malah ada suara-suara dari pihak UMNO mengatakan bahawa pertandingan dua penjuru di Manek Urai adalah antara Nik Aziz Nik Mat dan Tuan Aziz Tuan Mat?


Sebentar lagi masa untuk berkempen di Manek Urai akan tamat.Kedua-dua parti PAS dan UMNO sedang berhempas pulas berkempen untuk memenangi hati pengundi.Pengumuman cuti umum esok oleh MB TGNA, memberi sedikit kelebihan untuk PAS dan petugas parti untuk datang membantu di Manek Urai.

Siapa akan menang esok?.Untuk soalan ini, aku masih mengatakan peluang untuk PAS dan UMNO masih 50-50.Pengundi atas pagar yang dikatakan seramai 1500 orang akan menentukan pemenang.Antara calon maupun Parti yang bertanding,kejayaan untuk mempengaruhi pengundi atas pagar ini akan memberi kelebihan.

Isu agama tetap dimainkan oleh kedua-dua parti.Malah ada suara-suara dari pihak UMNO mengatakan bahawa pertandingan dua penjuru di Manek Urai adalah antara Nik Aziz Nik Mat dan Tuan Aziz Tuan Mat? Khairi, Ketua Pemuda UMNO juga kelihatan memakai kopiah semasa berceramah di sini.Mungkin untuk menunjukan kepada rakyat di Manek Urai bahawa beliau dan UMNO serius untuk memperjuangkan islam.(hu..hu..hu)

Mungkin yang akan memberi kelebihan untuk PAS adalah isu jambatan yang akan di bina di Manek Urai sekiranya penduduk di sini memangkah BN oleh Muhyidid.Jelas kenyataan ini ada unsur rasuah dan mengapa SPRM hanya berdiam diri walaupun ada desakan supaya SPRM menyiasat Muhyidin tentang isu ini khasnya dari Ketua Pemgangkang di Parlimen Anwar Ibrahim.

Isu Royalti minyak sehingga kini masih belum di jelaskan oleh BN walaupun ada kenyataan dari PM bahawa Petronas sendiri akan menjelaskan isu ini kepada rakyat Kelantan khususnya Manek Urai.Oleh itu PAS seharusnya mengunakan isu-isu ini untuk menyerang BN di saat-saat akhir ini.

Walaupun firasat hati mengatakan peluang PAS masih 50-50, tapi harapan untuk melihat kemenangan berpihak kepada PAs masih menggunung.Kekalahan mungkin tidak membawa kepada jatuhnya kerajaan PAS di Kelantan, tapi kemenangan PAS akan membuktikan bahawa UMNO/BN sudah jelas di tolak oleh majoriti rakyat Malaysia.Kemenangan juga pasti akan menyerlahkan peluang untuk Pakatan Rakyat mencapai sesuatu yang amat dinantikan iaitu untuk menumbangkan UMNO/BN pada PRU13 nanti.

Justeru kepada penyokong PAS dan pengundi-pengundi di Manek Urai turunlah mengundi dan petugas parti PAS,PKR maupun DAP, usahakan untuk membawa pengundi yang berada diluar kawasan untuk balik mengundi.

Selamat mengundi dan jangan lupa Abe Uji !!!

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost