Monday, July 13, 2009

Manek Urai: Pengundi luar kawasan jadi faktor penentu


Isu 'pengundi hantu' yang sering dibangkitkan parti pembangkang setiap kali berlangsungnya pilihan raya kecil bagaimanapun tidak kedengaran di Manek Urai kali ini.

Ini ditambah kenyataan Pengarah Operasi Pilihan Raya Pas DUN Manek Urai, Abdul Fatah Harun berkata, isu 'pengundi hantu 'tidak menjadi perkara besar yang harus dibimbangkan tetapi pengundi dari kawasan luar.

“Isu 'pengundi hantu' tidak berbangkit di sini. Bukan saya kata tidak ada, tetapi kemungkinan kalau ada pun tidak banyak kerana penduduk kampung berbeza dengan bandar.

"Masyarakat kampung saling mengenali antara satu sama lain. Oleh itu kalau orang nak mengundi dengan cara itu, kita percaya ia dapat dikesan oleh ejen pusat pengundi Pas,” katanya kepada pemberita di Markas Induk Pas di sini semalam.

Beliau berkata, Pas tidak menolak kemungkinan pengundi luar kawasan menjadi faktor penting kepada kemenangan parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Manek Urai, esok.

Bagaimanapun Abdul Fatah berkata, kajian yang dilakukan oleh pihaknya mendapati bahawa majoriti pengundi di luar kawasan menyokong Pas.

Menurutnya, Pas juga telah melakukan tindakan proaktif dengan melakukan beberapa kaedah untuk memujuk pengundi supaya balik menunaikan tanggungjawab termasuk menghubungi secara langsung mereka yang terbabit.

“Pengundi luar amat penting. Pemantauan yang dibuat mendapati bahawa majoriti daripada mereka ialah menyokong Pas. Saya juga fikir mereka akan pulang.

"Bagaimanapun Pas tidak memperuntukkan sebarang subsidi melainkan jika ada yang menuntut tambang, tetapi saya percaya mereka akan pulang dengan sukarela untuk memenangkan Pas," katanya.

Katanya, parti itu tidak akan meletakkan parti dalam zon selesa supaya jentera sentiasa bergerak aktif dalam menarik sokongan pengundi Manek Urai.

Abdul Fatah berkata, pihaknya juga akan membuat satu kejutan kepada pengundi Manek Urai hari ini tetapi menafikan tindakan itu ada kaitan dengan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin.

“Kita tunggulah, benda ini kita rahsiakan, tetapi yang jelas ia tiada kaitan apa yang dilakukan kepimpinan UMNO,” kata Abdul Fatah. /SinarHarian

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost